Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Ahad, 26 Jun 2011

TSUNAMI CINTA

assalamualaikum...

maaf kerana artikel kali ini berlainan tajuk..sebuah kisah benar namun terpaksa dimetaforakan demi mengelakkan privasi dan gangguan terhadap si empunya diri..SEMOGA DI AMBIL IKTIBAR JIKA BERMANFAAT DAN JIKA TERDAPAT BANYAK KEBURUKAN.IA DARIPADA PELAKON DALAM NOVEL CINTA INI..

SEKIAN...

SELAMAT MEMBACA..

..................................................................

Tsunami cinta SANG BIDADARI BERMATA INDAH

Bismillahirrahmanirrahim

Bermula satu kisah cinta yang tidak diduga.Pertemuan yang tiada siapa merancang.Kisah seoranglelaki yang hanya mencari tujuan hidupnya sendiri. Lelaki yang tiada tahu kemana dituju matlamatnya. MENCARI DIRINYA SENDIRI…

Takdir telah menetapkan hatinyauntuk menawarkan dirinya selaku salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah mahad tahfiz yang sangat kecil . Meskipun kecil,ia memiliki misi dan visi yang sangat besar. Lelaki ini pada asalnya hanyalah seorang yang sangat pendiam dan kelihatan bengis.Dia tidak berminat untuk mendekati sesiapa.Segala tugasan kerja dilakukan denganbaik. Kehadiran lelaki ini,dilayan seperti biasa oleh rakan sekerja. Tiada yang yang istimewa.Berbual dan gelak ketawa seperti orang lain di mana jua tempat kerja.

Namun begitu,tanpa diduga,terdapat sepasang mata yang sangat indah rupa-rupanya gemar dan suka memandang lelaki ini daripada jauh. Si empunya mata ini gemar untuk mendekati setiap perkataan dan ungkapan yang keluardaripada si lelaki bengis. Daripada riak wajah dan tawanya,seolah-olah lelaki ini telah mencuri hatinya tanpa disedarinyasendiri.

Pada diri lelaki ini,tiada apa-apa yang pelik dan aneh pada asalnya. Dia hanya bekerja seperti biasa.Tugas tetap tugas.Sehinggalah pada satu pagi,dia mula merasakan sesuatu. Sesuatu yang mengusik hatinya tanpa sedar.Dia merasakan seperti kehilangan sesuatu. Seperti ada kegusaran di hatinya sendiri.Ada yang hilang? Apa yang membuatkandirinya gelisah secara tiba-tiba. Dia cuba memerhatikan suasana di sekeliling. Tiada apa-apa yang istimewa dan pelik.Lalu dilihatnya awan.Adakah hari seperti bakal hujan? Hatinya masih lagi resah dan gelisah.Kemudian dilihat wajah anak-anak muridnya.Tiada apa-apa.Semuanya kelihatan sihat dan ceria. Dia memandang pula ke arah seluruh tenaga pengajar yang ada.Rupa-rupanya ada seseorang yang kurang.Si lelaki memerhati. Rupa-rupanya si pemilik mata yang indah itu tiada di situ. Si lelaki kelihatan kaget. KAGET DAN TERKESIMA KERANA MENGAPA HATINYA KAGET DAN TERKESIMA. APAKAH YANG MULA MELANDA DIRINYA INI. DIA BERTANYA SENDIRI…

DIA BERTANYA..YA ALLAH TANDA APAKAH INI??

Kisah ini baru sahaja bermula. Si lelaki ini menganggap ia hanyalah permainan perasaan. Tiada apa-apa.Tiada yang istimewa.Bimbang jika dia melayani perasaan ini,akan menyebabkan prestasi kerjanya merudum dan merosot. Tidak beberapa lama kemudian selepas daripada peristiwa itu,berlaku pula peristiwa yang lebih menyebabkan si lelaki bengis ini bingung. Di saat tidur lenanya,dia termimpi si empunya sepasang mata yang indah. Di dalam mimpinya,dia melihat si pemilik mata yang indah, sedang tersenyum riang. Mimpi ini tidak berakhir di situ.Pernah terjadi satu mimpi yang sangat indah ,si lelaki bengis ini berjalan sambil memegang tangan si pemilik mata yang indah ini. Berjalan di bawah cahaya bulan yang terang benderang.Di sekitarnya tasik. Ceritera ini seakan-akan seluruh alam bertepuk dan bersorak tanda sebuah kebahagian yang sangat besar di sisi ALLAH TAALA AZZA WA JALLA.

Terbangunlah si lelaki bengis ini. YA ALLAH KENAPA MIMPI INI DATANG??

