Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 16 Mac 2013

TRUE PEACE


MENCAPAI KEAMANAN SEJATI.

KEMBALI KEPADA FITRAH ASAL JIWA DAN HATI MANUSIA.
KEMBALI KEPADA BENTUK ASAL EMOSI MANUSIA.

MANUSIA.

Manusia bermakna binatang diberi akal dan pengetahuan.

Mereka memerlukan makanan,air dan udara serta tempat perlindungan.
Teori asal ketamadunan manusia.
Persaingan dan peperangan merupakan kemestian dalam menerima kewujudan manusia. Beerti ianya sebahagian daripada intipati penciptaan yang tidak jelas tujuan dan matlamatnya.

Manusia di dalam kitab tasawuf dihampirkan maknanya sebagai binatang berakal.
Memang allah sememangnya mengakui dan mengesahkan bahawasanya manusia adalah ciptaan yang terbaik. Jauh lebih unggul daripada alam akhirat itu sendiri. Ia bukan berniat perbandingan. Namun mempertegaskan bahawasanya manusia adalah ciptaan yang sesungguhnya sangat membanggakan

ALLAH.

TUHAN YANG MENCIPTANYA..

NAMUN..

PERLU DIFAHAMI
KERANA MANUSIA

ALLAH DAN IBLIS BERTEMBUNG..

ALLAH DAN IBLIS BERPECAH …

DARIPADA SEBUAH ORDE TUNGGAL KEPADA DWI PEMERINTAHAN..

PEMERINTAHAN ABADI..

PEMERINTAHAN SEMENTARA.


Kekuasaan mutlak dan kekuasaan kebathilan.

Kekuasaan

Pengawalan..

Menjadi penentu . Pemutus dan penetap . Penulis ketetapan.


Mempertikaikan sejarah berkenaan siapakah iblis dan adakah ia pernah menjawat jawatan tertinggi di sisi ALLAH .
Sebetulnya ia tindakan tidak dan kurang jelas. Walhal jika diamati semula, bagaimana ,gerak operasi iblis adalah sebetulnya dan semestinya kita patut memperingatkan dan memperjelaskan bahawasanya tipu daya iblis dan fitnah dajjal akan terus-terusan berjalan.

Mengakui tipu daya dan fitnah dajjah bukanlah semudah menoktahkan dengan ayat…


MAKA HENDAKLAH KITA SEMUA BERWASPADA AKAN TIPU DUSTA DAN FITNAH DAJJAL.” ..dan seterusnya..

Tidak..

Walaupun kita menoktahkan ayat itu..

Namun tindakan dan kerja dajjal dan tipu dusta iblis sebenarnya sangat rumit.

Kami memberi sedikit gambaran kenapa ia disebut rumit.

Menerusi perspektif ekonomi .

Penerimaan majoriti manusia dunia hari ini bahawasanya wang hanya sekadar kertas yang tidak bernilai masih lagi sukar diterima. Jika terdapat mana-mana golongan kecil yang membawa idea ini maka mereka akan dituduh sesat, sasau,gila serta mereng. Walaupun sekadar tahu namun belum tentu ia mampu menggugat keyakinan bahawasanya duit itu betul-betul hanya sekeping kertas.

Pendidikan terhadap pengurusan kewangan yang stabil.
Adakah ia berkesan dalam menyelesaikan kompleksiti dunia ekonomi kontemporari.

Mungkin ada yang optimis.

Pendidikan mungkin mampu menghakis sedikit sikap tamak . namun ia tidak mampu membenteng sikap dengki dan iri hati. Jurang dan garis pemisah masyarakat hari ini yang bukan sahaja sudah dibentuk kerana perbezaan warna kulit,perbezaan bahasa bahkan status,kedudukan,taraf pendidikan,kelas social,migrasi profesion,taraf ekonomi,pencapaian dan pelbagai factor menyebabkan iri hati akan terus wujud selagi dinding halus yang membentengi setiap jurang jiwa-jiwa manusia maka sejujurnya,ruang untuk menghapuskan masalah sebenar di sebalik krisis ekonomi global sebetulnya ..

MEMERLUKAN PANDUAN DAN TUJUKAN ARAH YANG BARU..


BUKAN BERHASRAT IDEALIS..

MENCIPTA SIFAR KRISIS..

THAT’s NOT THE POINT..

TETAPI PATUT DAN SEBIJAKNYA KITA MENILAI DENGAN PERTIMBANGAN BERASAS IMAN DAN AKIDAH ..
GAMBARAN RINGKAS

PREVIEW…

KEMENANGAN ISLAM JUSTERU TERCAPAI APABILA TUJUAN MANUSIA ITU TERARAH KEPADA PUSAT ARAH YANG SEPATUTNYA..

