SURAH TERBUKA FOR NON
MUSLIM...
A VERY BIG
APOLIGIZES...
A THOUSAND FORGIVING..
MASALAH AKHLAK DAN ADAB
YANG SERIUS DALAM KALANGAN PARA PEMBESAR
MUSLIM YANG GEMAR BERTELAGAH SESAMA BANGSA DAN AGAMA DALAM URUSAN-URUSAN YANG TERPENCIL DAN KUSUT..
MASALAH KEPIMPINAN
BERTUKAR ARAH MENJADI BERKECAMUK DAN
PENUH DENGAN KEBENCIAN..
JUSTERU KAMI SELAKU
WAKIL KESATUAN-KESATUAN MUSLIM SEBENAR...YANG TIDAK DILANTIK PASTINYA..
THE TRUE ORIGINAL OF
MUSLIM..A MALA TRIBE ..
WE ARE RELYING TO OPEN
A VERY BIG HANDSHAKE FOR THAT SUCH OF MISUNDERSTANDING WHICH IT COMES FROM THE
CONTEMPORARY HABIT ,THAT ALWAYS
BEEN DISPLAYED BY MOST OF THE MUSLIM
LEADERSHIP...
EXACTLY..
THE RIGHT THING THAT
NEED TO BE PROVE..
IS THE ATTITUDE AND THE
RIGHT CHARACTER..A VERY GREAT MUSLIM PERSONALITY INDEED..
BECAUSE THE REAL MEANS
TO BE MUSLIM..
IS TO BE A REAL
HUMANKIND..
A HUMAN THAT IS GUIDE BY THE RIGHT PATH..
SEBELUM BERMULA..LEBIH BAIK KAMI MEMBUKA
LEMBARAN INI DENGAN BEBERAPA
ABSTRAK..RANTAIAN REALITI YANG
SEDANG MENCENGKAM MASYARAKAT DI JEPUN DAN EROPAH..SAAT INI..
KEDENGARAN SUARA JIWA MEREKA MENJERIT..
JIWA MEREKA MEMBERONTAK..
ISTILAH INI BUKANLAH SEKADAR ISTILAH YANG
DIULANG DAN DITAYANG SIAR BERULANG KALI ..
NAMUN
BEBERAPA
ANEKDOT TIPIKAL YANG PATUT DIANGKAT DAN DINILAI DENGAN PANDANGAN..DENGAN
ANALISIS..BESERTA DIAGNASIS TERPERINCI..
KEHANCURAN
FALSAFAH HUMANISME DAN ATEISME..KAMI BERANI MELETAKKAN PERTARUHAN
BAHAWASANYA IDEA TUHAN DELUSI..ADALAH
SATU FALSAFAH YANG TELAH DITERIMA PAKAI SECARA BESAR-BESARAN TERHADAP MASYARAKAT
BEBAS DAN TERBUKA DI EROPAH..
MASYARAKAT SIVIL EROPAH SENTIASA BERPEGANG
KEPADA SIFAT KETERBUKAAN.UNIVERSAL DAN KESAKSAMAAN GENDER
,BUDAYA,AGAMA,PEMIKIRAN BAHKAN ..
TERAS KETERBUKAAN INI ADALAH..
WE ARE JUST HUMAN..
WE ARE A NATION..
WE ARE TRULLY SIMILAR INI EACH OF
US..
IDEA INI SEAKAN BAIK
DAN CUKUP MENGAGUMKAN NAMUN..
ADA PELBAGAI SISI KESONGSANGAN YANG BERLAKU
DAN LAHIR..
MENERUSI SUDUT INDIKATOR KEADILAN TULEN DAN NILAI
KEMANUSIAAN BERASASKAN ATURAN ALAM YANG SEMPURNA..
KEADILAN DI EROPAH ADALAH KEADILAN
KOMERSIL,TIDAK MAMPAN,TIDAK BERETIKA...
NILAI KEADILAN SECARA LITERAL..KEADILAN
LEMAH YANG NAIF..KEADILAN PALSU DAN DHOIF...
IA DIBUAT BERSANDARKAN KEPADA ..
SIAPA PENCIPTA KEADILAN
ITU SENDIRI.
..BERERTI RANGKA DAN BENTUK KEADILAN ITU ADALAH BERSANDAR DAN BERUKUNKAN ..SI PENCIPTA
KEADILAN..
MAKA DISEBABKAN HAL INILAH ..
KEADILAN DINIKMATI DI EROPAH DAN
NEGARA-NEGARA BARAT LAINNYA..
IA SEMEMANGNYA TIDAK SEKATA...DAN SENGAJA
DIBENTUK TIDAK SEKATA..KERANA
KEADILAN DILAUNGKAN DI SANA
ADALAH KEADILAN BERSANDARKAN KEPADA ..
SIAPA BERKUASA MAKA DIALAH PENENTU BAGI
KEADILAN....
DIA BERHAK UNTUK MENENTUKAN.KEADILAN PATUT
DITUJUKAN KEPADA SIAPA ..
DAN KEPADA SIAPA KETIDAKADILAN PATUT
DIGUNAPAKAI..
MUDAH KATA..
KEADILAN BERSANDARKAN LOGIK DAN RASIONAL..
SAYOGIA KEADILAN DIBUAT BERSANDARKAN LOGIK
DAN RASIONAL MAKA..
UNDANG-UNDANG YANG HENDAK DAN PATUT DIGUBAL..MESTILAH
BERSANDARKAN LOGIK DAN RASIONAL..
LOGIK ADALAH HUKUM PEMUTUS..BETUL DAN
SALAH..
RASIONAL SERING KALI BERALASKAN CITARASA DAN ANDAIAN-ANDAIAN
SONGSANG..
MAKA APABILA KEDUA-DUA UNSUR DIGUNAPAKAI
,DIGABUNGKAN DAN MENJADI TERAS UNTUK MELAHIRKAN UNDANG-UNDANG..
MAKA TERBITLAH UNDANG-UNDANG DANGKAL DAN
PELIK..UNDANG-UNDANG BERINTIKAN HAK
ASASI DAN NILAI KEMANUSIAAN SEJAGAT..
KETARA KELEMAHAN BAGI UNDANG-UNDANG SEMASA
ADALAH..
SELAGI MANA PEGUAM DAN HAKIM BERUPAYA
MELETAKKAN SENDIRI UKURAN DAN HUKUM BERASASKAN KEPUTUSAN BUDI BICARA MENGIKUT
KAPASITI NILAIAN MANUSIA , MAKA SELAGI
ITULAH ..
KEADILAN
MUTLAK..KEADILAN ASLI..KEADILAN TULEN..KEADILAN ..
KEADILAN BERASASKAN..
KEBENARAN..
IA TIDAK AKAN WUJUD
SELAGI ITU..
TELITI DAN CERMATI
HUJAH KAMI DENGAN BAIK..AMATI IA DENGAN HALUS..
TIDAK PERLU TERPEKIK
DAN TUDING-MENUDING SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH..
YANG PASTI..
KEBENARAN HANYA SATU..
IANYA DARIPADA TUHAN KAMU..
DENGAN BERSANDARKAN HUJAH INI..KAMI SELAKU DI
MEREKA YANG SANGAT MENCINTAI KEBENARAN ITU SENDIRI..SANGAT
MENGINSAFI APA YANG TELAH DILAKUKAN KEBANYAKAN MEREKA YANG MENGAKU MUSLIM NAMUN
MENCERCA DAN MENCELA MARUAH DAN NILAI HARGA SESEORANG ITU ..TANPA NAS DAN DALIL
YANG PASTI (PEMBUKTIAN MUTLAK)
AMAT KAMI TERKHILAF APABILA KEDAPATAN
SEGELINTIR BESAR DARIPADA KALANGAN UMMAT INI YANG MEMPROMOSI KEBENARAN NAMUN
TERPEROSOK JAUH KE DALAM SANGKAR KEPALSUAN..
GARA-GARA TIDAK
BERFIKIR PANJANG..
TIDAK BERHEMAH DAN
BERHIKMAH..
TIDAK MEMILIKI KESABARAN YANG KUAT..
TIDAK MEMILIK KEAZAMAN
YANG BENAR-BENAR TEGUH..
TIDAK BERSIFAT TEGUH DAN TEGAR..
TIDAK MEMILIKI
PENDIRIAN DAN SEMANGAT JUANG YANG
TUNTAS..
DAN TOTAL,IA MELAHIRKAN.
AKHLAK DAN ADAB PEJUANG
YANG SANGAT TIDAK BERETIKA..
HILANG IZZAH TERHADAP SESEORANG PEJUANG ITU SENDIRI...
KAMI BERLEPAS DIRI DARIPADA MELETAKKAN
KENYATAAN INI SEBAGAI PERTUDUHAN KEPADA MANA-MANA KELOMPOK..
