MOHON KEIZINAN...
Dalam
artikel pertama,penulis telah memperkenalkan strategi ampuh yang boleh
digunakan di zaman fitnah-memfitnah di Malaysia ini.Kita disogokkan dengan
keburukan para pemimpin seperti Mahathir,Anwar dan Nik Aziz,malah ada yang
menggelarkan mereka 'Mason'.Benarkah demikian?
Artikel
ini adalah sambungan kepada siri Mason-mason Melayu,dimana artikel
"Hikayat Tiga Mason Melayu" yang terdahulu adalah siri yang
pertama.Apa yang perlu,baca sampai habis dan berfikirlah dengan jernih,demi
kebaikan dan perpaduan seluruh umat Islam khususnya umat Melayu/Jawi.
Selamat
membaca
-M.O
sebelum itu bersama menonton video ini..
hot video ..skandal..
MASON-MASON MELAYU
cuba kau tanya Faisal Tehrani
apa maksud syiah imamiah
nanti keluar istilah
perpaduan sesama Islam
cuba kau tanya Karpal Singh
apa maksud derhaka
perlahan-lahan dia menyebut
"Malaysian Malaysia"
tanya pada Dr. Mahathir
kenapa keluar dari Umno
jangan pula keluar istilah
realpolitik
ini bukan mainan jargon-jargon
ini masa depan bangsa
apa Faisal Tehrani kata?
Bahasa Politik
siapa Machiavelli?
siapa Emmanuel Kant?
Mereka tidak faham apa itu
Dilema Melayu
ini bahasa politik
universalnya adalah
mengisi perut sendiri
-esastera
Dalam artikel "Hikayat Tiga Mason
Melayu",setiap watak telah diberikan gelaran-gelaran yang jelik,dan semua
ini diambil dari suara-suara politik.Gelaran-gelaran ini diberi oleh pembenci
Dr. Mahathir,pembenci Anwar Ibrahim dan pembenci Tuan Guru Nik Aziz.
Setiap
watak juga telah diberikan pandangan dari kaca mata 'Dajjal The
Antichrist',bagaimana untuk memerangkap tokoh-tokoh ini.Pandangan yang
diberikan adalah berdasarkan modus operandi yang biasanya diterapkan oleh
golongan Elit kepada para pemimpin dunia termasuk tokoh-tokoh agama.
Setiap
watak juga diberikan pandangan dari kacamata penganalisis konspirasi.Pandangan
yang diberikan adalah berdasarkan pemerhatian semasa dalam politik Malaysia
digabungkan dengan ciri-ciri yang bersesuaian dalam pengajian Teori Konspirasi
khasnya berkaitan NWO dan The Elite.
Lihat,kami
tidak mengatakan mereka benar-benar Mason.Kami memahami bahawa struktur artikel
ini agak berat dan kompleks bukannya seperti artikel gosip di dalam Mangga atau
URTV.Sebab itu dinasihatkan supaya baca sampai habis.Kami cuma ingin anda
berfikir sejenak apakah benar fitnah yang ditaburkan kepada mereka,dan jika
benar...apa tindakan kita.
Ada di
antara para pembaca yang melenting apabila membaca artikel itu.Mereka telah
mengatakan kami menuduh tokoh-tokoh kesayangan mereka sebagai Mason.Lucunya,ada
yang seperti mahu percaya,bahawa ketiga-tiganya adalah Mason.Keliru,inilah
kesimpulan yang boleh diletakkan.Namun begitu,kesalahan juga wajar diletakkan
di bahu kami,kerana kekurangan kami dalam membuat sesuatu artikel menyebabkan
ia kurang difahami.Tetapi kami telah membuat penafian di akhir artikel.
Berdasarkan
pemerhatian kami,sebahagian besar orang Islam khasnya umat Melayu masih
terperangkap di dalam politik sempit kepartian.Umumnya,para pemimpin mereka
masih terperangkap di dalam politik 'mengisi perut sendiri'.Para penyokong
mereka pula terpukau dengan ideologi kepartian yang jumud dan sempit.Apabila
terperangkap di dalam politik kepartian,mereka memandang seolah-olah parti
mereka maksum;tanpa ada kesalahan,tidak boleh diusik,disinggung apatah lagi
diterajang.Inilah yang berlaku kepada Pas dan Umno.
Kami
ingin membawa anda keluar dari kepompong politik sempit kepartian.Dari dunia
ribut di dalam secangkir cawan.Politik kekampung-kampungan.Kami ingin membawa
anda kepada dunia politik yang sebenar.Dunia politik yang mengawal politik
sempit kepartian tadi kecuali orang-orang yang bertakwa.Keluar dari tafsiran
jumud demokrasi yang merimaskan,kepada politik yang lebih besar,
Welcome to the NEW WORLD ORDER.