APABILA KEMENANGAN ISLAM DIGAPAI OLEH RASULULULLAH DAN PARA SAHABAT , MAKA KRISIS MORAL YANG MELANDA MASYARAKAT MEKAH DAN SEKITAR TANAH ARAB BERJAYA DICAPAI DENGAN PERATUSAN PENYELESAIAN HAMPIR 98.8 % DI MANA KRISIS BERJAYA DITANGANI DENGAN CEPAT,MUDAH DAN SELAMAT. YANG DITIMPA MASALAH TERSELAMAT BAHKAN DAN YANG TIDAK MENDAPAT MASALAH , TIDAK MENERIMA TEMPIASNYA.

PEPERANGAN ANTARA KABILAH. HANYA BERLAKU DALAM KADAR YANG KECIL. JARAK DI ANTARA INSIDEN DENGAN INSIDEN LAINNYA SANGAT JAUH DAN BERSENGGATAN BESAR. KRISIS BOLEH DISELESAIKAN DALAM KADAR MASA YANG SINGKAT.
PEMBUANGAN BAYI DAN PELACURAN BERJAYA DIHAPUSKAN SEPENUHNYA.
PENGHASILAN DAN PENJUALAN ARAK,BERJAYA DIREFORMASI. TAMBAHAN PULA, GOLONGAN BUKAN ISLAM JUGA PADA ZAMAN BAGINDA MENOLAH PENJUALAN ARAK.
PEMERDAGANGAN MANUSIA DAN PERHAMBAAN BERJAYA DIHAPUSKAN.
DOMINASI EKONOMI OLEH KELOMPOK KAYA BERJAYA DIKAWAL. HANYA YANG AMANAH MENDAPAT KONTRAK. SEBAGAIMANA TERCATAT SAIDINA ABU BAKAR,SAINDINA UTHMAN DAN ABDURRAMAN AUF. SAUDAGAR BESAR.
PEMBINAAN RUMAH DALAM TAPAK YANG TERHAD. PEMBINAAN RUMAH DENGAN BAHAN YANG BERKUALITI NAMUN MUDAH DIDAPATI. TIDAK BERLAKU KETIRISAN DALAM PELAKSAAN KERJA PEMBAIKAN DAN TAPAK PROJEK.
URUSAN JUAL BELI DISELA DENGAN KEJUJURAN. TIMBANG DAN TUKARAN DIBUAT DENGAN JUJUR DAN SANGAT EMPATI.
PINJAMAN DAN HUTANG DIBUAT BAGI YANG LAYAK. SI KAYA MENSEDEKAHKAN HARTA DI BAITUL MAL DAN SI MISKAN MENGOPTIMUMKAN HASIL PRODUK DEMI MEMPASTIKAN KITARAN EKONOMI TERUS STABIL DAN BERGERAK DENGAN PERTUMBUHAN MAPAN.
TIDAK BERLAKU UPACARA MEMBESARKAN MANA-MANA TOKOH DAN INDIVIDU. SEMUA UPACARA SAMA ADA MAJLIS NIKAH SEHINGGALAH KENDURI DOA SELAMAT DIBUAT DENGAN NIAT SILATURRAHIM DAN MEMBERI MAKAN UNTUK FAKIR MISKIN. BUKAN DENGAN NIAT MENUNJUKKAN KEHEBATAN DAN MENJUAL NAMA ATAU PRODUK. LEBIH LAGI ATAS NAMA STRATEGI POLITIK. BUKAN DAN BUKAN.

SETIAP KELAS MASYARAKAT DIANGKAT DALAM DARJAH YANG SAMA. –INILAH KEHEBATAN KETAMADUNAN ISLAM KETIKA ZAMAN BAGINDA YANG TERSEMBUNYI.
KAYA DAN MISKIN,DATO’ ATAU DATIN,SI PENGEMIS ATAU SI CACAT,BERSAMA-SAMA DI DALAM SATU SAF,TINGGAL DI ZON KEDIAMAN YANG SAMA,MAKAN DI RUANG MAKAN YANG SAMA, BERIADAH DI ZON RIADAH YANG SAMA,DAN PALING UTAMA BERSAMA-SAMA SUJUD DAN MENGAGUNGKAN KALIMAH TERTINGGI,KALIMAH TAUHID,ALLAH MAHA BESAR..


Apakah maksud krisis ekonomi memerlukan tujukan arah yang baru.??

Kita masih berdepan dengan ekonomi dominasi kelompok bermodal besar. Selagi ada pihak pemodal yang memiliki nilai pelaburan besar maka selagi itulah dominasi ekonomi akan terus berteraskan kitaran modal berpaksi statik. Ia hanya beredar dalam jaringan si pemodal. Dan isunya, selagi si pemodal memiliki nilai pelaburan besar maka selagi itu ia berhak untuk menentukan perniagaannya.

