Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 28 Mei 2011

MisTERY OF KNOWING

TAHU SEGALA-GALANYA..

KNOWING EVERYTHING....


MENGHINA DIRI DALAM KALANGAN YANG HINA ..ADALAH SESUATU YANG MEMALUKAN..

MENINGGIKAN DIRI DALAM KALANGAN YANG RENDAH ADLAH BODOH TAHAP SYAITAN..

MERENDAHKAN DIRI DALAM KALANGAN MEREKA YANG HEBAT ADALAH TIDAK PATUT DAN JUGA MEMALUKAN..

ORANG YANG TINGGI ILMU TETAPI MERENDAH DIRI DALAM KALANGAN YANG RENDAH ILMUNYA MAKA,IA TIDAK PATUT...

SESUNGGUHNYA SESEORANG YANG TINGGI ILMU ITU MERENDAHKAN RENTAK PERKATAAN ,PENYAMPAIAN DAN TULISAN NAMUN KETERTINGGIAN ILMU JELAS TERPANCAR PADA JIWA DAN PERIBADINYA..

TINGGI ILMU MENJADIKAN SESEORANG ITU HEBAT DALAM KALANGAN ORANG YANG HEBAT ILMUNYA

NAMUN IA KELIHATAN RENDAH DAN HINA PULA DALAM KALANGAN MEREKA YANG HINA DAN BODOH..

APA YANG TINGGI

APA YANG RENDAH..

APA YANG MULIA..

BANYAKNYA MANUSIA ITU MULIA KERANA ILMUNYA..

MULIANYA PARA NABI ITU ADALAH JUGA KERANA ILMU..

BANYAKNYA PARA SOLEHIN ITU MULIA ,JUGA KERANA ILMU..

BANYAKNYA ILMU,AKAN MEMBAWA KEPADA BANYAKNYA PENGETAHUAN..

BANYAKNYA PENGETAHUAN AKAN MEMBAWA KEPADA

TERPUTUSNYA SESEBUAH HUKUM DAN BANYAKNYA MAKLUMAT..

BANYAKNYA MAKLUMAT AKAN MEMBAWA KEPADA TAFSIRAN..

BANYAKNYA TAFSIRAN AKAN MEMBAWA KEPADA BANYAK PERKATAAN DAN AYAT-AYAT YANG PELBAGAI..

AYAT –AYAT YANG PELBAGAI INI DISEBUT SEBAGAI INTREPRESTASI ATAU JUGA MANIFESTASI..

BAGAIMANA SESEBUAH MAKLUMAT INI DITAFSIRKAN OLEH MANUSIA..

PADA KONTEKS BERIKUT MAKA TERCIPTALAH KAWALAN MINDA..

KAWALAN MINDA AKAN MEMBAWA KEPADA TAFSIRAN YANG TERKAWAL..

TAFSIRAN YANG TERKAWAL AKAN MEMBAWA KEPADA MAKLUMAT YANG TERKAWAL..

MAKLUMAT YANG TERKAWAL AKAN MEMBAWA KEPADA PENGETAHUAN YANG TERKAWAL..

PENGETAHUAN YANG TERKAWAL AKAN MEMBAWA KEPADA ILMU YANG TERKAWAL..

ILMU YANG TERKAWAL AKAN MEMBAWA KEPADA WAHYU YANG TERKAWAL..

ILMU AKAN MEMBAWA MANUSIA KEPADA WAHYU ILAHI..

ILMU ITU TERLALU LUAS CAKUPAN DAN BIDANG...

ILMU SEGALA-GALANYA AKAN MEMBAWA MANUSIA KEPADA WAHYU ILAHI...

khas buat ust Zaharuddin..anda tahu ILMU DALAM PERJALANAN BERMULA DARIPADA ZAMAN NABI ADAM A.S SEHINGGALAH ZAMAN NABI MUHAMMAD S.A.W..

SEGALA PENGETAHUAN TENTANG SISTEM LARANGAN ALLAH DAN SISTEM PERINTAH..

APA ITU SISTEM..

APA ITU LARANGAN...

APA ITU PERINTAH..

DAN BAGAIMANA PIHAK KE-3 MUNCUL DAN CUBA MEROSAKKAN MANUSIA DENGAN SISTEM YANG SAMA...