Perasaan yang asalnya keliru dan bingung kini kian bertambah runsing. Mimpinya terhadap si empunya mata yang indah itu mula semakin banyak.Sehinggalah detik satu mimpi yang tidak mungkin dilupanya.Dia bermimpi bersanding dengan si pemilik sepasang mata yang indah. ARGHHHH..BENTAK KERAS SI LELAKI BENGIS.“Aku mesti lakukan sesuatu”.Getus hatinya sendiri.

Lalu dia mulakan usaha drastik.Bertanyalah dia kepada salah seorang rakan kepada si empunya sepasang mata yang indah. Adakah si dia telah berkahwin dan berpunya ? Dan Alhamdulillah,jawapannya, dia masih lagi perawan yang baik lagi solehah. Bunga-bunga perasaan gembira mula terbit di hati lelaki bengis ini.

Lelaki bengis ini tidak pandai dan bijaksana dalam berbicara dengan kaum hawa.Sepanjang perjalanan hidupnya,dia tidak pernah berbicara dengan wanita yang bukan mahramnya melainkan dengan tujuan yang jelas dan tegas seperti urusan pelajaran dan urusan muamalat. Selain itu tiada.Kali pertama dia dilanda keresahan jiwa kerana seorang wanita.Kemudian dengan iltizam dan tawakalnya.Dia menulis sepucuk surat cinta sekaligus surat lamaran untuk disunting si pemilik sepasang mata yang indah untukmenjadi isterinya. Surat yang ditulis dengan sebaik dan seindah bahasa. Sepertimana seorang wanita itu sangat cintakan akan keindahan maka seperti itulah dia dilayan sebaiknya. Pastinya dengan adab dan penuh kesopanan.

Selepas sahaja menerima surat berkenaan. Wajahnya si pemilik sepasang mata yang indah berubah. Seperti seorang wanita yang perasaannya seakan dilambung ombak kegembiraan.Lelaki yang selama ini menjadi perhatiannya,mula menaruh perasaan dan hati pada dirinya. MENJADI DIA SEPERTI SEBAHAGIA-BAHAGIA WANITA.WANITA YANG PALING BERTUAH.Namun di sebalik keriangan itu, keresahan timbul kerana dia masih lagi seorang yang sangat muda. Masih lagi meniti usia anak-anak yang baru bertatih di alam dunia. Mampukah dia memegang amanah sebagai seorang isteri? Dia agak gusar dalam membuat keputusan dalam hidupnya.Mungkin sahaja patut dia menolak lamaran si lelaki bengis ini.

Keadaan si lelaki bengis agak berlainan dan kritikal. Dia mengharap ada berita gembira dari si pemilik sepasang mata yang indah.HARAPANNYA AGAR DIA MAMPU MENJADI DIRINYA SENDIRI TATKALA DIA MELAFAZ AKAD. MAMPU DIA BERTINDAK LEBIH JAUH DEMI MEMBINA TAMADUN MANUSIA YANG BARU. BERNIKAH BUKAN DEMI DIRINYA SEMATA.TETAPI MEMPERTEGUHKAN SYARIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. MEMPERBETULKAN SEMULA BIDA’AH YANG KETARA DI LAPANGAN PERNIKAHAN.DIA SEAKAN-AKAN TIDAK SABAR.TERGESA-GESA DALAM TINDAKAN.

Lelaki bengis ini tidak memahami adab dan norma kehidupan manusia normal, mula melakukan tindakan gila. Dilamar dengan tergesa-gesa terhadap si empunya mata yang indah ini.Dan seperti dijangka.Tindakan gila ini telah pasti ditolak dengan cara gila. Kini kisah tsunami cinta ini mula memasuki fasa kronik. Si empunya sepasang mata yang indah ,yang pada asalnya kelihatan jatuh cinta dengan lelaki bengis,mula menjauhkan dirinya. Dia mula melaram dan menghias dirinya sehinggalah dirinya kelihatan sangat MAHAL,EKSKLUSIF DAN SANGAT JELITA. SEAKAN-AKAN BUNYI ISYARAT YANG INGIN DIHANTAR,”KAMU SIAPA DAN AKU PULA SIAPA “?? AKU INI JELITA DAN KAMU ITU BENGIS.!!

SI LELAKI BENGIS TIDAK BERPUTUS ASA. KERANA EGONYA MULA TERCABAR. SALAH. BUKAN EGONYA TECABAR. TETAPI IMANNYA TERCABAR. IMANNYA KEPADA ALLAH DAN RASUL MULA TERCABAR.

Seperti dijangka ,keadaan di pejabat agak tegang dan keras. Seperti berlaku keributan emosi manusia yang tidak ada arah.Kini mata dan pandangan si empunyamata yang indah berubah.MENJADI SEPASANG MATA YANG KELIHATAN SEPERTI SEBILAH PEDANG YANG MAHU MENUSUK KE JANTUNG.Dia memerhatikan apakah kelebihan yang kehebatan yang ada pada si lelaki bengis.Setakat ini lelaki ini biasa sahaja pada matanya.

