Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 16 Mac 2013

TRUE PEACE


MENCAPAI KEAMANAN SEJATI.

KEMBALI KEPADA FITRAH ASAL JIWA DAN HATI MANUSIA.
KEMBALI KEPADA BENTUK ASAL EMOSI MANUSIA.

MANUSIA.

Manusia bermakna binatang diberi akal dan pengetahuan.

Mereka memerlukan makanan,air dan udara serta tempat perlindungan.
Teori asal ketamadunan manusia.
Persaingan dan peperangan merupakan kemestian dalam menerima kewujudan manusia. Beerti ianya sebahagian daripada intipati penciptaan yang tidak jelas tujuan dan matlamatnya.

Manusia di dalam kitab tasawuf dihampirkan maknanya sebagai binatang berakal.
Memang allah sememangnya mengakui dan mengesahkan bahawasanya manusia adalah ciptaan yang terbaik. Jauh lebih unggul daripada alam akhirat itu sendiri. Ia bukan berniat perbandingan. Namun mempertegaskan bahawasanya manusia adalah ciptaan yang sesungguhnya sangat membanggakan

ALLAH.

TUHAN YANG MENCIPTANYA..

NAMUN..

PERLU DIFAHAMI
KERANA MANUSIA

ALLAH DAN IBLIS BERTEMBUNG..

ALLAH DAN IBLIS BERPECAH …

DARIPADA SEBUAH ORDE TUNGGAL KEPADA DWI PEMERINTAHAN..

PEMERINTAHAN ABADI..

PEMERINTAHAN SEMENTARA.


Kekuasaan mutlak dan kekuasaan kebathilan.

Kekuasaan

Pengawalan..

Menjadi penentu . Pemutus dan penetap . Penulis ketetapan.


Mempertikaikan sejarah berkenaan siapakah iblis dan adakah ia pernah menjawat jawatan tertinggi di sisi ALLAH .
Sebetulnya ia tindakan tidak dan kurang jelas. Walhal jika diamati semula, bagaimana ,gerak operasi iblis adalah sebetulnya dan semestinya kita patut memperingatkan dan memperjelaskan bahawasanya tipu daya iblis dan fitnah dajjal akan terus-terusan berjalan.

Mengakui tipu daya dan fitnah dajjah bukanlah semudah menoktahkan dengan ayat…


MAKA HENDAKLAH KITA SEMUA BERWASPADA AKAN TIPU DUSTA DAN FITNAH DAJJAL.” ..dan seterusnya..

Tidak..

Walaupun kita menoktahkan ayat itu..

Namun tindakan dan kerja dajjal dan tipu dusta iblis sebenarnya sangat rumit.

Kami memberi sedikit gambaran kenapa ia disebut rumit.

Menerusi perspektif ekonomi .

Penerimaan majoriti manusia dunia hari ini bahawasanya wang hanya sekadar kertas yang tidak bernilai masih lagi sukar diterima. Jika terdapat mana-mana golongan kecil yang membawa idea ini maka mereka akan dituduh sesat, sasau,gila serta mereng. Walaupun sekadar tahu namun belum tentu ia mampu menggugat keyakinan bahawasanya duit itu betul-betul hanya sekeping kertas.

Pendidikan terhadap pengurusan kewangan yang stabil.
Adakah ia berkesan dalam menyelesaikan kompleksiti dunia ekonomi kontemporari.

Mungkin ada yang optimis.

Pendidikan mungkin mampu menghakis sedikit sikap tamak . namun ia tidak mampu membenteng sikap dengki dan iri hati. Jurang dan garis pemisah masyarakat hari ini yang bukan sahaja sudah dibentuk kerana perbezaan warna kulit,perbezaan bahasa bahkan status,kedudukan,taraf pendidikan,kelas social,migrasi profesion,taraf ekonomi,pencapaian dan pelbagai factor menyebabkan iri hati akan terus wujud selagi dinding halus yang membentengi setiap jurang jiwa-jiwa manusia maka sejujurnya,ruang untuk menghapuskan masalah sebenar di sebalik krisis ekonomi global sebetulnya ..

