Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 24 September 2011

HAK ITU KEMBALI

RETURN THE THRONE TO THE KING.

TO GRAP BACK THE RIGHT TO ITS PLACE..

MENGEMBALIKAN HAK ITU KE POSISINYA KEMBALI..

WHAT IS RIGHT..

Sebelum kami masuk ke tajuk yang lebih terperinci. Kami ada terbaca satu keratan berita berkenaan KESONGSANGAN HAK ASASI YANG MUNCUL DI FAJAR KALA..

THE DISTORTION OF THE HUMAN RIGHT’S..

Pasti ramai yang kabur dan keliru berkenaan tafsiran hak dan kebebasan. Kedua-duanya memiliki entiti,simbol bagi pengetahuan serta kefahaman bagi setiap pemikiran akal dan ilmiah yang wujud dalam kalangan para pakar-pakar rujuk sama ada mereka itu lahir daripada bidang perundangan mahupun bidang politik,akademik, dan sosial.

PARA PEMAKAI SEKSIS MENUNTUT AGAR HAK MEREKA UNTUK MEMAKAI PAKAIAN MENJOLOK MATA DIBENARKAN..

..MEREKA MENYALAHKAN MATA YANG GATAL MEMANDANG..BUKAN TUBUH GEBU MEREKA...

SEKADAR CONTOH MANUSIA YANG TIDAK SEDAR AKAN KESILAPAN DIRI SENDIRI....

HARIAN METRO..JAKARTA...

..

PASTI DAN SAH..

MEREKA YANG MENUNTUT TUNTUTAN SEMACAM INI ADALAH KALANGAN PESAKIT MENTAL TEGAR..

TELAH BERULANG KALI KELUAR MASUK HOSPITAL SAKIT JIWA BEBERAPA KALI...

Justeru dengan itu,kita memerlukan satu persepsi secara mendasar dan pokok,kepada situasi yang wujud dalam perkara-perkara berkaitan..

HAK ..

ROH MANUSIA..

JASAD MANUSIA..

ROH MENCARI TUJUAN ....THE LOST PROMISE...

AKAL MENCARI KEBEBASAN..

TUJUAN ADALAH HAK BAGI ROHANI..BUKAN CIK ROHANI ATAU PUAN ROHANI....

KEBEBASAN ADALAH TUNTUTAN AKAL FIKIRAN MANUSIA..

KEBEBASAN BERFIKIR AKAN MEMBERIKAN NATIJAH KEBEBASAN MENYUARAKAN PENDAPAT,KEBEBASAN MELUAHKAN PERASAAN ,KEBEBASAN MENGELUARKAN IDEA,KEBEBASAN MELONTARKAN SENI,KEBEBASAN BERHIBUR,KEBEBASAN BERKARYA,KEBEBASAN MENULIS,KEBEBASAN UNTUK BERPATISIPASI,KEBEBASAN MENEROKAI ILMU PENGETAHUAN,KEBEBASAN MENEGUR DAN MENASIHATI,KEBEBASAN MENGAJAR,KEBEBASAN BERDEBAT,BERHUJAH DAN BERDIALOG...

KEBEBASAN BERADA PADA TITIK PENGHUJUNG PEMIKIRAN..

PADA AKHIR SESUATU PERMASALAHAN,AKHIRNYA KITA TERPAKSA MENGAMBIL KEPUTUSAN TANPA SEBARANG PREJUDIS,SKEPTIK,TANPA SEBARANG SIKAP PRIMITIF MAHUPUN BERAT SEBELAH..

MAHU ATAU TIDAK KITA TERPAKSA DAN MESTI AKUR PADA REALITI...

KITA SEDANG BERPATISIPASI DALAM RANGKAIAN SISTEM INI SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK...

KAMI SEDANG CUBA MEMAHAMI APA YANG CUBA DISAMPAIKAN DRIFTER..

ARTIKEL UMMAT TERAKHIR..

SATU PENDIRIAN YANG KAMI KIRA AGAK KERAS..

BAHKAN SANGAT KERAS..TERSASAR SEDIKIT...

Fitnah bertaraf pendapat manusia

"Lantaklah."

RAMAI daripada kita terutama yang taksub dalam pegangan politik melebihi agama mengaku diri mereka beriman kepada al-Quran. Mereka mengaku percaya kepada al-Quran tetapi gagal mentaati segala perintah-Nya seperti termaktub dalam kitab terakhir. Sejauh manakah orang-orang seperti itu benar-benar taat kepada perintah Allah dalam al-Quran?

Banyak isu (kita ambil yang membabitkan isu orang Islam) yang ternyata gagal dijawab dengan cerdik. Balik-balik, jawapan diberikan hanya berputar mengikut sentimen politik kepartian dengan budaya busuk menyalahkan orang lain bagi setiap kesalahan demi kesalahan, dan kelemahan demi kelemahan yang jelas terpampang. Budaya busuk yang tidak habis-habis mahu menyalahkan orang lain.

Masyarakat pula semakin leka dibuai fitnah yang makin membusuk. Minda masyarakat sentiasa diubah-ubah mengikut citarasa politik, fakta-fakta pula sentiasa diterbalikkan dan minda manusia-manusia yang malas berfikir terus leka dibuai kisah-kisah bohong yang tidak bersandarkan kecerdikan.

-HUJAH INI BAGI MEREKA YANG SEMEMANGNYA PAKAR DALAM JURUSAN KONSPIRASI SERTA MAMPU MENTELAAH SEDEMIKIAN TAJAM SENARIO YANG DIBENTANGKAN

Apabila datang sesuatu berita kepada kamu, maka selidiki berita itu terlebih dahulu sebelum kamu mempercayainya kerana barangkali berita itu tidak lebih daripada fitnah semata yang tidak bersandarkan kepada apa-apa pembuktian. Malangnya, minda pengikut politik sudah diasuh supaya tidak berfikir. Sebaliknya minda pengikut diasuh supaya menerima setiap input maklumat yang diberi oleh pemimpin-pemimpin parti politik tanpa usul periksa oleh sang pengikut yang semakin hari semakin dungu.

