Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 5 Februari 2011

DEMONSTRASI SARKASTIK

DEMONSTRASI :ANTARA EMOSI DAN DEMOKRASI

Satu tajuk yang jika dihuraikan pastinya membawa impak yang teramat besar kepada sesebuah negara yang menjalankan sebuah sistem pentadbiran yang berteraskan atau bertunjangkan suara ramai. Suara ramai yang dikenali sebagai Demokrasi.

KAMI CUBA UNTUK MENULIS SECARA FORMAL MENGIKUT STANDARD DAN JUGA PIAWAIAN MASYARAKAT ANTARABANGSA YANG SEMEMANGNYA SANGAT MENITIKBERATKAN ISU KREDIBILITI ,KEPAKARAN,ILMIAH DAN PROFESIONALISME. NAMUN SEGALA CIRI-CIRI INI TIADA PADA KAMI .HARAP MAKLUM.

APA YANG PASTI SETELAH KAMI MEMPERLEKEHKAN SEDIKIT ATAU BEBERAPA INDIVIDU YANG SANGAT BERPENGARUH DALAM DUNIA INI, TELAH MENYEBABKAN HITS BLOG INI NAIK SECARA MENDADAK. APA PUN KAMI HANYA MENJALANKAN TUGAS SEMENTARA. SEMENTELAHAN MENUNGGU IMAM MAHDI YANG SEBENAR SEDANG BERGERAK DARI TANAH ARAB DAN SEDANG MENUJU KE BALTULMAQDIS.

BEBERAPA ISU MENARIK YANG AGAK MENGEJUTKAN AKHIR-AKHIR INI IAITU HAMPIRNYA KEJATUHAN REJIM MUBARAK DAN JUGA KERUNTUHAN SEKULARISME TUNISIA. KEDUA-DUA PIHAK INI DIPERCAYAI AHLI KELUARGA TERDEKAT , PENJAGA HARTA ATAU ALIBI TERKUAT BAGI ZIONISME YANG SEDANG MENGGANAS DAN MENGGILA DI PALESTIN. SANGAT MENGEJUTKAN DAN TIDAK DIDUGA-DUGA. IANYA BUKAN HANYA KRISIS KEPIMPINAN,ISU RASUAH,ISU PENYELEWENGAN KUASA,KEZALIMAN DAN PENINDASAN RAKYAT TERBANYAK NAMUN TERDAPAT BEBERAPA HAL LAIN YANG KAMI FIKIR PENTING UNTUK KITA SEMUA AMBIL IKTIBAR SECARA BERSAMA.


SEBELUM ITU KAMI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PAS KERANA SANGAT GENTLEMAN DAN BERLAPANG DADA MENERIMA KEKALAHAN. DAN TAHNIAH DENGAN PERASAAN YANG BERAT KEPADA BN KERANA MENGEKALKAN KERUSI. RAKYAT JOHOR SEMEMANGNYA SEBUAH MASYARAKAT YANG BERDARAH BIRU PEKAT. MEREKA MEMANG GEMARKAN WARNA KEBIRU-BIRUAN YANG MELAMBANGKAN KEDAMAIAN DAN KESEJAHTERAAN.

KAMI MAHU BERKOMENTAR SEDIKIT BERKENAAN TENTANG PERJALANAN PENTADBIRAN MALAYSIA DI SEPANJANG PEMERINTAHAN BARISAN NASIONAL. DALAM SESEBUAH NEGARA YANG BERDAULAT,MEMILIKI IMEJ TINGGI DAN NILAI MODAL INSAN YANG CEMERLANG,SEHARUSNYA IA PERLU MEMILIKI WATAK KEPIMPINAN YANG BERWAJAH TEGUH DAN BERJIWA TEGAR.WATAK KEPIMPINAN INI BUKAN BERMAKSUD KEPADA SATU ATAU DUA INIDIVIDU TETAPI CERMINAN BAGI KESELURUHAN KABINET KEPIMPINAN BERKENAAN. A VERY GOOD GOVERMENT. AMBIK IKTIBAR DARIPADA KISAH PARA SAHABAT,NABI MUHAMMAD,RASUL-RASUL DAN PARA SOLEHIN.