JIKA TIDAK TAHU APA-APA..

DIAM ADALAH LEBIH BAIK..

LEBIH BERMANFAAT..

SEKIAN..

MAAF JIKA SANGAT MENGASARI HATI SAUDARA.

TERIMA KASIH DI ATAS CORETAN HISHAMUDIN RAIS DALAM CATATAN BELIAU DARI BRICKFIELDS , AKHIRNYA BELIAU MULA FAHAM BAGAIMANA KONSPIRASI TAHAP MEGA TERCETUS..RANTAIAN DAN SISTEM KESELURUHAN KONSPIRASI BERLAKU..TERBITAN SUARA KEADILAN.

DALAM ETIKA UTAMA MENYAMPAIKAN DAKWAH SECARA BERHIKMAH..

DAKWAH YANG PALING TEPAT , PADAT,RINGKAS DAN MENYUSUK KALBU...

MENJETIK KE LUBUK HATI..

DAKWAH YANG BERSIFAT UNIVERSAL..TERBUKA ..MENYELURUH ..KAFFAH...

JANGAN SAMPAIKAN APA YANG ANDA TAHU..

SAMPAIKAN APA YANG MEREKA PATUT TAHU...

SAMPAIKAN APA YANG MEREKA MESTI TAHU..

SAMPAIKAN APA YANG MEREKA MESTI DENGAR..

KEMUDIAN APA SAHAJA YANG MEREKA LONTARKAN KEPADA ANDA SAMA ADA PUJIAN,BALASAN,HADIAH MAKA..TOLAKLAH IA KERANA IA AKAN MEROSAKKAN AMALAN-AMALAN ANDA SEDIKIT SEBANYAK..

MAAF ..SEKALI LAGI KAMI JELASKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG MUSLIMDAIRYZ.COM...

KAMI MENULIS APA YANG ANDA PATUT TAHU

ANDA MESTI TAHU..

ANDA PERLU TAHU..

ITU SAHAJA YANG KAMI SAMPAIKAN..

ITU SAHAJA NIAT KAMI..

TAFSIRAN DAN PENILAIAN ANDA TERHADAP KAMI..KAMI BERLEPAS DIRI..

SOALAN KAMI..

APAKAH PERKARA YANG PALING TINGGI DI SISI ALLAH..

JAWAPAN KAMI..

KEBENARAN..

KEBENARAN AKAN BERJALAN WALAUPUN SEORANG DIRI..

AKAN MENGHAPUSKAN 1,0000 000000 KEBATHILAN ...

IA SANGAT KUAT,TEGUH,KUKUH DAN PERKASA.. NAMUN..

SALAH...

KEBENARAN HANYA BERADA DI TEMPAT KEDUA..

TEMPAT PERTAMA ADALAH KETETAPAN DAN KEPUTUSAN ALLAH...

SANGAT ....MENGHINA DIRI KERANA BERTEMU TAKDIR ...KEBENARAN AKHIRNYA TERPAKSA MELUTUT PADA TAKDIRNYA SENDIRI.TAKDIR ADALAH YANG PALING KUAT..PADA TAKDIR TERTULIS KETETAPAN TUHAN..

“TAKDIR”...

KAMI ADA HADIAH BUAT PENGUNJUNG SETIA ,BEBERAPA PERKARA YANG MANA JIKA ANDA KUASAINYA MAKA...

ANDA AKAN BERTEMU DENGAN ILMU YANG DIPANGGIL ..

ILMU SEGALA..

ILMU SEGALA INI DITEORIKAN OLEH SAINTIS BARAT SEBAGAI ..

THE THEORY OF EVERYTHING..

ILMU SEGALA..

KAMI SAMPAIKAN BEBERAPA KUNCI UTAMA KEPADA ILMU SEGALA..

PERTAMA..

TUHAN..

ANDA MESTI TAHU DAN KUASAI SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN SIFAT-SIFAT TUHAN..

ILMU..

KUASAI SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN ILMU..

MANUSIA..

KUASAI SEGALA YANG ANDA TAHU TENTANG MANUSIA..

HATI..

KUASAI SEGALA PERKARA YANG BERKAITAN HATI..

ROH..

KUASAI SEGALA YANG BERKAITAN DENGAN ROH...