Sebenarnya kita sangat sering diperlihatkan dan diberitakan bagaimana sesebuah produksi percetakan cd berlesen.
Mereka jugalah yang memiliki produksi percetakan cd haram dan cd lucah.
Beerti satu syarikat memiliki dua bentuk perniagaan. Perniagaan berlesen dan perniagaan tidak berlesen.
Dalam mentaliti ekonomis kontemporari,keuntungan adalah teras dan sasaran. Dalam-mana-mana perniagaan. Perniagaan berlesen seringkali mencatatkan keutungan dalam margin kecil. Senario ini dihadapi oleh seluruh kelas penggerak ekonomi. Sama ada peniaga dengan nilai kontrak billion mahupun peniaga kerepek pisang dengan nilai modal puluhan ringgit . Margin keuntungan sentiasa dalam julat yang kecil. Boleh bertanyakan mana-mana pengurus syarikat besar. Mereka juga berdepan dengan kegilaan senario ekonomi semasa yang mereka sendiri tidak faham dengan kefahaman sebenar mengikut perspektif ekonomi biasa.

Maka bagi mengatasi masalah ini, pekembar di bentuk. Adanya rakan penjalin untuk mengekalkan kedudukan. Demi mengatasi masalah keuntungan yang kecil maka barangan produk tulen juga diduplikasi bagi membolehkan nilai perniagaan bertambah. Di sinilah bermula perniagaan barangan cetak rompak. Seringkali barang cetak rompak akan diseludup oleh pihak agen dengan pengetahuan pihak pengurus besar (pengurus /atau mana-mana pihak pelabur lain selaku pengesah niaga ) namun tanpa pengetahuan kakitangan bawahan , operator dan staf pertengahan. Dan senario berikutnya boleh difahami dengan mudah mengapa berlaku rasuah,ketirisan,kebocoran maklumat dan seumpamanya. Maka sebab itulah bukanlah sesuatu yang menghairankan,mengapa industri cetak rompak masih terus berjalan dan bahkan terus berkembang. Bukanlah sesuatu yang mengejutkan ,bahkan tauke cetak rompak boleh mendapat nilai keuntungan berlipat kali ganda menerusi barang mudah dapat ,minimum kos produksi dan sifar kos kakitangan. (kebanyakan bergerak melalui rakan sejawat dan bukan gaji bulanan-(dibawah skim kwsp,socso dsb) ).

Realiti di dalam satu perspektif. Jika diperluaskan maka konteksnya tidak berubah namun mungkin berlaku perubahan dalam ruang lingkup operasi dan pengendaliannya. Bidang hartanah,konsultan,guaman,arkitek,kejuruteraan,bahan makanan,pembungkusan,perlesenan dan banyak lagi lingkungan.

Dengan sebab ini,menjanjikan penurunan harga oleh entiti parti politik atau kerajaan hendaklah difahami bahawasanya sentiasa berlaku runding niaga di belakangnya. Janganlah mudah ternganga dengan “janji menghapuskan itu dan ini” dan sebagainya. Begitu juga dengan “pemberian ini dan itu”. Ia justeru tidak memberi impak bahkan kelompok penerima manfaat mungkin lebih kecil berbanding daripada angka sepatutnya. Regulasi mesti dinilai disebalik rundingniaga.

PENELITIAN TERHADAP KETERBUKAAN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN RUNDINGAN.

Dengan sebab ini,ekonomi mesti difahami dan dapatan pada saat ini,masyarakat majoriti sudah mula menerima bahawasanya,ekonomi dan politik sesungguhnya sangat rapat dan berkait rapat. Ia ibarat dua saudara yang saling menarik tali didalam satu lautan. Kesannya sangat dekat. Dengan sebab ini,ekonomi semasa berada di paras graf stabil. Memberi maksud ,semua negara masing-masing bertindak menjaga asset dan hak milik. Setiap negara mula menilai harta iaitu apakah nilai harta yang mereka miliki sebenarnya. Setiap negara mula memerhatikan apakah keuntungan yang boleh diambil disebalik permainan pelaburan,perdagangan atau mana-mana urusan jual beli di bidang ekonomi kerana tujuannya adalah demi survival politik negara masing-masing.

SEKADAR GAMBARAN HIASAN.

MAKA DENGAN SEBAB INI,TIDAK SEMUDAH MENGUNGKAPKAN HAPUSKAN ITU MAKA MASALAH SELESAI. ATAU JUGA TABURKAN PULUHAN JUTA MAKA KRISIS MASYARAKAT TERBANYAK AKAN REDA.

TIDAK KERANA PEMERINGKATAN AMAT PANJANG DAN MEMAYAHKAN.
DI SINILAH RAMAI YANG TERBABAS DALAM MENILAI DALAM SUDUT APAKAH MEREKA PATUT MELIHAT.

