MOGA MENYEDARKAN BAGI YANG TERTIDUR..
ANTARA SENARAI KHUTBAH TERBAIK DI ERA MODEN INI.
MINTA IZIN UNTUK COPY..
SELAMAT MENGHAYATI..
On 17/08/2012, in Buku Transformasi Ramadan,
Khutbah,
by Abu Saif
Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah
Maha Segalanya. Allahu Akbar, Wa Lillaahil Hamd.
Sidang Jamaah Muslimin dan Muslimat,
rahimakumullah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang
hadirin sekalian, agar TAQWA yang dijana di bulan Ramadhan, jangan
disia-siakan. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar TAQWA dan jangan
sekali-kali mati, kecuali dalam keadaan dirimu Muslim kepada-Nya.
Hadirin sekalian, rahimakumullah,
Hari ini adalah hari perayaan. Hari yang
penuh kesyukuran dan kegembiraan, hari yang ditegah oleh Rasulullah sallallaahu
alayhi wa sallam daripada berpuasa padanya. Hari keraian, Hari meraikan.
Namun, apakah hakikat sebenarnya perkara
yang kita raikan?
Apakah asbab gembira kita? Apakah
signifikasi Aidilfitri hingga diharamkan kita berpuasa pada hari ini?
Persoalan ini harus direnung agar gembira
kita ada sebabnya. Manusia yang gembira tetapi tidak tahu mengapa dirinya
gembira adalah manusia ‘gila’. Manusia yang gembira tetapi tersalah sebab
mengapa dirinya gembira dalah manusia lara yang menc ipta duka.
Negara kita Malaysia mengisytiharkan 31
Ogos pada setiap tahun sebagai perayaan terbesarnya. 31 Ogos menjadi tarikh
keramat yang diraikan di seluruh pelusuk tanah air. Apakah yang diraikan pada
tarikh itu? Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah hari kemerdekaan.
Manusia berhak untuk gembira apabila
dirinya merdeka.
Merdeka daripada penjajahan dan penindasan.
Merdeka daripada dikawal oleh kuasa asing. Merdeka daripada mengikut telunjuk
orang lain. Bumi ini milik kita, kitalah jua yang berhak mentadbirnya. Bukan
orang lain.
Kemerdekaan bererti tanah air dikembalikan
kepada tuannya. Kepada asalnya.
Jika kemerdekaan daripada penjajahan itu
asbab keramatnya tarikh 31 Ogos, maka apakah nilai di sebalik 1 Syawwal? Apakah
asbab gembira di Aidilfitri?
Sidang jamaah kaum Muslimin dan Muslimat,
Ingatkah kita kembali kepada erti Ramadhan?
Ramadhan diberikan oleh Allah Subhanahu wa
Ta’aala kepada kita sebagai suatu proses untuk mencari sebuah merdeka.
Selama ini kita sentiasa dibelenggu oleh
dua penjajah, iaitu penjajah yang lebih sukar untuk dihadapi kerana ia nyata
berbeza daripada tentera British, Jepun, Komunis atau apa sahaja kuasa yang
kelihatan.
Penjajah pertama adalah Syaitan. Ia sebagai
seteru terbesar manusia, kerjanya sentiasa mengajak manusia kepada mendurhakai
Allah sepertimana janjinya kepada Tuhan.
“Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Oleh
kerana Engkau telah menghukum daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan
menghias dan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di
dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” [al-Hijr 15: 39]
Manusia yang terjajah adalah manusia yang
tidak dapat melepaskan diri daripada seruan Syaitan dalam hidupnya. Manusia
yang menurut telunjuk Syaitan, sedikit demi sedikit semakin jauh dari Allah
hingga hatinya menjadi buta dari kebenaran.
Ramadhan telah datang untuk membantu
manusia melepaskan diri daripada penjajah pertama ini. Syaitan dirantai untuk
mengurangkan potensinya, urat saraf kita disempitkan dengan berlapar untuk
mengurangkan jalan Syaitan menguasai kita.
