Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Khamis, 5 November 2009

Kumpulan & gerakan Islam perlu belajar menghormati hak untuk berbeza pendapat kata Profesional Muslim




SUMBER : http://mstar.com.my



PETALING JAYA: Kumpulan dan gerakan Islam di negara ini perlu belajar menghormati hak untuk berbeza pendapat dan menjunjung tinggi kebebasan bersuara, serta berhujah dengan kebijaksanaan dan bukan dengan serangan peribadi.


Muslim Professionals Forum (MPF) dan Islamic Renaissance Front (IRF) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini hari ini menegaskan bahawa menghormati hak untuk berbeza pendapat dan menjunjung kebebasan bersuara adalah cara yang dianjurkan agama dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam.


Mereka turut menegaskan peristiwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas mufti Perlis 1 November lalu hanya menzahirkan hakikat bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaaan kuasa kekerasan.


Sebaliknya kedua-dua badan yang dianggotai profesional Islam itu meminta JAIS supaya menjadi pelindung agama dalam erti kata yang sebenarnya bukan dengan mengamalkan tindakan yang boleh dilihat sebagai satu percubaan untuk menghalang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.


“JAIS perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang dilaungkan sebagai pelindung agama. Jika tidak, JAIS hanya akan menjadi sebahagian daripada senarai panjang institusi rasmi yang perlu diubah sepenuhnya supaya Islam boleh kembali memiliki statusnya yang sebenar sebagai agama yang bersandarkan ilmu dan akal.


“Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November telah menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.


“Ini kerana alasan yang dikemukakan oleh JAIS bahawa Dr. Asri tidak memiliki tauliah daripada JAIS untuk mengajar agama memperlihatkan percanggahan daripada prinsip kebebasan intelektual yang tercatat di dalam sejarah Islam.


"Dalam masa yang sama, ia juga menjadi senjata dan bahan bagi pengkritik JAIS selama ini untuk berhujah bahawa JAIS tidak lebih daripada hanya perkakas dan alat segelintir tokoh-tokoh agama yang berkehendak untuk memaksa orang lain agar mengikut pandangan dan pendapat mereka semata-mata,” tegas kenyataan tersebut.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua gerakan intelektual Islam itu ditandatangani oleh Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Sheik Johari Bux, Manan Razali, Dr Mazeni Alwi, Dr Musa Nordin, Dr Jeffrey Hassan dan Ali Ghazali bagi pihak ahli-ahlinya.


Mereka turut kesal terhadap sesetengah pihak yang terlalu mudah melabel dan menggelarkan para cendekiawan Islam yang tidak sehaluan sebagai 'merbahaya' kepada masyarakat.


Sebaliknya, kenyataan itu menyebut, jika ditinjau kembali sejarah silam, faktor utama dunia Islam berkembang dengan pesatnya di zaman dahulu adalah kerana sifatnya yang tegas membela “kebebasan bersuara”.


Kedua-dua gerakan intelektual itu juga berhujah, setiap manusia mempunyai hak yang telah dijamin oleh Al-Qur’an untuk secara sukarela menuruti dan menzahirkan keyakinannya tanpa mengira sama ada dia benar ataupun salah.




P/s : Sebenarnya masalah dalaman gerakan islam adalah cukup banyak, namun ini adalah satu dari bibit-bibit barahnya yang kita telah lihat, saya mungkin akan menulis dan menjelaskan tentang rangkaian masalah itu jika berkesempatan. Namun cukup dilampirkan disini akan barah yang telah memberikan kesan, teguran , saranan , masukan telah berbuih diberikan, namun gerakan gerakan ini terlalu banyak orentasinya.


Ada gerakan yang berorentasikan batang tubuh, ada gerakan yang berorentasikan jemaah lain, ada jemaah yang berorentasikan menghentam dan membantai jemaah lain, ada jemaah yang berorentasikan mengumpul seberapa banyak pengikut, jemaah yang berorentasikan teori dan falsafah semata-mata sehingga mereka tidak dapat merakyatkan dakwah dan banyak lagi, ini semua tidak diakui oleh mereka sendiri walaupun ianya mereka lakukan dengan jelas sekali.


Mereka terleka dan terlalai dengan penasihat dan pengikut-pengikut setia disekeliling mereka hinggakan sebarang teguran luar dipandang sinis dan nafi sekali dan akhirnya ia terus membarah dan membarah hinggakan tiadalah sebarang suara yang berani melontarkan teguran kerana "KAMI BETUL SENTIASA" sudah menjadi penyakit di dalam hati-hati mereka.


Akhirnya teguran dari profesional mungkin membuka sedikit mata mereka untuk bermuhasabah agar mereka sendiri tidaklah menjadi fitnah terhadap agama, sudahlah ummat ini semakin meluat dengan orang yang mengaku beragama dan kemudiannya bertindak zalim, jumud dan sebagainya, ditambah lagi dengan permasalah sebegini.


Maka apa yang perlu dilihat adalah "kita sendiri!" "jemaah kita sendiri" yang perlu dipersalahkan tanpa prejudis, orang beriman itu sikapnya akan melihat kesalahan diri sendiri "ibdak binafsik" apabila sesuatu kekalutan berlaku, bukan sibuk dan sedap berfalsafah yang akhirnya menjadi sampah dan umpatan. Na'uzibillah moga ALLAH mengampunkan kita semua dan seluruh manusia yang zahirnya membawa dakwah namun dalam masa yang sama membawa fitnah. wallahu'alam.





Followers