POLITIK UMUM..
Sekadar menyentuh beberapa isu politik
semasa.
Sekadar bahan dan peringatan santai.
Artikel bagus dan sangat bernilai..bernilai
RM 7.0 BILLION
ARTIKEL SHAHI..
UNTUK MASUKAN KEPADA BARISAN NASIONAL
..AHLI PARLIMEN BARISAN YANG SELAMA BEBERAPA DEKAD , TELAH DAN MENGUASAI
PARLIMEN SECARA DOMINAN DAN SEHINGGA MENYEBABKAN BANYAK KEPUTUSAN TERUTAMANYA
USUL YANG DIBENTANGKAN DI PARLIMEN GAGAL DIBAHAS DENGAN BERNAS,ARAKIAN TELAH
MENYEBABKAN BANYAK RESOLUSI DAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PENTING MELIBATKAN DASAR NEGARA GAGAL DIPEROLEHI DENGAN PENUH
DEDIKASI DAN KOMITED..
ISU MENDAULATKAN ISLAM
SEBAGAI AGAMA RASMI....
AGAMA RASMI BUKAN SEKADAR PADA UPACARA DAN KERAIAN
TERTENTU.. NAMUN MENGANGKAT DAN MENDAULATKAN ISLAM DALAM SEGENAP ASPEK ADALAH
PERKARA YANG PALING UTAMA UNTUK
DINILAI..ASPEK YANG MERANGKUMKAN
INTI KENEGARAAN PASTINYA..
SEBETULNYA PERKARA INI JELAS..
NAMUN AKIBAT DARIPADA SIKAP DAN TINGKAHLAKU
KALANGAN AHLI-AHLI PARLIMEN VETERAN INI ,MENYEBABKAN SECARA TIDAK SEDAR
KEDUDUKAN ISLAM KINI SANGAT TERGUGAT DAN SEMAKIN TERHAKIS..
TIDAK ADANYA DERIA KETEGASAN DALAM KAREKTER
KALANGAN PEMIMPIN YANG MENGAKU ISLAM UNTUK MENGANGKAT DAN MEMARTABAT MARUAH
UMAT SECARA SERIUS MAKA IA TELAH MENYEBABKAN ..
IMEJ DAN KEDUDUKAN
ISLAM DALAM KALANGAN MAJORITI NON MUSLIM,SEBAGAIMANA
SEDIA MAKLUM DIKETAHUI UMUM, GOLONGAN INI MENGUASAI PELBAGAI CABANG PENTING-EKONOMI
DAN PENDIDIKAN- DAN DENGAN ASET VETO TERSEBUT MENYEBABKAN MEREKA MAMPU
,MENDANAI PELBAGAI GERAKAN DAN OPERASI SECARA TERANCANG DAN TIDAK SEDAR..UNTUK MEMBUATKAN NILAI DAN HARGA ISLAM DI MALAYSIA
SEMAKIN MURAH..
MENAJA PROGRAM –PROGRAM REALITI TELEVISYEN
SECARA TETAP .
PUSAT HIBURAN YANG SENTIASA BERLELUASA..
PASARAN DADAH DAN BARANGAN
TIRUAN TETAP JUGA BEROPERASI MESKIPUN
PULUHAN RIBU SERBUAN TELAH DIBUAT..
MENGUASAI PASARAN KERJAYA-INDUSTRI DAN EKONOMI...
HILANG RASA HORMAT DAN KAGUM MEREKA
TERHADAP KALANGAN MAJORITI MUSLIM –AHLI PARLIMEN BARISAN SEBELUM
INI,MENYEBABKAN MEREKA MAMPU DAN SEWENANG-WENANGNYA BERTINDAK MENGIKUT TELUNJUK
DAN KOMPAS MEREKA SENDIRI..
AHLI PARLIMEN DI DALAM POKET MEREKA
SELURUHNYA..BUKAN MENUDING KESELURUHAN AHLI PARLIEMEN BARISAN MESKIPUN TERDAPAT JUGA SEBILANGAN ANGGOTA
PAKATAN YANG JUGA MEMBAWA WAJAH YANG SAMA..
BUKAN TUDUHAN .NAMUN KENYATAAN YANG
MENGAJAK SUPAYA IA DINILAI SECARA ADIL DAN MENGIKUT KONTEKS PERUBAHAN
REALPOLITIK SEMASA..
HUJAH YANG DIKEMUKAN INI ADALAH LEMAH DAN
KURANG BERASAS NAMUN..
JIKA DISEMAK SECARA SERIUS DAN TEGAS..
IANYA BOLEH DITERIMA SECARA LOGIK MESKIPUN
DALAM KONTEKS RASIONAL , IA MASIH
LEMAH,BANYAK RUANG YANG BOLEH
DIARGUMENTASIKAN KEMBALI..
JUSTERU BUDAYA MELAMBAKKAN DUIT DAN
MENABURKAN PROJEK SEMASA PILIHAN RAYA SUDAH SEMEMANGNYA CANDU DALAM PENGAMALAN SEBUAH PILIHAN RAYA YANG
SONGSANG...