NAMUN KEADAAN PERASAAN SI LELAKI BENGIS MULA GUNDAH DAN SAKIT YANG TERAMAT SANGAT. KESAKITAN YANG TIDAK PERNAH DIRASANYA. SAKIT SEPERTI DILANDA TSUNAMI. SAKIT YANG SEHINGGAKAN MERENTAP JANTUNG DAN HATINYA. SAKIT KERANA DIA MENDAPAT KHABAR BERITA BAHAWA,SI EMPUNYA SEPASANG MATA YANG INDAH BAKAL BERPINDAH DARI TEMPAT DI MANA DIA MENABUR BAKTI.

APAKAH SANGGUP DIA MELIHAT SI EMPUNYA SEPASANG MATA YANG INDAH INI AKAN HILANG DARI PANDANGAN? HILANG DARI RADAR PENGESANNYA. DIA TERMENUNG DAN ISTIGHFAR SEJENAK. APA YANG HARUS DILAKUKANNYA ? DALAM MASA HATINYA KIAN REMUK DAN BERGONCANG.SEOLAH-OLAH DUNIA SEPERTI AKAN KIAMAT DALAM MASA BEBERAPA SAAT KELAK.

Si lelaki bengis kini nekad.Dia harus melakukan sesuatu.Lalu diaturnya satu pertemuan ringkas di surau.Satu pertemuan untuk menyatakan hasrat secara jelas.Setelah beberapa patah kata dan bual bicara,akhirnya kenyataan yang keluar dari mulut si pemilik sepasang mata yang indah,’’Maaf saya tidak bersedia untuk berumah tangga lagi”.Pertemuan yang sangat ringkas.Sekadar beberapa minit.Tidaklah sepertimana pasangan jiwang di luarsana yang sanggup bertemu sehingga beberapa jam.Terjadi satu peristiwa semasa pertemuan itu.Peristiwa yang tidak mungkin selama-lamanya oleh si lelaki bengis.Padawaktu matanya bertentang tepat kearah mata si mata yang indah, dia MERASAKAN SATU PERASAAAN YANG CUKUP TENANG,BAHAGIA,SELAMAT,SEJAHTERA,AMAN,DAMAI,SERONOK,PUAS,CINTA,SELESA DAN BANYAK LAGI PERASAAN YANG TIDAK MAMPU UNTUK DINUKILKAN. DIA TERKEJUT AKIBAT DI SERANG GETARAN PERASAAN YANG SEDEMIKIAN DAHSYAT.

YA ALLAH….SERANGAN APAKAH INI..TANDA APAKAH INI…TOLONG AKU ..HAMBA YANG LEMAH INI..WAHAI TUHAN SEKALIAN ALAM…..

Si lelaki bengis seakan-akan tiada ruang untuk menonjolkan kelebihan dan kekuatan dirinya. DENGAN BANTUAN ALLAH DAN IZIN ALLAH,SATU LAWATAN KE NEGERI SERAMBI MEKAH TELAH DIANJURKAN OLEH PIHAK SEKOLAH. DAN SI LELAKI BENGIS DIBERIKAN TUGASAN SELAKU PENGARAH PROGRAM. PELUANG DAN BANTUAN YANG DIBERIKAN ALLAH,JANGAN SESEKALI DISIA-SIAKAN.

RANGKA KERJA SERTA STRUKTUR PERJALANAN AKTIVITI PROGRAM BAGI TUJUAN LAWATAN TELAH DISIAPKAN. SEGALA-GALANYA LANCAR. SI LELAKI BENGIS MULA MENONJOLKAN KELEBIHAN DAN KEKUATAN DIRINYA SENDIRI. DIRINYA YANG SELAMA INI KELIHATAN KOSONG DAN TIADA APA-APA MULA MENYERLAH.

Tibalah saat semasa program lawatan berjalan. Melawat Tuan Guru Nik Aziz, Muzium Negeri Kelantan serta beberapa tempat di sekitar.

Pada hari kedua lawatan, Diadakan sesi diskusi ilmiah di antara pihak sekolah dengan pihak mahad Negeri Kelantan. DENGAN KEBIJAKAN DALAM BERHUJAH,KEPANDAIAN DALAM MENGURUS IDEA DAN TANGGAPAN,MENUKAR HALA DIALOG DAN KEPETAHAN DALAM BERHUJAH,kini lelaki bengis MENGUCAPKAN SETINGGI PUJIAN BAGI ALLAH YANG MEMBERIKAN KELEBIHAN INI PADA DIRINYA.

