Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Khamis, 5 November 2009

Kumpulan & gerakan Islam perlu belajar menghormati hak untuk berbeza pendapat kata Profesional Muslim




SUMBER : http://mstar.com.my



PETALING JAYA: Kumpulan dan gerakan Islam di negara ini perlu belajar menghormati hak untuk berbeza pendapat dan menjunjung tinggi kebebasan bersuara, serta berhujah dengan kebijaksanaan dan bukan dengan serangan peribadi.


Muslim Professionals Forum (MPF) dan Islamic Renaissance Front (IRF) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini hari ini menegaskan bahawa menghormati hak untuk berbeza pendapat dan menjunjung kebebasan bersuara adalah cara yang dianjurkan agama dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam.


Mereka turut menegaskan peristiwa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap bekas mufti Perlis 1 November lalu hanya menzahirkan hakikat bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaaan kuasa kekerasan.


Sebaliknya kedua-dua badan yang dianggotai profesional Islam itu meminta JAIS supaya menjadi pelindung agama dalam erti kata yang sebenarnya bukan dengan mengamalkan tindakan yang boleh dilihat sebagai satu percubaan untuk menghalang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.


“JAIS perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang dilaungkan sebagai pelindung agama. Jika tidak, JAIS hanya akan menjadi sebahagian daripada senarai panjang institusi rasmi yang perlu diubah sepenuhnya supaya Islam boleh kembali memiliki statusnya yang sebenar sebagai agama yang bersandarkan ilmu dan akal.


“Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November telah menimbulkan persoalan tentang sejauh manakah kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.


“Ini kerana alasan yang dikemukakan oleh JAIS bahawa Dr. Asri tidak memiliki tauliah daripada JAIS untuk mengajar agama memperlihatkan percanggahan daripada prinsip kebebasan intelektual yang tercatat di dalam sejarah Islam.


"Dalam masa yang sama, ia juga menjadi senjata dan bahan bagi pengkritik JAIS selama ini untuk berhujah bahawa JAIS tidak lebih daripada hanya perkakas dan alat segelintir tokoh-tokoh agama yang berkehendak untuk memaksa orang lain agar mengikut pandangan dan pendapat mereka semata-mata,” tegas kenyataan tersebut.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua gerakan intelektual Islam itu ditandatangani oleh Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Sheik Johari Bux, Manan Razali, Dr Mazeni Alwi, Dr Musa Nordin, Dr Jeffrey Hassan dan Ali Ghazali bagi pihak ahli-ahlinya.


Mereka turut kesal terhadap sesetengah pihak yang terlalu mudah melabel dan menggelarkan para cendekiawan Islam yang tidak sehaluan sebagai 'merbahaya' kepada masyarakat.


Sebaliknya, kenyataan itu menyebut, jika ditinjau kembali sejarah silam, faktor utama dunia Islam berkembang dengan pesatnya di zaman dahulu adalah kerana sifatnya yang tegas membela “kebebasan bersuara”.


Kedua-dua gerakan intelektual itu juga berhujah, setiap manusia mempunyai hak yang telah dijamin oleh Al-Qur’an untuk secara sukarela menuruti dan menzahirkan keyakinannya tanpa mengira sama ada dia benar ataupun salah.




P/s : Sebenarnya masalah dalaman gerakan islam adalah cukup banyak, namun ini adalah satu dari bibit-bibit barahnya yang kita telah lihat, saya mungkin akan menulis dan menjelaskan tentang rangkaian masalah itu jika berkesempatan. Namun cukup dilampirkan disini akan barah yang telah memberikan kesan, teguran , saranan , masukan telah berbuih diberikan, namun gerakan gerakan ini terlalu banyak orentasinya.


Ada gerakan yang berorentasikan batang tubuh, ada gerakan yang berorentasikan jemaah lain, ada jemaah yang berorentasikan menghentam dan membantai jemaah lain, ada jemaah yang berorentasikan mengumpul seberapa banyak pengikut, jemaah yang berorentasikan teori dan falsafah semata-mata sehingga mereka tidak dapat merakyatkan dakwah dan banyak lagi, ini semua tidak diakui oleh mereka sendiri walaupun ianya mereka lakukan dengan jelas sekali.