AKSES MEDIA YANG BERAT SEBELAH SEHINGGA
HARI INI..
TERBUKTI JELAS IA MERUPAKAN PELANGGARAN
HAK MUTLAK KEPADA RAKYAT UNTUK
MENDAPATKAN KUALITI DAN NILAI INFORMASI YANG KOMPETEN DAN SEIMBANG..
BAGAIMANA ANDA MENGARAHKAN ANAK MURID ANDA
MEMILIH DI ANTARA DUA BUAH ROTI ..
YANG SATUNYA DIHIAS DAN DIPAMERKAN INDAH DI
DEPAN SELURUH KHALAYAK..TERBUKA DAN TERDEDAH
SETIAP GOLONGAN DAN LAPISAN MASYARAKAT
MAMPU DAN BERUPAYA UNTUK MELIHATNYA..
BERBEDA PULA DENGAN NASIB SEBIJI ROTI LAINNYA..IA DISIMPAN DAN DISOROK DAN DI
BELAKANG STOR ..TERTUTUP DAN TERSEMBUNYI..
BETUL DAN BERNAS SEANDAINYA DIKATAKAN
PEMBANGKANG MEMILIKI MEDIA ALTERNATIF NAMUN RUANGNYA MASIH LAGI SEMPIT..
MASIH TIDAK ADIL.
KEMENANGAN BESAR PEMBANGKANG SEMASA PILIHAN
RAYA KE-12 ..BUKANLAH HUJAH YANG IDEAL
UNTUK MEMBAWA ASAS..BETAPA..
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA ADALAH TELUS,ADIL
DAN TERBUKA..
BERMAIN BOLA SEPAK
11 PASUKAN DI KEDUA-DUA BELAH
PIHAK..NAMUN PENGADILNYA PULA MEMBUANG SESUKA HATI BEBERAPA PEMAIN DI DALAM
SALAH SATU PASUKAN..
..
AKHIRNYA MESKIPUN
PASUKAN 11 PEMAIN BERJAYA MENJARINGKAN
10 GOL NAMUN BEGITU PASUKAN DENGAN 6 PEMAIN
,TETAP JUGA BERJAYA MENJARINGKAN 7 GOL...
KESAN DARIPADA KOORDINASI
DAN KUALITI TAKTIK PERMAINAN YANG DIGUNAPAKAI..
ISU PENGURUSAN PERMAINAN
YANG SUMBANG DAN TERCELA .IA SANGAT JELAS MELANGGAR ETIKA DAN KOD PREFESIONALISME
SESEBUAH NEGARA YANG SECARA POPULIS DINOBAT SEBAGAI PENGAMAL DEMOKRASI TERBUKA
DAN MATANG....
MAKA PENGAMALAN PERJALANAN
PILIHAN RAYAA PERLU DAN PATUT DINILAI SEMULA....
SANGAT MUSTAHAK....
KAMI MENGAKUI DAN MENGIKTIRAF..
BEBERAPA TUNJANG
PENTING DEMOKRASI DI MALAYSIA SUDAH MENGALAMI REFORMASI ..BUKAN TRANFORMASI...
BADAN KEHAKIMAN DAN BADAN
KEPOLISIAN,SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA DAN JUGA TERBARU SURUHANJAYA
PILIHAN RAYA.. ..SUDAH ADA TANDA PERUBAHAN YANG AGAK MENYENANGKAN HATI..
UNTUK MASUKAN..
KEPADA ANGGOTA YANG
TERLIBAT DI DALAM AGENSI BERKENAAN..ANDA BOLEH MELAPORKAN SEANDAINYA KEDAPATAN
MANA-MANA KETUA ATAU PENGARAH AGENSI YANG
MENGUGUT,MENGANCAM DAN MENDESAK ANDA AGAR MEMANGKAH BARISAN SEMASA
PROSES PENGUNDIAN POS BERJALAN..
SENARIO TERSEBUT BOLEH
DILAPORKAN TERUS KEPADA SPRM DAN JUGA SPR..
DAN TINDAKAN TERSEBUT
BOLEH DIBUAT BERSERTA DENGAN BUKTI RAKAMAN,VIDEO DAN JUGA SEBARANG ALAT-ALAT
LAIN YANG BOLEH DITERIMA SEBAGAI BAHAN
BUKTI YANG SAH DI SISI PERUNDANGAN SEMASA.
KEMBALI..
KERAJAAN SEPATUTNYA
MENGANGKAT DAN MEMAKNAI SENDIRI KETERBUKAAN ITU TERUTAMANYA DALAM AGENDA
DIADAKAN DEBAT TERBUKA ANTARA KALANGAN PIMPINAN BARISAN DAN PAKATAN..MENJELANG
PILIHAN RAYA..
DAN PENTING..