Fitnah bukan hanya berlegar dengan maksud ‘cerita tidak betul yang keluar daripada mulut seseorang dan direka-reka untuk tujuan jahat’. Pengertian fitnah tidak terhenti dengan maksud itu sahaja. Pengertian fitnah adalah jauh lebih besar daripada ‘cerita rekaan’.

Fitnah bukan hanya mengenai ‘perkataan atau cerita rekaan yang berniat jahat keluar daripada lidah dan mulut seseorang’ tetapi fitnah juga mencakupi perbuatan dan setiap perkara yang “meletakkan haq kepada bathil, meletakkan bathil kepada haq, memesongkan kebenaran supaya dilihat sebagai tidak benar, melakukan perbuatan salah dan dikatakan sebagai tidak salah.”

Para pengikut politik dungu pula tidak langsung mahu berfikir mengenai itu semua, sebaliknya hanya menerima setiap input yang disuapkan ke dalam minda mereka tanpa usul periksa. Ia berlaku sehingga para pengikut menjadi gagal untuk memahami setiap perintah Allah meskipun perintah-perintah itu Allah telah nyatakan secara jelas dalam al-Quran.

Walaupun isu kalimah Allah yang mahu digunapakai di gereja-gereja di negara ini sudah lama berlalu, namun isu itu sangat mencabar akidah umat Islam. Ada puak yang mengaku Islam berasa tidak kisah apabila nama Allah mahu diguna pakai dalam akidah triniti di gereja-gereja. Bagi puak ini, lantaklah kalau umat Nasrani mahu menggunapakai nama Allah dalam akidah triniti mereka. Bagi puak ini, walaupun nama Allah digunapakai dalam akidah triniti, mereka merasakan ia tidak akan mengganggu gugat akidah umat Islam yang percaya Allah itu Esa, Satu dan tidak boleh disekutukan.

Ia bukan berkenaan itu semua wahai saudara-saudara sekalian, bukan berkenaan “lantaklah” itu. Tetapi berkenaan kejujuran prinsip dan akidah kita dalam menjunjung perintah Allah supaya tidak mempersekutukan Allah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Allah menegur kaum Nasrani dan Yahudi dalam sekian banyak ayat dalam al-Quran kerana mempersekutukan-Nya seperti dalam kes Nabi Isa dan Uzair (Ezra). Allah tidak membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia, dan perintah itu disampaikan melalui al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dengan perantara Malaikat Jibrail.

PERMASALAHAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH ADALAH PADA PERMASALAHAN BAHASA. DI INDONESIA,BERDASARKAN PENGALAMAN RAKAN-RAKAN DI SANA,PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH DALAM AGAMA KRISTIAN ADALAH PERKARA YANG NORMAL DAN DIBENARKAN. IA TIDAK MENCETUSKAN SENTIMEN BAHKAN IA TELAH BERLANGSUNG SEKIAN LAMA.

PERKATAAN ALLAH DALAM AGAMA KRISTIAN HANYALAH DIDASARKAN KEPADA MAKNA BAGI IMITASI KATA ‘TUHAN’. SESUATU YANG DISEMBAH ..SESUATU YANG TIDAK DIKETAHUI HAK,SIFAT DAN KEKUASAAN..

ALLAH DALAM BIBLE TELAH DIROSAKKAN KEDUDUKAN DAN SIFATNYA...

BIBLE. MEMPERINCIKAN TUHAN(ALLAH) SEBAGAI TUHAN BAPA DAN BERANAK PINAK..

SILA BACA DAN TELITI SENDIRI BIBLE SERTA DAPATKAN NASIHAT MEREKA YANG PAKAR SEPERTI DR ZAKIR NAIK DAN JUGA ALLAHYARHAM SYEIKH AHMAD DEEDAT...ATAU MEREKA YANG SETARAF..ATAU LEBIH BAGUS BERDIALOG SENDIRI DENGAN POPE DI VATICAN CITY...

BUKAN POPE BENEDICT..

TETAPI POPE PETER KE-II YANG DIKATAKAN DIRANTAI ITU..

PENYELAMAT BAGI MASYARAKAT KRISTIAN...PENYELAMAT YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI.....

KAMI TERUJA UNTUK BERTEMU MATA DENGANNYA..

SEBETULNYA...

KAMI OPTIMIS.. MEREKA JUGA AGAK KABUR DENGAN AJARAN MEREKA SENDIRI.....

BUKAN MEMPERSENDA DAN MERENDAHKAN MARTABAT MEREKA..DEMI ALLAH DAN NABI MUHAMMAD S.A.W...

KAMI MENGHORMATI MEREKA SELURUHNYA...

IA TIDAK MEMBAWA MAKSUD PENYEKUTUAN TUHAN DALAM ERTI MEMPERSEKUTUKAN ALLAH MENERUSI BENTUK HAK,SIFAT,ZAT BAHKAN KEKUASAANNYA(TERMASUK PERINTAH,UNDANG-UNDANG,JANJI DAN AMARAN ALLAH)..

ALLAH TIDAK MEMBENARKAN IA DIPERSEKUTUKAN DALAM BENTUK HAK,ZAT,SIFAT DAN KEKUASAANNYA(TERMASUK PERINTAH,UNDANG-UNDANG,JANJI DAN AMARAN ALLAH).. ...