DAN KAMI MEMBUAT KENYATAAN SELAMAT . NILAI DENGAN IMAN DAN AKIDAH.

SEBETULNYA..

MENGGAPAI KEMENANGAN ISLAM INI CUKUP SUKAR. TIDAK RAMAI YANG BERKEINGINAN KE ATASNYA. HANYA YANG TERPILIH. MAKA ..

YANG TERPILIH PATUT MEMANDU ARAH.
SEBAB INILAH YANG SEBENARNYA DICARI OLEH SEMUA MANUSIA..

MANUSIA INI MEMERLUKAN PETUNJUK DAN ARAH TUJU. KEBENARAN ITU AKAN MEMANDU MEREKA.

MUSLIM IS ALWAYS BEYOND THE HUMANKIND..

PETUNJUK ARAH BAGI MENCARI JALAN HIDUP YANG SEPATUTNYA.
MENEMUINYA MUDAH-MUDAHAN KEAMANAN SEJATI AKAN TIBA INSYA’ALAH..

TIADA SIAPA YANG MENANG DAN TIADA LAGI YANG KALAH..

HANYA ALLAH YANG MAHA TINGGI..

DAN MAKHLUK YANG MENYEMBAH-NYA.

BUKANLAH LAGI FIRAUN KECIL DAN DAJJAL…
SEMOGA MUDAH DIFAHAMI.

WAHAI ALLAH ,BERILAH KAMI KEFAHAMAN YANG TINGGI DI DALAM URUSAN AGAMA –MU. DAN PERMUDAHKAN KEMATIAN KAMI. BERILAH JALAN KEMATIAN YANG BAIK DI SISI-MU. PERBAIKI URUSAN UMMAT INI DAN SEISINYA DI ALAM YANG KEKAL ABADI,YANG MENANTI KAMI PADA SAAT KAMI SENDIRI TAKUT UNTUK MENGHADAPINYA. CUCURILAH RAHMAT BUAT PARA RASUL , SEKIAN TABIEN, SALAF ,KHALAF SERTA ULAMA YANG MENJUNJUNG TINGGI KITAB-MU.


SALAM..JAZAKALLAH..

Ahad, 10 Mac 2013

REAL BONDS : ISLAM TO LEADS


REAL BONDS : ISLAM TO LEADS

ISLAM (ACHIK )..KRISTIAN ( ANGAH ) ..YAHUDI (ALONG )…

TIGA AGAMA SAMAWI DOMINAN..


ADA JUGA AGAMA LAIN NAMUN AGAMA LAINNYA TIDAK SESUAI UNTUK DILETAKKAN SEBARIS DENGAN AGAMA SAMAWI INI.
FALSAFAH SEPERTI CONFUCIOUS,KOMUNISME,LAO TZE, SERTA PEMIKIRANNYA LAINNYA HANYA BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI IDEA , PEMIKIRAN DAN FALSAFAH.
SETIAP FALSAFAH DAN PEMIKIRAN INI MEMILIKI PENCETUS...TUAN PUNYA IDEA..EMPUNYA FIKIRAN…
SETIAP AGAMA SAMAWI INI MEMILIKI PEMBAWA RISALAH..AR-RASUL..

SETIAP YANG DIBAWA TANPA PETUNJUK MAKA SYAITAN ADALAH GURUNYA….

IDEA ASAL. SUATU PENGETAHUAN YANG DIASASKAN OLEH SESEORANG MENERUSI FIKIRANNYA…

TANPA SESUATU PANDUAN YANG MUTLAK DAN HOLISTIK..

TAHU TANPA ARAH..

TANPA HALA TUJU YANG JELAS..

MESKIPUN DENGAN MASA DEPAN YANG GEMILANG…

MASA DEPAN BUKANLAH HALA TUJU TETAPI MASA DEPAN ITULAH HARI INI..

KELIHATAN SENARIO SEAKAN SAMA TETAPI TARAF DAN KEDUDUKANNYA JAUH BERBEDA.

SEPERTI FALSAFAH DAN IDEALISME LAIN,PASTI TERDAPAT KELOMPOK DAN PENCETUS YAKNI INDIVIDU –INDIVIDU TERTENTU. WATAK YANG MEMBAWA IDEALISME INI. MEREKA DISEBUT SEBAGAI PENGASAS BAGI IDEALISME INI . DALAM KONTEKS INI MEMBAWA MAKSUD SELALUNYA IA MEMILIKI LATAR SEJARAH YANG SANGAT KUAT, DAN INTIPATI SERTA TUJUANNYA TERSENDIRI. SEBAGAI CONTOH FALSAFAH CONFUCIOUS DENGAN SEJARAH LEE TSEUN SENG. BEGITU JUGA BUDHA DAN SIDHARTA GAUTAMA. KEAKARABAN SEJARAH DAN KELAHIRAN FALSAFAH INI TERLALU KUAT .