MEMBERI RUANG KEPADA
PAKATAN ..CUKUP SEKADAR 15 MINIT SEMINGGU
TANPA IKLAN, DI MEDIA KERAJAAN UNTUK MENJELASKAN DAN MENDEDAHKAN ALTERNATIF DAN
JUGA INSIATIF MEREKA KEPADA RAKYAT BERKENAAN MANIFESTO MEREKA..
DAN SETELAH ITU..
BARULAH RAKYAT MAMPU
MENILAI DAN MENELITI SENDIRI ASAS YANG DIKEMUKAKAN OLEH KEDUA-DUA BELAH PIHAK..
WALAUPUN 15 MINIT DALAM TEMPOH TERSEBUT
MASIH KURANG WARAS SEBETULNYA..
MAKA PENTING .
CADANGAN MEMBUKA DAN MELUASKAN AKSES
MEDIA INI BOLEH DISYORKAN OLEH PIHAK SPR KEPADA PIHAK KERAJAAN AGAR BERSIKAP
LEBIH GENTLEMAN DAN OPTIMIS DALAM BERDEPAN CABARAN PAKATAN..
BUKTIKAN ANGGOTA
PARLIMEN KERAJAAN TELAH DAN SEDANG MENGALAMI TRANSFORMASI MINDA.
BUKTIKAN KEPADA RAKYAT
MALAYSIA...
BUKTIKAN BETAPA ISLAM
MAMPU DIJULANG DENGAN PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN BERSIH..
TIDAK PERLU MENDAPAT DESAKAN DARIPADA PIHAK
ANTARABANGSA DALAM MELAKSANAKAN PILIHAN RAYA YANG ADIL DAN TELUS..
SANGAT TIDAK PERLU..
SEKADAR MEMPROMOSI SATU
ARTIKEL HEBAT..RM 7.0 BILLION ..SHAHI
GENG UMAT TERAKHIR...
AMBIL MASUKAN DAN
IDEA..SEKADAR INI SAHAJA DARIPADA KAMI ..MOHON KEMAAFAN JIKA LANCANG DAN
TERKASAR KATA...
RAJA YANG HEBAT ADALAH
RAJA YANG MELINDUNGI RAKYAT..
RAJA YANG LEMAH ADALAH
RAJA YANG DILINDUNG RAKYAT..
PEMIMPIN SEJATI
SENTIASA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMMAT DAN WILAYAHNYA ..
PEMIMPIN MUNAFIK
SENTIASA MENGEJAR NAMA DAN REPUTASINYA.. ...
A LEADER THINKS
ABOUT THE NEXT GENERATION..
A STATESMAN THINKS
ABOUT THE NEXT ELECTION..
KATA-KATA POLITIK YANG
CUKUP POPULAR...
MINTA
IZIN..
ISLAM LEBIH TINGGI DARIPADA BANGSA.
Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh
majoriti sesuatu bangsa manusia yang menganuti agama Allah.
AKIBAT daripada usaha demotivate [rujuk arkib
Umat Terakhir di laman Abatasa di link: http://abatasa2.blogspot.com/2011/10/mind-game-demotivate.html]
yang digerakkan oleh sebilangan pemimpin politik untuk menghakis semangat
kebangsaan Melayu - demi mencapai cita-cita politik - kelompok orang Melayu
yang mengikuti jalan politik itu akhirnya mengalami konflik jati diri.
Mungkin istilah konflik jati diri itu kurang tepat untuk menggambarkan
situasi ini, namun orang-orang Melayu yang mengikut jalan politik itu kelihatan
tidak terdetik rasa bangga dan kecintaan terhadap perjuangan bangsa mereka
sendiri yang tidak pernah letih berjuang demi agama yang dijadikan kompas
kehidupan.
Islam hadir ke bumi Melayu pada ketika negeri-negeri Melayu berada di
ambang kegemilangan perdagangan dunia. Sejak raja-raja Melayu menerima Islam
sebagai ad-deen, orang-orang Melayu sentiasa berjuang demi agama mereka
sehingga melangkau ke beberapa generasi seterusnya. Selama beratus tahun sejak
sebelum zaman imperial, orang Melayu yang majoriti di bumi Malaysia moden
sangat setia mempertahankan Islam.
Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi para penganutnya kerana agama wahyu
yang terakhir itu bersifat universal. Namun, bangsa-bangsa manusia secara
kolektif melibatkan bilangan majoriti penganut yang menganut agama itulah yang
bertindak mempertahankan agama Islam.
Memang Islam tidak mensyaratkan bangsa bagi penganutnya, tetapi
bangsa-bangsa manusialah yang bertindak mempertahankan agama itu. Ia kerana
Allah menciptakan manusia berlainan bangsa, dan, bangsa-bangsa yang menganut
agama itulah yang wajib mempertahankan agama-Nya.
