Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Ahad, 12 Jun 2011

MODEL BAITUL MUSLIM

MODEL PERKAHWINAN BARU





NEW MARRIED PLAN



PEMBONGKARAN...IMBASAN KEMBALI ARTIKEL PADA MASA LEPAS..PADA MASA


HORMON ADRENALIN KAMI MENINGKAT SECARA MENGGILA...



MODEL PERKAHWINAN BARU...

Keadaan masyarakat yang parah terutamanya dalam institusi kekeluargaan cukup menggusarkan pada hari ini. Kes penceraian meningkat saban tahun, sehinggakan pada hari ini masih tiada penyelesaian yang konklusif dan konstruktif,berjaya dirumuskan dan diterjemahkan di dalam institusi ini. Di mana silapnya ?

Di sini,pihak muslimdairyz ,cuba untuk membawa satu gimik baru dalam masyarakat,membawa idea gila dan ekstrem,berkenaan penstrukturan dan reformasi yang perlu dilakukan dalam sektor perkahwinan,sebelum ia membawa kepada perubahan di dalam institusi keluarga. Berdasarkan penemuan kami,di antara punca yang membawa kepada runtuhnya institusi perkahwinan adalah HILANGNYA BARAKAH DI DALAM INSTITUSI PERKAHWINAN . Punca kepada hilangnya barakah ini adalah BUDAYA HANTARAN YANG KETERLALUAN TINGGI DAN WALIMATUL URUS YANG TERLAMPAU MEWAH.

Kedua-dua budaya ini telah menjadi virus yang membarah,sehinggakan ia menjadi kebiasaan dan budaya hidup masyarakat materialistik, seperti yang kita lihat pada hari ini. Kebanyakan keluarga yang ingin mendirikan masjid ,akan mengenakan hantaran sehingga belasan ribu dan ternyata jumlah yang keterlaluan itu ,menjadi beban buat bakal pengantin lelaki. Adakalanya keadaan ini mengheret bakal pengantin lelaki untuk melakukan pinjaman bank hanya semata-mata untuk dijadikan wang hantaran. MELAKUKAN PINJAMAN BANK HANYA SEMATA-MATA UNTUK DIJADIKAN WANG HANTARAN.
Cukup tragik dan menyedihkan.

Kesedihan ini ditambahkan terukkan pula dengan perbelanjaan Walimatul Urus yang mewah dan tinggi. Berbelanja puluhan ribu hanya semata-mata untuk memenuhkan isi perut para tetamu. Tidak salah meraikan para tetamu dan mewar-warkan perkahwinan,sebagaimana sunnah yang telah termaktub di dalam ibadat Walimatul Urus NAMUN BATAS DAN ADAB PERLU DIJAGA DAN DIPELIHARA.