DIA HANYA MENGUCAPKAN SYUKOR KERANA KERANA DIBERIKAN RUANG PADA DIRINYA UNTUK MENONJOLKAN KELEBIHAN DIRINYA YANG DISANGKA OLEH SANG BIDADARI BERMATA INDAH,SEAKAN-AKAN TIN KOSONG YANG TIADA BERNILAI.

KINI TERGAMAMLAH SANG BIDADARI YANG MERASAKAN DIRINYA JELITA DAN HEBAT. DIA MULA MENGAKUI..LEMAHNYA AKU NI YA ALLAH…..

NAMUN DI HATI KAMI..

HANYA ENGKAU YANG KAMI SEMBAH DAN KAMI AGUNG-AGUNGKAN SELAMANYA..

Di sepanjang perjalanan program lawatan,si lelaki bengis dengan ego dan bongkak,mula menyatakan mesej kepada si pemilik sepasang mata yang indah. “AKU LEBIH HEBAT DARI KAMU.KAMU SIAPA DAN AKU SIAPA”.Kemudian si lelaki bengis terdengar satu ungkapan si pemilik sepasang mata yang indah.Ungkapan itu diluahkan kepada sahabatnya…..

USTAZAH,SAYA DAH JATUH HATI….

BUKAN JATUH TANGGA…

Luah hati si pemilik sepasang mata yang indah..

Walaupun si lelaki bengis telah berjaya menambat hati si pemilik sepasang mata yang indah namun dia gagal menyekat usaha si pemilik sepasang mata yang indah untuk mencapai hasrat dan cita-cita peribadi.MENYELAMAT SERAMAI MUNGKIN NYAWA YANG ADA. MENGGEMBIRAKAN SERAMAI MUNGKIN ORANG YANG ADA. MENYEKA AIR MATA YANG MENGALIR. MEMBERI BANTUAN SERTA KHIDMAT DEMI TIDAK MAHU MELIHAT KESENGSARAAN DAN KEPEDIHAN YANG ADA DI SEKELILINGNYA. DIA MAHU BERBAKTI DI LAPANGAN YANG DIA MERASAKAN TAKDIRNYA BERADA DI SITU. BUKAN TAKDIR PASANGAN TETAPI TAKDIR IMPIANNYA.

SI PEMILIK SEPASANG MATA YANG INDAH TELAH MENCAPAI HASRAT DAN HAJAT NAMUN SI LELAKI YANG BENGIS BERLAINAN PULA KISAHNYA. PERASAANNYA TERGANGGU . REMUK,HANCUR,PUNAH,DERITA,SAKIT,PEDIH,KECEWA,PILU,MARAH DAN PUTUS ASA. SEGALA BERCAMPUR ADUK. SELURUH PRODUKTIVITI KERJAYANYA MEROSOT SERTA MERTA. DIRINYA KINI HILANG ARAH DAN TUJUAN. TIDAK TAHU KE MANA MAHU MELANGKAH.KECEWA YANG TERAMAT SANGAT.

DIA TERPAKSA MELAKUKAN TINDAKAN LUAR BIASA DEMI MEMASTIKAN JIWA TERUS KUAT.DIHANTAR SURAT CINTA SI PEMILIK SEPASANG MATA YANG INDAH. DIA TIDAK MAHU JIWANYA SENDIRI HANCUR. SAAT DIHANTAR SURAT KEPADA SI PEMILIK SEPASANG MATA YANG INDAH,JIWA SEMAKIN KUAT DAN KUAT. TERUS MENURUS BERTAMBAH KUAT. SEGALA PUJI BAGI ALLAH.

HARAPAN DIA AGAR PADA SATU HARI NANTI,LAMARAN PASTINYA AKAN DITERIMA DENGAN HATI YANG TENANG DAN TERBUKA OLEH SI PEMILIK SEPASANG MATA YANG INDAH. DAN ITULAH DOANYA SENTIASA. PADA DIA SI PEMILIK SEPASANG MATA YANG INDAH INILAH NAMA JODOHNYA YANG TELAH TERTULIS DI LAUH MAHFUZ. DI ALAM ROH SATU KETIKA DAHULU.

SEMOGA KISAH CINTA INI AKAN BERAKHIR DENGAN KEBAHAGIAN…

SEBAGAIMANA BAHAGIANYA KATE MIDDLETON DENGAN PUTERA WILIIAM

BEGITU JUGALAH HARAPANNYA SI LELAKI BENGIS TERHADAP SI PEMILIK SEPASANG MATA YANG INDAH..

"SESUNGGUHNYA AKU TIDAK PERNAH MENZALIMI HAMBA-HAMBAKU"..

WALAU SESAAT SEKALIPUN…

YA ALLAH .HANYA ENGKAU KAMI BERSERAH DAN ENGKAULAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN……

Followers