AKU INI ADALAH BANDAR ILMU DAN ALI ADALAH PINTUNYA .....KATA NABI MUHAMMAD S.A.W....GAMBARAN BAGAIMANA PENTING SEORANG YANG BERILMU MESTI DAN AFDHAL DIANGKAT MENJADI PEMIMPIN..

NILAIAN INI SAMA ADA DARI SEGI KARISMATIK,KALIBER,IMEJ,KEBIJAKAN,PERSONALITI MAHUPUN GAYA HIDUP. TETAPI ADA SATU NILAI YANG JARANG DIPERKATAKAN OLEH KEBANYAKAN PENGANALISIS POLITIK SAMA ADA PENGANALISIS TAHAP TADIKA (GOLONGAN PENGAMPU KERAJAAN) ATAU GOLONGAN EKSTREMIS PEMBANGKANG.


KRITERIA BERASASKAN TAHAP AKEDEMIK ATAU KEILMUAN SESEORANG PIMPINAN.


DALAM MELIHAT KRITERIA INI ,KITA MESTI MERUJUK KEPADA GAYA BAHASA YANG DIGUNAKAN,IDEA YANG DILONTARKAN,CORAK PEMIKIRAN,PENYERTAAN DALAM PERSIDANGAN ANTARABANGSA (TIDAK KIRA APA JUA ISU ) DAN JUGA LATAR BELAKANG KEHIDUPAN PERIBADI. HAL INI BUKAN UNTUK MEMBUKA PEKUNG MANA-MANA INDIVIDU TETAPI LEBIH KEPADA SATU MANIFESTASI DIAGNOSIS BERASASKAN KELAYAKAN DAN ADAKAH PATUT SESEORANG INI DIGELAR PEMIMPIN DAN BOLEH DIDENGAR SERTA DITAATI PERINTAH DARINYA. KAMI AKAN CUBA MENGOLAH HAL INI BERDASARKAN KADAR ILMIAH DAN AKADEMIK YANG KAMI MILIKI.INSYA’ALLAH.

WATAK WATAK PEMIMPIN YANG BERJIWA TEGUH DAN PEMBERANI INI AGAK JARANG DAN SUKAR DINILAI DENGAN PANDANGAN MATA KASAR. DALAM KONTEKS KETERBUKAAN MINDA ATAU LEDAKAN GLOBALISASI ABAD INI,TELAH MENYEBABKAN HAL INI MENJADI SANGAT SUBJEKTIF. IA TERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA NILAIAN SESEORANG YANG BERPENGARUH(KOLUMNIS AKHBAR,PENULIS NOVEL,ULAMA,PENDAKWAH , ARTIS DSB) ATAU JUGA BERDASARKAN SATU PUNGUTAN SUARA YANG DIJALANKAN SECARA RAWAK. UNDIAN ATAU PILIHAN RAYA.


KAMI MENUNTUT PENJELASAN DARIPADA PIHAK SURUHANJAYA PERKHIDAMATAN AWAM,

APAKAH KELAYAKAN DAN TAHAP AKADEMIK BAGI PIMPINAN MALAYSIA PADA MASA INI..

KELAYAKAN DAN TAHAP AKADEMIK BERMULA DARIPADA PERDANA MENTERI SEHINGGALAH MENTERI YANG PALING RENDAH PORTFILIONYA...


KAMI MENUNTUT PENJELASAN YANG JELAS DAN TERPERNCI.


SEKADAR UNTUK MENGETAHUI LATAR BELAKANG PEMIKIRAN MEREKA..

MOHON TANGGUNGJAWAB DARIPADA ANDA SEMUA..

SEBETULNYA KAMI ADA SEDIKIT SOALAN TAHAP TADIKA YANG INGIN DITANYAKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG INGIN MENJAWAB.

KAMI BERIKAN SEDIKIT SITUASI....


