DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
DUA BAHAN KEMPEN
MOHON BANTUAN SEGERA BAGI SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBANTU. TIADA PAKSAAN DALAM BERAGAMA.
1. Artikel buat non muslim..
2. Risalah
DUA BAHAN KEMPEN
MOHON BANTUAN SEGERA BAGI SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBANTU. TIADA PAKSAAN DALAM BERAGAMA.
1. Artikel buat non muslim..
2. Risalah
Wacana ini,ditujukan
khas buat mereka yang tidak mengetahui,memahami bahkan mengkaji sendiri dengan
terperinci berkenaan keyakinan ajaran Islam sebenar.
Buat mereka yang tidak beragama Islam,kami warga Melayu dan Muslim
tersangat rendah diri dan dengan penuh tunduk, memohon ampun dan maaf di atas
kelemahan kami di dalam mempertonjolkan akhlak dan sikap yang sebenar di mana
ia memberi lambang syiar islam yang sebenar.
ISLAM ITU PENUH
DENGAN CAHAYA DAN KESEDARAN. PENUH PETUNJUK DAN ARAH TUJU KEHIDUPAN SEBENAR.
Tiada keraguan padanya.
Ajaran Islam sebagaimana dibawa baginda nabi Muhammad
,seorang manusia yang digelar sebagai rasul,adalah petunjuk ke arah jalan hidup yang sebenar. Bagaimana dan kaedahnya
bagi seorang manusia itu
bernafas,makan,berurusniaga,berpolitik,berhibur,bersukan,berjiran dan
berkeluarga.
Islam memiliki cabang yakni ranting yang terpecah kepada
beberapa ranting utama. Akidah,ibadah dan akhlak.
Setiap ranting memiliki peraturan,disiplin dan undang-undang
tertentu.
Akidah adalah teras utama. Akidah ini bermaksud keyakinan
dan kepercayaan yang tidak goyah,tidak rapuh dan tidak berbelah bahagi kepada
tuhan yang sebenar,ALLAH AZZA WA JALLA. Akidah ini akan menentukan benar atau
pastikah tahap keislaman seseorang.
Ibadah merupakan tatacara ,peribadatan atau juga disebut
ritual dalam mempersembahkan amalan seseorang hamba kepada tuhannya. Ibadat ini
memiliki kaedah ,kefahaman dan pengamalan yang sangat luas. Disebabkan luasnya
cabang ibadat maka terdapat sekitar 4
fahaman utama dan terbesar di dalam ajaran Islam. Fahaman ini disebut mazhab.
Meskipun disebut mazhab namun akidah masih di dalam ruang lingkup yang sama.
Begitupun terdapat juga puluhan mazhab yang lain dan masih juga berpegang
kepada akidah yang sama. Hanya nama dan perbezaan pengamalan sahaja yang dilihat tidak sekata. Inilah ruang
keterbukaan ajaran islam sebenar. Inilah kebebasan yang ditawarkan di dalam Islam.
Kebebasan dengan prinsip. Kebebasan dalam lingkaran undang-undang. Bukan bebas
tanpa batas tetapi bebas dengan erti dan makna tersendiri.
Apabila ibadat seseorang itu benar dan betul maka ia
pastinya akan membuahkan akhlak dan
sikap yang sempurna. Akhlak justeru komponen penting yang berkait rapat
terhadap ibadat dan akidah seseorang. Seandainya akhlak tidak benar maka
pastinya berlaku kesilapan dalam pengamalan bagi seseorang individu islam itu
sendiri. Akidah ,ibadah dan akhlak adalah tiga komponen yang mesti betul pada
posisi dan prinsipnya. Akidah yang benar,ibadat yang benar akan membuahkan
akhlak yang sempurna. Akhlak ini melambangkan keperibadian yang tinggi seperti
jujur,amanah,bertanggungjawab,hormati orang lain,berbaik
sangka,sabar,tabah,cakal,berani,dedikasi,komited dan bersungguh dalam apa jua
amalan kehidupan.
Ummat islam adalah induk atau tunggal. Sebuah komuniti
terbesar yang berada di atas muka bumi. Kami dihubungkan dengan kepercayaan dan
keyakinan yang sama. Ini adalah hakikat sebenar. Namun disebabkan faktor dan
cabaran global akhirnya kami tumpas. Berlaku kelemahan dan kekurangan dari segi
politik,urus tadbir kerajaan,ekonomi,sukan,hiburan,teknologi,alam
sekitar,pendidikan dan pelbagai aspek
lain.
Ummat Islam memiliki hanya satu tuhan. Tuhan ini memiliki
utusan dan penyampai perkataan-Nya.kata-kata tuhan ini disebut sebagai firman
atau wahyu. Ia disampaikan oleh utusan yang digelar sebagai nabi dan rasul. Setiap
perkataan tuhan ini akhirnya dikumpulkan dengan sempurna dan disusun di dalam
sebuah kitab yang dinamakan Al-Quran. Setiap nabi dan rasul didatangkan di
dalam zaman yang berlainan. Latar masa yang berlainan. Daripada bermula
penciptaan alam semesta sehingga
lahirnya manusia pertama yang disebut Adam . di dalam sejarah kedatangan
para nabi ,nabi Muhammad yang lahir pada sekitar 1400 yang lepas sahaja
memiliki ajaran yang sempurna. Ia memberi maksud pelengkap bagi ajaran-ajaran
nabi dan rasul sebelum baginda. Melengkapi ajaran sebelumnya.
Setiap para nabi hanya menyampaikan dua perkara terpenting
iaitu dua kalimah.
SAHAJA AKU BERSAKSI
TIADA TUHAN DISEMBAH MELAINKAN ALLAH.
DAN AKU BERSAKSI
BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH.
Artikel ini hanya bertujuan untuk membersihkan nama dan imej
islam dan sekaligus menolak persepsi dan tanggapan silap dunia moden hari ini terhadap ajaran Islam
sebenar.
Islam itu indah dan jangan kerana keburukan akhlak ummatnya,keindahan itu dinafikan. Akhir
kalam maafkan kami di atas kelemahan Ummat Islam hari ini.
Sekian.
Memohon bantuan bagi dana pilihan
raya untuk tujuan deposit pilihan
raya sebagaimana diperuntukkan di bawah
bidang kuasa Suruhan Jaya Pilihan Raya..seandainya jumlah undi berjaya
mengatasi jumlah undi 1 /8 maka
insya’allah wang berkenaan akan dipulangkan semula kepada pengundi dengan
persetujuan bersama pengundi atau diberikan kepada pihak badan kebajikan,pusat
bantuan,badan amal,ngo,mana –mana pihak sekolah agama atau pihak berautoriti
...
Untuk SUMBANGAN boleh dimasukkan ke no akaun tertera.
EN.
MUHAMMAD FAKHRUDIN B ABU HANIPAH.
BANK MUAMALAT..
06020019895728