ARTIKEL BAIK DAN IKHLAS...MINTA IZIN COPY..
PENA MAYA...BAIKIMINDA.BLOGSPOT.COM
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.Merujuk kepada tajuk di atas,jika tidak penyelesaian optimum pun,mungkin dapat menyelesaikan sebahagian besar permasalahan ini.
Saya sebentar tadi membaca suatu artikel di blog ini. [LINK]
Pada saya,penulis artikel ini berniat baik untuk membanteras maksiat dalam kalangan muda-mudi pada hari ini.
Namun,saya mempunyai pendapat saya sendiri yang ingin saya kongsikan di sini.Harap saudara penulis artikel di atas tidak menyalah-ertikan niat saya.Saya sekadar menyatakan pendapat saya.Jika salah,harap ditegur.
Untuk pengetahuan para pembaca isu ini sudah lama bermain di dalam minda saya.
Memandangkan saya adalah seorang remaja,saya tidak terlepas dari nafsu untuk mempunyai pasangan.Kenapa?Kerana saya juga manusia.
Dan ramai juga kawan-kawan saya yang sebegini.Bukan ramai,tetapi semua.
Dan,pada pendapat saya,cara yang paling berkesan dalam zaman hari ini untuk membanteras maksiat adalah dengan menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal.
Namun,seperti biasa.Pasti ada tentangan,kelemahan dan kebaikan.
Mari kita teliti.
FAKTOR TENTANGAN
Seperti kita sedia maklum,kita hari ini hidup dalam suatu zaman akhir zaman yang sekular danmaterialisme melampau.Jadi,anak-anak muda digalakkan menuntut ilmu untuk mendapat sekeping ijazah agar mendapat kerjaya yang elok.
Apabila mendapat kerjaya yang elok,diharap dapat membantu diri dan keluarga.Ini niat yang baik.Tetapi,sistem manusia pasti ada kelemahan.
Sistem ini membawa kita kepada persepsi dan teori "seseorang anak muda itu tidak boleh berkahwin selagi dia tidak memiliki sebuah kereta,sebiji rumah dan kerjaya yang tetap" yang biasanya untuk mencapai matlamat ini memerlukan seseorang itu berumur paling minimum 28 tahun.
Mari kita bayangkan.Jika seseorang yang berumur 18 tahun,nafsunya sudah bergelora setinggi ombak laut yang mengganas membelah awan,anda fikir bagaimanakah keadaan nafsu seseorang yang berumur 28 tahun?
Pasti lebih dahsyat bukan?
Dan persepsi kahwin lewat ini telah berjaya menyulami otak kita.Kita terjajah dengan teori ini yang hanya membawa kepada kelemahan.
KEBURUKAN BERKAHWIN LEWAT
Merujuk perkara di atas,anda cuba bayangkan,bagaimanakah seseorang yang normal hendak mengharungi hidup dengan nafsu yang bergelora tanpa melakukan dosa selama 10 tahun (mengambil kira jarak 18-28 tahun)?
Dalam 10 tahun itu,pastinya beliau akan jatuh cinta dan berpasangan (jangan tipu diri sendiri,lihat keadaan sekeliling) .
Jika di sekolah sudah berpegangan tangan,apatah lagi sudah bekerja?Bukankah begitu?
Dan jika dia tidak berpasangan sekalipun,pasti dia akan terlibat dalam dosa-dosa lain.
Kita sedia maklum dunia hari ini kita disajikan dengan pelbagai godaan dunia.Hatta mahu menonton berita pun,kita disajikan dengan penyampai berita yang memakai pakaian yang boleh tahan mengancam.
Jadi,pastinya seseorang yang tidak berkahwin akan berimiginasi bukan-bukan yang hanya membawa kepada peringkat seterusnya iaitu menonton porn,masturbate dan sebagainya.
Ya.Kita boleh menafikan perkara ini dengan berkata,bukan semua orang begitu.Tetapi,bak kata orang putih "Why take a chance?" .
Kita ini bukan semuanya iman tebal-tebal belaka.Saya sendiri tidak pasti saya boleh hidup tanpa dosa jika berkahwin lewat nanti merujuk kepada cabaran hidup zaman sekarang ini.
KEBAIKAN BERKAHWIN AWAL
Jadi,cara yang paling bagus adalah dengan berkahwin awal.Kita kena ingat,dunia hari ini,anak-anak kita pada umur 13 sudah dibebaskan dan dihantar masuk ke sekolah berasrama dan sebagainya.