MEMERLUKAN PANDUAN DAN TUJUKAN ARAH YANG BARU..


BUKAN BERHASRAT IDEALIS..

MENCIPTA SIFAR KRISIS..

THAT’s NOT THE POINT..

TETAPI PATUT DAN SEBIJAKNYA KITA MENILAI DENGAN PERTIMBANGAN BERASAS IMAN DAN AKIDAH ..
GAMBARAN RINGKAS

PREVIEW…

KEMENANGAN ISLAM JUSTERU TERCAPAI APABILA TUJUAN MANUSIA ITU TERARAH KEPADA PUSAT ARAH YANG SEPATUTNYA..

APABILA KEMENANGAN ISLAM DIGAPAI OLEH RASULULULLAH DAN PARA SAHABAT , MAKA KRISIS MORAL YANG MELANDA MASYARAKAT MEKAH DAN SEKITAR TANAH ARAB BERJAYA DICAPAI DENGAN PERATUSAN PENYELESAIAN HAMPIR 98.8 % DI MANA KRISIS BERJAYA DITANGANI DENGAN CEPAT,MUDAH DAN SELAMAT. YANG DITIMPA MASALAH TERSELAMAT BAHKAN DAN YANG TIDAK MENDAPAT MASALAH , TIDAK MENERIMA TEMPIASNYA.

PEPERANGAN ANTARA KABILAH. HANYA BERLAKU DALAM KADAR YANG KECIL. JARAK DI ANTARA INSIDEN DENGAN INSIDEN LAINNYA SANGAT JAUH DAN BERSENGGATAN BESAR. KRISIS BOLEH DISELESAIKAN DALAM KADAR MASA YANG SINGKAT.
PEMBUANGAN BAYI DAN PELACURAN BERJAYA DIHAPUSKAN SEPENUHNYA.
PENGHASILAN DAN PENJUALAN ARAK,BERJAYA DIREFORMASI. TAMBAHAN PULA, GOLONGAN BUKAN ISLAM JUGA PADA ZAMAN BAGINDA MENOLAH PENJUALAN ARAK.
PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PERHAMBAAN BERJAYA DIHAPUSKAN.
DOMINASI EKONOMI OLEH KELOMPOK KAYA BERJAYA DIKAWAL. HANYA YANG AMANAH MENDAPAT KONTRAK. SEBAGAIMANA TERCATAT SAIDINA ABU BAKAR,SAINDINA UTHMAN DAN ABDURRAMAN AUF. SAUDAGAR BESAR.
PEMBINAAN RUMAH DALAM TAPAK YANG TERHAD. PEMBINAAN RUMAH DENGAN BAHAN YANG BERKUALITI NAMUN MUDAH DIDAPATI. TIDAK BERLAKU KETIRISAN DALAM PELAKSAAN KERJA PEMBAIKAN DAN TAPAK PROJEK.
URUSAN JUAL BELI DISELA DENGAN KEJUJURAN. TIMBANG DAN TUKARAN DIBUAT DENGAN JUJUR DAN SANGAT EMPATI.
PINJAMAN DAN HUTANG DIBUAT BAGI YANG LAYAK. SI KAYA MENSEDEKAHKAN HARTA DI BAITUL MAL DAN SI MISKAN MENGOPTIMUMKAN HASIL PRODUK DEMI MEMPASTIKAN KITARAN EKONOMI TERUS STABIL DAN BERGERAK DENGAN PERTUMBUHAN MAPAN.
TIDAK BERLAKU UPACARA MEMBESARKAN MANA-MANA TOKOH DAN INDIVIDU. SEMUA UPACARA SAMA ADA MAJLIS NIKAH SEHINGGALAH KENDURI DOA SELAMAT DIBUAT DENGAN NIAT SILATURRAHIM DAN MEMBERI MAKAN UNTUK FAKIR MISKIN. BUKAN DENGAN NIAT MENUNJUKKAN KEHEBATAN DAN MENJUAL NAMA ATAU PRODUK. LEBIH LAGI ATAS NAMA STRATEGI POLITIK. BUKAN DAN BUKAN.