Jika anda
masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan ini,anda tidak
akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama,kerana
pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.Jika
kita masih duduk di dalam konsep sempit Ketuanan Melayu,juga tidak akan ke mana
kerana sebenarnya orang-orang bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi
Malaysia ini,kerana doa-doa merekalah yang menangguhkan bala bencana dari
menimpa bumi Malaysia,bukan para korporat,ahli politik apatah lagi tauke-tauke
arak dan disko.
Walau
bagaimanapun hebat penganalisis politik itu walaupun bertahap profesor,profesor
madya mahupun profesor kangkung,analisis politiknya adalah ditahap ruangan
Minahleter di dalam majalah Gila-Gila kerana masih terperangkap di dalam
demokrasi sempit,di mana demokrasi Malaysia inipun masih berada di bawah
politik NEW WORLD ORDER.Sebab itu umat Melayu semakin berpecah.Dari satu parti
iaitu Umno,menjadi dua;Umno dan Pas dan menjelang alaf baru berpecah menjadi
tiga;Umno,Pas dan PKR.Ini adalah perkembangan yang bagus.Cemerlang,gemilang dan
terbilang.
Secara
jujur,parti Umno adalah hasil dari kerjasama British dan Elit Melayu.Umno tidak
boleh bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang disenangi oleh
British.Sebagaimana biasa,setiap negara majoriti orang Islam di bawah jajahan
British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam ataupun
menjalankan hukum-hukum Islam.Semua organisasi berhaluan kiri mahupun
berfahaman Islam sama ada dicantas ataupun disekat oleh British.Hanya Umno
sahaja yang 'diredhai' oleh penjajah itu.Mengapa?
Lord
Cromer,seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata,
"Penjajah-penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam
selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah memerintah.
Kalau ada pengganti penjajah yang sama kepalanya, kepala penjajah,
merdekakanlah negara itu."
Sebab itu
apabila Malaysia direstui kemerdekaannya,perkara pertama yang mesti diterima
oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal
undang-undang,dengan undang-undang penjajah mesti di atas.Lord William
Reid,seorang Freemason dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini.Common Law mesti
berada di atas undang-undang Tuhan yang menciptakan Lord Reid,Cobbold,Ratu
Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan
tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang Common Law British.
Tetapi
bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama Islam?Tidakkah
nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang
Common Law dan menggantikannya dengan Syariah?Tidakkah British terfikir tentang
ini?
Hmm...ini
semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia Pertama
lagi.Organisasinya,ideologinya hatta para elitnya telah dipilih oleh British
untuk menggantikannya di Malaysia ini.Apabila melepasi tahap kepercayaan
British yang ketat,barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.
"Baliklah orang putih yang kulit merah, tinggallah orang putih yang
kulit hitam manis."
(Lord Cromer)
Hanya
orang yang sanggup menjadi boneka sahaja layak untuk dipercayai.Tetapi jangan
terburu-buru menyalahkan Tunku,mungkin beliau tahu tetapi beliau sudah tiada
jalan lain atau sudah TERPERANGKAP!
Kesalahan
besar Umno ialah masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun sudah lebih
50 tahun merdeka.Mungkin alasan mereka adalah kehadiran orang-orang India dan
Cina menghalang undang-undang syariah dijalankan.Alasan ini tidak boleh
diterima,padahal ke atas orang-orang Islam sendiri pun,undang-undang Tuhan
masih dibakulsampahkan.Orang Islam yang berzina dan minum arak,masih
menggunakan undang-undang Common Law.Malah apabila mahu menjalankan
undang-undang Tuhan buat pertama kali (isu Kartika),heboh satu negara.Ada yang
mengatakan undang-undang Islam kejam padahal dalam undang-undang Islam,orang
yang menyebat dalam kes ini tidak boleh mengangkat sedikit pun celah
ketiaknya,jadi fikirlah bagaimana kuat sebatan yang dilakukan berbanding kaedah
sebatan mengikut Common Law (tonton video penagih dadah yang disebat).Ini
adalah seangkatan dengan Sister In Islam yang memandang serong undang-undang
Syariah tanpa mahu menyelami sedikit pun hikmah di sebalik hukum Tuhan,Allah
Azza wa Jalla yang menciptakan dan memberi rezeki kepada para ahli Sister In
Islam dan sewaktu dengannya.