Mereka terleka dan terlalai dengan penasihat dan pengikut-pengikut setia disekeliling mereka hinggakan sebarang teguran luar dipandang sinis dan nafi sekali dan akhirnya ia terus membarah dan membarah hinggakan tiadalah sebarang suara yang berani melontarkan teguran kerana "KAMI BETUL SENTIASA" sudah menjadi penyakit di dalam hati-hati mereka.


Akhirnya teguran dari profesional mungkin membuka sedikit mata mereka untuk bermuhasabah agar mereka sendiri tidaklah menjadi fitnah terhadap agama, sudahlah ummat ini semakin meluat dengan orang yang mengaku beragama dan kemudiannya bertindak zalim, jumud dan sebagainya, ditambah lagi dengan permasalah sebegini.


Maka apa yang perlu dilihat adalah "kita sendiri!" "jemaah kita sendiri" yang perlu dipersalahkan tanpa prejudis, orang beriman itu sikapnya akan melihat kesalahan diri sendiri "ibdak binafsik" apabila sesuatu kekalutan berlaku, bukan sibuk dan sedap berfalsafah yang akhirnya menjadi sampah dan umpatan. Na'uzibillah moga ALLAH mengampunkan kita semua dan seluruh manusia yang zahirnya membawa dakwah namun dalam masa yang sama membawa fitnah. wallahu'alam.





Sabtu, 31 Oktober 2009

CLASSIFIED OPERATION 001 :





PROJEK TARBIYYAH ‘MENCEGAH GEJALA SEKS BEBAS’


Operasi 1 : Nikah Awal


Saye ingin mencadangkan kertas kerja NIKAH AWAL khas buat Jabatan Agama Islam di seluruh Malaysia. Tujuan Projek Tarbiyyah adalah khusus bagi menangani gejala zina yg berlarutan di IPT dan institisi yang berkaitan.
Cume sebelum itu elok seandainya kita meneliti gerak kerja yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama semasa. Apa yang didedahkan ini adalah TEKNIK KHAS atau MODUS OPERANDI yang sering kali diguna pakai dan dilaksanakan dari turun-temurun. Berikut adalah paparan teknik khas tersebut (sebenarnya semua orang dah tau teknik khas nie)

1. Melakukan rondaan pada ‘ MALAM-MALAM ISTIMEWA’ dan Lokasi-Lokasi Panas


Teknik ini adalah yang paling digemari oleh pihak Jabatan Agama. Mereka akan melakukan rodaan di lokasi,kawasan atau tempat yang disyaki menjadi tumpuan oleh anak-anak muda untuk melakukan maksiat pada MALAM ISTIMEWA. Mereka akan berjalan-jalan dalam beberapa kumpulan kecil dan mendapatkan sasaran masing-masing. Juga terdapat rondaan pada hari biasa yang mana pasangan aan diberi notis atau saman seperti yag dilakukan oleh JAIS seperti yang disiarkan oleh Metro edisi Khamis.


2. Mencari /mengintip sasaran


Apabila telah berjumpa sasaran maka mereka akan mencari dan mengintip sasaran yang terlibat bagi mendapatkan bukti –bukti supaya dapat dibawa ke mahkamah.


3. Menangkap/mengumpul sasaran


Setelah semua pesalah-pesalah berjaya ditemui maka mereka akan dikumpulkan.

4. Sesi taklimat atau TAZKIRAH


Acara penutup adalah dengan member Tazkirah dan mondoakan agar semua pesalah-pesalah tersebut supaya insaf dan kembali bertaubat. Dan sesi berakhir.

ULASAN


Modus operandi ini adalah selaras di setiap jabatan daripada ‘zaman datuk nenek ‘sehinggalah ke hari ini. Apa pun jika masih mahu meneruskan juga kaedah ini maka elok sekirnya pihak jabatan bersedia dengan kelengkapan keselamatan yang lebih canggih kerana dibimbangi akan diugut dan dikejar oleh geng-geng maksiat. Tambahan,elok juga sekiranya kertas saman perlu ditambah untuk beberapa tan lagi agar tidak menimbulkan masalah berhubung kapasiti jumlah saman yang akan dikenakan pada masa depan (mungkin hal ini masih belum berlaku sekarang tetapi jangan terkejut sekiranya anda akan mula mendengar atau melihat peristiwa ini akan datang)





Sebagai yang dijanjikan,sedikit cadangan iaitu :

1. Laksanakan kempen berbentuk road show tentang ‘Kepentingan Nikah Awal dalam mencegah seks Bebas’ di seluruh IPT atau sebarang lokasi-lokasi berpusat. Supaya mudah untuk dibuat pemantauan.