JIKA ANDA SEORANG YANG BERKELULUSAN AKADEMIK YANG SANGAT HEBAT ,BEROTAK BESAR,BERMENTAL YANG IDEALISTIK, DAN MEMPUNYAI PENDIRIAN SETEGUH BESI BERANI,BILAMANA ANDA BEKERJA DENGAN SEORANG KETUA YANG RESMINYA MEMILIKI IJAZAH YANG KURANG BAIK,IDEA KURANG BERKESAN,GAYA BAHASANYA TERKETAR-KETAR,PERSONALITINYA KELAM-KABUT,SEORANG YANG GEMAR MENDENGAR PERKATAAN DARI KERABATNYA SAHAJA....

ADAKAH ANDA REDHA,PASRAH UNTUK BERADA DI BAWAH PENTADBIRAN KETUA YANG KAMI SEBUTKAN INI??

ANDA TAHU APAKAH KESAN TERHADAP PEMERINTAHAN DARIPADA KETUA YANG SEBEGINI PERILAKUNYA ...

PEMBAZIRAN HARTA NEGARA YANG TIDAK TERKIRA..

PEMBOROSAN DALAM PERBELANJAAN..

PELABURAN YANG DIBUAT TIDAK EFEKTIF..

DEFISIT DALAM PERBELANJAAN NEGARA SETIAP KALI BELANJAWAN

HALA TUJU NEGARA TIDAK JELAS..

BERLAKUNYA JURANG EKONOMI YANG SEMAKIN BESAR

MEWUJUDKAN KASTA GOLONGAN BERPENDAPATAN TINGGI, GOLONGAN PERTENGAHAN DAN GOLONGAN BAWAHAN YANG SUDAH PASTINYA SEMAKIN KRITIKAL

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT SEMAKIN TIDAK STABIL AKIBAT DARIPADA JURANG DAN GAYA HIDUP GOLONGAN INI YANG BERBEDA-BEDA.

DAN MASALAH YANG PALING KETARA BAGI KAMI,MUSLIMDAIRYZ..

MENTAL,EMOSI DAN GAYA PEMIKIRAN MASYARAKAT SEMAKIN JUMUD,MUNDUR,LEMBAP DAN LEMBAM..

MASYARAKAT YANG SEMAKIN MUDAH DITIPU DAN SENANG UNTUK DITIPU...

DAYA SAING UNTUK HIDUP YANG SEMAKIN JATUH.

MASYARAKAT SEMAKIN RENDAH DARI SEGI NILAI MORAL..

MASYARAKAT YANG SUKA MEMINTA-MINTA BANTUAN...

MASYARAKAT PEMALAS YANG HANYA MENANTI-NANTI BONUS DAN ELAUN TAHUNAN..

SECARA TIDAK LANGSUNG,IA MENCIPTA .....

KETIDAKSTABILAN POTENSI DALAM KELANSUNGAN GENERASI KEPIMPINAN MENDATANG..

MENCIPTA LEBIH RAMAI PEMBODEK BERBANDING PENCIPTA INOVASI..

SOSIO-AGAMA YANG SEMAKIN DIPINGGIRKAN...

DAN YANG PALING NYATA...

KIBLAT MASYARAKAT HANYA TERTUMPU KEPADA USAHA MEMAKMURKAN DUNIA DAN MELUPAKAN AKHIRAT..

MASYARAKAT YANG REDHA DENGAN TAKDIRNYA UNTUK HIDUP SENANG –LENANG DAN BAHAGIA DI SEBALIK PENIPUAN DAN GEJALA KERUNTUHAN SOSIAL REMAJA YANG SEMAKIN TERUK, TERABAI DAN DIABAIKAN ...

ADAKAH KALIAN SEMUA REDHA DENGAN PENTADBIRAN SEMACAM INI ?

JUJUR SAHAJA KEPADA FAKTA DAN REALITI ..

KITA HIDUP UNTUK MATI ..

BUKAN MATI UNTUK HIDUP..


SEGALA TINDAKAN DAN PERLAKUAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN....


KAMI MEMOHON IKTIBAR DAN DESAKAN YANG BERLAKU DI MESIR MESTI DIJAUHKAN DAN DIHINDARKAN..KITA TIDAK MAHU HIDUP DALAM KEADAAN TERBURU –BURU DAN RESAH GELISAH..SANGAT MERBAHAYA APABILA REVOLUSI DILAKSANAKAN SECARA TERGESA-GESA KERANA KAMI AGAK BIMBANG DENGAN SENARIO YANG BERLAKU..JIKA TELAAH KAMI SILAP...