Pada 1 Syawwal ini, tanyalah kepada diri
kita, sudahkah diri ini berjaya melepaskan diri dari menjadi hamba kepada
Syaitan? Sudahkah kita berjaya mempertahankan kemuliaan diri sebagai manusia
daripada dijajah oleh Syaitan, makhluk hina yang dibenci Allah itu?
Perhatikanlah perbuatan seharian kita, berapakah yang menurut seruan Tuhan,
berapakah yang menurut seruan Syaitan?
Jika Syaitan bukan lagi pemegang remote
control kehidupan kita, maka berhaklah untuk kita bergembira di Syawwal ini.
Berbahagialah manusia yang sudah tidak lagi dijajah oleh syaitan dan
kerajaannya.
Namun bagi yang kembali menyertai seruan
Syaitan, ingatlah kepada firman Allah:
“Seumpama Syaitan ketika ia berkata kepada
manusia: “Kufurlah engkau!” Lalu apabila orang itu kufur, berkatalah Syaitan
kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya
aku takut kepada Allah, Tuhan yang Menguasai seluruh alam!” Maka kesudahan
keduanya, bahawa mereka (Syaitan yang mengajak dan manusia yang kufur menerima
ajakan) ditempatkan di dalam neraka, kekal mereka di dalamnya. dan yang
demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim” [al-Hasyr 59: 16-17]
Muslimin dan Muslimat, semoga kita semua
dirahmati Allah,
Penjajah kedua yang menguasai manusia
adalah hawa nafsu dan dirinya sendiri.
Berapa ramai manusia yang biar pun hidup di
sebuah negara merdeka, dia tetap hamba yang tidak mempunyai kuasa memilih. Dia
sentiasa mengikut kehendak-kehendak penjajah ini, biar pun pada kehendak yang
membinasakan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
Apakah engkau tidak melihat keadaan orang
yang menjadikan hawa nafsunya: sebagai Tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu
dia disesatkan oleh Allah biar pun dalam keadaan dirinya berilmu, dan
dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan
penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah
petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh
itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyah 45: 23]
Itulah sebesar-besar penjajah.
Manusia dijajah oleh dirinya sendiri. Oleh
hawa nafsunya. Hingga dia tidak mampu membuat pilihan. Apa
sahaja yang diinginkan
oleh nafsunya, semua itu dituruti, tanpa berkata dua.
Manusia yang menjadikan nafsunya sebagai
Tuhan, mereka ini buta biar pun celik. Mereka pekak biar pun bertelinga. Mereka
menjadi bodoh biar pun memegang segulung ijazah ilmu. Manusia tatkala menjadi
hamba kepada nafsu, ilmu sudah tidak lagi berfungsi membijakkannya. Mata yang
celik gagal melihat. Telinga yang baik menjadi tuli. Hati menjadi buta dan
mati, itulah penangan nafsu.
Berapa banyak rumahtangga yang musnah
kerana manusia mengikut hawa nafsu?
Berapa banyak manusia yang rosak, kerana
hidupnya bertuhankan nafsu?
Berapa banyak tamadun manusia dan kerajaan
memerintah yang musnah, apabila pertimbangan tidak lagi
berpaksikan tuhan
tetapi berkiblatkan nafsu?
Semuanya gara-gara manusia yang tidak dapat
melepaskan diri daripada kehendak dirinya yang begitu luas tidak terbatas.
Nafsu mahu menelan dunia, biar pun makan mampunya hanya sepinggan.
Lalu Allah datangkan Ramadhan untuk
mendidik kita.
Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua
makanan, namun memilih untuk tidak makan kerana mahu patuh kepada Allah?
Ingatkah lagi, betapa ketika kita ada semua minuman, kita memilih untuk tidak
minum kerana patuh kepada Allah? Ingatkah lagi, betapa kita ada isteri atau
suami yang halal, tetapi kita tidak mendatangi
mereka kerana mahu mematuhi
Allah?