2. Wujudkan jalinan kerjasama erat di antara pihak pentadbiran institusi berkaitan agar mudah berurusan tentang informasi atau maklumat peserta yang berminat ini mengikuti kursus ini.


3. Kerjasama ini juga boleh dilaksanakan dalam bentuk:

a) Dapatkan maklumat peribadi pasangan yang terlibat
b) Meneliti pasangan yang bermasalah dari kewangan , halangan daripada ibu bapa atau sebarang masalah
c) Memantau serta memproses maklumat ,program serta urusan-urusan yang berkaitan

4. Jadikan majlis perkahwinan besar-besaran sebagai dwiacara sepanjang tahun,(waktu dicadangkan adalah cuti pertangahan dan hujung tahun)

5. Pantau peserta-peserta program melalui kursus perkahwinan bertahap atau berkala. Bukan lagi kursus secara ‘sekali sumur hidup’ seperti yang diamalkan sekarang.Kursus dijalankan di dalam tempoh 1 tahun usia perkahwinan dan sekiranya keadaan pasangan semakin baik,maka pemantauan akan dilonggarkan mengikut kesesuaian .

a) Pemantauan yang dibuat hendaklah tidak menyusahkan,mengganggu urusan-urusan kehidupan pasangan tetapi ianya lebih berbentuk seperti mengisi masa lapang dan santai
b) Pemantauan dibuat dalam bentuk ziarah atau hubungan silaturrahim.

6. Kursus dan pemantauan merupakan 2 perkara yang dilaksanakan dengan Modus atau silibus yang sama. Silibus yang diguna pakai sekarang masih lagi relevan tetapi perlu ditambah baikkan lagi melalui penelitian terhadap suasana kehidupan pasangan. (mengambilkira soal ibadah pasangan,keharmonian rumah tangga dan hal-hal yang dirasakan perlu)



RUMUSAN

Apa pun cadangan ini hanyalah sekadar cadangan yang mengambil kira soal realiti masyarakat semasa. Bukan bersadarkan kertas kerja atau program sedia yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama tetapi berdasarkan praktikal dan gerak kerja yang diamalkan sekarang. Serbuan dan intipan sepatutnya dihentikan dan lebih mengambil langkah proaktif melalui konteks tarbiyyah semasa-(kursus,program,pematauan) Kaedah ini lebih bersifat ‘PREVENTION IS BETTER THAN CURE’. Kaedah intipan ,serbuan dan rondaan hanya akan mendatangkan rasa benci,prasangka dan mual ,kelompok masyarakat maksiat terhadap Jabatan Agama. Dan dalam situasi ini , kesalahan patut diletakkan ke atas pihak Jabatan. Adalah bagus seandainya mendapatkan kerjasama daripada ustaz-ustaz yang pakar dalam motivasi ,kelompok jemaah Islam sedia ,mungkin juga Kementerian Wanita ,Keluarga dan Masyarakat supaya bersama-sama membentuk satu jaringan AGENSI PERISIKAN dan PEMBANGUNAN TARBIYYAH yang lebih berwibawa dan berkesan di dalam mencorakkan masyarakat hari ini. Kerjasama juga patut dan seharusnya di dalam melaksanakan pemantauan,khidmat nasihat,kauseling terhadap para peserta. Proses melobi ibu bapa bagi pasangan yang bermasalah juga boleh dijadikan medan untuk bekerjasama. Di samping itu juga perkongsian maklumat juga perlu dibuat dengan pusat-pusat pemulihan akhlak bagi mendapatkan data atau informasi berkenaan ‘pola graf kerosakan moral muda-mudi’ dari masa ke semasa. Buat analisis dan pembaikan yang perlu.


Cadangan ini tidak bersifat TETAP atau ‘FIX’. Pembaikan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan ummat adalah amat dititikberatkan.