LEBIH KEPADA MUHASABAH
DAN PERINGATAN BAGI MEREKA KHUSUSNYA. DAN KAMI TERLEBIH LAGI..
MENGGELARKAN DIRI
SELAKU PEJUANG KEBENARAN..
PENEGAK KEADILAN
SEJATI..
IBDAP BINAFSI..
KAMI
TIDAK PERNAH SEKALI –KALI MENIDAKKAN MANA-MANA USAHA MEREKA YANG SABAN
MASA BERJUANG UNTUK MENGANGKAT MARTABAT
UMMAT ,AGAMA DAN BANGSA SABAN MASA..
DI SINI KAMI MENYERTAKAN BEBERAPA ARTIKEL
YANG PADA KAMI ...
MEREKA LAYAK DILETAKKAN TOKOH –TOKOH TULEN
YANG TIDAK DIKENALI DI BUMI NAMUN CUKUP POPULAR DI LANGIT...
BUKAN AYAH PIN..
BUKAN RASUL KAHA..
BUKAN MAHADAYA..
BUKAN AJARAN 100 HARI..
BUKAN DAN BUKAN..
NAMUN MEREKA YANG CUKUP TEGUH DAN PUNYA PENDIRIAN TERSENDIRI..
DR ASRI..
PENA MAYA..
GENG UMMAT TERAKHIR..
SAIFULISLAM..
BEBERAPA ARTIKEL MEREKA..
DIPERSILAKAN DAN TELITI DENGAN BAIK..
MAAF KERANA BLOG
MUSLIMDAIRYZ ADALAH BLOG YANG PALING SELEKEH DI DIMENSI VIRTUAL..
MOHON MAAF.
SEGALA KEKURANGAN DARI
KAMI..
KEKUATAN DAN KEKUASAAAN
HANYA MILIK TUHAN PENCIPTA ALAM SEMESTA..
TERIMALAH PENA MAYA..MINTA IZIN..
Prenote :
Berperibadi mulia itu adalah salah satu cara 'menyentuh hati' yang terbaik.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
"...dan
sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah
kerjakan." [16:93]
Daripada
Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sedekah tidak mengurangkan harta.Allah tidak melebihkan seseorang hamba
dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang
melainkan Allah mengangkatnya." [Hadis Riwayat Muslim,ad-Darimi dan
Ahmad]
*** *** ***
Nenek Dan Pusat Membeli-Belah
Lebih kurang Tiga minggu lepas,saya mempunyai kelas sehingga petang.Oleh kerana hari sudah agak lewat,saya berkeputusan untuk pergi makan di sebuah Pusat Membeli-Belah yang terletak berdekatan dengan Stesyen Metro menuju Asrama saya.
Dipendekkan cerita,semasa makan di dalam Food Court Pusat Membeli-Belah serba moden itu,yang mana rata-rata Pengunjungnya memakai Peragaan Butik Terkenal Dunia etc - kelihatan tidak jauh dari Meja tempat saya makan - seorang Nenek Tua.
Adalah menjadi sesuatu yang luar biasa bagi seorang Nenek Tua untuk berada di situ - memandangkan Tempat itu adalah 'Kawasan Orang Konon Elit' menghabiskan harta mereka.
Saya memilih Tempat itu hanya kerana di situ ada Kedai Makan Halal.Jujur cakap,saya tidak begitu selesa berada di dalam Pusat Membeli-Belah itu,memandangkan begitu banyak 'Kelucahan' berlaku di dalamnya.Hakikatnya,ianya agak 'menyeksakan' bagi seorang Anak Muda Muslim Bujang untuk hidup di Negara Barat ini.
Sambil makan,saya perhatikan Gelagat Nenek ini.Bajunya kusam.Mukanya - melambangkan kesedihan.
Saya fikir,"Mungkin Nenek ini lapar.Hendak try makan mewah sikit kot".
Selepas saya makan,Nenek itu masih berada di situ.Saya menghampirinya.
Barulah jelas pada penglihatan mata saya,yang Nenek itu bukan sedang makan.Sebaliknya,Nenek itu sedang duduk sambil tangannya menadah 'seolah meminta bantuan'.
Cuaca di luar ketika itu masih lagi Sejuk.Fikir saya,mungkin Nenek ini terlampau lapar dan Sejuk,dan dalam keadaan terdesak,Beliau terpaksa membuang rasa malu - lantas duduk dalam Food Court Pusat Membeli-Belah itu.
Saya kemudian datang menghampiri Nenek ini,dan menghulurkan sedikit Wang kepada Beliau.
Melihatkan 'Wang' yang diberi,Nenek itu terus menangis dan mengambilnya.Tangisan Beliau itu - bukanlah dibuat-buat.Tapi,tangisan yang lahir dari kesedihan mendalam.
Nenek itu mengucapkan Terima Kasih kepada saya.Saya hanya tesenyum,lalu membuka langkah untuk beredar pergi.
Kemudian,Nenek itu membuat 'tanda isyarat cross' yang bermaksud 'semoga saya dirahmati'.
Melihatkan perkara ini terjadi,saya berpatah balik,dan berkata perlahan kepada Nenek ini,"Saya seorang Muslim.Ini bantuan dari Tuhan.Saya hanya berikan sahaja.Tapi sebenarnya,Tuhan yang bantu Nenek".
Nenek itu hanya terangguk-angguk sambil tersedu menangis.
Saya berlalu pergi.
Tentu ada di antara anda yang tertanya,kenapa saya menyatakan kepada Nenek itu,"Saya seorang Muslim"?
Niat saya hanya untuk 'menunjukkan Pintu kepada Nenek ini'.Mana tahu,apabila tiba di Rumah nanti (jika Beliau ada Rumah),Nenek ini teringat perbuatan saya,dan mengaitkan dengan pernyataan saya itu,Nenek ini berminat untuk memahami Islam.
Siapa tahu?Kita manusia hanya berusaha.Itulah sebabnya adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk menyebarkan jalan ini bila mana kesempatan mendatang.Jangan pernah segan.
Apa-apapun,kita kena ingat,hidayah itu milik Allah SWT.Kita hanya berusaha untuk menyampaikan.Tentang hati,kita serahkan kepada-Nya sahaja.
Dan mungkin juga ada yang bertanya,"Perlu ke cerita benda ni,nak riak ke hape?".
Tujuan saya menceritakan perkara ini,supaya anda - membuka mata anda terhadap keadaan di sekeliling anda.
Bantu mereka yang memerlukan!
Bukannya saya hendak riak ke apa.Tiada faedah jika saya mahu riak.Malah merugikan saya.Bukankah riak itu penghapus amal?
*** *** ***
Kesedihan
Dari kisah di atas,ada satu perkara yang membuatkan saya sedih.
Apa yang membuatkan hati saya 'patah lagi heartbreak' itu adalah apabila melihatkan Para Gadis dan Jejaka yang lalu-lalang di sekeliling Nenek itu - tidak sedikit pun menegur Beliau - atau bertanya samada Beliau perlukan bantuan etc etc.
Kenapa ini berlaku?Itulah Tamadun Barat.Tamadun yang dibangga-banggakan sangat oleh sesetengah Pihak dalam Masyarakat kita.
Hakikatnya Tamadun Moden Barat ini adalah Tamadun Material yang 'Tidak Berjiwa'.
Itulah kesimpulan yang saya dapat lihat sepanjang berada di Negara Barat ini.
Anak Murid bersikap biadab dengan Guru etc etc - bukanlah Pemandangan yang asing di sini.
Amat malang apabila ada dalam kalangan kita yang begitu Taksub dengan Tamadun ini.
Saya tidak mengatakan semua yang datang dari Barat itu salah.
Tidak.
Malah,banyak juga perkara yang boleh dimanfaatkan kita.
Cuma,apa yang saya ingin sentuh adalah mengenai Perihal 'Kerosakan Cara Hidup Seharian' Rakyat Kebanyakan mereka - yang semestinya tidak dipaparkan di dalam Televisyen.
Saya mahu menarik perhatian anda mengenai kesan yang bakal melanda Masyarakat kita - jika kita hidup semata-mata untuk mengejar 'Keuntungan Material' sahaja.
Dan,amatlah menyedihkan apabila melihat perkara kerosakan ini sudah ada,malah mulai merebak di Tanah Air kita.
*** *** ***
Turki
Ketika di Istanbul,setiap hari kami mendapat 'Sarapan' Percuma yang disediakan 'Pihak Hotel'.
Dan semasa kami bersarapan,Pihak Katering Hotel kebiasaannya memasang TV untuk ditonton Tetamu Hotel.
Mengikut Pemerhatian saya,TV di Turki - amatlah 'liberal dan terbuka' kandungan Tayangannya.
'Bergelek sana,bergelek sini'.
Sedih.
Saya sedih melihat keadaan ini.