Mengambil ibrah rentetan daripada betapa kronik dan kritikalnya virus yang wujud di dalam sektor perkahwinan ini,kami pihak muslimdairyz cuba mengetengahkan idea gila dan ekstrem ,membawa gimik yang mengejutkan, dengan menggunakan asas bahawasanya pada pandangan kami,setelah meneliti pelbagai aspek maka kami ingin mengisytiharkan bahawa BUDAYA HANTARAN YANG TINGGI DAN WALIMATUL URUS YANG MELAMPAU INI adalah BUDAYA YANG HARAM,FASAD,FAHSYA’,MUNGKAR DAN MEMUDARATKAN. HAL INI TERPAKSA KAMI KETENGAHKAN DEMI TIDAK MAHU MELIHAT KESILAPAN INI TERUS BERULANG. Jika diteliti secara telus ,hantaran adalah perkara lama yang wujud di dalam masyarakat, yang tiada kaitan dengan agama. Mengapa budaya ini perlu diteruskan sedangkan ianya sangat menyusahkan dan merumitkan pasangan lelaki. Bukankah melakukan perkara baru di dalam beragama itu adalah BIDA’AH. MENGAPA TIDAK DIFATWAKAN SESAT DAN BATHIL. Bertaubatlah wahai Anak Adam!
Melalui hujah di atas,kami tampil dengan membawa idea kami tersendiri. MEWUJUDKAN PERKAHWINAN YANG PALING MURAH ,MUDAH,RINGKAS,MENJIMATKAN DAN DIJAMIN MERIAH INSYA’ALLAH. Memegang kembali amanah Rasulullah s.a.w. bahawa mahar yang paling rendah adalah yang paling barakah serta Walimatul Urus yang tidak membazir dan melampau. Namun melalui pemerhatian yang telah di buat,hampir seluruh isi rumah penduduk di Malaysia ,dijangkiti penyakit kencing manis,sakit jantung,diabetes dan obesiti. Penyakit yang berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak terkawal. Justeru walimatul Urus adalah budaya yang tidak perlu dan wajib diadakan mengambil kira kadar pengambilan makanan yang terlalu berat dan berjalan secara kerap. Boleh dikatakan hampir setiap minggu pasti akan ada majlis kenduri,atau apa sahaja upacara makan. Tidak kira apa jua majlis sekalipun. Lantaran itu di manakah keperluan untuk mengangkat budaya makan ini sebagai budaya utama di dalam Majlis Pernikahan. Ubahkan isi kandungan majlis perkahwinan dengan pengisian rohani. Fizikal kita terlalu kenyang manakala roh kita pula dibiarkan kurus,tidak bermaya. Keadaan ini perlu diperbetulkan semula.



SEBENARNYA IDEA INI TIDAKLAH GILA JIKA DITELITI DAN DIFAHAMI DENGAN TENANG DAN TERBUKA
JIKA ADA MANA-MANA PIHAK BERMINAT UNTUK MELAKSANAKAN IDEA INI. KAMI BOLEH TAWARKAN MAJLIS PERKAHWINAN BERKENAAN SEBAGAI PAKEJ ISTIMEWA TERUTAMA KEPADA PASANGAN YANG TIDAK MEMILIKI KERJAYA TETAP DAN SUMBER PENDAPATAN YANG STABIL .
SELAIN ITU,KAMI SANGAT BERHARAP AGAR PAKEJ PERKAHWINAN JENIS MURAH DAN RINGKAS INI BOLEH DILAKSANAKAN OLEH PIHAK JABATAN AGAMA,PIHAK-PIHAK KORPORAT YANG MAHU MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL,PIHAK KONSULTAN-KONSULTAN,,JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT,PIHAK TENTERA,PIHAK POLIS,PARTI POLITIK.
KAMI MENCADANGKAN SATU LAGI IDEA IAITU,PERLU DAN WAJAR AGAR KHIDMAT MENCARI JODOH DIKEMASKINI DAN DIPERBAHARUI. DALAM KONTEKS MASALAH PENCERAIAN YANG BERLAKU SECARA MENDADAK ,SENARIO YANG BERLAKU KONTEMPORARI,. ANTARA PUNCA UTAMA ADALAH KERANA .....
BUDAYA BERCINTA SEBELUM KAHWIN..
BUDAYA INI TELAH MENJERUT DAN MENCIPTA SUATU TOKSID YANG MENABRAKKAN BARAKAH DALAM INSTITUSI PERKAHWINAN. GEJALA IKHTILAT ,SEPERTIMANA UMUM SEDIA MAKLUM ,SECARA EKSTREM TELAH MEMBUATKAN REZEKI,BARAKAH,MAWADDAH DAN MAHABBAAH YANG SEPATUTNYA DILAHIRKAN SELEPAS PROSES PERKAHWINAN ITU ,TELAH DIJAHANAMKAN TATKALA PERKAHWINAN ITU BERLANGSUNG.