Modus Operandi ini turut diguna pakai oleh kelab Poligami Ikhwan. Ianya sangat bagus dan lebih bertepatan dengan konteks Tarbiyyah semasa. Walaupun iktikad mereka terhadap Abuya Asha’ari boleh dipertikaikan tetapi usaha dan gerak kerja kerja mereka di dalam membina dan membentuk masyarakat Islam yang lebih baik,patut dipuji dan disokong oleh semua pihak yang mengaku Islam dan beriman.
(Kecewa dengan komen Dato’ Shahrizat Jalil di dalam metro berkenaan Kelab Poligami Ikhwan. Mengambil kira bahwa beliau tidak diberi Hidayah tentang Islam yang sebenar,maka adalah baik jika mendoakan agar beliau mendapat Hidayah dari Allah dan semoga beliau dapat melihat bagaimana berjayanya Islam di dalam membentuk manusia yang hebat di dunia dan akhirat,in’Allah. )


Segala yang diterangkan adalah berdasarkan pemerhatian keadaan masyarakat sekeliling. Sekali lagi ia hanyalah cadangan dari manusia yang tiada apa-apa di dunia ini melainkan sedikit idea yang dirasakan bermanfaat untuk ummat. Itu sahaja. Sekian dan sekiranya ada pihak yang ingin melaksanakan agenda ini,semoga anda akan dipermudahkan jalan oleh Allah,Mudah-mudahan…

Rabu, 28 Oktober 2009

SIMPATI BUAT SANG BULAN PURNAMA




Gempar. Kecoh satu Malaysia (One Malaysia) apabila tok guru Nik Aziz membuat kenyataan berkenaan mengadakan EGM untuk membersihkan parti daripada beberapa kerat pemimpin yang dirasakan beliau bermasalah. Isu ini berpucuk pangkal daripada teguran Porf Aziz Bari yang menyarankan dan mencadangkan supaya PAS menunjukkan sikap dan prinsip yang lebih jelas sebelum Pilihan raya ke 13. Beliau berpendapat adalah penting untuk membuat suatu kata putus atau penegasan berkaitan terhdap situasi politik Pakatan Rakyat di beberapa negeri yang dirasakan tidak stabil ,di Selangor khususnya. Hujah beliau berdasarkan watak beberapa pemimpin PAS yang dilihat membuat ‘onar’ di negeri terbabit. Diperkuatkan lagi dengan perubahan ‘undi swing’ masyarakat India dan china yang dikatakan merosot hampir 80 % berikutan sikap PAS di dalam pakatan Rakyat Selagor yang agak celaru berikutan beberapa isu seperti isu arak dan SELCAT. Juga ditambahterukkan lagi dengan DAP yang nyata tidak senang dengan situasi serta sikap PAS terhadap di dalam pakatan pembangkang.


Mungkin ada yang akan mengatakan isu ini berpuca daripada Prof Aziz Bari yang menegur pimpinan PAS secara terbuka. Beliau membuat kenyataan tanpa mengambil kira sikap sesetengah ahli PAS yang sangat menjunjung tinggi kepimpinan terttinggi PAS. Bagi mereka ,pimpinan inilah yang akan memberi syafaat kepada mereka dan seterusnya membawa mereka ke syurga di hari Akhirat kelak. Beliau hanya membuat kenyataan dan tanggapan kerana PAS memerlukan satu platform politik yang lebih jelas dan tegas di dalam menyatakan pendirian. Hal ini amat penting terutama bagi menarik sokongan masyarakat China dan India. Mungkin PAS tidak bermasalah dalam menarik sokongan Melayu Islam tetapi di pentas politik Malaysia sekiranya anda tidak dapat menarik sokongan kaum India dan China meskipun anda Berjaya memperoleh sokongan penuh masyarakat melayu maka anda dikira gagal dan karier politik tidak akan bertahan. This is the fact !
Timbul juga suara yang mengatakan puncanya adalah daripada kelompok ‘Pro Unity Government’ . Terdapat usaha-usaha yang dikatakan masih berterusan untuk membawa PAS ke dalam UMNO. Hal ini dijelaskan lagi melalui ucapan penggulungan Tuan GURU Hj Hadi di mesyuarat agung beberapa bulan lepas,(kalau x silap). Beliau masih lagi ingin membawa PAS untuk duduk semeja dengan UMNO. Demi menyelamatkan ummat Islam yang berterusan bercakaran hanya gara-gara perbezaan idealogi.