Pelajarilah
undang-undang Islam sebelum membuka mulut tentangnya.Manusia benar-benar
menjadi MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIFAHAMINYA.
Bagaimanakah
orang bukan Islam dapat melihat hikmah di sebalik hukum Allah sedangkan orang
Islam sendiri ragu-ragu dengan hukum agamanya sendiri?
Maka para
ulama dan pendukung agama pun semakin resah dengan tidak-tanduk Umno yang
semakin 'selamba' meneruskan undang-undang penjajah.Jika mengambil tindakan
mendiamkan diri,maka sesungguhnya hidup ini sementara.Sudah tentu apabila di
alam barzah,para ulama inilah yang paling berat seksaannya kerana menjadi 'ular
dalam semak' mendiamkan diri menjadi ulama bisu dan pekak.Tuhan hanya mahu menguji.Siapakah
yang mahu menjalankan hukum-Nya,siapa yang membakulsampahkan hukum-Nya.Tuhan
tidak rugi apa-apa.Yang rugi adalah manusia sendiri.
JIKA MENGAMBIL TIDAKAN MILITAN,MEMBERONTAK DAN BERJIHAD SECARA
MENGANGKAT SENJATA,SUDAH TENTU AKAN MENGORBANKAN SAUDARA SEBANGSA DAN SEAGAMA
SENDIRI.SUDAH PASTI PULA,BRITISH AKAN KEMBALI KE MALAYSIA DAN MENJAJAH KEMBALI
ATAS ALASAN MEMBANTU MENGHAPUSKAN FAHAMAN EKSTREM DAN KEGANASAN.
INI ADALAH UJIAN YANG AMAT GETIR BAGI PARA PENCINTA AGAMA.NAMUN APA YANG
DILAKUKAN OLEH PARA LIBERAL DAN SEKULAR?MEREKA MASIH ENAK MENJILAT BUNTUT
PENJAJAH YANG DIHARAP MEMBERI SESUAP NASI UNTUK MEREKA HIDUP.MEREKA TIDAK ADA
FIKIR DAN RISAU AKAN MASALAH UMAT.MEREKA LEBIH RISAUKAN PERUT MEREKA SENDIRI.
MAKA PARA PENCINTA AGAMA,TERPAKSA MENGAMBIL JALAN PALING SUKAR DAN
MENGELIRUKAN;MASUK BERSAMA-SAMA KE DALAM SISTEM DEMOKRASI DAN BERJUANG KE DI
DALAMNYA.INILAH JALAN YANG AMAT SUKAR,IBARAT MEMBIARKAN DIRI DIPERANGKAP DENGAN
JERAT TIKUS YAKNI DEMOKRASI, UNTUK MENDIRIKAN HUKUM ALLAH.THE HIDDEN HAND
TERSENYUM MELIHAT PERANGKAPNYA MENGENA.DIA TAHU GERAKAN ISLAM TIDAK AKAN KE
MANA,DI SANA PERANGKAP, DI SINI PUN PERANGKAP.
Perbalahan
antara Pas dan Umno ibarat perbalahan keluarga yang kompleks.Umno ibarat adik
yang degil dan suka berpeleseran,suka mendengar kata-kata kawan-kawan yang
rosak,tidak mahu sembahyang dan suka memasang radio kuat-kuat.Pas pula adalah
abang yang garang.Abang yang pernah mengaji agama dan faham hukum-hukum
agama.Si abang terus memarahi si adik,merotannya dan mengingatkan tentang
balasan Tuhan,namun si adik merasa tersinggung dengan sikap abang.Jauh dihati
kecil si adik,sayang terhadap agama itu masih ada namun dirinya amat lemah
dengan godaan dunia dan nafsu.Namun cara si abang amat dibencinya.Adik mula
memaki hamun abang dan kemudian giliran abang pula yang berkecil hati dengan si
adik.
Kemudian
masing-masing menjauhkan diri.
Kehadiran
DAP memburukkan lagi suasana.Pas yang terdesak kerana masih tenggelam timbul
dalam pilihanraya terpaksa bekerjasama dengan DAP untuk sekurang-kurangnya
menidakkan majoriti Umno/BN.Ini kerana pada fikiran Pas,Umno sudah rosak dan
jalan lain perlu dicuba untuk menafikan penguasaan Umno.
Di sini
kesilapan Pas.Pas bekerjasama dengan orang yang punya agenda yang lain.Agenda
yang lebih sadis dan berbahaya.