Bertambah sedih apabila mengingatkan ketika pulang ke Malaysia pada Musim Panas yang lepas,kandungan TV Malaysia juga memaparkan perkara yang lebih kurang sama.
'Gadis Melayu' sudah berani melakonkan 'Adegan Ranjang' secara terbuka bersama 'Hero Melayu'.
Apakah ini kemodenan yang kita mahukan?
Tidak dinafikan,memang ada TV Al-Hijrah etc.
Tapi,kandungan Islamik di Kaca Televisyen kita hanya berapa Percent kecil sahaja berbanding Rancangan-Rancangan 'Tidak Bermutu yang dipenuhi Maksiat' lain yang ditayangkan.
*** *** ***
Usaha
Orang Islam itu - jika mereka benar-benar memahami Agamanya - adalah orang yang berjaya di Dunia dan juga di Akhirat.
Mengeluh panjang - bukanlah ciri orang yang berjaya.
Jadi,kita sebagai seorang Muslim,tidak boleh berputus asa dan sekadar berlepas tangan melihatkan keadaan Maksiat yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.
Sebaliknya,usaha perlu dipertingkat untuk menyebar Risalah Kebenaran ini.
Idea perlu dicari untuk mendekati Golongan Muda.
Tapi ingat.Matlamat tidak menghalalkan cara.Dakwah itu mestilah mengikuti apa yang diajarkan Rasulullah SAW.
Saya suka untuk menarik perhatian anda untuk menonton sebuah Video tentang Usaha Dakwah yang sedang dilakukan oleh Muslim di Negara Barat pada ketika ini.
Harapan saya,semoga anda mengambil Pengajaran (Ibrah) dari Video di atas.
*** *** ***
Hadiah
Oleh kerana saya tahu bukan ramai orang yang membaca Penulisan ini,jadi untuk menghargai usaha anda membaca Penulisan ini,saya sukacita untuk menghadiahkan salah seorang daripada anda Para Pembaca dengan buku Penulisan Ustaz Zaharuddin di bawah ini.
Buku ini pada fikir saya bagus,mempunyai koleksi Soal Jawab Islamik yang boleh dimanfaatkan anda.
Tapi,harap maklum - hanya sebuah buku sahaja yang diedar.Jadi,jika anda berminat,sila nyatakan di bahagian komen.
Pengkomen Pertama yang menulis komen tentang Artikel ini dengan 'proper',akan mendapat Buku ini.
Kepada Bakal Penerima,sila nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda.Jika tidak faham,sila lihat contoh komen yang perlu anda tulis di sini.
*** *** ***
Penutup
Itu sahaja untuk kali ini.
Insya-Allah,siri ini akan ditamatkan pada hujung minggu ini.Ini bagi membuka laluan bagi Penulisan dengan Tema lain pula untuk ditulis.
Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.
GENG UMAT TERAKHIR..
SHAHI..
ISLAM itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi sesuatu bangsa yang menganut
Islam itulah yang bertindak mempertahankan agama kepercayaan mereka sebagaimana
yang Allah perintahkan. Perkataan mempertahankan itu dari segi pengertiannya
melibatkan usaha memartabatkan, meletakkan ia di tempat tinggi, di tempat
selamat, di tempat yang dihormati dan melakukan segala usaha untuk memastikan
ia terpelihara.
Sejarah
bangsa Arab menyaksikan suasana yang sangat sepi selepas wafatnya nabi dari
kalangan mereka iaitu Nabi Ismail sebelum datangnya Nabi Muhammad (ucaplah
selawat dan salam). Manakala sejarah bangsa Yahudi menyaksikan suasana yang berbeza
dengan kedatangan nabi-nabi dari kalangan mereka seperti Isaac (Ishaq), Yakob
(Yaakub), Yosep (Yusuf), Mosas (Musa), Aaron (Harun), Dawid (Daud), Soloman
(Sulaiman), Ezra (Uzair), Yohanes (Yahya) dan Yeshua (Isa). Sekadar menyebut
beberapa nama nabi-nabi suci orang Yahudi mengikut sebutan lidah Yahudi
sendiri.
Bangsa
buta huruf (Arab) yang tinggal di gurun pasir sememangnya sepi selepas
kewafatan Ismail. Bangsa-bangsa yang mempunyai empayar besar seperti Rom tidak
berminat untuk menjajah orang Arab, orang Greek juga sama tidak ada minat untuk
menguasai orang Arab, bangsa Parsi juga tidak berminat terhadap mereka, begitu
juga bangsa Mesir yang tidak mempedulikan mereka. Bangsa Arab hidup dengan
kabilah-kabilah mereka tanpa gangguan dari tamadun-tamadun luar.
Berlainan pula dengan bangsa Yahudi iaitu saudara seketurunan Semitik
kepada bangsa Arab. Bangsa Yahudi sangat dibenci orang Mesir, orang Rom pula
amat waspada dengan orang Yahudi di Jerusalem, orang Greek pun waspada dengan
mereka, setiap tamadun yang berurusan atau bertembung dengan mereka pasti akan
menyimpan sikap waspada. Sehingga sampai satu peringkat, bangsa Yahudi dibedil
oleh tamadun-tamadun besar seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Musa di Mesir
dan dalam peristiwa The Great Diaspora di Jerusalem selepas ketiadaan
Isa. Sejarah orang Yahudi tidak pernah sepi, dan mereka yang tidak buta huruf
itu mencatatkan sendiri ‘kemeriahan’ sejarah mereka.
Orang Arab tidak diganggu oleh tamadun-tamadun luar kerana mereka tidak
mempunyai ilmu, mereka jahil, buta huruf dan bodoh. Mereka hidup jahil dan
mundur selama beratus tahun. Disebabkan mereka itu jahil dan tidak ada ilmu,
maka mereka itu bukanlah satu ancaman kepada tamadun-tamadun lain di sekitar
mereka.
Ia kerana orang bodoh tidak akan mampu mengalahkan orang-orang bijak
(tamadun-tamadun maju). Malah tiada langsung kepentingan material yang dimiliki
orang Arab ketika itu untuk mendorong tamadun-tamadun besar menjajah mereka.
Langkah menjajah mereka hanya akan menambah bebanan kos yang ditanggung
tamadun-tamadun besar untuk menjalankan urus tadbir ke atas orang Arab. Menjajah
orang Arab adalah satu kerja kolonial yang merugikan. Tambahan pula amat susah
untuk mentadbir orang Arab kerana mereka itu degil suka berperang sesama
sendiri meskipun disebabkan isu-isu kecil. Tiada satu tamadun pun yang sanggup
untuk mentadbir mereka.
Dari sisi
lain, bangsa Arab yang tidak diganggu tamadun-tamadun besar itu sebenarnya
dilindungi Allah kerana akan muncul seorang manusia agung di kalangan mereka,
manusia mulia yang akan mengangkat martabat mereka melalui satu ajaran paling
sempurna.
Manusia
agung yang memulakan langkah berseorangan untuk mendisiplinkan bangsa degil
itu, sedangkan tamadun-tamadun besar tidak mampu berbuat demikian dan tidak
pula ambil peduli disebabkan kedegilan orang Arab dengan fahaman kabilah mereka
yang melampau.
Orang
Yahudi pula, mereka sentiasa menerima ilmu melalui nabi-nabi mereka walaupun
pada akhirnya mereka mengkhianati nabi-nabi mereka. Mereka selama beratus tahun
mendapat pelbagai ilmu pada ketika orang Arab hidup jahil selama tempoh
abad-abad itu. Mereka menjadi bijak kerana mereka berterusan menerima ilmu melalui
nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.
Malah, dalam teks-teks Yahudi turut menyebut kehadiran raja agung,
Iskandar (disebut sebagai Alexander dari Macedonia dalam teks Yahudi)
pernah menemui pendeta (ulama) mereka yang bernama Shimon Hatzaddik
(Shim’an al-Siddiq) untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat, dan untuk
mengucapkan taat setia kepada Allah sebelum meneruskan perjalanannya ke timur
dunia. Begitulah betapa berminatnya tamadun luar terhadap ketinggian ilmu orang
Yahudi.
Kebijaksanaan mereka terhadap ilmu bagaimanapun mengundang rasa curiga
di kalangan tamadun-tamadun besar.
Disebabkan pengkhianatan mereka terhadap perjanjian mereka dengan Allah,
dan pengkhianatan mereka terhadap nabi-nabi mereka, maka Allah menurunkan
pelbagai bala sebagai balasan. Bala itu adalah bayaran kepada kegagalan mereka
memartabatkan ajaran nabi-nabi mereka di dalam hati dan tingkat keimanan mereka.
Bangsa Yahudi dibedil oleh tamadun-tamadun besar sebagai balasan terhadap
keingkaran mereka terhadap perintah mentaati Allah dan perintah nabi-nabi
mereka. Bangsa Yahudi dihukum kerana gagal memartabatkan agama Tauhid di dalam
jiwa mereka. Malah, mereka sengaja memilih untuk tidak taat kepada perintah
Allah.