JIKA DI DALAM HADITH,APABILA DUA PASANGAN ITU BERNIKAH MAKA BERTEMPIARANLAH SYAITAN BERLARI MENINGGALKAN PASANGAN ATAU MEMPELAI ITU. NAMUN DEKAD INI,SEMAKIN BANYAK MAJLIS PERKAHWINAN,SEMAKIN BERPESTA DAN BERJOM HEBOH,KALANGAN SYAITAN TERLAKNAT INI. MEREKA BERSORAK ,BERGEMBIRA KERANA PASANGAN PENGANTIN ATAU MEMPELAI YANG SEMEMANGNYA BERKAHWIN DALAM KEADAAN JAHIL,DINIKAH OLEH WALI YANG MENCARI UNTUNG DUNIA,BAPA YANG TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI WALI BAHKAN BOLEH DIMASUKKAN SEBAGAI GOLONGAN FASIK KERANA AMALAN DAN SIKAP YANG TERNYATA GAGAL DALAM MENJADIKAN DIRINYA SELAKU KETUA SEBUAH KELURGA KAYA DAN BERJAYA DI SISI ALLAH DAN RASUL.





MAJORITI SERTA KEBANYAKAN PROSES KE ARAH PERKAHWINAN ITU SENDIRI TELAH TERCEMAR DENGAN PELBAGAI SIKAP,BUDAYA SERTA GEJALA YANG MEROSAKKAN DAN BUSUK.. SEBAGAI CONTOH,BERAPA RAMAI PENGANTIN LELAKI YANG MELAMAR PENGANTIN PEREMPUAN DENGAN DIRINYA SENDIRI. BUKAN MELALUI PERANTARA. BUKAN MENGHANTAR SAHABAT ATAU IBU BAPA SELAKU KETUA ROMBONGAN PEMINANGAN.





BERIKUT MERUPAKAN SISI JAHIL.IYYAH YANG MASIH LAGI BERJALAN DALAM MAJLIS PERKAHWINAN HARI INI.
BUDAYA WANG HANTARAN YANG MASIH LAGI BERJALAN..(BOLEH JADI MAKRUH DAN HARAM APABILA IA TERLALU MEMBEBANKAN)
BUDAYA BERMEWAH-MEWAH SEMASA MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN..
TIDAK MENGHORMATI WAKTU SOLAT
BANYAK PERBICARAAAN YANG MELALAIKAN SEMASA MAJLIS
BERLAKU BUDAYA MELARAM SECARA JAHILIYYAH DAN KETERLALUAN DI KALANGAN TETAMU MAHUPUN PENGANTIN..
BUDAYA NYANYIAN SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG..
BUDAYA MEMBAZIR ,SEBELUM,SEMASA ATAU SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN ITU BERJALAN..





SAMA ADA KOS UNTUK BAJU PENGANTIN,KOS MAKANAN,KOS UPAH PELAYAN,KOS UPAH DJ,KOS SEWA DEWAN..
MEMBAZIR MASA DAN TENAGA..YANG SEPATUTNYA BOLEH DILAKSANAK PADA MASA DAN KEADAAN YANG MEMBERI MANFAAT.





HUJAH DAN PENJELASAN BERKENAAN HARTA DAN ILMU YANG BERMANFAAT....
TERDAPAT RAMAI DI KALANGAN SALAF YANG TELAH MEMBICARAKAN ILMU DAN HARTA YANG BERMANFAAT DALAM RENTAK DAN KONSEP YANG PELBAGAI. PADA KAMI SENDIRI,SITUASI INI MEMPERLIHATKAN KEPADA NATIJAH ATAU IMPAK SECARA OPTIMUM TERHADAP KEHIDUPAN MASYARAKAT UMUM SAMA ADA DALAM PELBAGAI SEKTOR DAN KERJAYA.
HARTA MEMBAWA ERTI KEPADA MILIKAN SESEORANG INDIVIDU,KOMUNITI DAN ORGANISASI YANG DIGUNAPAKAI SEBAGAI ALAT UNTUK MEMBANTU ENTITI MEMPERJALANKAN FUNGSI,HAK DAN TANGGUNGJAWABNYA SAMA ADA DALAM BENTUK MODAL PERNIAGAAN, PERBELANJAAN,ZAKAT ATAU SEDEKAH. HARTA YANG KAMI PERJELASKAN DI SINI ADALAH BERKENAAN HARTA DALAM BENTUK MATERIAL. PROPERTIES..