DEMONSTRASI ITU BERLAKU DAN TUJUANNYA BUKAN SAHAJA UNTUK MENJATUHKAN HOSNI MUBARAK TETAPI ..

UNTUK MENDAPATKAN AKSES DAN RAHSIA-RAHSIA PERGERAKAN IKHWAN MUSLIMIN..

CARA YANG PALING EFEKTIF UNTUK MENDAPATKAN DATA KERAHSIAAN BERKENAAN GERAKAN ISLAM KE-2 TERBESAR DUNIA INI...

CARANYA LEBIH KURANG SAMA SEBAGAIMANA USAHA UNTUK MELUMPUHKAN HAMAS DI PALESTIN IAITU MEMBUNUH PIMPINAN YANG UTAMA..PEMIMPIN TERTINGGI DALAM GERAKAN SUPAYA GERAKAN ITU AKAN LUMPUH SEPUNUHNYA....

JANGAN KITA LUPA ..

PIHAK YANG PALING TERGUGAT DENGAN KEJATUHAN HOSNI MUBARAK ADALAH ..

ISRAEL.....

DALAM SATU LAPORAN AKHBAR BARU-BARU INI..ISRAEL TELAHPUN MENGHANTAR RATUSAN TENTERA ZIONIS DI SEMPADAN BESERTA KELENGKAPAN SENJATA UNTUK MELERAIKAN HIMPUNAN RAKSASA TERSEBUT SAMA ADA SECARA MUDAH ATAU TERPAKSA...

TUJUANNYA ..

SEPERTI YANG KAMI TELAH MAKLUMKAN SEBELUM INI..

JANGAN MIMPIKAN KEMENANGAN DENGAN HANYA TERPEKIK-PEKIK DI TENGAH PANAS,MELONTAR BATU , DAN MENGANGKAT SEPANDUK..

JANGAN MEMPERLECEHKAN NILAI SEBUAH KEMENANGAN ITU SENDIRI..

PERJALANANNYA SANGAT PANJANG DAN PERIT ..

BUKAN SEKADAR 5 TAHUN SEKALI..

IKTIBARNYA ADALAH SANGAT WAJAR KITA AMATI DAN CERMATI DENGAN HALUS...

JANGAN TERIKUT –IKUT DENGAN KEADAAN DAN SENARIO YANG BERLAKU..


ALLAH SENDIRI PUN MENCIPTA DUNIA DENGAN PERATURAN..

BUKAN DENGAN HANYA MENYEBUT “ZAM ZAM ALA KAZAM”...


TIDAK SEKALI-KALI TIDAK..

HORMATI PROSES PERALIHAN DAN PERATURAN ITU SENDIRI..

KEPADA PENYOKONG KUAT PIMPINAN BARISAN NASIONAL..

KAMI HAIRAN,PELIK DAN ANEH DENGAN SIKAP ANDA SEMUA...

TERUTAMANYA DARI KELOMPOK MAHASISWA YANG MANA AKAL DAN KEBIJAKANNYA SANGAT HEBAT DAN FLEKSIBEL....

ADAKAH KALIAN SEMUA MEMPUNYAI OTAK DAN AKAL FIKIRAN UNTUK BERFIKIR ???

KAMI ADUKAN SOALAN YANG PALING BAIK UNTUK DIJAWAB....


OH ..TAMBAHAN...

MENGAPA KAMI MEMILIH UNTUK MELONTARKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN PERIBADI KAMI DI BLOG INI....

DALAM DUNIA YANG SERBA TERBUKA INI..DUNIA INTERNET..DUNIA DI HUJUNG JARI ANDA..

ANDA TIDAK PERLU MENGGUNAKAN KATA GANTI NAMA KE-3 BAGI MENGHURAIKAN SESUATU ISU..SPT DIA,BELIAU,MEREKA, DSB...