INSYA’ALLAH ANDA AKAN MEMEGANG KUNCI ILMU SEGALA..

ILMU SEGALA ADALAH TENTANG TAKDIR..

TENTANG KETETAPAN..

TENTANG UNDANG-UNDANG TUHAN..

TENTANG APA YANG TERTULIS DI LAUH MAHFUZ..

KAMI BERTEMU DENGAN AYAT INI..

DAN KAMI TERLIHAT IA TERGANTUNG KEMAS DAN INDAH DI LAUH MAHFUZ...

“KETETAPAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK BUAT HAMBA-HAMBANYA YANG TERBAIK DI SISINYA.”

Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku.

AL Qaf ayat 29..

PEGANG AYAT INI SAMPAI KIAMAT..WASIAT DARI KAMI..

AYAT INI TERLETAK DENGAN SANGAT JAUH IAITU PADA JUZ KE- 26,SANGAT JAUH,...SANGAT DALAM..

AYAT INI MEMBUKTIKAN BAHAWA ALLAH ITU KERAP KALI MENYEMBUNYIKAN DIRINYA DARIPADA KEBAHAGIAAN ORANG LAIN.YANG MANA KEBAHAGIAN ITU SENDIRI DIKURNIAKAN OLEH-NYA..DIA MEMBERIKAN SEGALA KESAYANGAN DAN KERAHMATAN BUAT HAMBANYA ..

NAMUN DIA MEMBIARKAN HAMBA-NYA ITU KEKAL BAHAGIA...

DAN DIA SAMA SEKALI TIDAK MEMINTA IMBALAN DARIPADA HAMBANYA YANG TELAH DIKURNIAKAN KEBAHAGIANNYA ITU..

DIA TIDAK CLAIMED SEMULA APA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA HAMBANYA...

ITULAH IMPLEMENTASI BAGI SIFAT ALLAH YANG MAHU PEMALU..

DIA MENYEMBUNYIKAN KEBAIKAN YANG TELAH DILAKSANAKANNYA DEMI MELIHAT HAMBA-NYA BAHAGIA...

DIA MENYEMBUNYIKAN SEGALA-GALANYA BAHKAN TERMASUK DIRINYA...

ALLAHUAKBAR..

SEGALA PUJI BUAT ENGKAU...

ALLA TAALA AZZA WA JALLA....HANYA ENGKAU YANG KAMI SEMBAH DAN HANYA ENGKAU KAMI MEMOHON PERTOLONGAN...

BERKENAAN KONSPIRASI...

CUBA LIHAT APAKAH FUNGSI DIWUJUDKAN AGENSI RISIKAN SEPERTI INTERPOL,CIA,NED,KGB,MOSSAD,KONGSI GELAP,MATA-MATA,PENYIASAT PERSENDIRIAN..

MEREKA KEBANYAKANNYA BERTINDAK SEBAGAI PUNCA BAGI SESUATU MASALAH BARU..

JANGAN TERTIPU PERSEMBUNYIAN MEREKA SEBAGAI PEMERHATI-PEMERHATI ANTARABANGSA,WARTAWAN,PENULIS,EDITOR AKHBAR,PENSYARAH-PENSYARAH,GURU-GURU ALIM,ULAMA-ULAMA,PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH,PENIAGA,PELANCONG-PELANCONG,PENGARAH SYARIKAT KORPORAT,ANGGOTA POLIS DAN AHLI POLITIK,ANGGOTA KESELAMATAN..

PERHATIKAN DENGAN SIAPA ANDA BERSAHABAT....

DENGAN SIAPA ANDA BERGURU..

NASIHAT SIAPA YANG ANDA DENGAR...

SIAPA YANG PALING HAMPIR DENGAN ANDA SEMUA...

BERWASPADALAH...

AKHIR ZAMAN YANG SANGAT MENAKUTKAN...

KAMI MUSHKIL DALAM RENTAK SEMASA,BERKEMUNGKINAN BESAR ,RIWAYAT POLITIK DSAI AKAN DITAMATKAN SEBAGAIMANA RIWAYAT BENAZIR BHUTTO..

PESANAN KAMI SEANDAINYA BERLAKU KEJADIAN-KEJADIAN YANG SEMACAM ITU,SILA REDHA,SABAR DAN TENANG..

TERIMA DENGAN SEBAIKNYA MUNGKIN..