Apabila
terdapat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,Pas rasa berjaya
kerana dapat menguasai masjid dan surau dengan selesa.Ilmu agama dapat
sampaikan dengan selesa.Namun pencacai Yahudi punya agenda lebih besar.Tidak
perlu pergi jauh-jauh.Cuba kaji isu arak di Selangor.Pas Selangor cuba
mempertahankan prinsip agama namun ia bukan sahaja diperleceh oleh orang bukan
Islam malah dari kalangan Pas sendiri (mungkin ada api dalam sekam,siapa tahu?)
semata-mata untuk menjaga kesatuan dalam Pakatan Rakyat.Adakah menjaga kesatuan
Pakatan Rakyat lebih suci dari tanggungjawab amal maaruf nahi mungkar?
Inilah
demokrasi yang penuh tipu muslihat.Kepada Pas,demokrasi bukanlah semata-mata
suara ramai,itu propaganda sahaja.Itu kulit sahaja.
DEMOKRASI ADALAH TEMPAT BERMAIN PARA ELIT THE HIDDEN HAND.
Demokrasi
ibarat permainan poker.Umno dan DAP adalah pemainnya.Pas cuba masuk untuk
bermain dan jika menang,ia boleh menubuhkan negara Islam melalui demokrasi
tadi.Ketika permainan,masing-masing cuba bermain 'psikologi' untuk
mengelirukan.Adakalanya Pas mendapat 'pair of Ace' dan yakin boleh
menang.Ketika 'flop', Pas semakin yakin,pemain-pemain lain tidak dapat
menyainginya sehinggalah 'turn' dan 'rival' di mana terdapat 'pair of 2' namun
Pas yakin dia tetap menang kerana memiliki 'daun' paling tinggi.Akhirnya Pas
pun 'all-in';sanggup menerima persahabatan dengan DAP dan PKR yang jelas tidak
bersetuju dengan konsep negara Islam.Menyerahkan segala-galanya.Tetapi salah
seorang pemain juga 'all-in' dan apabila kad masing-masing dibuka,malangnya
pemain tadi mempunyai kad '2' dan sekaligus memiliki 'House' atau 'Three of
Kind'.Akhirnya Pas yang kecewa.
Demokrasi
adalah perjudian getir buat gerakan agama untuk mendaulatkan Islam
melaluinya.Demokrasi adalah perangkap.Demokrasi adalah jerat.
Kalau
begitu bagaimana?Bagaimana mahu keluar dari perangkap yang memenatkan ini?
KEMBALI KEPADA PENCIPTA.
ORANG
RAMAI HATTA ORANG ISLAM SENDIRI TIDAK AKAN MENYOKONG KONSEP NEGARA ISLAM JIKA
MEREKA TIDAK DIJELASKAN DENGAN BAIK APAKAH ITU HUKUM ISLAM.
ORANG
BUKAN ISLAM TIDAK MENJADI MASALAH.MEREKA MASIH MINORITI.JIKA ORANG ISLAM
KHASNYA ORANG MELAYU TIDAK YAKIN DENGAN AGAMA SENDIRI,BAGAIMANA ORANG BUKAN
ISLAM MAHU YAKIN DENGAN UNDANG-UNDANG ISLAM?JADI MASALAH DI SINI ADALAH ORANG
MELAYU KHASNYA PARA PENGUNDI UMNO/BN.
INGAT,WALAUPUN
DEMOKRASI PENUH TIPU MUSLIHAT,NAMUN KITA BOLEH MEMANIPULASINYA SEKADAR YANG
MAMPU.KATAKAN KITA BOLEH PAKAI PRINSIPNYA YANG PALING MUDAH,IAITU SUARA RAMAI.
BAGAIMANA
JIKA DALAM 10 ORANG,SEORANG SAHAJA YANG FAHAM KALIMAH 'LAILAHAILLALLAH'
DAN YANG LAIN TIDAK?JIKA 'BERMAIN' DEMOKRASI,ADAKAH YANG SEORANG ITU AKAN
MENANG?TIDAK SAMA SEKALI.SEBAB ITU JIKA 9 ORANG TADI ADALAH ORANG-ORANG YANG
BODOH,MAKA NEGARA AKAN DIPERINTAH OLEH ORANG-ORANG YANG BODOH DAN UNDANG-UNDANG
YANG BODOH.ITULAH DEMOKRASI.
Maka
tugas sebenar Pas ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH'
kepada hati semua umat Islam khususnya para pengundi Umno yang masih khayal
dengan racun penjajah.MANA DIA USRAH-USRAH PAS??
Kemana
perginya?Inilah balasan Tuhan kerana meninggalkan kerja dakwah.Ingat,dakwah dan
politik perlu bergerak seiring,baru menepati kaedah nabi yang mendirikan negara
Islam Madinah.Kerana terlalu berpolitiklah orang-orang agama terperangkap dalam
permainan musuh-musuh Allah.