Akhirnya, bangsa yang tinggal sepi di gurun pasir dihadiahkan oleh Allah
melalui kelahiran seorang manusia agung. Kelahiran yang agung itu juga sudah
dikhabarkan kepada orang Yahudi melalui nabi-nabi mereka yang terdahulu.
Sebelum kelahiran manusia agung di kalangan orang Arab, Nabi Yeshua
(Jesus atau Isa) semasa berada di dunia ketika zamannya itu mengkhabarkan
kepada orang Yahudi mengenai kehadiran seorang Penghibur yang tidak mengenal
huruf dan akan membawa berita gembira melalui kata-kata Allah yang diletakkan
di dalam mulutnya.
Lama sebelum Isa, Nabi Musa yang sangat dihormati orang Yahudi juga
mengkhabarkan kepada kaumnya mengenai seorang manusia agung yang sama
sepertinya iaitu seorang manusia yang dilahirkan dari kalangan saudara mereka
(saudara keturunan Semitik) melalui zuriat seorang ibu dan seorang ayah, dan
manusia agung itu akan menjadi penamat kepada para nabi. Musa mengkhabarkan
dengan menyebut dari kalangan saudara orang Yahudi, Musa tidak
menyebutnya sebagai dari kalangan Yahudi, tetapi menyebutnya dari kalangan saudara
kepada orang Yahudi. (rujuk: Bible Old Testament, Kitab Deuteronomy).
Nabi Ibrahim yang sangat dihormati oleh orang Yahudi adalah bapa kepada
Ismail dan Isaac. Disebabkan berkongsi bapa, hubungan Ismail dan Isaac sudah
tentulah bersaudara. Ismail melahirkan bangsa Arab, dan Isaac melahirkan bangsa
Yahudi. Maka, mereka itu bersaudara apabila kembali kepada permulaan Ibrahim.
Maka itulah yang dimaksudkan Musa terhadap kelahiran seorang penyelamat yang
penghabisan dari kalangan saudara kepada orang Yahudi.
Maksud yang disampaikan Musa sering disalah erti oleh kaum Nasrani
apabila terburu-buru merujuk manusia agung itu kepada Jesus. Jesus tidak
seperti Musa, ia kerana Jesus dilahirkan tanpa ayah dari kalangan manusia,
malah Jesus adalah dari kalangan orang Yahudi, tetapi Musa memaksudkan bahawa
manusia agung itu dari kalangan saudara orang Yahudi dan bukan dari
kalangan Yahudi. Manusia agung yang dimaksudkan Musa itu adalah seperti dirinya
iaitu lahir dari zuriat seorang ibu dan ayah di kalangan manusia, tetapi Musa
memaksudkan manusia agung itu sebagai saudara kepada orang Yahudi, bukan
dari kalangan orang Yahudi.
Semasa manusia agung itu lahir, bangsa Arab berterusan mundur tanpa ilmu
dan diperlekehkan pula oleh bangsa Yahudi yang sama keturunan dengan mereka.
Masuk ke tahun ke-40 selepas manusia agung itu lahir, bermulalah perubahan di
kalangan bangsa Arab. Selang 13 tahun kemudian dan dekad seterusnya, di
Madinah, bangsa Arab yang sunyi sepi selama itu berubah menjadi satu bangsa
yang hebat. Muhammad (ucaplah selawat dan salam ke atas baginda dengan penuh
kasih sayang dari hati yang jujur), mengajarkan bangsa Arab melalui wahyu Allah
yang diletakkan di dalam mulutnya.
Ajaran Muhammad yang Allah iktiraf di dalam al-Quran sebagai agama Islam
yang satu-satunya diredhai-Nya digenggam teguh oleh bangsa Arab sehingga mereka
berubah daripada bangsa yang dipandang hina oleh tamadun-tamadun di sekitar
mereka kepada satu bangsa yang gagah, sehingga mampu merobohkan kemegahan Rom
yang kufur.
Pada zaman awal Islam, bangsa Arab memartabatkan Islam dengan penuh rasa
bermaruah. Bangsa
Arab mempertahankan maruah mereka yang menganut Islam, demi Allah, demi Islam.
Allah mengangkat martabat mereka daripada bangsa yang sebelum itu dihina kepada
menjadi bangsa yang mula-mula sekali mengangkat Islam agama Tauhid di muka
bumi-Nya. Islam itu diangkat di muka bumi oleh bangsa yang menganutnya.
-------
KONTEKS ORANG MELAYU
Sejarah
bangsa Melayu tidak seperti orang Arab. Dalam tamadun sebelum bermulanya episod
Melaka (sekitar 1410 Masehi) dan sebelum datangnya Islam, orang Melayu hidup
gemilang cerdik dengan ilmu dan disebut-sebut pula mengenai kegemilangan mereka
di serata dunia sehingga ke Eropah.
Banyak tamadun
lain yang berminat untuk berurusan dengan orang Melayu di rantau mereka di
sebelah sini. Catatan Mesir purba juga memberi petunjuk mengenai hubungan
dagang mereka dengan negarakota-negarakota orang Melayu, teks-teks dari China
juga membuktikan bahawa mereka berminat untuk menjalankan urusan dengan orang
Melayu, begitu juga India (Kalinga), itu belum lagi disebut lain-lain tamadun
yang sezaman dengan Sriwijaya dan era Melaka. Orang Melayu memiliki sejarah
yang gemilang dan dihormati pula oleh sahabat-sahabatnya.
Berita
mengenai kemakmuran perdagangan di dunia Melayu tersebar ke serata dunia,
berita itu sampai melalui pintu-pintu laut (pelabuhan) di seluruh dunia, berita
itu akhirnya sampai ke telinga orang Eropah. Sampaikan di Belanda dan beberapa
lagi negara orang putih, mereka selitkan sejarah orang Melayu dalam
silibus sekolah mereka. Begitulah gemilangnya sejarah orang Melayu sehingga
orang Eropah sendiri sekali-sekala mengeji-keji sikap Portugis yang rakus
menawan kemakmuran Melaka.
Melayu
gemilang sejak sebelum datangnya Islam. Melayu bertambah gemilang dan
bertambah tinggi pekerti mereka apabila memeluk dan mencium harumnya agama
Islam. Nilai-nilai
Islam dipeluk erat dan dikunci kemas di dalam hati. Begitu sayangnya orang
Melayu terhadap Islam, begitu megahnya orang Melayu mempertahankan Islam,
begitu bermaruahnya Melayu meninggikan Islam.
Tumpah
darah setitik tidak mengapa, tumpah darah sebelanga pun tidak mengapa, tumpah
nyawa sekalipun tidak mengapa, asalkan Islam tidak calar atau luka, mereka bersedia
mati untuk bertemu Tuhan mereka. Melayu megah mempertahankan agama,
mempertahankan saudara-saudara mereka yang sama agama dengan mereka,
mempertahankan bangsa mereka demi kelangsungan agama mereka di tanah mereka
sendiri, mahu Islam kekal seadanya.
Itu kisah klasik yang tercatat dalam lembaran sejarah lama.
Sejarah orang Melayu tidak bermula dengan Melaka. Tetapi kegemilangan
orang Melayu mengangkat Islam sebagai agama amat bersinar di Melaka. Di sini,
kita tidak pula mahu bercerita panjang mengenai Islam di Melaka. Ia sekadar
memberi kefahaman mengenai tanggungjawab bangsa yang menganut Islam dalam
mempertahankan agama mereka, selepas mereka menjadi lebih gemilang kerana patuh
kepada ajaran agama mereka.
Orang
Melayu memeluk, mengangkat, menjulang tinggi dan memartabatkan Islam di rantau
ini. Sebaik sahaja Islam diangkat sebagai agama yang dianuti oleh semua orang
Melayu (pada awal era Islam di tanah orang Melayu), cara hidup orang Melayu
berubah perlahan-lahan mengikut ajaran Islam.
Andai
orang Melayu tidak memeluk Islam selepas raja-raja mereka memeluk Islam, maka
tidak mungkin Islam akan menjadi agama di kalangan orang Melayu.
Jika
orang Melayu tidak memilih Islam, maka Islam juga tidak bertapak di negeri
orang Melayu, dan maka tiadalah Islam di tempat orang Melayu.
Tetapi
Allah Yang Maha Penyayang memilih orang Melayu kerana Dia Maha Mengetahui
setiap apa yang tidak diketahui oleh orang Melayu.
Allah
Maha Mengetahui memilih orang Arab yang serba tidak mengetahui untuk
dibangkitkan seorang nabi paling agung di kalangan mereka kerana Allah
mengetahui setiap apa yang orang Arab tidak ketahui.