JIKA DSAI PERGI..JIKA TAKDIRNYA BEGITU,DOA KAMI SEMOGA 100000 LAGI DSAI YANG BARU AKAN LAHIR..

SEBAGAIMANA PERNAH BERLAKU KEPADA ALLAHYARHAM SYEIKH AHMAD YASSIN,MURSYIDUL AM HAMAS PALESTIN, ALLAYYARHAM ABDUL AZIZ RANTISI,KEMATIAN BELIAU HANYA MENAMBAHKAN LAGI BILANGAN ORANG-ORANG SOLEH DI SEKELILING MEREKA...

SEMOGA JANGAN WATAK-WATAK SEPERTI DATO NAJIB,ABDUL RAZAK BAGINDA DAN SPESIS-SPESIS INI MEMENUHI RENTAK PENTAS PENTADBIRAN MALAYSIA...

CUKUPLAH DENGAN YANG ADA SEKARANG...

PAGI TADI KAMI TERBACA TULISAN SEKRETARIAT ULAMA MUDA UMNO,TAJUK..JANGAN TUDUH ORANG LAIN WAHABI ..

ARTIKEL BERNILAI 4 BINTANG..AKHIRNYA OTAK MEREKA MULA TERBUKA DENGAN BAIK.....ALHAMDULILLAH...TAHNIAH ..DENGAN INI KAMI ANUGERAHKAN PANGKAT ORANG KAYA BENDAHARA KEPADA MEREKA...BARAKALLAHUFIK....

kepada Jabatan Agama..

diminta paparkan semula bagaimana prosedur perkahwinan agar perjalanan pendaftaran perkahwinan tidak terlalu rumit dan menyakitkan hati ramai orang di sekeliling...

senarai semula keperluan yang mesti dan wajib dipatuhi terutama kaedah-kaedah semasa..

ISLAM ITU MUDAH..ISLAM ITU MUDAH...ISLAM ITU MUDAH..kata BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W..

Sebelum habis..kami hadiahkan buat sahabat satu artikel yang sangat bagus untuk Dimakan dan dijadikan kari kambing...

Tulisan Dr Asri..

Beliau sememangnya semakin mencapai taraf ilmuan tertinggi..tapi sedikit bawah ..kira-kira 100 tiang di bawah kami..

MAAF...


SIAPAKAH YANG MENYAHUT RINTIHAN DERITA INSAN?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)


Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan kesakitan. Terdedah kepada dukacita dan sengsara. Sehebat mana pun dia. Sebesar mana pun pangkatnya. Insan bukan tuhan untuk kebal dari panahan sengsara dan duka. Jika tidak menimpa pada hartanya, menimpa pada tubuhnya. Jika tidak pada tubuhnya, menimpa pada maruahnya. Jika tidak pada maruahnya, pada perasaannya yang derita disebabkan pelbagai punca. Mungkin kehilangan orang yang dicinta, atau dikhianati oleh orang disayangi. Segala mungkin. Itulah hakikat kehidupan insan dan itulah hakikat kehidupan setiap makhluk.

Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan berusaha mencari tempat bergantung. Mencari dahan berpaut. Mencari teduhan untuk berlindung. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba; kepada siapakah hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong daku? Siapakah yang mampu untuk mengeluarkan aku dari kemudaratan ini?


- Gambar Hiasan

Jiwa Hambar

Bagi jiwa insani yang renggang dari Tuhan, jiwa insan yang hambar dari kemanisan iman dan hubungan ruhi dengan ilahi, dia akan terus terbayang penolong itu temannya atau orang besar, atau orang berharta, atau orang berkebolehan yang dirasa dapat membantunya. Jika dia sakit, pertama yang terbayang dalam fikirannya wajah para pengubatnya. Jika dia kesesakan harta, dia terbayang sumber-sumber yang boleh dia dapatkan wang. Jika ditindas, dia terbayang wajah mereka yang berkuasa yang dia rasa dapat membantunya. Demikian seterusnya.