IDEALISME DAN AGAMA TIDAK PATUT DILETAKKAN SEERTI.

KERANA FAKTOR SEJARAH DAN SEBAB TERJADINYA SESUATU FALSAFAH MAKA AGAMA DAN IDEALISME TIDAK SEPATUT DAN SEWAJARNYA DISAMATARAFKAN.
SESUATU YANG BERPAKSI KEPADA SLOGAN DAN MASIH BERGERAK DI ATAS SANDARAN FIKIRAN SEMATA , MAKA IA TIDAK SEPATUTNYA DIANGKAT SETARAF DENGAN AGAMA.
APA ITU AGAMA..

MENGGUNAKAN TAKRIFAN YANG PALING KUAT..

AGAMA ADALAH CARA HIDUP..
DAN KENAPA CARA…

KERANA CARA ANDA HIDUP AKAN MENENTUKAN BAGAIMANA ANDA MATI KELAK.”

THE WAY YOU LIVE TODAY WILL DEFINE HOW YOU WILL DIE TOMORROW…”

AMBIL FORMULA SPIRITUAL INI …SIMPAN DAN KENANG SAMPAI ANDA MATI..

BERERTI ..

TERDAPAT 3 CARA HIDUP YANG DOMINAN..

CARA HIDUP ISLAM..

CARA HIDUP KRISTIAN..

CARA HIDUP YAHUDI..

CARA MESTI BERSANDARKAN KEPADA PRINSIP ..

BOLEH DIPERCAYAI…

KEPERCAYAAN YANG SEBENAR MESTILAH BERSANDAR KEPADA SESUATU YANG ABADI DAN KEKAL.

INILAH ASAS AKIDAH SEJATI..TUNJANG AKIDAH SEJATI..PERCAYA SESUATU YANG TIDAK TERLIHAT ..

TAUHID RUBUBIYYAH…SALAH SATU PEMBENTUK JIWA MANUSIA…DERIA -RASA KEPERLUAN BERTUHAN ..

SENSE TO FEEL GOD ITSELF’

IA TERKANDUNG DALAM SETIAP INCI JIWA MANUSIA…

MENCARI JALAN PALING BENAR ( KEBENARAN ) UNTUK MENEMUI TUHAN DALAM HIDUP..’
SETIAP MANUSIA MEMILIKI DERIA INI…


JIKA SESEORANG BERPANDU KEPADA MATERIAL MAKA AKIDAHNYA ADALAH FASAD.
APAKAH AKIDAH MATERIAL..

APLIKASI AKIDAH MATERIAL…

JIKA MENGGUNAKAN HUJAH AMALAN TAHYUL DAN KHURAFAT MAKA IA MUDAH DIFAHAMI..
TETAPI BAGAIMANA JIKA TAHYUL DAN KHURAFAT ITU DIRUBAH BENTUKNYA..

TAHYUL DALAM POLITIK .TAHYUL DALAM AGAMA..TAHYUL DALAM PENDIDIKAN..TAHYUL DALAM
SOSIAL,TAHYUL DALAM KELUARGA,TAHYUL DALAM KETENTERAAN,TAHYUL DALAM PERTAHANAN,TAHYUL EKONOMI,TAHYUL DALAM MEDIA,TAHYUL DALAM PENDIDIKAN DAN STRATEGI..

BOLEH DIINGAT DENGAN MUDAH..

BOLEH DIFAHAMI DENGAN BERKESAN..

BOLEH DILAKSANAKAN DENGAN LANCAR, TERATUR,TERTIB DAN BERDISIPLIN.

MEMILIKI TERAS NILAI DAN TUNJANG BAHKAN AKAR DI MANA LETAK DUDUKNYA SESUATU NILAI..

BAHKAN TRADISI BUKANLAH DIBENTUK DENGAN TATACARA YANG RADIKAL,EKSTERIMS DAN KERAS..
NAMUN IANYA JUSTERU DIADAPTASI PENUH KESOPANAN,KESUSILAAN,TERTIB DAN BERHIKMAH..

APAKAH TERAS BAGI CARA HIDUP ISLAM..

MAKA HADITH NABI MUHAMMAD YANG UNGGUL DAN PATUT DIUTAMAKAN LEBIH DARIPADA KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA ITU SENDIRI..

BERPEGANG KAMU KEPADA ALKITAB INI KITABULLAH WA SUNNATAN NABIYYIN..
KITAB ALLAH DAN SUNNAH KU..

RUJUKAN ATAU TEMPAT DILETAKKAN SEGALA ARAH PANDUAN PERJALANAN KITA..