Apabila mereka sudah matang dari segi fizikal,mereka akan berkeinginan untuk mempunyai pasangan.Dan apabila berpasangan,teringin untuk meneroka.Ini mungkin kerana faktor hormon dan sebagainya.
Dan,apabila masuk ke universiti nanti,kita kena ingat,bukan semua universiti itu gadis-gadisnya bertudung litup belaka.Bagaimana jika anak anda dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara?Dan untuk pengetahuan anda,gadis-gadis di luar negara ini,sangat-sangatlah terdedah pakaian mereka.
Ini semua jika iman anak-anak anda lemah,boleh membawa padah.Akan mendorong mereka kepada dosa yang lain pula.
Dan jika mereka berpasangan sesama sendiri pula,mungkin menjadi lebih parah.Bayangkan,beribu batu jauh dari tanah air dan mata orang tua.Apa-apa bisa terjadi.
Jadi,itulah kepentingan kahwin awal!Apabila sudah berkahwin,sekurang-kurangnya mereka ada cara yang halal untuk melepaskan nafsu.
Berkahwin awal juga boleh meningkatkan produktiviti mereka.
Iyalah.Pasti anda pernah dengar frasa suami bahagia,isteri ketawa,keluarga sempurna.Jika anda tidak pernah mendengarnya,tidak mengapa.Kerana itu idea spontan saya baru sebentar tadi.
Berbalik kepada topik,mereka juga akan dilindungi dari potensi bertukar-tukar pasangan.Kerana jika tidak berkahwin awal,mereka mungkin bercinta dengan sehingga 8 orang dalam masa 4 tahun.
Bayangkan jika itu berlaku kepada anak anda?Tidakkah kelihatan seperti tidak manis pada pandangan orang dan dari sudut akhlaknya.
Tetapi,jika mereka sudah berkahwin semasa menuntut atau sejurus menghabiskan pengajian,perkara ini tidak akan terjadi.Mengapa?Kerana mereka akan setia pada pasangan masing-masing.Inilah hikmah perkahwinan.
Mereka juga telah melaksanakan perintah agama.
Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Ini juga dapat menambahkan populasi umat Islam dengan segera.Kerana jika berkahwin lewat,jarak umur di antara seorang ayah dan anaknya akan menjadi sangat jauh.Tidakkah itu tidak seronok?
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENYERU ORANG RAMAI UNTUK MENYOKONG LANGKAH INI SERTA TENTANGAN YANG BAKAL DIHADAPI?
Sebenarnya media memainkan peranan penting dalam perkara ini.Kerana kita ini telah berjaya dipengaruhi cara hidup Barat yang sememangnya tidak beradab itu untuk melengah-lengahkan perkahwinan.Malah,lagi hebat,ada yang ingin berkahwin dengan kerjaya.
Adakah mereka tidak tahu salah satu hikmah perkahwinan adalah untuk mendapatkan anak yang soleh?Kerana doa seorang anak soleh adalah salah satu dari tiga perkara yang akan membantu kita kelak di akhirat selepas kematian.
Dan mesti diingatkan.Orang Barat tidak berkahwin.Tetapi mereka menjalani kehidupan seks yang bebas.Tetapi kita orang Islam tidak boleh menjalani kehidupan seks selagi tidak berkahwin.Tetapi kita masih mempunyai nafsu.
Akibatnya?Banyaklah anak-anak dara yang dirosakkan oleh jantan-jantan tidak bertanggungjawab sebelum perkahwinan.
Ibu bapa kita juga pasti tidak akan menyetujui jika kita ingin kahwin awal.Malah ada pandangan jika hendak kahwin perlu ada duit yang banyak.Paling kurang 10000RM.Jika tidak,kenduri bagaimana?Malulah nama keluarga.
Kita cuba fikir menggunakan akal.Ya.Akal.Kerana Islam itu agama yang menggalakkan umatnya berfikir.
Kita hendak berkahwin itu kerana apa?Untuk mengelakkan maksiat dan memenuhi tuntutan agama bukan?Ke hendak beriak-riak dengan sanak-saudara dan sahabat handai?
Jika itu niat kita,sudah lari jauhlah konsep perkahwinan itu.