Jiwa, jantung hatinya sentiasa tersangkut dalam alam makhluk. Tergantung dengan yang lemah sepertinya. Berpaut pada yang rapuh kerana disangkakan kukuh. Lalu Allah pun membiarkannya bersama dunianya yang goyah dan harapan sentiasa terdedah kepada kehancuran. Dia terlupa bahawa betapa ramai pesakit yang gagal diubati. Dia terlupa bahawa betapa ramai yang dikhianati oleh orang yang dipercayai. Dia alpa bahawa betapa ramai yang berkuasa gagal menyelamatkan diri sendiri. Bahkan dia lupa betapa ramai yang berharta, berkuasa dan ternama, Allah kepung hidup mereka dengan pelbagai sengsara. Pergantungan yang sangat lemah. Allah mengingatkan manusia tentang hal ini dengan firmanNya: (maksudnya)

“Wahai manusia, diberikan untuk kamu satu perumpamaan, maka dengarlah mengenainya; sesungguhnya mereka yang kamu seru selain dari Allah itu, tidak sama sekali dapat menciptakan seekor lalat pun walaupun mereka berpakat untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat menyelamatkan kembali. (maka) lemahlah yang meminta (untuk ditunai hajatnya), dan lemahlah yang diminta (untuk menunaikan hajat)”. (Surah al-Hajj: ayat 73).

Demikian perumpamaan yang Allah berikan, gambaran kepada mereka yang bergantung dan menyeru selain Allah dalam mengharapkan pertolongan.

Jiwa Mukmin

Adapun jiwa yang bergantung dengan Allah, setiap kali dia ditimpa kesusahan perkara yang pertama dan pantas menerpa ke jantung sanubarinya ialah pertolongan Allah; harapan dan pergantungan kepada Allah, doa, sujud, solat, rintihan di kesunyian malam, istighfar dan seumpamanya yang membolehkan Allah mendengar rintihannya. Teringatlah dia akan firman Allah yang menggambarkan keagungan kekuasaanNya: (maksudnya)

“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”. (Surah al-Naml: ayat 62).

Demi sesungguhnya, tiada siapa yang dapat menyahutnya melainkan Allah S.W.T. Keyakinan dan keimanan yang mendalam inilah yang menjadikan doa insan yang bergantung dengan Allah itu pantas diterima. Allah mengeluarkan insan dari kesusahan dengan pelbagai cara dan rupa yang dikehendakiNya. Jarak antara bumi dan langit amat jauh. Masih tidak dapat dihitung oleh manusia. Namun, jaraknya menjadi begitu dekat disebabkan doa yang mustajab dari hamba yang kesusahan. Dengan seruan ‘Ya Allah! Tolonglah daku!’ maka pantas ia sampai ke langit dan pertolongan Allah pun datang dengan cara dan kehendakNya.

Tidak Menolak Ikhtiar

Bukanlah bererti insan yang bergantung kepada Allah itu menolak pertolongan makhluk dan tidak berikhtiar dalam menyelesaikan masalah. Namun, segala ikhtiar dan usaha itu dilakukan dalam naungan jiwa dan ruh yang sentiasa bergantung dan menyeru Allah. Pertolongan makhluk hanya ‘sebab’ yang berlaku atas kehidupan duniawi, hakikatnya daripada Allah S.W.T. Al-Hafiz Ibnu Kathir (meninggal 774H) dalam tafsirnya, menyebut riwayat dari Wahab bin Munabbih (tabi’i, seorang yahudi yang telah menganut Islam) pernah berkata:

“Aku pernah membaca dalam kitab terdahulu, bahawa Allah berfirman: “Demi kemuliaanKU, seandainya segala langit dan sesiapa yang ada padanya, bumi dan sesiapa yang ada padanya melakukan rencana jahat terhadap orang yang berpegang denganKU, sesungguhnya AKU akan jadikan untuknya di celahan itu jalan keluar. Sesiapa yang tidak berpegang denganKu, maka sesungguhnya AKU boleh tenggelamkannya ke dalam bumi di bawah kedua kakinya, AKU jadikan dia di awangan (tiada pergantungan) dan AKU biarkan dia kepada dirinya”. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/422. Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub).

Maksudnya, dalam pelbagai cara Allah boleh menolong hamba yang merintih kepadaNya, dan juga dalam pelbagai cara Allah boleh menjatuhkan hamba yang berpaling dari memanggil kebesaranNya.