SETIAP KELAS MASYARAKAT DIANGKAT DALAM DARJAH YANG SAMA. –INILAH KEHEBATAN KETAMADUNAN ISLAM KETIKA ZAMAN BAGINDA YANG TERSEMBUNYI.
KAYA DAN MISKIN,DATO’ ATAU DATIN,SI PENGEMIS ATAU SI CACAT,BERSAMA-SAMA DI DALAM SATU SAF,TINGGAL DI ZON KEDIAMAN YANG SAMA,MAKAN DI RUANG MAKAN YANG SAMA, BERIADAH DI ZON RIADAH YANG SAMA,DAN PALING UTAMA BERSAMA-SAMA SUJUD DAN MENGAGUNGKAN KALIMAH TERTINGGI,KALIMAH TAUHID,ALLAH MAHA BESAR..


Apakah maksud krisis ekonomi memerlukan tujukan arah yang baru.??

Kita masih berdepan dengan ekonomi dominasi kelompok bermodal besar. Selagi ada pihak pemodal yang memiliki nilai pelaburan besar maka selagi itulah dominasi ekonomi akan terus berteraskan kitaran modal berpaksi statik. Ia hanya beredar dalam jaringan si pemodal. Dan isunya, selagi si pemodal memiliki nilai pelaburan besar maka selagi itu ia berhak untuk menentukan perniagaannya.

Sebenarnya kita sangat sering diperlihatkan dan diberitakan bagaimana sesebuah produksi percetakan cd berlesen.
Mereka jugalah yang memiliki produksi percetakan cd haram dan cd lucah.
Beerti satu syarikat memiliki dua bentuk perniagaan. Perniagaan berlesen dan perniagaan tidak berlesen.
Dalam mentaliti ekonomis kontemporari,keuntungan adalah teras dan sasaran. Dalam-mana-mana perniagaan. Perniagaan berlesen seringkali mencatatkan keutungan dalam margin kecil. Senario ini dihadapi oleh seluruh kelas penggerak ekonomi. Sama ada peniaga dengan nilai kontrak billion mahupun peniaga kerepek pisang dengan nilai modal puluhan ringgit . Margin keuntungan sentiasa dalam julat yang kecil. Boleh bertanyakan mana-mana pengurus syarikat besar. Mereka juga berdepan dengan kegilaan senario ekonomi semasa yang mereka sendiri tidak faham dengan kefahaman sebenar mengikut perspektif ekonomi biasa.

Maka bagi mengatasi masalah ini, pekembar di bentuk. Adanya rakan penjalin untuk mengekalkan kedudukan. Demi mengatasi masalah keuntungan yang kecil maka barangan produk tulen juga diduplikasi bagi membolehkan nilai perniagaan bertambah. Di sinilah bermula perniagaan barangan cetak rompak. Seringkali barang cetak rompak akan diseludup oleh pihak agen dengan pengetahuan pihak pengurus besar (pengurus /atau mana-mana pihak pelabur lain selaku pengesah niaga ) namun tanpa pengetahuan kakitangan bawahan , operator dan staf pertengahan. Dan senario berikutnya boleh difahami dengan mudah mengapa berlaku rasuah,ketirisan,kebocoran maklumat dan seumpamanya. Maka sebab itulah bukanlah sesuatu yang menghairankan,mengapa industri cetak rompak masih terus berjalan dan bahkan terus berkembang. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan ,bahkan tauke cetak rompak boleh mendapat nilai keuntungan berlipat kali ganda menerusi barang mudah dapat ,minimum kos produksi dan sifar kos kakitangan. (kebanyakan bergerak melalui rakan sejawat dan bukan gaji bulanan-(dibawah skim kwsp,socso dsb) ).

Realiti di dalam satu perspektif. Jika diperluaskan maka konteksnya tidak berubah namun mungkin berlaku perubahan dalam ruang lingkup operasi dan pengendaliannya. Bidang hartanah,konsultan,guaman,arkitek,kejuruteraan,bahan makanan,pembungkusan,perlesenan dan banyak lagi lingkungan.