MAKSUDNYA ANDA TIDAK PERLU MENGUMPAT DAN MENGATA ORANG YANG TIDAK BERADA DI HADAPAN ANDA.JIKA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN SESEORANG BLOGGERS,KURANG SENANG DENGAN IDEANYA,BENGANG DENGAN PENDAPATNYA ,BENCI DAN MARAH DENGAN MEREKA YANG MENCIPLAK IDEA ANDA MAKA ANDA BOLEH PERGI SECARA TERUS UNTUK MENGHADAP MEREKA ..MENGHADAP SECARA TERUS ATAU LIVE..SATU DENGAN SATU..TIDAK PERLU MENGUMPULKAN PENGIKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN SESEORANG YANG ANDA KURANG SENANG DENGANNYA MESKIPUN INDIVIDU ITU TUAN GURU NIK AZIZ,TUAN GURU HAJI ABDUL HADI,DATO NAJIB,SULTAN ATAUPUN LIM KIT SIANG..

SENANG BAHASA..ANDA BERKEMAMPUAN MENGHINDARKAN DIRI ANDA DARI DOSA MENGUMPAT ATAU MEMFITNAH SESEORANG...

JANGAN BERBISIK-BISIK DI SEBALIK RUANGAN KOMEN ATAU DI MANA-MANA LAMAN WEB..KERANA DIBIMBANGI ADA INDIVIDU YANG TERASA HATI ATAU DIZALIMI TANPA SEDAR.

TETAPI ANDA JANGAN TERTIPU DENGAN TWITTER PARA PEMIMPIN KERAJAAN/PAKATAN ..KEBANYAKAN TWITTER PEMIMPIN BUKAN DIURUSKAN MEREKA SENDIRI TETAPI TELAH DIKENDALIKAN OLEH ADMIN-ADMIN YANG TELAH DILANTIK. JADI JIKA BENGANG DENGAN DATO NAJIB PUN,ATAU MENGUTUK DATO NAJIB PUN ,DATO NAJIB TIDAK AKAN BERASA HATI KERANA ORANG LAIN YANG AKAN MENJAWAB KUTUKAN ANDA TERSEBUT..

MUNGKIN HAL INI TELAH DIKETAHUI RAMAI PIHAK..

APA KATA KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN HACKING DAN MENGGODAM LAMAN WEB KERAJAAN..APA KATA ANDA MENYERANG LAMAN WEB LUCAH YANG TERUS MENDOMINASI PEMIKIRAN PARA PENGGUNA INTERNET SEHINGGA HARI INI... SARANAN DAN CADANGAN YANG BAIK..

SEDIKIT MASUKAN BERKENAAN HAL POLIGAMI..

KAMI ADA TERDENGAR PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR TELAH MEMPEMUDAHKAN URUSAN UNTUK BERPOLIGAMI BAGI MEREKA YANG BERKEMAMPUAN..BUKAN SEKADAR MAMPU DARI SEGI KEWANGAN TETAPI KEBIJAKSANAAN EMOSI,KEBIJAKSANAAN FIKIRAN, KEBIJAKSANAAN PENGURUSAN JUGA PERLU DIAMBIL KIRA.

DALAM ISU INI,POLIGAMI YANG DISUNNAHKAN OLEH NABI MUHAMMAD S.A.W ADALAH POLIGAMI YANG SETARAF ATAU ADIL. ADIL DARI SEGI PERSONALITI ,JIWA,KARISMATIK,KALIBER, KEMATANGAN..

HAL INI SUBJEKTIF TETAPI SECARA PURATA IA BERSANGKUT PAUT DENGAN UMUR DAN LATAR BELAKANG PERIBADI..

CTH PASANGAN POLIGAMI YANG SIHAT ADALAH JIKA SUAMINYA 20 –AN,MAKA PASANGANNYA JUGA BERUMUR YANG SEBANDING ..TUJUAN JUGA UNTUK MENGELAKKAN TERJADI PERSELISIHAN DALAM KELUARGA YANG TERBINA AKIBAT MASALAH EMOSI DAN FIKIRAN YANG JAUH BERBEZA..