HAL INI DITERANGKAN BERDASARKAN DALIL YANG DISAMPAIKAN..

ALLAH MURKA DI ATAS PENDUSTAAN KAUM YAHUDI DAN NASRANI YANG MENGATAKAN ALLAH ITU BERANAK-PINAK. TERJEMAHAN INI MEMBAWA TAFSIRAN PERTENTANGAN KEPADA SIFAT,HAK DAN ZAT TUHAN YANG SEMEMANGNYA ESA DAN TUNGGAL...

IA BUKAN BERMAKSUD PERKAITAN DENGAN NAMA ALLAH...

NAMA YANG DITULIS DALAM BAHASA MELAYU....DIEJA DENGAN EJAAN A..L..L..A..H....

MEREKA MENUNTUT PADA PENGGUNAAN EJAAN KALIMAH ALLAH DALAM AGAMA MEREKA YANG JUGA PADA TAFSIRAN UMUM TURUT MEMBAWA MAKSUD TUHAN..

NAMUN TUHAN YANG MEREKA SEMBAH ITU TIDAKLAH SAMA DENGAN APA YANG DIIKTIKADKAN OLEH KAUM MUSLIMIN YANG BENAR-BENAR BERIMAN..

ALLAH YANG ESA..

MASALAH KALIMAH ALLAH YANG DITUNTUT OLEH KAUM KRISTIAN ADALAH PADA TUNTUTAN BAHASA IAITU PERKAITAN EJAAN DAN MAKSUDNYA SEMATA-MATA..

IA SAMA SEKALI TIDAK BERKAITAN DENGAN ISU MEMPERSEKUTUKAN ALLAH..SEBAGAIMANA DIMAKLUMKAN KEPADA UMUM...

ALLAH YANG MUTLAK BERDASARKAN MAKNA HARFIAH YANG PALING TEPAT ADALAH

ALLAH YANG DIEJA DENGAN EJAAN HURUF ARAB...

ه .. ل.. ل …. ا

BAGI PERKATAAN ALLAH YANG DIEJA DALAM KALIMAH ARAB..IA MUTLAK DAN HAK EKSLUSIF KERANA IA MELIBATKAN INTERGRITI BAHASA ARAB SELAKU BAHASA TERTINGGI DI DUNIA DAN BAHASA YANG PALING MAHSYUR IAITU BAHASA SYURGA MILIK ALLAH…DAN PASTINYA BARIS DISERTAKAN SEKALI KERANA BARIS ITU MEWAKILI KESUNGGUHAN PARA SAHABAT DAN PARA SOLEHIN SEPERTI SALAF DAN KHALAF…

JIKA PIHAK KRISTIAN MENUNTUT KALIMAH ALLAH DALAM BAHASA ARAB, KAMI MEMINTA DENGAN PENUH HORMAT DAN DENGAN ADAB TATASUSILA YANG TINGGI..SILA BUAT-BUAT LUPA TERHADAP TUNTUTAN PELIK DAN NAIF SEMACAM INI..

IA SESUATU YANG AMAT MENGUNDANG KEGONCANGAN DUNIA YANG SANGAT DAHSYAT..

BUKAN BEERTI PERANG..

TETAPI LEBIH DAHSYAT DARIPADA ITU…

LEBIH..LEBIH…..LEBIH DARI ITU…

..HARAP MAKLUM…..

MOHON MAAF…

JIKA MASALAH PADA KATA PENGGUNAAN BAHASA,KAMI PERSILAKAN SAHAJA…

Allah sendiri tidak membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia, tetapi bagaimana pula sebilangan umat Islam di negara ini boleh membenarkan nama-Nya diguna pakai di gereja-gereja Nasrani? Selak, buka dan baca al-Quran. Fahami segala maksud perintah Allah yang tidak membenarkan nama-Nya disekutukan.

Semasa isu itu berlegar suatu masa dahulu, tiada seorang pun ahli politik yang mengaku diri itu Islam tampil dengan ayat-ayat al-Quran yang membenarkan nama Allah disekutukan oleh Nasrani.

Tiada seorang pun yang tampil dengan dalil-dalil jelas dari al-Quran yang membuktikan bahawa Allah bertolak ansur membenarkan nama-Nya disekutukan. Tiada pula mana-mana ayat yang memerintahkan supaya umat Islam redha apabila Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Allah. Sila tunjukkan satu ayat daripada al-Quran yang mana ayat itu membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Allah, sila tunjukkan satu ayat.

ISU KALIMAH ALLAH..

KAMI INGIN CUBA MASUK CAMPUR KEMBALI..

UNTUK PENGETAHUAN SEHINGGA KINI, ISU INI MASIH LAGI TIDAK DIHEBAHKAN KEPADA UMUM. IANYA ISU SENSITIF DAN SANGAT BERPOTENSI UNTUK MENCETUSKAN KETEGANGAN AGAMA DAN KAUM. JUSTERU IA MELIBATKAN BIDANG KUASA KELOLA PIHAK TERTINGGI DALAM MENJAGA SENTIMEN INI DARI TERUS DIJADIKAN ALASAN UNTUK MENGKAMBINGHIJAUKAN UMMAT ISLAM..

KAMI PERNAH MENGELUARKAN PENDAPAT PERIBADI BAHAWASANYA TIDAK PERLU TERLALU BISING DENGAN ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KAUM KRISTIAN. BERLAPANG DADA JIKA MANA MEREKA MAHU MENGGUNAKAN NAMA ALLAH..

KAMI TIDAK PERTAHANKAN HUJAH INI KERANA ISU INI MASIH DI PERINGKAT PERBINCANGAN PARA CENDEKIAWAN SEDIA ADA DALAM PELBAGAI PERINGKAT KEPAKARAN…

NAMUN SEKADAR MAHU MENCERMATI PRINSIP ASAS ISLAM DALAM KONTEKS HUBUNGAN DENGAN AGAMA LAIN..