Di rantau Timur Tengah atau Asia Barat, orang Arab menjadi bangsa
majoriti yang mempertahankan Islam meskipun ada sebilangan Arab yang menganut
Nasrani. Terasnya
ialah orang Arab mempertahankan Islam di rantau sebelah sana. Maka, survival
bangsa Arab yang beragama Islam dari segi maruah mereka, ekonomi,
politik dan sosial harus dipertahankan oleh orang Arab sendiri.
Manakala
di rantau sebelah sini, orang Melayu (induk bangsa di Asia Tenggara) menjadi
bangsa majoriti yang menganut dan mempertahankan Islam. Maka, survival orang
Melayu beragama Islam dalam segala aspek termasuk maruah, politik,
ekonomi dan sosio-kehidupan juga harus dipertahankan oleh orang Melayu sendiri.
Bangsa-bangsa
manusia sentiasa meletakkan maruah di tempat pertama, melibatkan maruah agama
dan maruah bangsa, maruah itulah yang wajar dipertahankan supaya tidak
dipandang hina dan supaya tidak mudah dihina sewenang-wenangnya. Dalam sejarah manusia, siri peperangan dalam tamadun-tamadun besar
selalunya berpunca daripada rasa tercabar maruah mereka oleh sesuatu bangsa.
Tamadun-tamadun besar itu akan melancarkan perang apabila maruah dan kedaulatan
mereka diperlekehkan atau tidak dihormati oleh tamadun lain.
Kalau disingkap sejarah Perang Salib, bangsa Eropah memasuki Palestin
dan menyembelih orang Arab Palestin yang beragama Islam. Laskar-laskar Eropah
bertindak sedemikian selepas seorang pembesar agama Nasrani (ulama Nasrani)
mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Arab adalah seperti ‘roh yang tersesat’ (lost
souls) yang tercari-cari erti ketuhanan Jesus. Akibat daripada fatwa itu,
laskar-laskar Eropah memburu semua orang Arab di Palestin dan sekitar Jerusalem
untuk dibunuh, ia kerana langkah berkesan untuk mencari orang Islam ialah
mereka harus mencari orang Arab terlebih dahulu kerana majoriti orang Arab
adalah Muslim. Di rantau sebelah sana, orang Arab adalah majoriti bangsa yang
menganut dan mempertahankan Islam, maka mereka dicari untuk dibunuh pada ketika
era Perang Salib.
Akibat daripada itu, tentera Arab beragama Islam (majoriti adalah
tentera Arab, ada juga tentera Islam dari lain-lain bangsa) pimpinan Salahuddin
al-Ayoubi melancarkan serangan balas demi mempertahankan agama yang dianuti
oleh majoriti bangsa mereka di rantau sebelah sana. Andai hilang bangsa Arab di
rantau sana, maka lemahlah Islam di rantau itu. Maruah bangsa itu diangkat
semula oleh Salahuddin demi survival agama Islam.
Di rantau
sebelah sini pula, hanya orang Melayu (bersama sub-sub bangsanya: Bugis, Jawa,
Palembang dan sebagainya) yang mempertahankan Islam, jika semangat orang Melayu
dilemahkan dalam kewajipan mempertahankan maruah mereka, maka tiada bangsa lain
yang akan menolong mengembalikan maruah orang Melayu.
Andai
maruah itu dipermain-mainkan oleh orang Melayu sendiri di halaman rumah mereka
sendiri, maka tiada bangsa lain yang akan menolong mempertahankan maruah
mereka. Jangan harap ada bangsa lain yang akan membantu kita untuk
mempertahankan maruah kita. Jangan harap.
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka
tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
Allah
berkata dengan jelas bahawa Dia tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah
kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Allah juga berkata dengan
jelas bahawa Dia akan mendatangkan bencana kepada mereka andai melakukan
kesalahan terhadap diri mereka sendiri. Jadi, apakah kesalahan yang sedang
orang Melayu lakukan kepada diri mereka sendiri?
Antara kesalahan itu ialah tidak berusaha mengubah nasib, maruah agama
dan maruah bangsa ke arah yang lebih tinggi selari dengan tuntutan agama-Nya.
Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berubah jika mahu berjaya di
jalan-Nya. Itu perintah.
Kalau
orang Melayu bertindak mempertahankan Islam di rantau ini, maka taatilah
perintah itu. Bangsa yang disegani dalam apa jua tamadun ialah bangsa yang
bangga dengan semangat kebangsaan mereka, simpan dulu ayat penyata ini. Itu dari segi semangat kebangsaan politikal perang zaman tamadun besar
awal.
Namun kita diterangi Islam, walaupun begitu, Allah memerintahkan supaya
sesuatu kaum itu mengubah diri mereka dan Allah akan menurunkan bencana apabila
sesuatu kaum itu melakukan kesalahan kepada diri mereka sendiri. Ingat perintah
itu. Ulang soalan tadi, apakah kesalahan yang sedang orang Melayu lakukan
kepada diri mereka sendiri?