FOKUS DAN PANDANGAN UTAMA KITA …
IAITU MISI DAN VISI KITA ADALAH PERPAKSIKAN KEPADA SETIAP AYAT DAN KALIMAH YANG TERPATERI KEMAS PADA SETIAP LEMBARAN MUSHAF ITU..
SETIAP AYAT YAKNI 6666 TANPA ADA SATU BARIS YANG TERCABUT.

TIADA ISTILAH SEIMBANG DUNIA DAN AKHIRAT..
KERANA JALAN KE ARAH DAN AKHIRAT DAN DUNIA SEBENARNYA BERADA DI ATAS SATU GARISAN YANG LURUS..

BUKAN SOALNYA MENIMBANG AMALAN DUNIA DAN AMALAN AKHIRAT..

KERANA TUJUANNYA ADALAH AKHIRAT DAN PENGAMALANNYA ADALAH DUNIA..
SEPERTI HAMPARAN SEJARAH ITU ADALAH DUNIA NAMUN TEMPAT PULANG TETAP ITU JUSTERU AKHIRAT.
MANUSIA HIDUP DAN BERNAFAS,BERLARI ,MAKAN DAN MINUM DENGAN BAHAN- BAHAN ‘TERLIHAT ADA’ DI DUNIA NAMUN
SEBAB DAN TUJUAN,NILAI DAN MATLAMAT ADALAH DI ATAS PAKSI PENDIRIAN YANG ABADI ,TUJUAN HAKIKI DAN MATLAMAT ABADI..

KITA SERING TERKESIMA DENGAN IDEA AMAL JARIAH UNTUK KELANGSUNGAN GENERASI AKAN DATANG.

INI CONTOH MUDAH MENTALITI PEMIKIRAN MATERIAL…


NAMUN MEMINTA AGAR DILORONGKAN HIDAYAH UNTUK ANAK CUCU ITU ADALAH PRIORITI UTAMA . BUKAN BERKEHENDAK ANAK DAN CUCU PUNYA HARTA DUNIA NAMUN BERKEINGINAN DAN KEHENDAK SUPAYA ANAK CUCU TEKEMUDIAN HARINYA NANTI MAMPU MENJADI PENGABI-PENGABDI TUHAN YANG ABADI DAN SEJATI.

BUKAN PARA PENGKUFUR DAN PENSYIRIK TUHAN.

SEDIKIT MEMBANDINGKAN AGAMA WALAUPUN IA SIKAP YANG KURANG BAIK.

KRISTIAN TIDAK PUNYA DISIPLIN PEMISAHAN MAZHAB YANG JERNIH..
PENUH DENGAN KERAGUAN DAN ‘ KEKABURAN ’ DALAM SETIAP KALIMAH AYAT-AYAT BIBLE TULISAN PARA PADERI ORTODOKS.

BEGITU JUGA PARA YAHUDI ..KITAB TAURAT MEREKA ITU JUGA SUDAH BERCAMPUR ADUK..

PENUH DENGAN TULISAN –TULISAN TANGAN MANUSIA..

JUSTERU BAGAIMANA PENGIKUT KRISTIAN ITU BOLEH JUGA BERTAMBAH..

INGAT DAN BERI PERHATIAN ..

KEBANYAKAN MEREKA YANG BERPALING DARIPADA RISALAH NABI MUHAMMAD ADALAH ..

MEREKA YANG KEBANYAKKANNYA KECEWA DAN PUTUS ASA DENGAN SIKAP BAHKAN PERLAKUAN
UMMAT ISLAM KESELURUHANNYA..

BAGAIMANA KEKECEWAAN DAN PUTUS ASA ITU DIBENTUK DAN DIADUNKAN..

SANGAT MUDAH…

MENJADIKAN SEOLAH –SEOLAH ‘ADA’ ITU ‘TIADA’ DAN YANG ‘TIADA’ ITU SEOLAH-OLAH ‘ADA’.


BAIKLAH.. ..

KAMI BERI TAHU SATU KEBENARAN ..

SAIDINA ALI R.A PERNAH MEMBERITAHU..

SESUNGGUHNYA HIDUP ITU HANYA BERMULA SELEPAS KEMATIAN..

BERMAKNA MATI ITU ADALAH KEHIDUPAN..

MAKA HIDUP INI JUSTERU JENDELA KEMATIAN..

ATAU MAKSUDNYA..

HIDUP INI TERASNYA ADALAH KEKOSONGAN DAN KETIADAAN..
IA BUKAN BERMAKSUD HAMPA DAN PUTUS HARAPAN..
TETAPI BENTUK DAN RUPA ITU ADALAH TIADA..

ATAU KOSONG..

INILAH BENTUK ASAS MANUSIA..