ASAS DALAM KEPELBAGAIAN BERAGAMA ADALAH TOLAK ANSUR DAN BERHUJAH SECARA PENUH RASIONAL,BIJAKSANA,ILMIAH, DAN BESTARI..

DENGAN KALANGAN PAKAR DARI AGAMA YANG PELBAGAI.

TANPA PERLU EMOSI DAN KURANG BERADAB DALAM MENGHIDUPKAN ILMU …

ISLAM MENGIKTIRAF AHLI KITAB YANG AGAK BERAT MENERIMA CAHAYA ISLAM. SEBAGAI CONTOH KALANGAN YAHUDI DAN KRISTIAN ORTODOKS YANG MASIH BERPEGANG KEPADA KITAB TAURAT DAN INJIL YANG ASLI (MESKIPUN TIDAK ASLI SEBENARNYA). MEREKA YANG MENJUNJUNG KEMULIAAN YANG ADA PADA NABI TERDAHULU. DALAM KES INI ISLAM TIDAK MEMBERATKAN SEBARANG SERUAN YANG MEMAKSA KEPADA MEREKA UNTUK MENUKAR DAN MERUBAH APA YANG MEREKA PERCAYA DAN YAKINI SEBAGAI AKIDAH UTAMA MEREKA.

KELEBIHAN KALANGAN ORTODOKS SEBEGINI ADALAH MEREKA MASIH MAMPU DAN MAHU BERKOMPROMI DENGAN UMMAT ISLAM DALAM BANYAK URUSAN MUAMALAT. MEREKA MAMPU MENCERMATI BUDAYA ISLAM DENGAN BAIK. MEREKA TIADA MASALAH DALAM MENJALIN HUBUNGAN KEBUDAYAAN SOSIAL MAHUPUN BUDAYA ILMU DENGAN MASYARAKAT ISLAM..

MEREKA INI DIGELAR SEBAGAI AHLI KITAB..

AHLI KITAB YANG DIIKTIRAF DI DALAM AL-QURAN..

MEREKA YANG LAYAK DIMAKAN SEMBELIHANNYA SERTA MEMILIKI BANYAK MANFAAT DALAM PELBAGAI BENTUK INSENTIF MENERUSI AJARAN MUHAMMAD S.A.W..

WALAUBAGAIMANAPUN GOLONGAN YANG SEDEMIKIAN RUPA HAMPIR PUPUS DI MUKA BUMI PADA MASA INI. HAMPIR SAMA SENARIO DENGAN SPESIS PENYU DI RANTAU ABANG…YANG ADA HANYALAH KALANGAN KRISTIANIS YANG PENUH DENGAN PELBAGAI TUJUAN,MATLAMAT DAN VISI DALAM MERANGKA AGAMA MEREKA SENDIRI..HAKIKATNYA KRISTIANIS INI JUGA BERMASALAH DALAM MEMAHAMI DAN MENGHAYATI AGAMA MEREKA SENDIRI. JUSTERU PADA MASA PARA KRISTIANIS INI BERMASALAH DALAM MENTADABBUR AJARAN MEREKA..MEREKA SECARA SPONTAN MENUNTUT KESAMAAN DALAM MEMPERGUNAKAN TUHAN MENERUSI TUNTUTAN TERHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH..-HUJAH KERAS ..MAAF..

MASALAH INI PERLU DITELITI DALAM SEGENAP SUDUT SAMA ADA DARIPADA SISI PANDANGAN PARA MEDIA ANTARABANGSA,KALANGAN PADERI UTAMA,BLOK KEPIMPINAN POLITIK ANTARABANGSA KONSERVATIF MAHUPUN LIBERAL ,PARA CENDEKIAWAN DALAM PELBAGAI AGAMA MAHUPUN INDIVIDU BEBAS YANG TIDAK BERPIHAK…

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH INI TIDAK PERLU DIHUJAH SECARA EMOSI DENGAN MENJERIT DAN TERPEKIK-PEKIK DALAM NADA MARAH DI TENGAH PANAS YANG HENING…

CUKUP DENGAN SEKADAR MENDAPATKAN KETERANGAN BALAS DARIPADA PIHAK GEREJA..

ATAS DASAR APAKAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH INI DITUNTUT OLEH PIHAK PADERI. MENGAPA IA HANYA DITUNTUT DI MALAYSIA DAN BUKAN DI NEGARA-NEGARA LAIN…(MAAF JIKA TERSALAH INFO)…

ADAKAH TUNTUTAN INI MERUPAKAN TUNTUTAN YANG DIPERKENANKAN OLEH PIHAK VATICAN CITY DI ROM SELAKU PUSAT KRISTIAN UTAMA DUNIA..

MENGAPA TUNTUTAN INI MULA DILONTARKAN PADA MASA SEKITAR SELEPAS HAMPIR 3000 TAHUN BAGI USIA AGAMA KRISTIAN MULA WUJUD..

BUKANKAH IA SEPATUTNYA DISELESAIKAN PADA AWAL-AWAL AGAMA KRISTIAN DILAHIRKAN…SEMASA PERSIDANGAN NEYCIA DI ROM..(PADA PERISTIWA JESUS DIANGKAT SEBAGAI TUHAN)JIKA TERSALAH MAAF…

KAMI TIDAK MEMBUAT KENYATAAN INI ATAS KAPASITI UNTUK MENCEMARKAN AGAMA KRISTIAN YANG MULIA NAMUN DEMI MENGELAKKAN BERLAKU SEBARANG KONFRONTASI DARIPADA KALANGAN PENGANUT DUA BUAH AGAMA TERBESAR INI.