Orang Melayu tidak harus malu menjadi Melayu, ia kerana Melayu itu
ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau sebelah sini. Wajarkah malu kepada
diri sendiri kerana ditakdirkan untuk mempertahankan agama Allah? Orang Melayu
sewajarnya bersemangat dan berbangga menjadi Melayu, ia kerana semangat itulah
yang akan mendorong kita supaya lebih tabah mempertahankan agama-Nya. Andai
kita dalam keadaan rendah maruah, adakah kita akan mampu berhadapan dengan
musuh yang bangga dengan bangsa mereka sendiri?
Kalau dipelajari daripada sejarah-sejarah perang, panglima perang akan
berucap di hadapan ribuan askar untuk menaikkan semangat askar-askarnya.
Semangat askar wajar disemarakkan terlebih dahulu sebelum anak panah pertama
dilancarkan terhadap musuh. Itulah pentingnya semangat. Kalau orang Melayu malu
kepada diri sendiri, berasa rendah diri terhadap bangsa lain, tidak
bersemangat, agak-agaknya boleh berjayakah orang Melayu dalam menempuh cabaran?
Namun,
jangan pula orang Melayu lupa kepada perintah Allah dalam ayat-Nya yang lain.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran,
al-Maedah: 8)
Di
sebalik ayat di atas, difahami secara langsung bahawa Allah memerintahkan
kepada kita supaya berlaku adil kepada bangsa lain. Untuk berlaku adil, orang
Islam terlebih dahulu harus mempunyai kelebihan iaitu kelebihan dalam
pemerintahan. Bagi menepati terhadap maksud ayat itu, orang Melayu beragama
Islam wajar sentiasa berada dalam kategori dominan pemerintahan di
Malaysia. Dengan menjadi bangsa yang bermaruah dan mendominasi pemerintahan,
maka baharulah orang Islam boleh menjalankan keadilan. Andai orang Islam tidak
menjadi pemerintah yang menjalankan keadilan, maka selarikah perintah Allah
kepada orang Islam terhadap ayat itu?
Masih
tidak faham? Untuk berlaku adil, orang Islam harus menjadi pemerintah yang
bermaruah, bukan menjadi ‘orang melukut di tepi gantang’ yang tidak mempunyai
kuasa untuk menjalankan keadilan. Pemerintah adalah orang yang menjalankan
keadilan, bukan menjadi orang yang tertakluk kepada keadilan yang ditetapkan
oleh orang bukan Islam.
Untuk
menjalankan keadilan, seseorang harus menjadi pemerintah yang menjalankan
keadilan. Andai orang Islam tidak menjadi pemerintah, bagaimana orang Islam
mahu menjalankan atau memberi keadilan? Untuk menjalankan keadilan, orang Islam
harus menjadi dominan terlebih dahulu, dalam erti kata lain ialah mempunyai
maruah dan disegani. Itu dari segi konteks negara, bukan dari konteks individual.
Untuk
berlaku adil, orang Islam harus mempertahankan maruah mereka sebagai pemerintah
andai berada di sebuah negara yang bermajoriti orang Islam seperti negara anda
ini. Kalau sesebuah negara yang majoriti orang Islam diperintah oleh orang
bukan Islam dari segi penetapan dasarnya, di manakah maruah orang Islam? Siapa
pula orang Islam di negara ini kalau bukan majoriti orang Melayu?
Jangan hanya membaca al-Quran tanpa memahami pengertian perintah-Nya.
Allah memerintahkan supaya sesuatu kaum itu berlaku adil kepada kaum yang lain.
Maka berfikirlah mengenai syarat-syarat yang diperlukan sebelum mampu
menjalankan keadilan. Antara syaratnya ialah menjadi pemerintah yang
berkuasa terhadap sistem keadilan. Bukan menjadi pak turut yang tidak
bermaruah, malu menjadi Melayu yang ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau
ini, tidak bermaruah sehingga tanpa segan menunduk taat di hadapan orang bukan
Islam.
Orang Melayu harus mengembalikan semangat mereka, berbangga menjadi
Melayu yang beragama Islam dan ditakdirkan mempertahankan Islam di rantau ini. Semangat
memperjuangkan agama yang dianuti oleh orang Melayu, semangat itu harus
disemarakkan, bukan dilemahkan dengan sentimen tidak bermaruah sehingga berasa
malu dilahirkan sebagai orang Melayu.
Memang,
Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat, bangsa-bangsa yang
menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah semangat bangsa
yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di rantau ini.
Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di Malaysia,
bangsa itu adalah Melayu.
Untuk
memahami perkara yang mana perlu didahulukan, wajar kita mengingati satu
riwayat hadis. Saya tidak ingat keseluruhan susunan ayat hadis itu secara tepat
bagi tiap-tiap pemilihan perkataan, cukuplah sekadar mengimbas kisah yang
terdapat di dalam hadis itu.