Semua itu adalah pelajaran Ramadhan untuk
mengajar kita berkata TIDAK kepada sesetengah kehendak diri, agar kita
mempunyai daya kawalan diri yang baik. Berjayakah kita dalam menguasai diri
agar tidak dikuasai nafsu? Mampukah kita mengawal keinginan kepada
perkara-perkara yang tidak baik, sebaliknya sentiasa terkawal dalam memilih
antara baik dan buruk?
Jika kita sudah berjaya melepaskan diri
daripada memperhambakan diri kepada nafsu, berhaklah kita untuk gembira. Sesungguhnya
kita benar-benar telah merdeka.
Firman Allah:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan
kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya
kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; – Sesungguhnya
berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih. Dan sesungguhnya hampalah
orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan
sebab kekotoran maksiat). [al-Syams 91: 7-10]
Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan
hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah
kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah.
Sidang jamaah kaum Muslimin dan Muslimat,
rahimakumullah,
Aidilfitri dan Aidiladha adalah perayaan
kita. Ia adalah perayaan yang dirasmikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa
sallam sebagai perayaan kaum Muslim.
Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah
sallallaahu ‘alayhi wa sallam berhijrah ke Madinah, ada dua hari perayaan yang
disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu
dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan Aidilfitri .” (Hadis
sahih An-Nasa’i)
Kita diberikan perayaan Aidilfitri ini agar
kita tersendiri. Muslim harus punya jati diri. Muslim bukan Yahudi dan bukan
Nasrani. Kita berbeza. Justeru perayaan kita juga berbeza.
Oleh itu, isikanlah kemeriahan Aidilfitri
dengan cara kita. Cara Islam, cara yang diredhai oleh Allah. Bukan cara
Syaitan, bukan cara nafsu, bukan cara Yahudi dan bukan cara Nasrani.
Kita dibenarkan berhibur. Malah Rasulullah
sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah menegur perbuatan sahabatnya Abu Bakr
al-Siddiq radhiyallaahu ‘anhu mendenda dua perempuan yang menyanyi-nyanyi di
hari Eid dengan kata baginda:
“Wahai Abu Bakr! Setiap kaum itu ada hari
rayanya. Dan sesungguhnya hari ini adalah hari raya kita!”
[Hadith riwayat
al-Bukhari]
Hari ini memang hari untuk kita berhibur
dan gembira.
Tetapi janganlah pula dengan hiburan yang
sekali lagi membuktikan bahawa kita tiada jati diri, tiada identiti dan masih
gagal melepaskan diri dari hiburan versi Yahudi dan versi Nasrani, bernama
HEDONISMA.
Ketagihan manusia kepada dadah hiburan
bernama hedonisma ini sangat menakutkan. Bukan tidak tahu akan mudaratnya,
namun dek ketagihan, manusia yang bertaubat darinya dengan mudah kembali semula
menjamah hiburan melampau ini. Hatta di Aidilfitri …
Hindarilah dadah ini. Ingatlah kembali
kepada pesanan Baginda:
“DARIPADA
ABU SA’EED RADHIYALLAAHU ‘ANHU, SESUNGGUHNYA NABI SALLALLAAHU ‘ALAYHI WA SALLAM
TELAH BERSABDA: PASTI BENAR KAMU NANTI AKAN MENGIKUT TATACARA ORANG-ORANG
SEBELUM KAMU, SEJENGKAL DEMI SEJENGKAL, SEHASTA DEMI SEHASTA, SEHINGGAKAN
TATKALA MEREKA ITU MASUK KE LUBANG BIAWAK DHABB SEKALI PUN, PASTI KAMU AKAN
MENGIKUT MEREKA”. KAMI BERTANYA, “YA RASULULLAH, APAKAH (UMAT TERDAHULU) YANG ENGKAU
MAKSUDKAN ITU ADALAH YAHUDI DAN NASRANI? BAGINDA MENJAWAB, “KALAU BUKAN MEREKA,
SIAPA LAGI?” [HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI (3269) DAN MUSLIM (2669)]
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Laa Ilaaha Illallaah!
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd!
KHUTBAH KEDUA
Sidang Jamaah,
Setelah berakhirnya Ramadhan,
pertahankanlah kejayaan perubahan diri yang telah dicapai.