KAMI MEMOHON KEPADA PIHAK KRISTIAN AGAR MENELITI SEMULA TUNTUTAN INI DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK DAN TERJAMIN BAGI PENGANUT-PENGANUTNYA..SEMOGA PARA PADERI MAMPU MENGIKUT TELUNJUK TOKOH KRISTIAN YANG HEBAT SEPERTI MOTHER TERESA DAN JUGA KING RICHARD YANG MAMPU BERSAHABAT BAIK DENGAN SULTAN SALAHUDDIN AYYUBI..

JANGAN BERSIKAP TERBURU-BURU DALAM MENETAPKAN SATU PERKARA YANG BESAR KERANA KAMI AKAN MEMBERIKAN SEDIKIT GAMBARAN BURUK.. SEADANDAINYA PIHAK PADERI KETERLALUAN BERKERAS UNTUK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH INI,TIDAKKAH IA AKAN MENIMBULKAN SATU STIGMA NEGATIF YANG CUKUP BERPENGARUH TERHADAP MAJORITI PARA PENGIKUT KRISTIAN YANG SEMEMANGNYA TIDAK MENGHAYATI DENGAN BAIK TERHADAP AJARAN KRISTIAN ITU SENDIRI, MAJORITI PENGANUT AGAMA ISLAM JUGA DEMIKIAN,TANPA KAMI MENAFIKAN FAKTA INI ,BETAPA MENGAPAKAH NAMA TUHAN KRISTIAN ITU BOLEH BERUBAH DALAM KADAR MASA MENGIKUT PEREDARAN MASA..

ADAKAH AGAMA KRISTIAN INI LEMAH DARI SUDUT KEASLIAN DAN KEMURNIAANNYA….

KAMI SEKADAR MELONTARKAN PERSEPSI YANG KAMI SENDIRI BIMBANGI..KAMI BIMBANG MAJORITI KRISTIAN AKAN MENGUBAH AGAMA MEREKA SECARA BERAMAI-RAMAI KEPADA AGAMA LAIN KELAK..TIDAKKAH FENOMENA INI SATU VIRUS YANG PALING DITAKUTI OLEH PIHAK PADERI..

JUSTERU UNTUK MENGELAKKAN TIMBULNYA PERKARA YANG PALING DITAKUTI INI,KAMI MEMINTA SEKALI LAGI AGAR PARA PADERI MAMPU MENJAGA KEHARMONIAN DAN SENSITIVITI ASPEK AGAMA-AGAMA LAIN. TIDAK ISLAM SAHAJA..

KAMI MOHON KENYATAAN INI DIBUAT TANPA SEBARANG TAFSIRAN KHUSUS NEGATIF MAHUPUN BERNIAT JAHAT ATAU MAHU MERENDAHKAN-RENDAHKAN MARTABAT AGAMA KRISTIAN YANG UMUM MENGETAHUI BAHAWA KRISTIAN PERNAH MENJADI KUASA UTAMA DUNIA PADA MASA LEPAS BAHKAN SEHINGGA HARI INI…

SEKALI LAGI KAMI TIDAK BERMAKSUD MAHU MELONTARKAN PREJUDIS DAN KEBENCIAN NAMUN SEKADAR TEGURAN DAN PERINGATAN BAGI MEREKA YANG LUPA DAN SENGAJA TERLUPA BARANGKALI..

KAMI TIDAK BERIMPIAN UNTUK MELIHAT TERCETUSNYA KEMBALI PERANG SALIB KE-IV…

TIDAK SEKALI-KALI..

DARAH DAN KEBENCIAN HANYA MENGHANCURKAN MANUSIA..

ITU BUKAN SARANAN UTAMA BAGI KEDUA-DUA AGAMA..

KAMI PASTI BAHKAN SEANDAINYA JESUS BERADA BERSAMA-SAMA KITA PADA HARI INI,PASTINYA BAGINDA JUGA AKAN MENDAMAIKAN SEBARANG PERSENGKETAAN SESAMA MANUSIA…BEGITU JUGA IMPIAN DAN HARAPAN NABI KAMI YANG UTAMA,NABI MUHAMMAD S.A.W….

SEKADAR PENDIRIAN KAMI DAN KAMI OPTIMIS KALIAN JUGA BEGITU…

SEKIAN…

..

RAJA PERDAMAIAN…

SEKADAR CONTOH….

KENYATAAN RASMI DARI IBU PEJABAT NEGARA KOTA BAITULMAQDIS..

AN OFFICIAL PRESS STATEMENT FROM THE STATE CITY KINGDOM OF HEAVEN..

BERKENAAN ISU KALIMAH ALLAH…

Malangnya, isu itu hanya dijawab oleh ahli-ahli politik berdarjat tertentu dengan pendapat-pendapat yang hanya bertaraf ‘pendapat manusia’ dan bukan bertaraf ‘perintah dari Allah’. Isu itu gagal dijawab dengan mana-mana ayat al-Quran yang bertaraf ‘perintah Allah’. Sila tunjukkan satu ayat sebelum merelakan nama Allah digunapakai di gereja-gereja Nasrani. Hanya satu ayat, itu pun kalau ada.

Lagi malangnya, ahli-ahli politik itu tampil dengan pendapat yang bertaraf ‘pendapat manusia’ yang mengatakan Islam mementingkan bertolak ansur dalam agama, hanya itu sahaja pendapat bertaraf pendapat manusia yang ‘menjual’ atas nama ‘tolak ansur’ dalam Islam. Jika benar seperti yang diperkatakan dalam pendapat itu, sila tunjukkan satu ayat yang menunjukkan Allah bertolak ansur mengenai isu manusia mempersekutukan-Nya? Namun, yang didengar hanya masih pendapat bertaraf ‘pendapat manusia’ dan gagal tampil dengan ayat bertaraf ‘perintah’.