JIWA..

BIARKAN JIWA ITU KOSONG..


KEMUDIAN DATANGNYA NABI MUHAMMAD DENGAN TUJUAN MEMASUKKAN KEKOSONGAN JIWA ITU DENGAN CAHAYA YANG DIBAWA BAGINDA..

APAKAH CAHAYA YANG DIBAWA BAGINDA..

CAHAYA ULTRAMAN ATAU CAHAYA MATAHARI ..

BUKAN ..

TETAPI CAHAYA ILAHI…CAHAYA ATAS CAHAYA..

CAHAYA YANG TERANG LAGI MEMPERSINARKAN..

DENGAN CAHAYA ITU ,IA AKAN MENGISI KEKOSONGAN JIWA ..
JIWA YANG KOSONG AKAN DIPANDU OLEH CAHAYA..
MELALUI CAHAYA ITULAH..

AKAL AKAN BERFUNGSI DENGAN FIKIRAN YANG SEADILNYA,

MEMBUAT PENILAIAN DAN PERTIMBANG YANG SEWAJARNYA,

APABILA FIKIRAN DIPANDU OLEH JIWA YANG TERISI CAHAYA

MAKA

SELURUH PANCAINDERA AKAN TURUT SAMA DIPANDU OLEH AKAL YANG DIPANDU OLEH CAHAYA YANG MENGISI JIWA..

JIWA ITU AKAN BERCAHAYA DAN KEMUDIANNYA..
IA TURUT MENYINARI SETIAP KEGELAPAN YANG ADA DI SEKELILINGNYA..
DAN CAHAYA ITU AKAN TERUS BERSINAR SELAMA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH…

TUHAN YANG EMPUNYA SEGALA ILMU,RAHSIA,PETUNJUK DAN PERBENDAHARAAN ALAM SEMESTA..

SESUNGGUHNYA DARPADA DIA KITA DATANG ..
DAN
KEPADANYA KITA KEMBALI…


MENJADIKAN SEOLAH –SEOLAH ‘ADA’ ITU ‘TIADA’ DAN YANG ‘TIADA’ ITU SEOLAH-OLAH ‘ADA’.



BAGAIMANA MENCIPTA SEOLAH-OLAH ‘ADA’ ITU ‘TIADA’..

YANG HIDUP ITU SEBENARNYA ‘TIADA’..

YANG MATI ITU SEBENARNYA ‘ADA’..

TUHAN ITU SEBENARNYA ‘ADA’..

ADA ITU….. 1

KERANA IA TIADA..

DAN

MANUSIA INI SEBENARNYA…

ADALAH TIADA…0

SAYA HIDUP MAKA SAYA WUJUD…


SLOGAN MATERIAL..

PERCAYA ATAU TIDAK..

DENGAN APLIKASI PENGETAHUAN INI…LAHIRNYA RATUSAN CABANG PEMIKIRAN..SOSIALIS,EKONOMI,POLITIK,BUDAYA,BAHASA,PERBANDARAN,MIGRASI,URBANISASI,GENDER,PENDIDIKAN,KEUSAHAWANAN,PERNIAGAAN,SAINS,TEKNOLOGI,PENULISAN,KEJURUTERAAN DAN PELBAGAI LAGI.

HANYA BERSANDARKAN KEPADA

ASAS..

SAYA HIDUP MAKA SAYA WUJUD..

CANTUMKAN KESEMUA TITIK ASAL PEMIKIRAN KESELURUHAN PENGGERAK SEGALA CABANG DUNIA HARI INI DAN JANGAN ANDA TERKEJUT,

RUPA-RUPANYA..

IDEA INI DIHASILKAN MELALUI IDEA IBLIS..SEBAGAIMANA TERCATAT DI YAYASAN ‘THERE ARE NO RELIGION HIGHER THAN TRUTH’

TIADA AGAMA LEBIH TINGGI DARIPADA KEBENARAN…

DAN KAMI INGIN TANYAKAN PADA DIRI KAMI DAN ANDA SEMUA..

APAKAH KEBENARAN YANG DITUTUP OLEH IBLIS TERHADAP MANUSIA SELURUHNYA..?????



KEMATIAN ITU ADA DAN PENUH DENGAN KEPASTIAN SERTA JAWAPAN..

DAN HIDUP INI ADALAH TIADA .

KAMI AKAN BERI JAWAPAN..

FITNAH DAJJAL ITU BERMULA DARIPADA..
DAN TIPU DAYA IBLIS ITU JUGA BERMULA DENGAN…

FIKIRAN MANUSIA..

KAWALAN MINDA MANUSIA..

SEBAGAIMANA NABI ADAM DIPERDAYA SETELAH IBLIS MEMASUKKAN SEDIKIT DATA DI DALAM FIKIRAN ADAM..

