MEMBANTU PROGRAM PENA MAYA. SALAH SEORANG ANAK MUDA YANG GIGIH.
MUDAH-MUDAHAN JALANNYA MENDAPAT
KEMUDAHAN WALAUPUN PASTI KESUKARAN DAN MEHNAH YANG AKAN DATANG. PERANCANGAN
ALLAH SENTIASA TIDAK NGAM DENGAN APA YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMIKIRAN DAN NALURI HATI KITA SENDIRI. bersama menduplikasikan individu yang semacam ini. bukan pengikut taksub dan mereka-mereka yang bukan sewaktu dengannya. .
ANDA DI JEMPUT KE LINK INI..baikiminda.blogspot.com
MEMPROMOSI PELBAGAI
LAGI KESATUAN ..SATU HAL MENARIK ..
SEMASA KAMI MENYERTAI
SEBUAH GERAKAN DI SEMENANJUNG. PADA AWAL PENYERTAAN,GERAKAN INI SUDAH MULA
BERLAKU PERSELISIHAN. MALANG KERANA PADA PERINGKAT INI,KAMI GAGAL MELIHAT
PERSELISIHAN INI PADA SUDUT BERBEDA. TANGGAPAN KAMI IA PERSELISIHAN YANG BAKAL
MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN DALAMAN. .
KURANG MATANG DAN
TERGESA-GESA. TIDAK BERFIKIR SECARA KONKSLUSIF.
DENGAN FAKTOR USIA
YANG SANGAT KETARA MUDANYA,KAMI CUBA
MEMBAWA SATU USUL KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DI PERINGKAT PIMPINAN. DI
SAAT RAKAN-RAKAN DI PERINGKAT PIMPINAN SUDAH MULA BERPECAH KEPADA DUA SAYAP.
DAN MEREKA BUKAN UMPAMA PAS DAN UMNO. SEDIKIT MENCELAH,KESATUAN MELAYU UMNO DAN
PAS BANYAK DISEBUT OLEH GOLONGAN VETERAN. GOLONGAN INI RATA-RATANYA MEREKA YANG
PERNAH HIDUP DI ZAMAN PASCA KEMERDEKAAN. ZAMAN INI TERKENAL SEBAGAI ZAMAN
KEEMASAN BAGI ORANG MELAYU. TETAPI KETIKA SAAT INI WALAU MELAYU KUAT NAMUN
ISLAM SEAKAN LEMAH GARA-GARA PENGHAYATAN YANG KURANG DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU KETIKA ITU. WALAUPUN BEGITU TIDAK BERMAKSUD PENGHAYATAN LEMAH ITU
BERDASARKAN UNJURAN KES SOSIAL
KETERLALUAN MEMBIMBANGKAN SEBAGAIMANA ERA MILLENIUM SEKARANG . DALAM BEBERAPA
DEKAD BEBERAPA KEBELAKANGAN INI,WALAU
BERLAKU PENINGKATAN KETARA TERHADAP PENGHAYATAN AGAMA SECARA MENYELURUH NAMUN
AKIBAT TIADANYA PLATFORM YANG DILIHAT
SESUAI BAGI DIJADIKAN SANDARAN UNTUK AGAMA
INI BERNAUNG MAKA HASILNYA TETAP
JUGA SAMA . BERSATUNYA MELAYU TIDAK BERMAKNA ISLAM ITU BERSATU. ANDAIAN
SEMATA-MATA NAMUN PADA KAMI SEANDAINYA IA DAPAT DIREALISASIKAN ,IA BUKANLAH
MASALAH YANG SERIUS TETAPI MUDAH-MUDAHAN IA MENJADI SATU LANGKAH AWAL KE ARAH
PEMERINGKATAN KESATUAN YANG JAUH LEBIH
MANTAP. TETAPI HIPOTESIS YANG PALING TEPAT ADALAH APABILA UMAT ISLAM BERSATU MAKA
ORANG MELAYU PASTI BERSATU. DAN MANUSIA SELURUHNYA PASTI BERSATU. BERSATUNYA
UMMAT ISLAM BEERTI KUASA PIMPINAN MESTI DIBENTUK DAN DIBINA. PASTINYA DIBERIKAN
KEPADA MEREKA YANG LAYAK DAN SANGAT FAHAM
TENTANG ETIKA KEPIMPINAN DAN SKOP
ORDE PEMERINTAHAN. ASAS ETIKA KEPIMPINAN ISLAM BUKAN BERDASARKAN HIERARKI,
SUSUN LAPIS ORGANISASI,PENGALAMAN DAN PENGETAHUAN TETAPI BERDASARKAN GERAK
NADI,NALURI,KEPERCAYAAN DAN KETAATAN
KEPADA PERINTAH ALLAH SECARA PENUH TEKAD DAN PENUH KESUNGGUHAN.
KEMBALI KEPADA KISAH
PERPECAHAN SAHABAT KAMI. PERPECAHAN INI
SEAKAN ALI DAN MUAWIYAH . SAHABAT YANG SANGAT TINGGI KEPERIBADIAN DAN TINGGI
AKHLAKNYA. SANGAT KOMITED DI DALAM MEDAN DAKWAH ITU SENDIRI. NAMUN KEGAGALAN
KAMI MELIHAT HAL PERSELISIHAN INI SECARA KONKLUSIF DAN MENYELURUH,AKHIRNYA KAMI
MEMBUAT TINDAKAN NAKAL SENDIRIAN,
MENGANJURKAN MUZAKARAH BAGI MELETAKKAN KEDUA-DUANYA KEMBALI DI ATAS SATU
LAPANGAN . DI POSISI SATU MEJA BULAT
BAGI BERSAMA MEMBUAT RUNDINGAN.