Penceritaan
hadis itu berbunyi seperti ini (bukan dari segi susunan ayat hadis, tetapi dari
segi penceritaan):
Fatimah
bertanya kepada Rasulullah (ayahandanya) mengenai siapakah wanita pertama yang
akan memasuki syurga kerana taat kepada suami dan agama Allah. Rasulullah
menjawab, ia adalah seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah di Madinah. Mendengar jawapan daripada baginda, Fatimah pun pergi ke rumah wanita
itu dan melihat bagaimana wanita itu taat kepada suaminya dan perintah Allah.
Setelah menyaksikan sendiri ketaatan wanita itu, Fatimah kembali menemui
Rasulullah dan bertanya adakah dia akan menjadi wanita pertama memasuki syurga
andai melakukan perkara yang sama. Baginda menjawab, tidak, baginda memberitahu
bahawa Fatimah akan menjadi wanita kedua memasuki syurga selepas wanita itu
masuk. Fatimah kemudian menangis kerana tidak menjadi wanita pertama masuk ke
syurga. Rasulullah tersenyum melihat tangisan puterinya dan berkata, wanita itu
masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dialah yang akan menyambut dan meraikan
kehadiran Fatimah ke dalam syurga Allah. Fatimah kemudian tersenyum.
Ia bermaksud, wanita itu masuk ke syurga terlebih dahulu kerana dia akan
menyambut dan meraikan Fatimah yang masuk selepas itu.
Melalui kisah antara Rasulullah dengan puterinya, fahamkah kita terhadap
pengertian yang mana satu di-kemudiankan dan mengapa ia tidak didahulukan?
Diulangi, memang Islam itu lebih tinggi daripada bangsa. Tetapi ingat,
bangsa-bangsa yang menganut Islam itulah yang mempertahankan Islam. Andai lemah
semangat bangsa yang mempertahankan agama Allah, maka lemahlah umat Islam di
rantau ini. Bangsa-bangsa itulah yang mempertahankan ketinggian agama Allah. Di
Malaysia, bangsa itu adalah Melayu.
Allah sentiasa memelihara Islam, tetapi Islam juga akan terus terbela
jika ada kelompok manusia yang mempertahankannya. Di Malaysia, siapakah
kelompok itu? Andai Melayu adalah bangsa yang majoriti mempertahankan Islam,
maka orang Melayu wajar diperkuatkan semangat mereka, bukan diperlemahkan oleh
doktrin politik yang dicanang bangsa mereka sendiri. Tanpa semangat yang kental
iaitu berselaput rasa malu dalam diri dengan tidak bangga menjadi Melayu,
adakah orang Melayu beragama Islam akan mampu menghadapi cabaran yang sengit
daripada bangsa lain?
Cuba
lihat bangsa lain di Malaysia. Adakah mereka menghina bangsa
sendiri dan berasa malu dilahirkan dalam kelompok bangsa mereka? Tidak, mereka
tidak menghina bangsa mereka dan mereka berbangga dengan kebangsaan mereka.
Apabila ada orang Melayu yang menghina bangsa sendiri dan malu menjadi Melayu,
adakah bangsa lain melahirkan simpati kepada bangsa Melayu? Jawapannya juga
tidak. Mereka langsung tidak ambil peduli kalau orang Melayu berasa begitu.
Tetapi apabila bangsa lain berasa terhina akibat sesuatu perbuatan
kaum-kaum lain, apakah yang bangsa itu akan lakukan terhadap kaum-kaum yang
disifatkan menghina mereka apabila mereka berasa seperti dihina? Mereka akan
segera bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka. Mereka akan tegas
mengatakan bahawa kaum yang membuat mereka berasa terhina itu sebagai racist.
Tetapi apakah yang orang Melayu lakukan kepada bangsa lain apabila orang Melayu
dihina? Orang Melayu hanya duduk diam tanpa berbuat apa-apa, kerana apa? Kerana
orang Melayu berasa malu kepada diri sendiri, apatah lagi untuk mempertahankan
maruah bangsa sendiri.
Apabila Melayu melaungkan semangat kebangsaan, orang Melayu akan segera
dilabel sebagai racist. Orang Melayu seperti tidak boleh langsung
berbuat apa-apa untuk membangkitkan semangat kecintaan terhadap bangsa mereka
yang ditakdirkan mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini. Apa sahaja yang
orang Melayu lakukan demi survival agama dan bangsa, orang Melayu akan sentiasa
segera dilabel sebagai racist. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Semua serba salah jadinya.
Untuk memahami keadaan sedemikian kita wajar meneliti sikap orang Yahudi
yang sangat mudah melabel seseorang sebagai anti-Semitik apabila bangsa mereka
dikritik, ditempelak atau mengeluarkan sesuatu kenyataan yang membuat mereka
berasa seperti dihina.
Namun apabila ada orang menghina bangsa Arab, tidak pula orang Yahudi
terhegeh-hegeh melabel orang itu sebagai anti-Semitik kerana orang Arab juga
adalah dari keluarga bangsa Semitik. Hanya apabila bangsa Yahudi dikritik, maka
orang yang mengkritik itu akan segera dilabel sebagai anti-Semit, tetapi tidak
berlaku perkara yang sama apabila keluarga bangsa Semitik lain yang dikritik.