WAHAI ADAM MAKANLAH BUAH INI DAN KAMU AKAN KEKAL ABADI..

BUAH ITU KELIHATAN SEAKAN –AKAN MEMILIKI SESUATU YANG BOLEH MEMBERI KUASA KEPADA ADAM. NAMUN DIPERLIHAT DAN DITUNJUKKAN KEPADA ADAM AKAN RUPA DAN SEDIKIT SEJARAH BUAH TERLARANG MAKA IA MEMBUAT ADAM LANTAS TERTARIK DAN TERUJA. GHAIRAH ..

IMEJ BUAH DIPERLIHAT INDAH,DIBERI NILAI TAMBAH DENGAN KESAN KHAS ,DITOKOK DENGAN PERISA LATAR BELAKANG SEJARAH YANG HEBAT”

DAN BISIKAN ITU BERBUNYI,MAKA JIKA ANDAINYA AKU MEMAKANNYYA AKU AKAN KEKAL SELAMANYA DI SYURGA ABADI INI..

YA .. ADAM..

DEKATILAH DAN AMBILLAH IA ..
NIKMATINYA BERSAMA HAWA..AYUH ADAM..
JADILAH KAMU KEKAL ABADI…ITULAH BISIKAN NAKAL IBLIS..

DI BENAK HATINYA..
BAGUS ADAM..
SELEPAS MEMAKAN BUAH INI ..ANAK CUCUMU AKAN BERAMAI-RAMAI MENGIKUT AKU DI NERAKA ALLAH NANTI..

HA..HAH..HA…HA…

PUTUS ASALAH KAMU KEPADA ALAM AKHIRAT YANG PASTI…
KEJARLAH HIDUP KAMU UNTUK ALAM DUNIA.
BERPERANG SESAMA KAMU DAN HANCUR BINASALAH KAMU KERANA DUNIA..

HA.HA….HA..

YA ALLAH AKU BERJANJI DAN HANYA ENGKAU SAKSIKU..
AKAN AKU BINASAKAN SELURUH KETURUNAN ADAM…

MOHON PENCELAHAN TUAN ARIF..

ISU LAHAD DATU..

TIDAK BERHASRAT UNTUK KOMEN, NAMUN KRISISNYA MUDAH. ALIH DAN TAPIS SEGALA PERHATIAN YANG BERLAPIS, CABUT SEGALA LAPISAN DEMI LAPISAN. KELUARKAN SEGALA PERSPEKTIF. TIDAK KIRA DARI SEGI KEDAULATAN, EKONOMI,HUBUNGAN DUA HALA ATAU 3 HALA,MASALAH KESELAMATAN DAN PERTAHANAN..

KRISISNYA ADALAH..

2 SAUDARA YANG BERBUNUHAN SATU SAMA LAIN…

MUSLIM DAN MUSLIM….
MANUSIA DAN MANUSIA…

MANGSA DIBUNUH OLEH MANGSA KEADAAN’..

TETAPI SIAPA PULA PEMANGSA..????

INGAT, DALAM GLOBALISASI DAN ENJINNYA..
SETIAP KRISIS DAN KONFLIK..PASTI MEMBERI KEUNTUNGAN DAN SIAPA YANG MEMPEROLEHNYA DARIPADA KRISIS INI..

TIDAK PERLU MEMBERITAHU…

KERANA ANDA TELAH TAHU BUKAN….

SEBENARNYA YANG JELAS ITU TELAH JELAS..NAMUN SERING KALI MATA INI MENIPU….

MATA YANG ROSAK AKAN MEMBUATKAN HATI ITU SIRNA DENGAN KOTOR JAHILLIYAH…

APA PUN AL-FATIHAH BUAT MEREKA YANG TELAH PERGI DAN ALHAMDULILLAH KERANA URUSAN MEREKA SUDAH SELESAI…

MEMBALAS DENDAM ATAS NAMA MENUNTUT KEADILAN BUAT YANG TELAH PERGI SEBETULNYA BUKANLAH KEPERLUAN.. BUKAN ITU TUJUANNYA..

NAMUN YANG PASTI…MEREKA SEDANG MENUJU DE DESTINASI YANG PASTI DAN JELAS, DAN MUDAH-MUDAHAN SEGALA AMALAN MEREKA DIREDHAI OLEH ALLAH YANG EMPUNYA SEGALA KEKUASAAN…

KITA YANG MASIH BERPERANG SESAMA SENDIRI DI SINI..

APAKAH KISAH KITA SELEPAS INI ????

WHAT IS OUR STORY UP NEXT…

SAMA ADA KAMU MENULIS SEJARAH….


ATAU BAHAN MANIPULASI SEJARAH…

LETS ISTIGHFAR….

SALAM….


Followers