Doa Yang Ikhlas


Jiwa yang mengharapkan Allah bukanlah sekadar digambarkan dengan pakaian seseorang, atau gelarannya, atau penampilannya. Sebab itu, jangan tertanya-tanya mengapa Allah membiarkan si fulan sedangkan dia nampak kuat agama? Pertamanya, Allah mungkin menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Atau, mungkin kita tidak tahu apa yang tersimpan dalam dadanya. Allah Yang Maha Mengetahui siapakah dia, jauh atau dekat dia dengan Allah. Betapa ramai yang lidahnya menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, tapi sanubarinya masih terikat dan bergantung kepada makhluk. Bunyi nada suaranya mungkin kedengaran sebak, tetapi tauhid tidak bulat dan penuh ikhlas, maka doanya tidak disahut.

Demikian apabila kita lihat seorang yang mungkin kelihatan ‘biasa’ sahaja, tetapi setiap kali dia menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, pertolongan pantas sampai kepadanya. Ini disebabkan ruhnya yang penuh pergantungan kepada Allah, tanpa sebarang syirik atau harapan kepada selainNya. Ini yang disebut oleh Nabi s.a.w:

“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan”. (Riwayat Muslim).

Jika insan ikhlas dan membulatkan pergantungan kepada Allah, Allah menerima harapannya, sekalipun dahulunya dia pernah melakukan dosa syirik dan kejahatan pun, Allah tetap akan mendengar rayuan. Dengan syarat dia hendaklah penuh ikhlas kepada Allah ketika doanya. Al-Imam al-Qurtubi (meninggal 671H) dalam tafsir ketika menghuraikan firman Allah tadi: (maksudnya)

“Siapakah yang dapat menyahut orang yang dalam kemudaratan, tatkala dia berdoa kepadaNya, serta Dia menghilang keburukan?!”, dia berkata: “Allah menjamin menyahut orang yang kemudaratan apabila dia berdoa kepadaNya. DIA memberitahu mengenai diriNya. DIA menerima doa orang yang dalam kemudaratan sebabnya keadaan doa ketika dururat (kesusahan yang amat) itu terbit dari keikhlasan, terputus hubungan hati sanubari dengan selain Allah. Bagi keikhlasan itu suatu kedudukan dan jaminan di sisi Allah. Ini boleh ada pada orang mukmin dan kafir, yang taat dan yang jahat.

Persis seperti firman Allah: (maksudnya) “Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut; sehingga apabila kamu berada dalam dalam bahtera, dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya, dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira dengannya; tiba-tiba datanglah angin ribut yang kencang, dan datang pula kepada mereka ombak dari segala penjuru, dan mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadanya (sambil merayu dengan berkata): “Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami akan menjadi orang-orang Yang bersyukur” (Surah Yunus, ayat 22).

Firman Allah juga: (maksudnya) “Maka apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan mereka mengikhlaskan kepadaNya agama, kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka melakukan syirik kepadaNya” (Surah al-Ankabut, ayat 65).

(kata al-Qurtubi lagi) “DIA menyahut doa mereka ketika darurat dan berlakunya keikhlasan mereka, sedangkan DIA tahu bahawa mereka akan kembali kepada kesyirikan dan kekufuran mereka” (al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 13/223. Beirut: Dar al-Fikr)

Fitrah insani akan memanggil Allah dengan penuh ikhlas apabila dia dalam kesusahan. Sehingga ada yang pernah kufur dan sesat akan kembali ikhlas memanggil Allah dengan penuh keikhlasan apabila dia terdesak –seperti al-Quran gambarkan di atas-. Bagaimanakah seorang muslim gagal untuk mengikhlaskan jiwa memanggil Allah dengan penuh keikhlasan pabila dia dalam kemudaratan?! Bagaimana mungkin insan mencari ‘kabel’ atau saluran pertolongan, merayu dan merintih, mengharap dan meminta kepada selain Allah apabila dia ditimpa kesusahan? Jika dia menyeru Allah dalam kesusahan, mengapakah pula dia gagal mengikhlaskan tauhid dan pergantungan kepadaNYa? Sedangkan Allah menjamin untuk menerima doa penuh ikhlas tanpa syirik daripada hamba-hambaNya yang dalam kemudaratan. Siapakah lagi yang dapat mendengar rintihan kesusahan ini? hanyalah ALLAH, tiada sekutu bagiNya.

Followers