Allah tidak bertolak ansur dalam hal ehwal kaum kafir yang mempersekutukan-Nya. Allah dengan terang membentak tolak ansur itu sebagai menjawab pelawaan Bani Quraisy yang kafir kepada Nabi Muhammad yang mahu menyembah Allah selama setahun dan menyembah berhala selama setahun secara berselang seli, Allah tidak bertolak ansur dan secara terang berfirman “Bagi agama mu adalah agama mu, (dan) agama Ku adalah agama Ku.” Jelas, tiada tolak ansur dalam soal akidah.

Isu kalimah Allah di gereja suatu masa dulu itu adalah ujian kepada akidah umat Islam di negara ini. Ia persoalan akidah. Bukan mengenai “lantaklah”. Triniti adalah akidah Nasrani, manakala Tauhid dalam meng-Esa-kan Allah adalah akidah Islam. Allah tidak pernah berkompromi dalam soal akidah seperti Dia menjawab permintaan Bani Quraisy yang kafir. Tidak pernah dalam satu ayat pun.

Begitu juga dalam sekian banyak ayat dalam al-Quran yang mana Allah menegur supaya Nasrani dan Yahudi berhenti daripada mempersekutukan Dia. Sekali lagi ahli politik yang mengaku Islam perlu menjawab pertanyaan saya, tunjukkan satu ayat yang mana Allah membenarkan nama-Nya disekutukan dan satu lagi ayat yang membenarkan umat Islam redha nama-Nya disekutukan atas dasar tolak ansur dalam soal agama.

Al-Quran adalah pegangan kita, kitab yang kita peluk bersama iman kita. Tetapi dalam menjawab isu itu, kita juga harus berbalik kepada al-Quran. Tiada satu ayat pun dalam al-Quran yang membenarkan kafir mempersekutukan Allah dan tiada satu ayat pun yang membenarkan umat Islam redha nama Allah disekutukan. Kalau ayat itu memang ada, sila tunjukkan kepada saya.

Perintah Allah yang paling jelas dalam banyak ayat ialah mengenai perintah-Nya ke atas kita supaya meng-Esa-kan Dia. Perintah itu juga ditujukan kepada umat Nasrani dan Yahudi. Perintah itu untuk semua umat manusia. Jika perintah itu untuk seluruh isi alam mencakupi isi langit dan bumi, di mana letaknya tolak ansur dalam soal akidah? Tiada kompromi dalam perintah meng-Esa-kan Allah. Semua manusia termasuk dalam perintah itu, tidak yang berkecuali kerana Islam adalah akidah untuk umat akhir zaman.

Apabila terasa dungu seketika dalam memikirkan kejadian langit dan bumi, sila buka al-Quran. Apabila terasa dungu seketika dalam memikirkan soal masalah manusia, sila buka al-Quran. Apabila terasa dungu seketika dalam memikirkan kedudukan kita dalam meniti soal akidah, sila buka al-Quran.

Kenapa perlu meletakkan pendapat yang bertaraf ‘pendapat manusia’ melebihi dalil yang bertaraf ‘perintah Allah’? Di situ terletak kedunguan apabila meletakkan ‘pendapat bertaraf pendapat manusia’ melebihi ‘perintah Allah’. Kedunguan itu akan terus membiak apabila enggan kembali memperhalusi isi kandungan al-Quran, kedunguan akan terus menjadi degil seperti sarang kerang di bawah perut kapal yang sukar ditanggalkan apabila malas berfikir mengenai segala perintah-Nya.

Redha nama Allah disekutukan adalah sama seperti ingkar perintah Allah. Kenapa saya berkata seperti itu, cubalah berfikir sendiri dengan menggunakan akal yang telah Dia berikan secara percuma kepada kita semua.

--

Isu Lina Joy juga berkaitan prinsip dan kedudukan iman kita terhadap isu itu. Bukan mengenai “lantaklah” kalau Lina Joy mahu murtad. Isu ini juga gagal dijawab secara berprinsip dan gagal dijawab secara beriman.

Sebaliknya, wujud pihak-pihak berkepentingan politik tertentu yang tampil dengan pendapat yang hanya ‘bertaraf pendapat manusia biasa’ yang menuding jari terhadap Perlembagaan Negara yang dikatakan lemah dalam membela umat Islam.

Isu Lina Joy adalah ujian daripada Allah dalam salah satunya ialah menguji kedudukan iman dan prinsip kita terhadap isu itu sendiri. Ia bukan mengenai Perlembagaan Negara yang dikatakan lemah dalam menangani masalah murtad. Ia bukan mengenai Lina Joy dibenarkan murtad kerana Perlembagaan dikatakan lemah.

Ia adalah mengenai prinsip kita dan iman kita. Isu itu harus dipandang dengan iman dan prinsip kita. Mengapa mesti ada yang tampil dengan pendapat ‘bertaraf pendapat manusia’ lalu mengatakan ia adalah hak Lina Joy untuk murtad. Mengapa prinsip dan iman harus diletakkan sebaris dengan hak manusia untuk murtad?

Lalu, pemain-pemain dan pengikut-pengikut politik tertentu pun mengangguk dengan pendapat yang sama. Di mana iman dan prinsip kita terhadap isu itu? Sila tunjukkan satu ayat yang membenarkan umat Islam dihalalkan berdiri dengan prinsip hak manusia dalam menjawab perihal murtad. Adakah kita diberi hak oleh Allah untuk mengangguk dalam isu itu? Apabila gagal menjawab, Perlembagaan segera dipersalahkan kerana ia dilihat lemah dalam menangani isu murtad.