SOAL JODOH INI ADALAH AGAK SUKAR UNTUK DITAKRIFKAN JIKA PENILAIAN DIBUAT SECARA MATA KASAR IAITU ‘BOOKING’ ATAU TEMPAHAN AWAL..SYARIAT MENETAPKAN KUASA MEMILIH DI TANGAN LELAKI .BUKAN WANITA. ALASANNYA KERANA JIKA WANITA MEMILIH ,PILIHANNYA LEBIH BERDASARKAN KRITERIA EMOSI,KECENDERUNGAN HAWA NAFSU SEMATA. TETAPI TIDAKLAH BERMAKSUD LELAKI YANG SEBARANGAN TETAPI LELAKI YANG BERPERWATAKAN SEPERTI PARA SAHABAT DAN ORANG SOLEH. SEKALIAN PARA NABI .NABI MUHAMMAD S.A.W KHUSUSNYA. JIKA PIHAK WANITA SUKAR MENCARI PASANGAN YANG SESUAI MAKA BIARLAH PIHAK IBU BAPA YANG BIJAKSANA,BERHEMAH DAN HEBAT SAHAJA,MEMBANTU UNTUK MELETAKKAN CALON YANG DIFIKIRKAN SESUAI..

BUKAN DARI SEGI RUPA PARAS SEMATA..TIDAK..

SARANAN KAMI SELANJUTNYA...

KAMI MEMOHON KEPADA PASUKAN PAKATAN RAKYAT..

KAMI MINTA MULAKAN USAHA KE ARAH MEREALISASIKAN HARAPAN BARU UNTUK 1 MALAYSIA...

MELALUI KERJASAMA DAN JARINGAN MAKLUMAT YANG KOLEKTIF DAN DIBUAT SECARA BERSEPADU..

SETIAP MAKLUMAT DITAPIS SEBELUM DIHANTAR KEPADA MASYARAKAT UMUM....MAKLUMAT YANG SAHIH ,MEMILIKI SUMBER YANG KUAT,ANALISA DAN IMPAK YANG SIGNIFIKAN DSB.....

HENTIKAN GERAK KERJA SECARA BERASINGAN..

KAMI MINTA DALIL DAN HUJAH BERKENAAN SALAH LAKU,SALAH TADBIR DAN SALAH GUNA KUASA KERAJAAN DI BUAT SECARA TERPERINCI DAN TELITI..

DI SUSUN SAMA ADA DALAM BENTUK EDARAN NASKAH ATAU MAJALAH...

LAMAN WEB PAKATAN,MAJALAH PAKATAN,LIGA BOLA PAKATAN ,JOM REMPIT PAKATAN,PROGRAM ANTI SEKS BEBAS , KEMPEN NIKAH VERSI PAKATAN N SO ON......

TOLONG LAKSANAKAN PROSES PENGESAHAN PENGUNDI DIBUAT SECARA PENDATAAN BERSAMA..

MESKIPUN BERLAKU MASALAH PADA PENDAFTARAN DI ROS ...

PENDAFTARAN PARTI PAKATAN ..

TUMPUKAN JUGA PROGRAM-PROGRAM BERSAMA RAKYAT..TIDAK HANYA FOKUS KEPADA KEMPEN ATAU CERAMAH UMUM SEMATA-MATA

CONTOHNYA PROGRAM KEBAJIKAN ..KEMPEN BULAN BAHASA KEBANGSAAN VERSI PAKATAN..

KEMPEN MEMPELAJARI PERLEMBAGAAN MALAYSIA..

PERBANYAKKAN DISKUSI DAN PERBINCANGAN ILMIAH DALAM KALANGAN PARTI DAN PIMPINAN...

KALIAN SEMUA MEMILIKI KAPASITI ,KREDIBLITI DAN PLATFORM YANG TEGUH DAN LAYAK SEBAGAI PEMIMPIN..JADIKAN PENTADBIRAN NEGERI PAKATAN SEBAGAI ASET UTAMA DALAM KEMPEN DAN GERAK KERJA KE ARAH

“HARAPAN BARU 1 MALAYSIA”..

.....

JAZAKALLAH KHAIRAN KASIRA’..

SALAM DARI ALLAH AZZA WA JALLA BUAT MEREKA YANG IKHLAS ,JUJUR ,AMANAH DAN SANGAT MENCINTAI SYARIAT-NYA , SUNNATULLAH-NYA SERTA SUNNAH PARA NABI DAN RASULNYA.

Followers