Dengan sebab ini,menjanjikan penurunan harga oleh entiti parti politik atau kerajaan hendaklah difahami bahawasanya sentiasa berlaku runding niaga di belakangnya. Janganlah mudah ternganga dengan “janji menghapuskan itu dan ini” dan sebagainya. Begitu juga dengan “pemberian ini dan itu”. Ia justeru tidak memberi impak bahkan kelompok penerima manfaat mungkin lebih kecil berbanding daripada angka sepatutnya. Regulasi mesti dinilai disebalik rundingniaga.

PENELITIAN TERHADAP KETERBUKAAN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN RUNDINGAN.

Dengan sebab ini,ekonomi mesti difahami dan dapatan pada saat ini,masyarakat majoriti sudah mula menerima bahawasanya,ekonomi dan politik sesungguhnya sangat rapat dan berkait rapat. Ia ibarat dua saudara yang saling menarik tali didalam satu lautan. Kesannya sangat dekat. Dengan sebab ini,ekonomi semasa berada di paras graf stabil. Memberi maksud ,semua negara masing-masing bertindak menjaga asset dan hak milik. Setiap negara mula menilai harta iaitu apakah nilai harta yang mereka miliki sebenarnya. Setiap negara mula memerhatikan apakah keuntungan yang boleh diambil disebalik permainan pelaburan,perdagangan atau mana-mana urusan jual beli di bidang ekonomi kerana tujuannya adalah demi survival politik negara masing-masing.

SEKADAR GAMBARAN HIASAN.

MAKA DENGAN SEBAB INI,TIDAK SEMUDAH MENGUNGKAPKAN HAPUSKAN ITU MAKA MASALAH SELESAI. ATAU JUGA TABURKAN PULUHAN JUTA MAKA KRISIS MASYARAKAT TERBANYAK AKAN REDA.

TIDAK KERANA PEMERINGKATAN AMAT PANJANG DAN MEMAYAHKAN.
DI SINILAH RAMAI YANG TERBABAS DALAM MENILAI DALAM SUDUT APAKAH MEREKA PATUT MELIHAT.

DAN KAMI MEMBUAT KENYATAAN SELAMAT . NILAI DENGAN IMAN DAN AKIDAH.

SEBETULNYA..

MENGGAPAI KEMENANGAN ISLAM INI CUKUP SUKAR. TIDAK RAMAI YANG BERKEINGINAN KE ATASNYA. HANYA YANG TERPILIH. MAKA ..

YANG TERPILIH PATUT MEMANDU ARAH.
SEBAB INILAH YANG SEBENARNYA DICARI OLEH SEMUA MANUSIA..

MANUSIA INI MEMERLUKAN PETUNJUK DAN ARAH TUJU. KEBENARAN ITU AKAN MEMANDU MEREKA.

MUSLIM IS ALWAYS BEYOND THE HUMANKIND..

PETUNJUK ARAH BAGI MENCARI JALAN HIDUP YANG SEPATUTNYA.
MENEMUINYA MUDAH-MUDAHAN KEAMANAN SEJATI AKAN TIBA INSYA’ALAH..

TIADA SIAPA YANG MENANG DAN TIADA LAGI YANG KALAH..

HANYA ALLAH YANG MAHA TINGGI..

DAN MAKHLUK YANG MENYEMBAH-NYA.

BUKANLAH LAGI FIRAUN KECIL DAN DAJJAL…
SEMOGA MUDAH DIFAHAMI.

WAHAI ALLAH ,BERILAH KAMI KEFAHAMAN YANG TINGGI DI DALAM URUSAN AGAMA –MU. DAN PERMUDAHKAN KEMATIAN KAMI. BERILAH JALAN KEMATIAN YANG BAIK DI SISI-MU. PERBAIKI URUSAN UMMAT INI DAN SEISINYA DI ALAM YANG KEKAL ABADI,YANG MENANTI KAMI PADA SAAT KAMI SENDIRI TAKUT UNTUK MENGHADAPINYA. CUCURILAH RAHMAT BUAT PARA RASUL , SEKIAN TABIEN, SALAF ,KHALAF SERTA ULAMA YANG MENJUNJUNG TINGGI KITAB-MU.


SALAM..JAZAKALLAH..

Followers