Justeru siapakah yang salah,adakah Tok guru Nik Aziz yang membuat kenyataan terbuka tanpa mengambil kira pandangan pimpinan tertinggi pusat yang lain seolah-olah cuba membuktikan beliau berkuasa mutlak di dalam menentukan hala tuju PAS. Adakah kerana sikap pro Unity Government yang masih yang cuba bersikap neutral dengan UMNO dan akhirnya mendapatkan jawatan sekiranya kerajaan perpaduan Berjaya dibentuk. Adakah salah Prof Aziz Bari yang cuba menyampaikan pandangan berdasarkan trend politik terbaru ,susulan kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang. Jadi salah siapa sebenarnya ?
Kita akan meneliti hal ini secara teliti dan kolektif,mengambil kira pelbagai faktor,dari segi iman dan islam,in’allah.





1. Kenapa Nik Aziz begitu anti dengan kerajaan perpaduan ?




Semenjak 19 tahun pemerintahan tok guru ,pelbagai tekanan dan tribulasi telah dialami beliau gara-gara UMNO. Sepanjang masa tersebut beliau ditekan dengan sekatan terhadap bantuan kewangan, ketiadaan projek ekonomi yang ditaja kerajaan Persekutuan ke Kelantan,dipinggirkan dari segala bentuk pembangunan oleh kerajaaan Pusat dan macam-macam masalah di dalam bentuk ekonomi dan pentadbiran. Tidak termasuk lagi dengan tuduhan pembawa kemunduran , negeri miskin dan tidak tahu memerintah dan macam-macam lagi. Mungkin penahanan anak beliau di bawah ISA turut menambahkan lagi kebencian beliau terhadap UMNO. Bayangkan sepanjang 19 tahun pemerintahan beliau ,inilah bentuk tarbiyyah yang dialami beliau. Fitnah,kutukan ,kejian terhadap pemerintahan beliau, maka tidak mustahillah sehingga kiamat pun,beliau tidak akan duduk semeja dengan UMNO. 19 tahun diserang dengan pelbagai tekanan,mehnah,fitnah mana mungkin kita mampu menanggung keadaan sedemikian rupa. Pengalaman bertempur dengan kerajaan Pusat semenjak awal pembabitan di dalam politik Malaysia menguatkan lagi hujah beliau untuk mempertahankan prinsip dan sikap beliau. Tidak akan sekali-kali duduk dengan UMNO walau apa jua hal. Berdasarkan realiti ini adakah beliau salah dengan sikap keras yang berterusan terhadap UMNO. Secara jujurnya tidak salah. Habis di sini.


2. Tok Guru Hj Abdul Hadi pula dilihat mempunyai pandangan politik yang bertentangan





Beliau tidak merasai dan mengalami seperti apa yang dilalui oleh Tok Guru Nik Aziz. Jika dilihat secara teliti,Tok Guru Hj Hadi lebih mengimpikan tarbiyyah Islam dari politik semasa. Acap kali ucapan beliau amat menitip beratkan kalimah tarbiyyah di dalam PAS. Mungkin bagi beliau apa yang dialami masyarakat melayu Islam terutama melibatkan pertembungan idealogi politik amat membingungkan ,sehinggakan adakalanya terbawa-bawa kepada keruntuhan rumah tangga,permusuhan sesama jiran,ahli PAS tidak bersolat di masjid UMNO dan macam-macam lagi hal-hal pelik yang berlaku gara-gara tidak sefaham politik. Tok Guru Hj Hadi hidup berlatarbelakangkan landskap dakwah yang agak pesat (pada zaman sekita 60an sehingga 80an gerakan Islam hasil inspirasi ikhwanul muslimin mesir di bahagian asia tengah dan barat amat lancar dan mungkin suasana ini secara tidak langsung menyebabkan beliau ‘tersibgah’ dengan peri pentingnya tarbiyyah Islam terhadap ummat. Hal ini turut dialami oleh tokoh-tokoh yang pro tarbiyyah seperti Nasharudin Mat Isa ,Hassan Ali mungkin dan juga beberapa ‘tokoh dibelakang tabir’ yang menyokong idea Kerajaan Perpaduan secara senyap. Hasrat Tok Guru Hj Hadi hanya sekadar ingin memenuhi tuntutan atau hak kemuliaan Islam iaitu sebuah agama yang menganjurkan perdamaian,keamanan dan kesejahteraan,agama yang menyatukan hati manusia, mendamaikan jiwa dan mengharmonikan masyarakat. Itu sahaja. Adakah beliau salah. Sekali lagi para pembaca dapat menilai dan setuju bahawa Tok Guru Hj Hadi tidak salah. Jika difikirkan secara lebih berhikmah ,dengan iman yang jitu,dengan syahadah yang benar. Terasa berat unutuk menyatakan betapa sikap Tok Guru Hj Hadi lebih bersifat ‘imaniah’. Keimanan kepada Allah, mengambil kira inti pati ajaran Islam yang asli iaitu Islam sebuah ajaran yang mendamaikan dan mengharmonikan jiwa manusia,membawa manusia kembali kepada fitrah asal penciptaan iaitu dari ‘Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali’.