Pas tidak
perlu dibubar dan menjadi Jemaah Tabligh.Pas tetap berperanan sebagai
'political axis' dalam agenda Islam,namun perlu ada hubungan dengan orang yang
menjalankan kerja-kerja dakwah seperti Jemaah Tabligh jika masih terkial-kial
dengan program usrah yang segan hidup mati tak mahu.Dua entiti ini kena
bergerak serentak.Orang dalam Tabligh tidak boleh perlecehkan Pas.Pas tidak
boleh perlecehkan Tabligh.
Jika
seluruh pengundi Umno/BN iaitu yang majoritinya orang Melayu/Islam dapat
dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yang menjadi hak mereka yang hilang akibat
racun penjajah,ke dalam hati mereka,nescaya tanpa perlu ceramah Pas yang
berapi-api,mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah.
Pas perlu
kuat dalam siasah mereka.Para pemimpin mereka perlu belajar ilmu siasah
politik.Atau SAINS POLITIK.Ulama yang memegang amanah politik lain cabarannya
dengan ustaz yang mengajar kitab-kitab di surau-surau.Pas perlu mengkaji
senario politik global.Belajar apa itu Freemason dan Illuminati.DAN PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.Pas kena
keluar dari politik Malaysia yang sempit kepada lebih berwaspada dengan politik
NEW WORLD ORDER.Inilah cabaran yang sebenar.Jika ini dapat dicapai,Pas akan
dapat melihat siapa lawan siapa kawan.
Hak
saudara seagama dalam Umno perlu ditunaikan.Jangan marah dan memakihamun
mereka.Dekati mereka dan nasihatilah dengan hikmah.Mungkin hanya Jemaah Tabligh
yang mampu menjadi orang tengah.Mampu mendekati saudara seagama dalam
Umno,melembutkan hati mereka dan sedar bahawa ABANG
YANG MEMARAHI ADIK TADI TIDAK SANGGUP MEMBIARKAN ADIKNYA SENDIRI TERBAKAR DALAM
JAHANNAM.
Umno
ibarat saudara yang buta matanya (oleh penjajah) dan hampir-hampir memegang api
dihadapannya.Pas nampak,tetapi caranya kasar,ia menepis sehingga menyakiti
Umno.walaupun niat Pas baik,namun Umno semakin benci dengan Pas kerana
mengasarinya namun Umno tidak sedar,jika dia tidak ditepis oleh Pas,pasti
tangannya terbakar.Dalam hal ini Pas mesti berubah cara atau pendekatan
dakwahnya atau dia perlukan pertolongan adik beradik yang lain,yang paling baik
setakat ini adalah Jemaah Tabligh bagi melembutkan hati Umno.
Percayalah,si
adik perlukan abang yang penyayang dan memberikan nasihat dengan senyuman.
Dan jika
ini terjadi,walaupun kita disuapkan dengan
racun,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.
SAMBUNGAN
VIDEO..INGAT BAIK-BAIK..
AZAZIL TIDAK PERNAH LUPA PADA JANJINYA..
DIA BERSUMPAH DENGAN DENDAM YANG SANGAT
DALAM..
DIA TIDAK PERNAH LUPA BAGAIMANA KERANA
ADAM..DIA TERCAMPAK DARIPADA MENJADI MALAIKAT..
KEPADA HAMBA TUHAN YANG PALING HINA..
YANG PALING TERLAKNAT..
DANJANJINYA..DIA AKAN MEMPASTIKAN
KEBANYAKAN MANUSIA AKAN BERSAMA DENGAN AKU..
PASTI MAJORITI ADALAH BERSAMA DENGAN AKU..
HANYA YANG BERSYUKUR DAN IKHLAS..YANG
TIDAK PERNAH LUPA IKRAR KEPADA TUHAN AKAN DIPELIHARA DARIPADA ALLAH TAALA AZZA WA JALLA..
AZAZIL TIDAK PERNAH LUPA...
DIA SENTIASA INGAT .
SELALU INGAT DAN TETAP AKAN
MENGINGATINYA ..SUMPAHNYA SAMPAI BILA ..
“AKU BERSUMPAH ..
AKU TIDAK AKAN LUPA..TIDAK
AKAN SEKALI-KALI LUPA...”
TIDAK..DAN ...TIDAK AKAN LUPA “
“AKU BERSUMPAH...”
JANJI UNTUK MELUPAKAN
MANUSIA KEPADA ALLAH..PASTINYA....