Seperti dikatakan sebelum ini, ia bukan mengenai “lantaklah”. Ia mengenai iman, akidah dan prinsip kita dalam berhadapan isu ini. Mungkin beberapa orang politik dan pengikut mereka boleh berdiri dan bergaya dengan menyalahkan Perlembagaan yang dilihat lemah dalam isu itu. Namun, adakah mampu berdiri bergaya di hadapan Allah apabila ditanya mengenai kedudukan kita dalam berhadapan isu itu?

Apa jawapan yang mahu diberikan apabila ditanya di hadapan Allah: “Mengapa meletakkan hak manusia melebihi perintah Allah?” “Mengapa meletakkan kelemahan atas orang lain atau perkara lain sedangkan prinsip dan iman kamu sedang berdiri di atas lantai yang lain pula?”

Andai umat Islam tidak sesat (gagal menunjukkan akhlak yang baik) seperti sekarang ini, isu murtad tidak akan timbul. Andai umat Islam tidak sesat (gagal mentaati perintah meng-Esa-kan Allah dalam apa keadaan sekalipun) seperti sekarang ini, isu kalimah Allah di gereja tidak akan timbul.

Andai umat Islam tidak sesat (gagal mengawal nafsu kemewahan) seperti sekarang ini, bencana rasuah dalam kalangan penjawat agensi kerajaan tidak akan berlaku. Andai umat Islam tidak sesat (gagal mencari ilmu) seperti sekarang ini, umat Islam pasti tidak akan mudah mengangguk apabila hak Allah dipijak-pijak.

Lihat di mana kita berdiri. Adakah tempat kita berdiri itu sama ‘tempat’-nya dengan akidah kita, prinsip kita dan iman kita? Adakah prinsip hak manusia mengikut perlembagaan itu lebih mulia daripada kedudukan prinsip kita meletakkan perintah Allah itu yang lebih tinggi? Adakah tolak ansur mengikut pendapat yang ‘bertaraf pendapat manusia’ itu lebih tinggi daripada perintah Allah? Adakah kepala yang mengangguk laju sehingga terpelanting akal itu lebih suci daripada kewarasan yang mengikut perintah Allah?

Jangan melatah tanpa sebab, saya hanya minta tunjukkan satu ayat al-Quran bagi menjawab setiap satu isu tersebut. Jangan melatah tanpa menunjukkan ayat-ayat tersebut. Jangan melatah seperti orang yang hilang adab sopan dalam berbahasa sehingga memaki hamun tanpa menunjukkan ayat-ayat yang saya minta ditunjukkan kepada saya.

--

Entah di mana silapnya, orang kita sangat suka memaki hamun apabila berbicara mengenai politik. Saya tidak bercakap mengenai politik kepartian dalam artikel ini. Saya hanya bercakap mengenai perintah Allah yang menegah nama-Nya disekutukan, saya bercakap mengenai prinsip dan iman kita dalam menjunjung perintah Allah, lalu saya selitkan isu-isu seperti isu kalimah Allah, isu Lina Joy supaya ditunjukkan satu ayat kepada saya.

Saya tidak suka dengan politik yang bertuhankan demokrasi machiaveli, saya tidak suka dengan sikap sesetengah orang PAS sekarang ini yang semakin longlai menjawab banyak isu, saya juga tidak suka dengan keangkuhan sesetengah orang UMNO, saya juga tidak suka dengan sikap dayus sesetengah orang PEKIDA yang lebih berani ‘mencekik’ leher sesama Melayu tetapi hanya mampu tertunduk apabila berhadapan orang bukan Melayu yang membuat tuntutan yang tidak masuk akal sehingga mengguris hati orang Islam di negara kita, saya tidak suka dengan sikap sesetengah orang PKR yang lebih suka mengelak daripada menjawab banyak isu secara realistik membabitkan isu Islam.

Saya tidak cakap yang saya tidak suka PAS, UMNO dan PKR secara total. Saya hanya berkata bahawa saya tidak suka dengan sesetengah daripada mereka. Juga jangan cepat melatah dalam memahami maksud ini.

Saya hanya mahu Islam diletakkan di tempat yang sepatutnya oleh umat-umatnya di negara ini, dalam isu ini pula saya tidak menyebut ‘sesetengah umat Islam’ tetapi saya maksudkan semua umat Islam di negara ini.

Allah, Tuhan sekalian alam. Kita diperintahkan untuk menyembah-Nya secara total dan perintah itu bukan eksklusif kepada orang Islam sahaja, tetapi perintah itu tertakluk kepada seluruh isi langit dan bumi serta makhluk-makluk yang digelar jin dan manusia.

Meng-Esa-kan Allah adalah perintah yang haq. Mempersekutukan Allah pula adalah perbuatan yang bathil. Mengatakan Allah itu disembah dalam bentuk triniti pula adalah satu fitnah yang sangat besar terhadap Allah dan rasul-Nya iaitu Isa anak Maryam, anak manusia dilahirkan tanpa bapa dengan izin Allah, Isa itu bukan anak Allah. Bukan.

Apabila wujud keadaan di mana umat Islam berkata “lantaklah” kalau nama Allah mahu disekutukan di gereja Nasrani, maka ia juga bermaksud sudah tiada jiwa jihad untuk menentang fitnah yang sangat besar itu. Tiada lagi roh jihad. Tiada lagi roh dalam diri yang mahu mentaati perintah Allah supaya tidak sesekali mempersekutukan Dia dalam apa keadaan sekalipun termasuk meredhakan nama dia disekutukan di gereja.