Daripada
menganut agama Hindu sejak beratus tahun, orang Melayu beralih meninggalkan
agama itu dan kemudian memeluk Islam tanpa berpaling tadah lagi. Tidak hanya itu,
orang Melayu sangat setia meletakkan Islam di tempat paling tinggi.
Melayu,
Islam itu agama mereka. Maruah orang Melayu, mereka letakkan sebaris dengan
maruah kesucian agama Islam. Andai tercemar maruah Islam di negeri orang
Melayu, maka tercemarlah juga maruah orang Melayu. Begitu sebati hati nurani
orang Melayu terhadap Islam.
Orang
Melayu berjuang demi agama mereka dan tidak berpaling tadah, mereka berjuang
gagah bersama maruah mereka yang sebati dengan Islam. Islam itu maruah mereka.
Andai Islam dicerca di negeri (tanah air) mereka, maka menyiraplah darah orang
Melayu bermandikan amarah. Islam itu maruah mereka, agama yang disayangi oleh
orang Melayu. Kalau agama mereka diusik, hati mereka juga akan turut sama
terusik.
Kalau
orang Melayu tidak memartabatkan maruah mereka, maka umat mana lagi yang mahu
menolong mereka untuk berbuat demikian?
Mengapa
Islam begitu dipertahankan oleh orang Melayu? Ia kerana Islam telah mengangkat
martabat orang Melayu sehingga menjadi satu bangsa yang lebih berbudi pekerti.
Namun, budi pekerti orang Melayu jadi semakin nipis senipis kulit bawang sejak
mula lalai dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama.
Mengapa
Islam begitu dipertahankan oleh orang Arab? Ia kerana Islam telah mengangkat
martabat orang Arab daripada bersikap garang berbudaya jahil tidak tahu apa-apa
kepada menjadi satu bangsa yang berilmu, berbudi pekerti mulia sebagaimana
ditunjukkan oleh para sahabat Nabi Muhammad. Namun, orang
Arab juga dilanda masalah dan masih ada sisa fahaman kabilah yang muncul
kembali sejak mereka mula lalai.
Martabat
apa yang diangkat oleh Islam untuk orang Melayu? Ia martabat yang membezakan.
Apakah yang membezakan? Nikmat yang membezakan. Nikmat apakah itu? Nikmat iman
yang membezakan antara manusia yang mendapat petunjuk Allah dengan manusia yang
tidak mendapat petunjuk Allah. Nikmat iman.
Apabila
orang Melayu teguh iman, mereka akan duduk rapat memahami isi kandungan
al-Quran dan mentaati setiap perintah Allah supaya nikmat itu tidak ditarik
semula. Mereka pula akan mempelajari sekian banyak ilmu yang diturunkan Allah
di dalam al-Quran. Orang Yahudi jadi bijak kerana mereka mengkaji ilmu yang
terdapat dalam wahyu-wahyu terdahulu, malah mereka juga mengkaji al-Quran yang
sememangnya mereka tahu al-Quran itu adalah wahyu terakhir yang sangat banyak
ilmu dari Allah.
Martabat
orang Melayu akan terus diangkat oleh Allah sekiranya mereka taat kepada
perintah Allah seperti yang terkandung dalam al-Quran.
Malangnya,
orang Melayu tidak mempertahankan maruah mereka, mereka generasi Melayu moden
hari ini sudah tidak mempertahankan Islam. Malah, mereka memisahkan Islam
daripada maruah orang Melayu. Dan mereka kata, Islam itu lebih tinggi daripada
bangsa, lalu menyisihkan perjuangan bangsa yang sejak dahulu mempertahankan
Islam.
Memang Islam
itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang menganut
Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya.
Galak pula yang berkata: “ada apa pada Melayu? Allah
tidak memandang bangsa, tetapi Allah memandang sikap taqwa.”
Memang
benar Allah hanya memandang sikap taqwa kerana Allah terang-terang menyebutnya
dalam al-Quran, tapi bukankah Allah juga menyebut bahawa Dia menciptakan
manusia berbilang bangsa. Maka, sesuatu bangsa yang menganut agama Allah wajib
mempertahankan agama-Nya. Ingatlah juga kepada ayat Allah yang mana Dia tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka mengubah nasib mereka
sendiri. Untuk mengubah nasib, maruah bangsa itu juga harus dipertingkat dan
dipertahankan.
Orang
Melayu begitu banyak berhutang terhadap Islam. Islam telah mengangkat maruah
dan martabat orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah hutangnya, dan
hutang itu semakin tidak mampu dibayar oleh orang Melayu moden hari ini kerana
tidak lagi menempatkan maruah mereka bersama Islam.
Islam
mengajar kita menjaga maruah dengan melarang (mengharamkan) perbuatan zina,
mendedahkan aurat, minum arak sehingga terpelanting akal dan banyak lagi
perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri. Kalau larangan-larangan itu tidak
dipatuhi, hilanglah maruah diri. Keturunan akan tercemar apabila lahir anak
akibat zina, maruah diri akan tercemar apabila susuk tubuh menjadi tontonan
umum akibat tidak menutup aurat dengan sempurna, berjalan terhuyung-hayang
seperti anjing gila sehingga jatuh martabat sebagai manusia berakal akibat
minum arak. Bermaruahkan seperti itu?
Selepas
itu, muncul suara-suara yang memerli sikap orang Melayu yang tidak menjaga
maruah mereka, suara-suara itu berbunyi: “Itulah orang Melayu, mudah lupa
diri. Itulah orang Melayu, memalukan. Itulah orang Melayu, segala-galanya
lemah.” Akibatnya, muncullah orang-orang Melayu yang malu kepada bangsanya
sendiri, mereka hanya tahu merungut. Muncullah suara-suara itu yang malu kepada
bangsa sendiri kerana orang Melayu terlalu lemah sehingga perlu dilindungi
melalui Perlembagaan Negara. Adakah hak orang Melayu seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Negara itu merupakan satu perkara yang memalukan?
Perlu
ingat satu perkara, Allah tidak memandang bangsa tetapi Allah memandang sikap
taqwa. Jika ada orang yang membuat perkara terkutuk dan melampaui batas, tidak
perlulah diherdik bangsa mereka dan mengisytiharkan diri itu malu dengan bangsa
sendiri. Tegurlah sikap mereka, tetapi bukan merendah-rendahkan bangsa mereka
kerana setiap bangsa memang selalu ada orang baik dan orang yang tidak (belum)
baik.
Bukankah
Perlembagaan Negara itu menjamin kedudukan Islam yang dianuti oleh orang Melayu
di negara ini? Adakah perlu malu disebabkan Islam, agama yang dipeluk orang
Melayu diletakkan begitu tinggi dalam perlembagaan? Adakah perlu malu apabila
majoriti orang Islam (Melayu) di negara ini dijamin hak mereka di dalam negara
ini?
Dipusing
lagi, kata mereka (orang-orang Melayu sendiri), perlembagaan itu dikarang oleh
penjajah. Oleh itu, mereka malu. Jika malu dengan perlembagaan yang dikarang
penjajah, cuba cabar untuk pinda hak Islam dan Melayu seperti yang terkandung
dalam perlembagaan, cabar dan ubah keseluruhannya dengan tangan sendiri, ubah
semua sekali dengan memisahkan hak Melayu daripada Islam seperti yang termaktub
dalam perlembagaan kerana teguh tanpa berfikir panjang merasakan Islam itu
lebih tinggi daripada bangsa, dan bangsa Melayu tidak perlu lagi diletakkan
sebaris dengan Islam.
Maka
bertepuk tangan gemuruhlah orang kafir di negara ini kerana orang Melayu
beragama Islam sendiri mempertikaikan jaminan terhadap orang Melayu seperti
yang dikarang dalam perlembagaan hanya kerana perlembagaan itu dikarang oleh
penjajah. Maka letaklah hak orang Melayu beragama Islam itu sebaris dengan
bangsa lain yang bukan Islam hanya kerana mendukung liberalism dan hak sama
rata.
Mereka
kata Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi mengapa pula orang Islam
(Melayu) di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak
menganut Islam? Cukup tinggikah Islam kalau orang Islam yang majoritinya Melayu
diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam? Seseorang Amirul Mukminin
akan selalu meletakkan umat Islam di tempat paling tinggi dan bermaruah
berbanding umat-umat yang bukan Islam, pada masa yang sama tidak berbuat aniaya
kepada orang bukan Islam. Diulang sekali lagi, Islam itu lebih tinggi daripada
bangsa, jadi mengapa pula orang Islam (Melayu) di negara ini perlu diletakkan
sebaris dengan bangsa-bangsa yang tidak menganut Islam? Islam itu agama, bangsa
manusia itu adalah penganutnya. Bangsa yang menganut itu pula dipanggil Muslim
atau umat Islam. Ulang lagi, Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, jadi
mengapa pula umat Islam di negara ini perlu diletakkan sebaris dengan orang
bukan Islam? Bagaimana mahu meletakkan Islam di tempat tinggi kalau umatnya
hanya diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?