TIDAK MEMBUAT
PERANCANGAN SECARA SIGNIFIKAN DAN REALISTIK.
AKIBAT BERTINDAK
SENDIRIAN DAN MELAKUKAN AMALAN LUAR TABI’E,MENYEBABKAN MUZAKARAH INI DILIHAT
SEAKAN BERMAIN-MAIN DAN TIDAK SERIUS OLEH PIHAK PIMPINAN. DAN HAJAT KAMI UNTUK
MELIHAT KEDUA-DUA PASUKAN INI KEMBALI DISATUKAN TIDAK TERCAPAI.
NAMUN DEMIKIAN JIKA
DIAMATI DENGAN PENUH KEIMANAN DAN TABAYYUN,(SALAH SATU PRINSIP DI DALAM
MENCAPAI DARJAH TAQWA)AKHIRNYA PADA SAAT INI KAMI MULA MENGERTI ADA SEBAHAGIAN
PERSELISIHAN ITU HANYA SEKADAR MASALAH PROSEDUR DAN SEBAHAGIANNYA MEMBAWA
KEPADA MASLAHAH AKHLAK DAN AKHIRNYA
MERENTAP AKIDAH.
PERPECAHAN DI DALAM
POLITIK MELIBATKAN MASALAH AKIDAH (KEYAKINAN , KEPERCAYAAN, PEGANGAN,PRINSIP
,SEMANGAT, TUJUAN DAN NILAI). NAMUN PERPECAHAN DI DALAM FIQH SEBAGAIMANA BERPECAHNYA MAZHAB YANG 4,IA HANYA MELIBATKAN
PANDANGAN,MASLAHAH ,METHODE, MAHUPUN MANHAJ. DAN DISEBABKAN HAL INI ORIENTASI PERBEZAAN MAZHAB BERJAYA DITANGANI DENGAN
ADANYA SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM. BUKTINYA KETIKAMANA ZAMAN KHILAFAH RASULULLAH
DAN ZAMAN KHILAFAH ISLAMIYAH LAINNYA. DENGAN ADANYA SISTEM ORDE ISLAM,UMMAT
MAMPU MENANGANI PERBEZAAN MAZHAB SECARA TERURUS. NAMUN AKIBAT KETIADAAN
PEMERINTAHAN ISLAM YANG LENGKAP DAN HOLISTIK,MENYEBABKAN BERBEZA KAEDAH SOLAT
SAHAJA ,BOLEH DAN BERUPAYA MENCETUSKAN PERANG SAUDARA SEALIRAN. BUKAN PERANG
DARAH TETAPI PERANG MULUT DAN PERANG TULISAN. DI SINILAH PENTINGNYA PERANAN
PEMERINTAHAN ISLAM. IANYA SIMBOL KEPADA BERSATUNYA JIWA-JIWA MUSLIM. APABILA
JIWA MUSLIM BERSATU,HAL KHILAFIAH TIDAK AKAN TIMBUL SAMA SEKALI. EVEN A SINGLE
ONCE EITHER.
CADANGAN MEMASANG
SASARAN UNTUK MENJADI CALON BEBAS JUGA DI ATAS SIKAP ,MELETAKKAN PLATFORM
TANGGUNGJAWAB SUPAYA AMANAH DAPAT DIPIKUL SECARA BERKESAN. TIDAK SALAH KIRANYA
KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN YANG DIAMBIL OLEH SAIDINA ALI KARAMALLAH HU WAJHAH.
BELIAU TERPAKSA MELANGKAH KE HADAPAN DALAM SAAT UMMAT HILANG ARAH DAN HILANG
TUJUAN KEPIMPINAN. TIDAK ADA MODEL KEPIMPINAN YANG DILIHAT DAN BETUL-BETUL
BERUPAYA MEMIMPIN UMMAT KE JALAN YANG LURUS. MASING-MASING MEMBAWA JALAN BENGKOK-BENGKOK . MAKA SAIDINA ALI TERPAKSA MELANGKAH JUGA KE HADAPAN .
DENGAN MEMBAWA IMEJ ANAK SAUDARA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN GOLONGAN AWAL
MEMELUK ISLAM MAKA BELIAU TERPAKSA
MEMIKUL TUGAS INI UNTUK KEMBALI MENYELAMATKAN
UMMAT YANG SUDAH SERIUS BERATAKKANNYA.
DAN DIA TIDAK BERSIKAP MEMIHAK KERANA BELIAU
SEDAR,PENGKHIANAT SENTIASA BERADA DI
BELAKANG SETIAP PUAK DAN KABILAH YANG BERTELAGAH. MAKA SEBAB ITULAH SARANAN
BERSATU MESTI DIBUAT BERHATI-HATI. BUKAN SEWENANG-WENANG.
MAKA BELIAU MEMILIH
JALAN YANG ASING. JALAN DI LUAR PILHAN JIHAD YANG ADA.
“DENGAN INI AKU
MELANTIK DIRIKU MENJADI KHALIFAH. MEMIKUL
AMANAH UNTUK KEMBALI MENYATUKAN UMMAT MESKIPUN KALIAN TIDAK BERSAMA
DENGANKU.”