Kita kena buang persepsi ini.Jika ada persepsi duit materialisme melampau dalam diri kita ini,ramailah orang miskin tidak kahwin.Akibatnya?Banyaklah pengguguran janin berlaku dalam kalangan remaja yang rosak akhlaknya.Mereka ini tidak berkahwin kerana tiada duit mungkin.
Jadi,anda pilih.Hendak glamour atau hendak anak anda terpelihara akhlaknya?
Dan,kita juga haruslah menukar persepsi perlu ada kereta sebelum berkahwin.Jika benar sudah cinta,kenalah berkorban sedikit.Seharusnya rela bersusah-susah bersama pasangan.Bukankah begitu?Atau mahu hidup bergelumang dosa?Kita fikir.Kita ini bila-bila masa boleh menemui ajal.Janganlah menangguh-nangguhkan perkara baik.
Jadi,apa yang perlu sekarang adalah menukar persepsi masyarakat dan diri kita sendiri.Kita tidak boleh terlalu sayangkan dunia.Kena belajar bertanggungjawab.
Jangan dengar provokasi slogan "bila anda berkahwin,game over" .Itu hanya propaganda yang mahu menambahkan dosa kita.Berkahwin awal hanya membuktikan cinta anda pada pasangan anda.
Ya.Lebih awal,lebih bagus.Si lelaki dapat membuktikan pada si wanita bahawa dia tidak mensia-siakan cintanya,manakala si wanita dapat memastikan kesucian dirinya terjaga.
Lagipun,manusia ini bukankah diciptakan mempunyai nafsu.Jadi,berkahwinlah anda sejurus menemui pasangan yang baik.
Kadang-kadang kasihan juga dengan sesetengah anak muda.Bukan tidak mahu berkahwin.Tetapi,ada kontrak pula yang menghalang mereka dari berkahwin sehingga pada tempoh sekian-sekian.
Memang bagus.Supaya tumpu pada pelajaran.Tetapi,kita kena juga menjaga agama kita.Bukankah begitu?
Jadi,untuk usaha ini berhasil,perlulah disebarkan fahaman berkahwin awal ini ke semua pihak.Media (tidak semestinya media massa sahaja,blog ini juga merupakan media utama pada masa kini) harus menyokong idea ini.
Idea untuk anti-couple itu mungkin tidak berapa praktikal.Kerana kita tidak boleh menghalang perasaan manusia.Untuk tahap anak-anak di sekolah,apa yang perlu dilakukan adalah pendidikan agama yang mantap.Supaya anak-anak itu ada jati diri yang kukuh.
Pendidikan ini tidak semestinya di dalam buku teks sahaja.Tetapi nasihat oleh guru-guru dan ibu bapa.Semua kena main peranan.Dan apabila masuk ke universiti,bolehlah difikirkan untuk berkahwin.
Siapa kata berkahwin tidak boleh fokus belajar?Sama sahaja.Jika tidak berkahwin,mereka bercouple.Bezanya tiada ikatan sah.Tentang anak pula,rancanglah keluarga.
Bukankah begitu?
Dan sebelum berkahwin itu,pastikan anak-anak kita sudah ada asas kefahaman agama yang baik.Itulah kenapa kita tidak boleh membiarkan anak-anak muda terlalu berhibur.Latih mereka sejak dari kecil untuk mencintai ilmu dan berfikiran matang.Jangan biarkan mereka hanya tahu berhibur.
Pastikan juga mereka tidak menjadi seperti artis-artis tempatan yang suka bercerai dan berkahwin dan bercerai dan berkahwin sampai kiamat.
Tetapi,pada pendapat saya,jika seseorang itu berilmu,perangainya juga berilmu juga.
KESIMPULAN
Islam itu mudah sebenarnya.Yang menjadikan ia susah adalah sistem kita pada hari ini.Terlalu banyak kerenah yang remeh untuk kita hadapi.
Jadi,janganlah menyusahkan orang yang ingin menjalankan syiar Islam.
Berkahwinlah awal.Kerana berkahwin lewat itu hanya mendorong anda kepada lebih banyak maksiat.Ringan atau tidak maksiat itu,sama sahaja.Tetap berdosa. (Nasihat kepada diri sendiri juga).
Sampaikanlah artikel ini kepada yang lain.Harap apa yang cuba disampaikan dapat difahami.
Dan dimohon juga supaya tidak lupa untuk menyertakan link kepada blog ini.
Sekian.
Semoga mendapat keredhaan Allah dalam usaha melahirkan Generasi Muslim Sejati.
Assalamualaikum.