Memang
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, tetapi ingatlah bahawa bangsa yang
menganut Islam itulah yang bertanggungjawab mempertahankan agama-Nya. Bangsa
yang menganut Islam itulah yang akan meletakkan sesama umat di kedudukan lebih
tinggi supaya terbela agama mereka.
Kita
tidak menyokong penjajah dalam isu perlembagaan kerana penjajah membuat air
mata kita mengalir. Tetapi, hak orang Islam dan hak orang Melayu (termasuk
institusi raja-raja) dijamin tinggi dalam perlembagaan.
Mengapa orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak
hidup seperti yang diajarkan Islam. Lemah sehingga terlalu bergantung harap
kepada bantuan. Pendudukan British di Tanah Melayu juga menyumbang kepada
lahirnya sikap yang suka bergantung harap terhadap British di kalangan orang
Melayu.
Semasa
zaman British di Malaya, orang Melayu yang hidup miskin terlalu bergantung
harap kepada British. Malah ada orang Melayu sendiri ketika itu berfikir bahawa
mereka tidak boleh hidup tanpa British. Tidak perlu berbicara panjang mengenai
perkara ini, ia satu episod sejarah sangat memilukan yang pernah melanda orang
Melayu. Air mata senang-senang boleh menitis apabila mengenangkan kisah sedih
itu.
Mereka
berkata lagi, orang Islam di negara ini tidak semestinya orang Melayu sahaja,
ada juga bangsa lain yang beragama Islam. Memang benar, kita tidak bantah
kenyataan itu. Tetapi ingatlah bahawa Allah tidak memandang bangsa, Allah memandang
sikap taqwa, kita setuju lagi dengan kenyataan bahawa Allah memandang ketaqwaan
manusia. Cuba pandang satu sudut, Islam diletakkan tinggi dalam negara ini
walaupun tidak semua mengamalkan Islam dalam ketekunan yang tinggi. Walau apa
pun bangsa mereka asalkan mereka orang Islam, hak mereka itu lebih tinggi
daripada orang bukan Islam.
Jadi,
mengapa mahu meletakkan hak orang Islam itu sama tingginya dengan hak orang
bukan Islam atas nama tuntutan hak sama rata dan liberalism?
Mengapa
orang Melayu hari ini lemah? Kerana orang Melayu sudah tidak hidup seperti yang
diajarkan Islam. Maruah mereka (sebilangan besar, bukan semua) sudah tidak lagi
bersama Islam. Mereka kata mereka membela Islam, tetapi mereka mahu meletakkan
umat Islam duduk sebaris sama tinggi dengan orang bukan Islam. Mereka mahu
meletakkan maruah Islam sama baris dengan maruah hak sama rata.
Bukanlah
ia bermaksud umat Islam harus menafikan hak orang bukan Islam. Umat Islam juga
harus sedar bahawa Allah memerintahkan kita berlaku adil dalam menjalankan
keadilan dengan tidak menganiaya kaum lain. Berlaku adil dalam konteks Islam
adalah tidak sama pengertiannya dengan liberalism hak sama rata.
Bangsa
Melayu perlu bersemangat memperjuangkan bangsa mereka yang menganut Islam.
Tidak boleh membenci bangsa lain.
Lihatlah
bagaimana Nabi Muhammad menunjukkan sikap yang terpuji kepada kita semua.
Abdullah bin Salam, seorang Yahudi yang dahulunya pendeta terkemuka di kalangan
orang Yahudi di Mekah, dia ada ilmu mengenai kitab Taurat dan selalu peka
dengan maksud kata-kata Nabi Musa mengenai kehadiran manusia agung dari
kalangan saudara orang Yahudi, dia berhidup di tanah orang Arab kerana dia tahu
orang Arab itu adalah saudara terdekat orang Yahudi, selepas dia mengetahui
peristiwa wahyu pertama yang mana kata-kata Allah dimasukkan ke dalam mulut
Muhammad, dia terus memerhatikan tanda-tanda kenabian Muhammad seperti yang
diberitakan oleh Musa, dia kemudian menemui baginda rasulullah dan memeluk
Islam, dia juga salah seorang sahabat Nabi Muhammad, sahabat setia, nabi pula
memberi layanan yang baik kepada Abdullah bin Salam walaupun dia seorang
Yahudi.
Islam
mengajar kita supaya memandang sikap taqwa, bukan memandang bangsa. Itu betul,
sangat betul kerana nabi menunjukkan teladan melalui layanan baik baginda terhadap
Abdullah bin Salam.
Allah
menegur orang Yahudi di dalam al-Quran, tetapi di dalam al-Quran juga Allah
menyebut bahawa Dia tidak memandang bangsa dan Dia memandang sikap taqwa. Jadi,
teguran itu adalah terhadap sikap orang Yahudi yang degil tidak mahu menerima
kebenaran yang dibawa Muhammad, Allah menegur sikap mereka yang tidak mahu
bertaqwa, Allah melaknat orang Yahudi yang tidak mahu bertaqwa, tetapi adakah
Allah melaknat Yahudi yang memeluk Islam seperti Abdullah bin Salam?
Seruan
dan risalah Nabi Muhammad adalah untuk semua bangsa manusia termasuklah Yahudi.
Kalau orang Yahudi berbondong-bondong memeluk agama Allah dan mengakui
kerasulan Muhammad, adakah mereka tetap akan dilaknat? Jadi fahamlah bahawa,
Allah melaknat orang Yahudi yang degil dan tidak mahu mengakui kerasulan
Muhammad, manakala orang Yahudi yang memeluk Islam akan terselamat daripada
kemurkaan Allah. Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Daripada keterangan itu, sudah jelas bahawa Allah memandang ketaqwaan.
Umat Islam wajib percaya dengan kenyataan itu kerana Allah menyebutnya dalam
al-Quran. Allah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa, itu juga kenyataan
yang kita wajib akur. Setiap manusia itu ada identiti bangsanya, ini juga
kenyataan yang kita wajib akur kerana Allah menciptakan manusia berbagai-bagai
bangsa. Manakala manusia yang mempunyai identiti bangsanya itulah yang menganut
agama Allah.
Jika bangsa itu berbondong-bondong masuk ke dalam agama Allah, seperti
yang dibuat oleh orang Melayu yang berbondong-bondong memeluk Islam, maka
bangsa Melayu menggalas tanggungjawab untuk meletakkan umat Islam di negara ini
(iaitu diri mereka sendiri) di tempat yang sewajarnya dengan cara memartabatkan
ketinggian agama Allah.
Untuk memartabatkan ketinggian agama Allah, umat Islam wajar
memartabatkan maruah diri mereka terlebih dahulu supaya berada di baris yang
sepatutnya, apabila maruah diri diletakkan di tempat sewajarnya, baharulah
mereka akan lebih bermaruah untuk membela maruah agama mereka.
Seseorang
yang mahu mempertahankan maruah orang lain harus mempertahankan maruah dirinya
terlebih dahulu. Ia kerana apabila orang yang tidak ada maruah mahu
mempertahankan orang yang tinggi maruah.., dikhuatiri orang yang tinggi
maruah itu akan dituduh sebagai turut sama tidak bermaruah kerana
dilindungi oleh orang yang sedia diketahui sebagai orang yang tidak bermaruah.
Hak sama
rata bagi semua kaum dituntut melalui jalan politik. Sebilangan
politikus di kalangan orang Melayu juga beria-ia mahu menuntut hak sama rata
bagi semua kaum.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, Islam itu lebih tinggi daripada
bangsa. Islam itu pula dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Itu realiti, bukan
satu kenyataan yang sengaja dibelit-belit kerana setiap manusia yang lahir itu
ada identiti bangsanya melainkan seseorang manusia itu lahir di satu kawasan
yang tiada manusia lain yang membantu membentuk identitinya sehingga dia tidak
mengetahui asal usul keturunanya.
Jika tiada langsung manusia lain pun di sekitar tempat manusia itu
lahir, bayi yang dilahirkan itu masih ada ibunya dan ibu itulah yang
memberitakan mengenai bangsanya dan asal usulnya. Namun jika ibunya itu mati
sebaik sahaja melahirkan bayi itu, maka bayi itu jika panjang umur tanpa susu
ibunya dan dapat pula terus hidup dan membesar menjadi dewasa, baharulah dia
menjadi manusia yang tidak mengenal asal usul dan juga keturunannya.
Hakikatnya, bayi itu mempunyai titisan darah bangsa yang mengalir dalam
tubuhnya meskipun dia tidak mengetahui asal usulnya kerana sememangnya manusia
itu dilahirkan berbangsa-bangsa.