JIKA KONSEP INI DITERIMA PAKAI MAKA SEMAKIN BESAR HARTA BERKENAAN MAKA SEMAKIN BANYAK KEGUNAAN,HAK DAN TANGGUNGJAWAB YANG MESTI DIPERJALANKAN.





NILAI INI DISANDARKAN KEPADA BERAPA NILAI SESUATU HARTA ITU. RM 1 DAN RM 1 JUTA..NILAI MANA YANG PALING BERMANFAAT. LETAKKAN DAHULU PERMASALAHAN SUMBER. DAN SEGI PENGURUSANNYA. KITA MEMANDANG ISI DAN KEGUNAANNYA TERLEBIH DAHULU. PERKARA KEDUA,KITA MELIHAT SUMBER IA DIPEROLEHI. DARI JALAN MANA IA DIAMBIL. SEJURUS KEMUDIAN,BARULAH PERMASALAHAN BERKENAAN TADBIR URUS AKAN DILIHAT DAN DITELITI SECARA BERTANGGUNGJAWB DAN IDEALISTIK. PENUH DENGAN KEBIJAKSANAAN.
SEBAGAI KESIMPULAN,HARTA YANG BERMANFAAT ITU TERKANDUNG KEPADA BEBERAPA KOMPOSISI PENTING IAITU JUMLAH HARTA,SUMBER PEROLEHAN,KEPENGGUNAAN HARTA BERKENAAN DAN TADBIR URUS PENGURUSAN HARTA TERSEBUT. BARULAH ISITILAH KEMANFAATAN SESUATU HARTA ITU BOLEH DINILAI...





ILMU YANG BERMANFAAT PULA MENCAKUPI SETIAP MAKLUMAT,TINDAKAN ATAU PENGALAMAN-KAJIAN,PEMIKIRAN,PEMBACAAN,PENGETAHUAN,PEMBELAJARAN YANG MEMBAWA SESEORANG ITU MAMPU UNTUK MENJAGA SERTA MEMELIHARA DIRINYA SENANTIASA BERADA DI BAWAH PENGAWASAN YAKNI PERINTAH ALLAH SERTA BERDIRI DI ATAS SUNNAH PARA NABI DAN RASUL SERTA DI KALANGAN ORANG SOLEHIN ,LANTARAN ITU PULA IA MAMPU,BOLEH ,BERCITA-CITA,BERKEHENDAK,BERMATLAMAT, PULA MEMBAWA SERAMAI MUNGKIN ORANG DI SEKITARNYA UNTUK MEMELIHARA DAN MENGAWASI DIRI MEREKA SENDIRI SEBAGAI MANA DIA MENJAGA DIRINYA SENDIRI.
NOKTAH....





SEPERTI BIASA ILMU DAN HARTA BERMANFAAT INI ,TIADA MENUNTUT IMBALAN DAN BAYARAN DARI MANUSIA.HANYA MENGHARAP REDHA ALLAH SEMATA-MATA. DEMI ALLAH SEMATA-MATA..





BAGAIMANA PULA DENGAN SUMBER PENDAPATAN..