Mungkinkah sikap Tok Guru Nik Aziz salah ?



Saya bersetuju betapa sikap yang ditunjukkan oleh tok guru Nik Aziz adalah betul dan benar,seandainya saya seorang yang tidak memahami konsep asal tarbiyyah dan falsafah dakwah di dalam membangunkan dan membangkitkan semula Islam. Sebagai ahli parti yang hanya terikut –ikut dengan trend politik semasa sambil mengabaikan prinsip asal inti pati ajaran Islam iaitu kesejahteraan dan keamanan buat manusia seluruhnya. Tanpa menolak faktor beliau ditekan sepanjang 19 tahun pemerintahan sehingga menyebabkan ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah keluat negeri ,kutukan dan termasuklah penangkapan terhadap anaknya, maka sikap yang ditunjukkan beliau pada hari ini sangat banyak dipengaruhi oleh pengalaman dan peristiwa yang telah dialami oleh beliau. Namun yang jelas adalah sikap beliau terhadap UMNO amat dipengaruhi oleh pengalaman dan sejarah hitam beliau dengan UMNO. Sikap yang ditunjukkan beliau hanyalah kerana beliau adalah manusia yang lemah seperti kita. Hal ini adalah lumrah dan norma sebuah kehidupan.



Di sinilah kita semua akan melihat wajah sebenar politik. Politik adalah tanggapan,hujah ,persepsi dan tindakan manusia. Ianya berdasarkan ramalan,jangkaan, melalui fenomena-fenomena perilaku dan tindakan manusia. Bukankah telah jelas di dalam surah an-Naml ayat 6 ,”



Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).





Tindakan kebanyakan manusi adalah berdasarkan persangkaan semata. Amat jelas dan terang. Parti Islam yang mengambil jalan untuk menyertai politik akan merasai bahang penipuan dan fitnah politik ini. PKS (Partai Keadilan Sejahtera) sendiri turut mengalami maslah yang sama. Mereka mula menilai sama ada ingin terus bersama partai Demokrat atau kembali membentuk legasi baru bersama partai Islam yang lain di Indonesia. (Tetapi dijangkakan mereka akan terus kekal selepas diberi beberapa jawatan penting di dalam kerajaan baru SBY.)



Tak ingin berhujah lebih panjang kali ini. Secara lebih tegas ingin dikatakan bahwa sikap Tok Guru Nik Aziz adalah tidak menggambarkan seorang ulama yang mempunyai platform dakwah dan tarbiyyah yang hebat. Beliau hanyalah membuat keputusan berdasarkan watak seorang ahli politik yang ingin menjaga kredbiliti parti di dalam pakatan pembangkang. Tidak lebih dari itu. Pandangan beliau mungkin kerana pandangan Prof Aziz dan juga keputusan pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Tidak terkecuali juga mungkin ada’ unsur-unsur dalaman ’ yang turut mempengaruhi sikap beliau secara tidak langsung. Apabila seseorang semakin meningkat usia, keaktifan akalnya semakin merosot,sistem fikirnya akan merudum, dan daya ingatan akan menjunam,tahap keupayaan sel-sel otak turut terjejas. Hal ini turut berlaku kepada Tok Guru Nik Aziz. Beliau bukanlah manusia yang diberi mukjizat serta kelebihan seperti para wali. Dia tetap seorang manusia biasa. Fakta ini perlu diterima oleh semua orang. Usahkan hendak memberi syafaat buat 500,000 penyokong parti Islam tersebut bahkan untuk menyelamatkan diri beliau sendiri pun beliau ragu-ragu di Padang Mahsyar . Tidak ada manusia yang berani mengisytiharkan dirinya mampu memberi syafaat di padang mahsyar kecuali para rasul. 10 sahabat yang dijamin syurga pun tidak berani untuk meletakkan diri mereka sebagai penyelamat di HARI YANG TIADA NAUNGAN MELAINKAN NAUNGAN ALLAH AZZA WA JALLA SEMATA.