Seseorang
manusia yang dilahirkan dalam sesebuah bangsa yang menganut Islam itu pula
disebut sebagai umat Islam. Kita tidak membuat kenyataan yang berbelit-belit,
sebaliknya kita menjelaskan perkara ini kerana ia cukup jelas sebagaimana Allah
menerangkan bahawa Dia menciptakan manusia itu berbilang bangsa.
Islam itu
dianuti oleh bangsa yang menganutnya. Bangsa yang menganutnya pula kita sudah
jelaskan bahawa bangsa itu disebut sebagai umat Islam. Maka apabila dikatakan
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, maka umat Islam dari kalangan bangsa
yang menganutnya akan turut tinggi sama.
Masalah
dalam fahaman politik yang memperjuangkan hak sama rata tanpa memahami
pengertian hakikat bahawa manusia dilahirkan berbangsa-bangsa adalah sesuatu
yang mengelirukan. Keliru itu timbul apabila gagal memahami pengertian bahawa
sesuatu bangsa yang menganut Islam itu juga dipanggil sebagai umat Islam.
Apabila Islam diletakkan tinggi, maka umatnya pun diletakkan tinggi juga. Jadi
apakah bangsa majoriti yang menjadi umat Islam di Malaysia?
Dan,
wajarkah umat Islam diletakkan sama baris dengan orang bukan Islam,sedangkan
Allah memerintahkan supaya umat Islam membela sesama umat? Ini bukan kenyataan racist,
sila ambil faham lagi, sebagai umat Islam yang taat, kita juga dituntut supaya
memberi keadilan kepada kaum lain, sudah jelas perintah Allah, kan? Jadi,
sebagai pemimpin yang beragama Islam, wajibkah pemimpin itu meninggikan umat
yang sama agama dengannya? Apabila wajib dan perlu, maka kenapa pula umat Islam
perlu diletakkan sebaris dengan orang bukan Islam?
Bukankah
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa? Tingginya Islam itu kerana
adanya suatu bangsa manusia itu atau bangsa-bangsa manusia yang menganutnya.
Tingginya martabat bangsa itu kerana mereka menganut agama Allah, martabat
mereka ditinggikan oleh Allah. Mengapa pula ada manusia yang mahu merendahkan
martabat bangsanya apabila Allah meninggikan martabat mereka kerana menganut
agama-Nya? Maka jika kamu dari kalangan anak bangsa itu, tinggikanlah atau
martabatkanlah bangsa kamu yang menganut agama Allah.
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa, umat Islam pula dari kalangan
bangsa manusia, meninggikan Islam itu tidak akan membawa apa-apa makna andai
umatnya dari kalangan bangsa itu tidak turut tinggi sama.
Janganlah
perjuangan bangsa yang menganut Islam diketepikan hanya kerana mengejar
tuntutan slogan hak sama rata dan liberalism yang tidak betul-betul
dimengertikan matlamatnya dengan sebaik-baiknya.
Kalau
masih berkeras mahu meletakkan orang bukan Islam di negara ini duduk sebaris
dengan umat Islam, maka berusahalah dengan keras supaya orang bukan Islam itu
berbondong-bondong masuk Islam, apabila mereka beramai-ramai memeluk Islam maka
dengan sendirinya akan sama tinggilah semua bangsa di bawah naungan Islam. Itulah
cara yang betul. Hak sama rata tidak betul, liberalism juga tidak betul.
Berdakwahlah.
------
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk
menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),
maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya
itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu
lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran, al-Maedah: 8)
[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]
La-ila-ha-illa-anta, sub-ha-na-ka-inni-kuntu-minaz-zholimin
-SHAHi-
SAIFULISLAM.COM..
Ia memerlukan masa yang panjang untuk mendapat sebuah keyakinan.
Tetapi setiap kita tidak dapat memadam apa yang telah berlaku. Kita pada hari ini adalah hasil adunan hitam dan putih semalam. Pahit dan manis, suka dan duka, kejayaan dan kegagalan.
Selama saya menulis buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga dan Murabbi Cinta, maklum balas yang paling berat untuk saya hadam adalah kemarahan pembaca pesimis yang menyingkir rasional pandangan saya semata-mata dengan alasan, “ustaz cakap senang la. Rezeki ustaz semuanya smooth belaka!”
Menyangka bahawa pelangi saya bukan muncul selepas hujan.
Menganggap siang saya tiada gelap malam yang mendahuluinya.
Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri. Mimpi ngeri yang pada mengenangnya, kita boleh terbangun di tengah malam, berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas, dan malu untuk ia diketahui orang.
Saya tidak terkecuali.
Teringat saya kepada catatan saya berupa ulasan filem Love Happens pada tahun 2010. Ia menceritakan tentang Burke Ryan, seorang pakar motivasi yang terperangkap dalam kejayaannya hari ini, dengan menyembunyikan kepahitan semalam.
Sering berlaku, kemunculan seorang motivator banyak didorong oleh kejayaan dirinya mengatasi peristiwa-peristiwa luar biasa yang menumbangkan ramai manusia, namun mereka yang terpilih ini berjaya bangkit dengan pegangan dan kepercayaan yang positif. Namun, sejauh manakah titik-titik hitam itu berjaya diputihkan? Atau sebahagiannya masih membebani diri?
Inilah dilema Burke Ryan, seorang jururunding motivasi berkelulusan PhD yang berjaya menghasilkan sebuah buku best seller berkenaan petua mengatasi kesedihan dan kekecewaan akibat kehilangan insan tersayang. Burke menulis buku itu sebagai rakaman usaha dirinya untuk bangkit daripada kesedihan akibat kematian isterinya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Beliau menyuntik inspirasi kepada orang lain yang menempuh pengalaman-pengalaman yang pahit sepertinya. Mereka diajak melepaskan diri daripada kekecewaan dan ketakutan yang semua itu bukan mewakili realiti semasa, tetapi hanya situasi minda yang membelenggu.
Ramai yang beroleh inspirasi.
Namun Burke Ryan terperangkap di dalam dilemanya yang tersendiri.
Dalam semua yang diceritakan di dalam sebuah buku, tersembunyi beberapa ‘missing link‘ yang disepikan demi sebuah kekuatan. Burke menyembunyikan beberapa hakikat yang menjadikannya seorang ‘hipokrit’ demi untuk tidak patah jiwa menempuh realiti. Ia memberi beliau sejumlah kekuatan. Namun tiada kekuatan yang lebih bertahan sehebat kekuatan yang terbit daripada sebuah kejujuran.
Sebelum berusaha untuk jujur kepada orang lain, seseorang itu, terutamanya seorang motivator, mesti berusaha untuk jujur kepada hakikat diri.
Semoga dengan terbitnya buku DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU, memanifestasikan usaha saya untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa saya sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan, bahawa:
Oleh itu, maka
(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran
disertai kemudahan. [Al-Inshirah 94: 5-6]
Doakan proses penerbitannya berjalan lancar, ameen.
DR MAZA..
CINTAKAN KEADILAN ITU FITRAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Islam adalah agama Allah yang ajaranNYA berasas fitrah yang
DIA ciptakan manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural
religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ia ditolak oleh
agama ini. Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang
telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang
menyanggahi fitrah asal insan itu. Demikian Islam menolak kezaliman,
penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan
fitrah manusia. Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi
membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi element fitrah yang
Allah ciptakan. Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi
menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini. Firman Allah:Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
“maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah Yang Esa) itu agama Allah yang fitrah (natural religion) yang DIA ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah ar-Rum, 30).
Allah telah ciptakan manusia atas fitrah (natural instinct) yang menjadikan naluri manusia yang benar mempunyai persamaan sekalipun berbeza keturunan, tempat, zaman dan agama. Kezaliman umpamanya, ditolak dan dibenci oleh fitrah manusia tanpa mengira keturunan, tempat, waktu dan agama. Justeru itu, dalam semua cerita, drama dan filem yang diterbit oleh sesiapa sahaja di dunia ini samada oleh Hollywood, ataupun Bollywood mestilah mengakhirinya dengan kemenangan ataupun sokongan moral berada di pihak yang baik dan kekalahan di pihak yang jahat.
Jika ia love story seperti Titanic yang heronya mati pun, perasaan dan support moral filem tetap berada di pihak yang ditindas. Jika ada filem yang menyimpulkan watak jahat menang dan dimuliakan, sementara watak baik tewas dan dihina oleh kesimpulan filem, tentu ia tidak mendapat sambutan. Ia terkeluar dari naluri yang dibekalkan dalam jiwa insan. Padahal para penonton itu mempunyai latar keturunan, tempat dan agama yang pelbagai. Namun mereka berkongsi satu perkara yang sama dalam hal itu, iaitu fitrah insan menolak ketidakadilan dan kezaliman.