CARI SAHAJA DI BIDANG PEKERJAAN YANG HALAL SECARA JELAS DAN TEGAS,TIADA UNSUR SYUBHAT SAMA ADA KERAGUAN YANG TERDETIK DI ATAS HATI SENDIRI MAHUPUN BERDASARKAN KETETAPAN MAJLIS FATWA SEMASA,
CARILA SUMBER PENDAPATAN DI ATAS TUJUAN DEMI MEMENUHI KEPERLUAN KEHIDUPAN SEMASA,BERDASARKAN RENTAK DAN SENARIO ZAMAN BERKENAAN.. JIKA 10 TAHUN DAHULU,HP BUKAN LAGI KEPERLUAN. IA KEHENDAK NAMUN PADA MASA KINI,IA BERUBAH MENJADI KEPERLUAN. BEGITU JUGA KENDERAAN. JIKA DAHULU KENDERAAN AWAM ADALAH ALTERNATIF UTAMA NAMUN PADA MASA KINI,KENDERAAN PERSENDIRIAN MENJADI KEPERLUAN....
SKOP BERKENAAN KEHENDAK DAN KEPERLUAN MASYARAKAT SEMASA INI MESTI DIPERINCIKAN OLEH PAKAR DAN PARA PEMIMPIN YANG BESTARI DAN BERKALIBER. JANGAN MEMBIARKAN MASYARAKAT UMUM YANG MENETAPKAN APAKAH KEHENDAK MEREKA SENDIRI. DI SINILAH PERLUNYA PERANAN PARA PEMIKIR,FUQAHA,ULAMA UNTUK DUDUK SEMEJA DAN MENCARI APAKAH PENYELESAIAN UTAMA BAGI SETIAP PERMASALAHAN YANG WUJUD TERUTAMA APABILA MELIBATKAN DASAR KEPENDUDUKAN NEGARA,PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN INFRASTRUKTUR, FIZIKAL DASAR-DASAR AKADEMIK DAN EKONOMI,DASAR-DASAR SOSIAL-SAMA ADA MELIBATKAN HAL EHWAL KELUARGA,GENDER,BELIA,KANAK-KANAK DAN GOLONGAN TUA,DASAR BUDAYA DAN AGAMA.



GOLONGAN YANG PALING DITAKUTI SYAITAN ADALAH..



IMAM MUDA..SALAH



PARA NABI DAN RASUL..



PARA SOLEHIN..SYUHADA..



ORANG YANG MENGINFAKKAN HARTA DI JALAN ALLAH SECARA SEMBUNYI...



ORANG YANG MEMELIHARA ,MENJAGA,MEMANTAU,BERDISIPLIN ,KOMITMEN


DALAM IBADAT,



ORANG YANG MEMILIKI KEMULIAAN YANG BESAR DI SISI ALLAH SEPERTI WALI ALLAH..



ORANG YANG TERLALU YAKIN DAN PERCAYA PADA ALLAH ,MALAIKAT, RASUL,HARI


KIAMAT DAN AL-QURAN,



ORANG YANG TIDAK MEMIKIRKAN KENIKMATAN DUNIA SEBAGAI KEMUNCAK KEHIDUPAN..



ORANG YANG SENANTIASA BERJUANG SEPANJANG HAYAT DEMI AGAMA ALLAH..



ORANG YANG TERLALU MERENDAH DIRI DI HADAPAN ALLAH SW.T



ORANG YANG TERLALU MENINGGI DIRI DI HADAPAN ALLAH..



-TAFSIRAN ORANG BERJALAN NIATNYA KERANA ALLAH,TUJUANNYA KERANA ALLAH DAN MELANGKAH DEMI ALLAH..INILAH ORANG YANG MENINGGI DIRI DI DEPAN ALLAH...



ORANG YANG PALING DIGEMARI DAN DISUKAI SYAITAN..



TERLALU YAKIN PADA DIRI DI ATAS KELEBIHAN DUNIA YANG DIMILIKINYA.



ORANG YANG LUPA PADA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN ALLAH SAMA ADA KELEBIHAN POTENSI,BAKAT TERPENDAM,ILMU YANG BIJAKSANA DAN




BERMANFAAT,KUASA DAN JAWATAN YANG HEBAT....





ORANG YANG TAKSUB DENGAN MANA-MANA KUASA,PENGARUH DAN JAWATAN.



ORANG YANG TERLALU MERENDAH DIRI DENGAN SEBAB DUNIA SAMA ADA SEBAB FIZIKAL , INTELEKTUAL,EMOSI YANG TERLAMPAU..



ORANG YANG BURUK NIATNYA SAMA ADA DALAM APA JUA TINDAKAN..



SYAITAN AKAN BERSARANG DI SEBALIK HATI YANG




TAKBUR,BENCI,DENDAM,MARAH,TIDAK MALU,RAGU-RAGU,BINGUNG,KACAU – BILAU DAN SELAIN SIFAT-SIFAT YANG NEGATIF...



SEKIAN JAZAKALLAH....







Followers