Di mana roh iman dan roh jihad itu wahai saudara-saudara semua? Di dalam gereja bersama Roh Kudus yang menjadi salah satu daripada akidah triniti kah?

Ingat, ingat dan terus ingat. Ingat bahawa Nasrani dan Yahudi juga Allah telah tegur dalam al-Quran kerana mempersekutukan Dia. Allah sendiri tidak membenarkan nama-Nya disekutukan dalam apa keadaan sekalipun. Kalau Allah sendiri tidak membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia, jadi apakah hak kita untuk membenarkan Nasrani dan Yahudi mempersekutukan Dia dengan hanya bersandarkan pendapat-pendapat manusia yang hanya ‘bertaraf pendapat manusia’ semata-mata? Apa hak kita untuk meredhakan atau membenarkan nama Allah disekutukan? Apa hak kita? Ingat, ingat dan terus ingat.

Jangan pernah lupa dengan isu ini walaupun ia sudah dianggap basi di kalangan pengikut politik yang bergantung hidup kepada isu-isu sensasi terkini.

--

Isu kalimah Allah dan isu Lina Joy telah berlangsung dalam periuk kecil bernama ‘politik demokrasi’ di Malaysia. Periuk kecil itu pula menjadi gelanggang para pemain politik dan pengikut mereka untuk memuntah keluarkan semua perintah Allah dalam roh diri mereka supaya menjadi kuah dalam periuk itu. Tanpa sedar, ada api di bawah periuk itu yang akan terus menyala sehingga semua yang berada dalam periuk itu musnah dan mendidih kerana berdiri di tempat yang tidak sepatutnya iaitu meletakkan perintah Allah menjadi lebih rendah daripada hak manusia dan hak tolak ansur dalam beragama.

Saya tidak ambil pusing kalau sesiapa bermain politik demokrasi kerana mahu menjadi ketua dalam kerajaan negara ini asalkan dia itu Islam dan menjunjung tinggi perintah-perintah Allah.

Andai ada puak-puak pengikut politik kanak-kanak atau zombi-zombi politik yang mahu memaki hamun blog ini disebabkan isi kandungan artikel ini yang menempelak sesetengah daripada kamu, saya juga tidak ambil pusing kerana matlamat saya bukan politik yang menjadi santapan harian sesetengah daripada kamu. Matlamat saya ialah umat Islam perlu menjunjung tinggi perintah Allah melebihi pendapat-pendapat yang ‘bertaraf pendapat manusia’.

Andai ada yang mahu memaki hamun seperti yang saya lihat dalam beberapa blog politik, saya hanya minta ditunjukkan ayat-ayat yang saya minta itu terlebih dahulu. Andai ada ayat-ayat itu dalam al-Quran, barulah kamu boleh memaki hamun saya.

Saya tidak benci PAS walaupun saya kecewa dengan sebilangan pemimpinnya, saya juga tidak benci UMNO walaupun kecewa melihat keangkuhan sebilangan daripada ahli-ahlinya, tetapi saya kecewa dengan kedua-dua UMNO dan PAS kerana mereka gagal menyelesaikan masalah perpecahan umat Islam di negara ini yang rata-ratanya ialah orang Melayu seperti saya. Bukan maksud saya UMNO perlu bergabung dengan PAS jika mahu jadi lebih kuat, tetapi kecewa kerana kedua-dua parti politik Melayu yang masing-masing dengan perangai buruk masing-masing itu gagal berbicara seperti orang cerdik dan matang dalam menyelesaikan masalah berkaitan Islam dan perpaduan umat Islam.

Ingat, ingat dan terus ingat. Allah juga memberi amaran supaya berwaspada dengan Yahudi dan Nasrani yang tidak akan pernah redha dengan umat Islam sehingga hari kiamat. Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha dengan kita umat Islam. Oleh itu, kenapa redha nama Allah disekutukan mereka sedangkan mereka itu tidak akan pernah meredhai kita?

Bagaimana kita mahu meningkatkan tahap kewaspadaan kita itu? Selesaikanlah masalah yang memecah belahkan umat Islam di negara ini gara-gara politik bodoh semua itu. Politik bodoh itu bukan hanya memijak-pijak perintah-Nya supaya bersatu sebagai saudara se-Islam, tetapi turut memusnahkan kewarasan umat Islam yang menjunjung politik menjadi lebih tinggi daripada segala perintah-Nya.

Fahami betul-betul isi kandungan artikel ini, ia bukan mengenai politik kanak-kanak. Ia mengenai perintah Allah yang sudah dipijak-pijak oleh umat Islam sendiri atas nama politik yang bodoh lagi dungu sehingga tidak lagi mengenali mana satu perintah Allah dan mana satu keghairahan nafsu politik undian.

Lihat semula di mana kita berdiri. Adakah kita berdiri di atas tempat yang diperintahkan-Nya atau di atas tempat yang salah. Lihatlah kepada setiap petunjuk yang telah Dia turunkan, kemudian berfikirlah dengan tenang. Jika pernah membenarkan kaum kafir mempersekutukan nama-Nya dengan berkata “lantaklah”, maka bertaubatlah kerana Allah sendiri tidak membenarkan nama-Nya disekutukan oleh mana-mana manusia.

Berhentilah daripada terus menjadi bodoh. Junjunglah tinggi-tinggi segala perintah-Nya.

Jangan sampai Allah membalas semua perbuatan sebilangan daripada kita yang berselaput fitnah dengan perkataan yang sama “Lantaklah kamu di neraka kerana merestui fitnah”.

- DRIFTER -

Nota dan makluman: DRIFTER adalah penulis undangan di blog ini dan artikel ini tidak berkepentingan politik yang melebihi agama Islam.

BERSAMBUNG....

Followers