Masjid jangan dibiar sepi. Solat-solat yang
wajib lebih utama untuk dijamaahkan berbanding Tarawih. Puasa 6 hari di bulan
Syawwal dan puasa-puasa sunat yang lain jangan dilupakan.
Anak-anak yatim jangan dibiarkan yatim 11
bulan.
Amal ibadah dan kebajikan mesti diteruskan.
SESUNGGUHNYA,
USIA MATI KITA LEBIH LAMA DARIPADA USIA HIDUP. BEKERJALAH SEMASA HIDUP UNTUK
MEMBOLEHKAN KITA BEREHAT SEMASA MATI. JANGANLAH BANYAK BEREHAT SEMASA HIDUP
HINGGA MENYEBABKAN KITA DIKERJAKAN SELAMA MATI!
DARIPADA
ABI ‘UMAR (ADA YANG MEMANGGILNYA ABI ‘AMRAH) BIN ‘ABDILLAH RADHIYALLAAHU ‘ANHU
BELIAU BERKATA: AKU BERKATA, “WAHAI UTUSAN ALLAH, KATAKANLAH BUATKU BERKENAAN
ISLAM PERKATAAN YANG AKU TIDAK LAGI PERLU BERTANYA KEPADA SESIAPA SELAINMU.”
KATA RASULULLAH SALLALLAAHU ‘ALAYHI WA SALLAM, “KATAKANLAH AKU BERIMAN DENGAN
ALLAH DAN KEMUDIAN BERISTIQAMAHLAH KAMU” [HADITH DIRIWAYATKAN OLEH MUSLIM]
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 BANDAR SERI PUTRA
43000 BANDAR SERI PUTRA
MASUKAN
UNTUK KAEDAH PEMINJAMAN TABUNG PINJAMAN
NASIONAL
LATAR BELAKANG PENDAPATAN KELUARGA DI JADIKAN INDIKATOR UTAMA.
RASIONAL.
BERDASARKAN DAPATAN,APABILA
PENDAPATAN KELUARGA MELEBIHI JULAT LUAR GARIS PERTENGAHAN MAKA ,KADAR MAMPU
BAYAR BALIK PINJAMAN ADALAH TINGGI.
APABILA
PENDAPATAN DI BAWAH GARIS KEMISKINAN MAKA KADAR MAMPU BAYAR ADALAH
SANGAT RENDAH.
OLEH KERANA TAKRIF GRAF BAGI GARISAN
PENDAPATAN MASIH RELATIF MAKA ADALAH SUKAR UNTUK PENETAPAN SATU-SATU INDIKATOR
DIPUTUSKAN OLEH LEMBAGA YANG DIPERTANGGUNGJWABKAN..
MAKA UNTUK ITU SATU GARIS PENDAPATAN MESTI
DIPUTUSKAN OLEH PARLIMEN DAN DIPRAKTIKKAN DI BAWAH BIDANG KUASA KEMENTERIAN..
CADANGAN.
SEPERTI BIASA NILAI PINJAMAN ADALAH BERDASARKAN NILAI KOS
PENGAJIAN SEMASA BAGI SESUATU BIDANG..
RM 1500-2000..BAWAH PARAS MISKIN..NILAI
PINJAMAN DIBERI SEBANYAK 100%
RM 2100-3000 GARIS PERTENGAHAN..NILAI PINJAMAN SEBANYAK RM 85 %
RM 3100-5000 GARIS PENDAPATAN SEDERHANA. NILAI PINJAMAN RM
60%
RM 5100-10000 GARIS PENDAPATAN TINGGI...NILAI
PINJAMAN RM 15 %.
WALAU DEMIKIAN,SYARAT BIASA IAITU MANA-MANA
PELAJAR MENCAPAI
GRED PURATA MELEBIHI 3.98 MAKA NILAI PINJAMAN AKAN DILUPUSKAN
SECARA AUTOMATIK..
SEKADAR MASUKAN UNTUK KONSEP PEMINJAMAN BARU. SEMOGA BOLEH DIPERBINCANGKAN OLEH PIHAK
BERWAJIB...