Di harap para penyokong PAS yang menyokong secara mengkhinzir buta perlu sedar akan hakikat ini. Tindakan yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz adalah berdasarkan pengalaman dan sejarah beliau dalam ‘teater’ politik bersama UMNO. Tidak perlu mempertikaikan kedudukannya sebagai MURSYDUL AM,MENTERI BESAR atau pemimpin spiritual PAS tetapi sebagai insan yang mengetahui akan batas kemampuan dan kelemahan diri yang semakin meningkat usianya,saya kira telah sampai masanya Tok Guru Nik Aziz mengambil langkah kanan untuk berundur dari Pentas POLITIK SYAITAN INI. Tetapi sebenarnya adalah lebih baik jika SANG BULAH PURNAMA BERUNDUR SEPENUHNYA DARI JALAN TOGHUT INI. Ini lebih baik dan menguntungkan buat ummat . Ambil langkah proaktif di dalam membina masyarakat melalui TARBIYYAH DAN DAKWAH sebagaimana yang dijelaskan di dalam artikel SEBUAH BANGUNAN IDAMAN dan SOLUSI KE ARAH KONFLIK JEMAAH Objektif pentas politik adalah untuk memecah-belahkan manusia dan dan kita semua sedang menjadi saksi di atas fakta ini. Golongan yang mengaku memperjuangkan Islam sendiri bahkan tersekat di lapangan ini. Apatah lagi mereka-mereka yang ditarbiyyah secara Barat, pastinya lebih haru-biru pendirian mereka di dalam pentas ini.

Jangan menilai Islam melalui sikap dan tindakan manusia. Berdasarkan ayat 6 surah An-Naml(dali di atas). Islam adalah jalan Tuhan. Jalan Allah. Untuk mengamalkan Islam,memuliakan dan memartabatkan Islam maka adalah HARAM untuk bertindak mengikut rentak kebanyakan manusia. JANGAN PANDANG SEJARAH MANUSIA TETAPI LIHAT LAH SIRAH PARA NABI DAN SAHABAT SERTA ORANG SOLEH. ISLAM adalah fitrah manusia. Ar-rum ayat 30,





” Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”






Ini kali pertama dan terakhir post berkenaan politik diletakkan. Keputusan ini dibuat berdasarkan realiti politik yang menyakitkan hati dan lebih-lebih ia berkait rapat dengan masa depan pasukan Islam. Diharap selepas ini tiada lagi isu-isu karut seperti ini timbul di pihak PAS. Ditulis oleh manusia yang lemah dan ingin memperingatkan saudara-maranya yang kelihatan masih lagi keliru dengan masa depan Islam. Sekian ..

Isnin, 26 Oktober 2009

kitab usang di almari itu...



kitab usang di almari itu...

kitab usang itu
berhabuk dan berdebu
hanya berada didalam almari lama
yang juga senget ditelan masa

kitab usang itu
ilmu didalamnya
bagai meronta untuk dibaca
bergenang air mata mintak ditelaah
tapi kitab itu sedar,
ia hanya lah kitab lama yang telah kekuningan
ditinggalkan sepi disitu

kitab usang
masih didalam almari itu
tidak bergerak dan digerakkan
tegak dihimpit kitab yang lain
tunggu reput menghilangkan tinta di helaiannya
jika dia adalah aku
mampukah aku bertahan disitu

cincinsuasa86
1246pm
teratak 2831
alam ketenangan


"ilmu di dalam dada kalian, keluarkan lah jika tidak, ia juga akan di makan anai-anai(penyakit lupa kerana tidak disebar dan diamalkan) rugi lah nanti.." cincinsuasa86

Followers