Yahudi dan Arab adalah dari kelompok bangsa Semitik dari keturunan Sem
iaitu salah seorang daripada putera Nabi Nuh selepas peristiwa
Banjir Besar. Namun, apabila dirujuk kepada istilah anti-Semitik, ia
diistilahkan kepada anti-Yahudi semata-mata tanpa merujuk kepada pengertian
Semitik yang sebenarnya. Malah di Amerika, seseorang yang mengeluarkan
kenyataan anti-Semitik akan segera dihadap ke mahkamah untuk dibicarakan dan
diberi hukuman kerana bersikap racist.
Keadaan yang berlaku di Malaysia pula hampir sama, namun hukumannya pula
adalah dari segi tekanan kepada bangsa Melayu. Hal ehwal agama, budaya dan hak
orang Melayu sentiasa dipersoal, ia bukan sahaja dipersoal oleh bangsa lain,
tetapi ada di kalangan bangsa Melayu sendiri yang melakukannya. Namun apabila
ada orang Melayu yang mempersoal kebiadapan bangsa lain, maka orang Melayu akan
segera dilabel sebagai racist. Bangsa lain boleh mempersoalkan, tetapi
orang Melayu tidak boleh mempersoalkan mereka. Hampir sama dengan situasi
masalah istilah anti-Semitik.
-----
Orang
Melayu menghadapi konflik identiti yang kronik dalam sudut semangat kebangsaan
mereka. Ia menjadi lebih parah apabila ada orang Melayu sendiri yang melemahkan
semangat itu sebagai alasan supaya berlaku adil kepada bangsa lain sebagaimana
diperintahkan Allah. Cuba renungkan kembali pengertian ayat 8 dalam surah
al-Maedah, apakah yang kita faham mengenai syarat-syarat yang diperlukan
sebelum boleh menjalankan keadilan?
Pertama
sekali ialah orang Islam wajar menjadi pemerintah yang bermaruah, mempunyai
kuasa membuat keputusan dalam menjalankan keadilan, berperanan dominan dalam
hal ehwal yang teras demi kepentingan semua pihak terutama umat Islam, tidak
malu menjadi diri sendiri untuk mengubah nasib diri, tidak berasa rendah diri,
tetapi tidak pula bongkak di atas muka bumi. Apabila sudah cukup syarat-syarat
itu, baharulah orang Islam yang majoritinya orang Melayu di negara ini akan
dihormati dan menghormati diri sendiri serta berupaya menjalankan keadilan
seperti yang diperintahkan Allah.
Andai
orang Melayu beragama Islam yang rendah maruah dirinya tidak mempunyai kuasa
dalam membuat keputusan dan rendah maruah diri, adakah orang Melayu akan
dihormati? Tidak, tidak dan tidak. Kalau orang Islam tidak menghormati diri
sendiri, jangan harap akan ada orang lain yang akan menghormati kita. Jangan
harap.
Kalau
syarat-syarat itu tidak dipenuhi, bagaimana orang Islam mahu menjalankan
keadilan terhadap kaum lain? Untuk menjadi bapa yang baik, seseorang lelaki
harus berkahwin dan mempunyai anak terlebih dahulu sebagai langkah pertama.
Itulah syarat pertama yang wajar dipenuhi untuk menjadi bapa yang baik.
Bagaimana untuk menjalankan keadilan kepada kaum-kaum lain? Syarat pertama
ialah menjadi dominan dalam pemerintahan terlebih dahulu supaya semua urusan
keadilan tertakluk di bawah keputusan orang Islam. Bukannya menjadi orang Islam
yang melukut di tepi gantang mengharapkan ehsan supaya diberikan sedikit kuasa
oleh orang bukan Islam. Faham?
Bagi
memenuhi syarat itu, langkah pertama ialah orang Melayu wajar kembali
bersemangat mempertahankan maruah, bukan terus hidup terhimpit bagai ditelan
mati emak dan diluah mati bapa. Bangsa-bangsa lain tidak pernah
merendah-rendahkan bangsa mereka sendiri, tetapi mengapa mesti ada orang Melayu
yang berasa malu dengan bangsa sendiri sedangkan orang Melayu adalah
ditakdirkan untuk menjaga maruah Islam di rantau sebelah sini? Allah memilih
orang Melayu untuk menjadi bangsa majoriti di rantau ini untuk menganut
agama-Nya. Andai semangat bangsa Melayu makin lemah disebabkan oleh lidah-lidah
pemimpin yang melemahkan jati diri mereka, bagaimana orang Melayu mahu terus
kuat dalam mempertahankan Islam?
Ada yang
berkata, mereka tidak bangga menjadi Melayu tetapi berbangga menjadi Islam.
Tetapi ingatlah bahawa Islam itu dipertahankan di muka bumi oleh bangsa-bangsa
manusia yang menganuti agama Allah. Manusia dijadikan berbilang bangsa, agama
Allah pula adalah untuk seluruh manusia, manakala bangsa-bangsa manusia yang
menganut agama Islam itulah yang mempertahankan agama Allah.