ANTI-ZALIM
Apa-apa ajaran yang mengiyakan kezaliman dan penindasan, ataupun ketidakadilan, ia terkeluar dari fitrah, dan sudah pasti ia bukan ajaran Tuhan yang menciptakan manusia atas fitrah. Apa sahaja fatwa agama, ataupun tindakan keagamaan yang menyanggahi fitrah, ia tersasar dari kebenaran. Perasaan insan yang betul fitrahnya sensitive dengan kezaliman dan ketidakadilan. Inilah yang Nabi s.a.w didik para sahabah baginda. Kata sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir:
“Apabila pulang dari penghijrahan ke Habshah (Abyssinia), kami kembali kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata: “Tidak mahukah kamu semua ceritakan kepadaku perkara paling menakjubkan yang kamu lihat di Habshah? Seorang pemuda berkata: “Wahai Rasulullah! Ketika kami duduk, seorang wanita mereka melintas, dia membawa atas kepalanya suatu bekas air. Dia melintas di hadapan seorang pemuda mereka, lantas pemuda itu meletakkan satu tangannya atas bahu wanita tua itu dan menolaknya sehingga jatuh melutut. Terpecahlah bekas airnya.
Apabila dia bangun, dia menoleh ke arah pemuda tersebut lalu berkata: Wahai pengkhianat! Apabila Allah meletakkan kerusiNYA, DIA menghimpunkan makhluk yang awal dan akhir, apabila tangan dan kaki boleh berbicara mengenai perbuatan yang telah mereka lakukan, kelak nanti kau akan tahu keadaanku dan keadaan kau”.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita itu benar! Sesungguhnya wanita itu benar! bagaimanakah Allah akan memuliakan satu kaum yang tidak mengambil tindakan atas penindasan golongan yang kuat terhadap yang lemah?!” (Riwayat Abu Ya’la, Ibn Hibban dalam sahihnya dan Ibn Majah, hadis hasan).
Lihat pemuda ini, dalam banyak pemandangan yang dia saksikan sepanjang perjalanan yang jauh, isu kezaliman juga yang menarik perhatiannya. Ulasan Nabi s.a.w menegaskan betapa satu kaum tidak akan mulia jika membiarkan golongan yang kuat menindas yang lemah. Apakah akan mulia suatu negara jika kekayaannya dibolot oleh satu pihak secara yang tidak adil, sementara yang lemah merintih di sana sini mencari kehidupan. Apakah akan mulia jika ada penguasa yang mempunyai ratusan juta tanpa jalan yang sah, sedangkan rakyat marhaen bawahan bertarung dengan kehidupan yang payah?!
Berpakat Lawan Kezaliman
Sebelum Nabi s.a.w muncul sebagai rasulullah, suatu perjanjian menentang kezaliman yang dikenali dengan Half Fudul ataupun ‘Sumpah Setia Fudul’ pernah dibuat di Mekah. Ia dibuat di rumah Abdullah bin Jad’an. Isi kandungannya untuk membela dan mengembalikan hak sesiapa yang dizalimi dalam kalangan penduduk Mekah, ataupun sesiapa yang memasuki Mekah. Ini kerana ada kalangan bangsawan Mekah yang sering menindas pihak yang lemah. Beberapa kabilah Quraish seperti Bani Hashim, Bani ‘Abd al-Muttalib dan lain-lain turut terlibat dengan Sumpah Fudul itu. Al-Tahawi (meninggal 321H) meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad’an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan kepadaku unta merah”.
Unta merah adalah lambang kemewahan kenderaan arab ketika itu. Nabi s.a.w menegaskan bahawa jika perjanjian seperti itu dibuat lagi, sekalipun setelah baginda menjadi rasul, baginda tetap akan menyertainya. Lihatlah, Islam mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh pihak lain, sekalipun di zaman sebelum Islam kerana isi kandungan menepati maksud ajaran Islam yang menentang kezaliman dan penindasan. Malanglah, jika ada orang muslim yang tidak merasa terpanggil dalam isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan soal sokongan kita ke atas pihak yang ditindas.
Bersih
Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong Bersih? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihanraya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama. Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga ramai kawan dalam PR. Saya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di pihak PR. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihanraya berlaku, ia berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat diberikan secara yang wajar.
Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya. Namun, rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertanding. Jika TV dan media kerajaan hanya dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja, di manakah peluang rakyat mendengar secara saksama?! Jika di Barat, bahkan di banyak negara demokrasi yang lain, ada saluran-saluran swasta yang membolehkan setiap pihak menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk didengari oleh rakyat, ruang itu tiada dalam negara kita. Setelah rakyat dengar dan nilai, biarlah mereka membuat keputusan mereka. Seperti mana bukan semua hujah kerajaan itu munasabah, demikian juga bukan semua hujah pembangkang itu boleh diterima. Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah. Firman Allah: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Seseorang yang menuntut keadilan perjalanan sistem kerajaan, bukan semestinya dia penyokong pembangkang, tetapi itu tuntutan naluri insani yang inginkan sesuatu berjalan dengan cara yang betul. Jika kita pergi menonton bolasepak, lalu dibuat peraturan yang berat sebelah, lebih baik kita tidak menonton. Ataupun, kita cadang berikan kemenangan percuma sahaja. Sekalipun kita mungkin tidak sokong pihak yang dianayai, tetapi tidak juga tidak boleh sokong ketidakadilan. Ini fitrah manusia normal. Melainkan kita ini songsang fitrah.
Justeru, menjadi hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka. Alangkah baik jika Bersih itu tidak dijadikan acara parti politik, tetapi acara yang rentas parti politik. Hadir bukan tanda menyokong pembangkang, tapi menyokong pembaikian sistem. Namun, saya menasihati mereka yang ingin hadir agar membetulkan niat. Sayangkan negara anda. Bagi yang muslim, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Bagi yang bukan muslim berpegang dengan nilai-nilai baik yang anda yakini. Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga Allah merahmati anda dan negara kita!
HADIAH BONUS UNTUK PEMBACA SETIA MUSLIMDAIRYZ..
KEMPEN JOM KE MASJID..
PERCUMA ..BOLEH AMBIL DAN EDIT SESUKA HATI ANDA..
MEMPROMOSI MASJID SEBAGAI TEMPAT DAN DESTINASI TERPENTING DI
DALAM JADUAL SEHARIAN ANDA..
KESATUAN
UMMAT BERMULA DI MASJID..
MUSUH-MUSUH ISLAM AKAN SENTIASA BERBANGGA DAN SOMBONG
SELAGI MANA MASJID MASIH LAGI KOSONG DAN KEKURANGAN JEMAAH..
HIDUP HANYA SEKALI...!!!!!!!!!!!
BERBAKTILAH DENGAN HANYA MELANGKAHKAN KAKI
ANDA KE MASJID.
BERSAMA MERAMAIKAN AHLI JEMAAH ..
MASALAH PENYUSUTAN JEMAAH INI KIAN
PARAH..HATTA DI MANA-MANA SAHAJA...MALAYSIA AMNYA DAN DI KAWASAN TAMAN PERUMAHAN KHUSUSNYA..BAHKAN DI PERINGKAT NASIONAL JELAS
MEMBERI ERTI BETAPA KRISIS INI SEMAKIN
MEMBARAH..
SESUNGGUHNYA PAHALA SOLAT JEMAAH ITU JAUH
LEBIH BESAR BERBANDING PAHALA BERSOLAT SENDIRIAN..
MENGAPA KITA SANGGUP BERSUSAH
PAYAH MENGEJAR HARTA DUNIA .
NAMUN PAHALA AKHIRAT
YANG PASTINYA DI JANJIKAN ALLAH..TIDAK PULA KITA GHAIRAH DAN TERUJA UNTUK MENGEJARNYA..
SABAN HARI KITA TERKESIMA DENGAN JUMLAH DAN
NILAI MATA WANG DUNIA YANG SENTIASA MENJADI IGAUAN MIMPI INDAH KITA..
HIDUP PERLUKAN DUIT..
NAMUN MATI MEMERLUKAN
PAHALA..
CARILAH HARTA UNTUK
MENAMBAH PAHALA..
JANGAN MENCARI HARTA
UNTUK MENGHITUNG DOSA..
JOM KE MASJID..AYUH...BERSAMA KE
MASJID..MERIAHKAN MASJID ..BUKTIKAN KESATUAN UMMAH TELAH BERMULA..
HIDUPKAN MASJID DENGAN BICARA
ILMU..BICARA IMAN..BICARA AKIDAH UMMAT..BICARA KUASA PEMERINTAHAN UMMAT ISLAM..
BERSAMA PERBAIKI AKHLAK DAN AKIDAH
UMMAT..
SEGALA KESATUAN BERMULA DI MASJID..
SELAGI UMMAT ITU MASIH
BURUK AKHLAK DAN BICARANYA MAKA SELAGI
ITULAH PARA PEMIMPINNYA ADALAH PARA PENGADU DOMBA DAN PEROSAK BANGSA...
SEKIAN ..
JAZAKALLAH..