Sama juga kalau diibaratkan seperti: Hanya roh yang kekal, tetapi bukan
jasad. Tetapi ingatlah bahawa jasad itulah yang menjadi alat kepada roh untuk
melakukan kebaikan. Islam diibaratkan sebagai roh, jasad itu pula adalah
Melayu. Andai jasad itu mati, maka jasad akan hanya tinggal jasad yang akan
musnah reput di dalam tanah. Maka roh akan kembali kepada Tuhannya. Apabila
Melayu menjadi lemah dan tidak bersemangat dalam mempertahankan bangsanya yang
majoriti Islam, maka Islam akan terkapai-kapai di Malaysia.
Mungkin akan ada yang mengatakan Umat Terakhir sebagai racist
apabila berbicara mengenai Melayu. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi
sebaliknya kita menjelaskan bahawa bangsa lain sangat berbangga dengan diri
mereka. Kita tidak menghina bangsa lain, tetapi kita menceritakan mengenai ada
orang Melayu sendiri yang malu dilahirkan sebagai Melayu sehingga luntur
semangat jati dirinya. Malu tidak bertempat di tempat sendiri seperti sudah
tiada tempat untuk memahkotakan maruah di bumi sendiri.
Kalau mahu berperang, pilihlah panglima yang mampu menaikkan semangat
para laskar-laskarnya. Bukan memilih sang pengecut yang luntur semangatnya dan
galak pula melemahkan semangat orang lain supaya menjadi pengecut dan pemalu
sepertinya. Orang tidak menunduk malu di medan juang kerana kepala yang tunduk
itu lebih mudah dicantas pedang pihak lawan. Orang berperang dengan penuh
semangat juang, berbangga menjadi bangsa bermaruah di medan juang untuk
agamanya. Itulah caranya orang pergi berperang.
Maruah
orang Melayu diperlekeh selama 457 tahun. Sepanjang 457 tahun, orang Melayu
berusaha mengembalikan maruah mereka sehingga mengecap merdeka. Sesudah merdeka
pula, orang Melayu terus cekal berusaha mengembalikan maruah mereka supaya
tidak lagi dipermain-mainkan di tanah air mereka sendiri, gigih memartabatkan
bangsa serta agama dan institusi raja-raja Melayu. Malangnya, ada orang Melayu
sendiri yang memperlekeh perjuangan bangsa sendiri disebabkan bantal dan tilam
empuk yang menghadirkan mimpi-mimpi politik, kuasa membuat keputusan dalam
berpolitik pula tidaklah sehebat mana, hanya seperti hidup berpoligami dalam politik.
Wajarkah orang seperti itu yang diangkat menjadi panglima bagi orang Melayu
beragama Islam?
MELAYU
DAN ISLAM ITU TIDAK SAMA. ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARIPADA MELAYU. TETAPI
INGATLAH BAHAWA ISLAM ITU DIPERTAHANKAN DI MUKA BUMI OLEH BANGSA-BANGSA MANUSIA
YANG MENGANUTI AGAMA ALLAH. DI MALAYSIA, BANGSA ITU ADALAH MELAYU. BERBANGGALAH
MENJADI MELAYU, BERSEMANGATLAH MELAYU, BERMARUAHLAH MELAYU, DEMI AGAMA MU.
Aku pula
bukan 100 peratus berdarah Melayu. Tetapi aku meminta supaya orang Melayu
berbanggalah menjadi Melayu, tanpa rasa malu, bersemangat kental menempuh
cabaran dan tidak mudah layu apabila ada di kalangan bangsamu sendiri yang
melemahkan jati diri mu, bersemangatlah Melayu demi agama mu, Islam, yang sama
dengan agama ku.
Orang-orang
Melayu yang memahami maksud aku ini, aku mohon bantuan kamu semua supaya
bersegera bangkitkan semangat bangsa kamu tanpa menyakiti bangsa lain, jadikan
bangsa kamu sebagai bangsa yang bermaruah dan berbangga dilahirkan Melayu untuk
memartabatkan Islam di rantau ini. Ajarkan Islam kepada sesama manusia, jangan
terlalu asyik mengajar politik kepada mereka hanya semata-mata mahu sokongan
bangsa lain. Jatuh bangun bangsa Melayu berada di atas bahu orang Melayu
sendiri. Jangan harap bangsa lain akan membantu kamu melainkan orang Melayu
sendiri berusaha mengubah diri sendiri.
-----
Fahamilah
ayat Allah, taatilah perintah-Nya:
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa
yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong
dan melindungi mereka selain daripadaNya.” - (Quran, ar-Raad: 11)
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan
kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Quran,
al-Maedah: 8)
[artikel dari arkib Umat Terakhir yang belum pernah disiarkan]
sekian .jazakallah..
maaf jika tersilap..