Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Sabtu, 6 Oktober 2012

GENIUS CLOSER



Monday, October 1, 2012



Artikel paling genius setakat ini. Sekurang-kurang anda memerlukan iQ setinggi 350 untuk Memahami apa yang cuba disampaikan. MEMAHAMI DENGAN ERTI SEBENAR-BENAR KEFAHAMAN. TAHU BELUM BERMAKNA FAHAM DAN ADAKALA FAHAM TIDAK BERMAKNA TAHU. YANG PASTI KEFAHAMAN ADALAH SALAH SATU HIJAB YANG CUKUP LUAS DALAM KONTEKS MEMAHAMI APA YANG DIKETAHUI. TERLALU RAMAI MANUSIA YANG TAHU AKAN KEWAJIPAN SOLAT TETAPI MEMAHAMI  BETAPA BESAR PERANAN solat mempengaruhi hidup seseorang bernama muslim,ia merangkumi  TORUS. Meliputi dan menyeluruh. Holistic dalam konteks tersendiri. YANG PASTI..sangat sedikit yang memahaminya.TERLALU SEDIKIT.

FAHAM ITU  BENAR-BENAR PINTU YANG HANYA DIANUGERAHKAN UNTUK MEREKA YANG BENAR-BENAR BERILMU. ORANG PALING BERILMU GEMAR BERDIAM DIRI. TETAPI BANYAK SEKALI YANG DILAKNAT,MEMBUAT KERIBUTAN. ...

CORETAN HEBAT ...NUSANAGA. HASSELUSIBY

Sebelum menyelami kenapa New World Order yang di monopoli oleh keluarga Elite yang rata-ratanya pakar konspirasai telah mengetahui, mari kita selami, apa sebenarnya yang mereka obses kepada beberapa simbolik kuno. Seperti kita tahu, bahawa simbol kuno seperti eyes of all seeing milik Horus itu pasti melambangkan sesuatu (definisi umum ialah; ia melambangkan royalty, di raja dan 'king of sky').

Persoalan seterusnya seandainya tuan puan membaca artikel ini adalah;
dari mana saya tahu?
Jawapan saya.. ada laa. Biarkan rahsia.
Tapi yang pasti, kenapa saya bukakan kisah ini adalah, untuk memahamkan kepada para pembaca saya
bahawa segala simbolik kuno itu semuanya berlegar kepada suatu 'penyaksian'.
Ingatlah, bahawa zaman dahulu dunia di liputi oleh 'deity' atau 'dewa-dewa' yang menguasai
setiap suatu sistem. Dan jika di kaji selanjutnya, ada 1 perkara yang bersembunyi sebalik semua itu.
Dan akhirnya, pada zaman kini, HANYA MEREKA YANG FAHAM PERKARA INI TERUS MENGUASAI DUNIA SEBAGAIMANA MEREKA
HENDAKKAN. Tapi, tiap perkara itu tidak akan kekal lama kerana RODA ALAM itu pasti berpusing.
Kewujudan itu pasti kekal dan kehidupan itu pasti hidup dan mati.
Saya persembahkan; suatu artikel yang mungkin sukar untuk di fahamkan,
kecuali bagi mereka yang mahu memahaminya.






GALAKSI
Dalam galaksi ada kehidupan. Ia hidup bila ia terbentuk dan terus membentuk.
Hidup adalah penciptaan. Bila ia tercipta, ia akan mencipta dan selamanya ia begitu.
Galaksi bukan penghujung sesuatu, tapi hanya salah satu dari sesuatu.
Selagi ada nama, selagi itu ia bernyawa. Walau ia pegun dan tidak bergerak, tapi ia ada.
Selagi ia ada, bermakna ia wujud. Dan wujud itulah tanda hidup, tanda ada, tanda untuk menyaksi suatu penyaksian.


TORUS
[In geometry, a torus (pl. tori) is a surface of revolution generated by revolving a circle in three dimensional space about an axis coplanar with the circle. If the axis of revolution does not touch the circle, the surface has a ring shape and is called a ring torus or simply torus if the ring shape is implicit.]
Selagi ada ruang, selagi itu ruang itu membentuk. Bila membentuk ia akan pulang ke tempat asalnya. Tempat asalnya di panggil MATA. Untuk galaksi, bumi, manusia dan semuanya, segala ini menghasilkan dua pola torus berlawan arah tapi membentuk perulangan yang infiniti.
Pada manusia, di panggil AURA, pada bumi di panggil medan magnetik, pada Galaksi di panggil pusat black hole. Pada sistem suria dan seluruhnya, TORUS menghasilkan fabrik kosmos. Fabrik ini meletakkan planet-planet pada paksinya. Tetap pada pergunungan QAF@jalurannya.




OUROBOROS

[The Ouroboros often represents self-reflexivity or cyclicality, especially in the sense of something constantly re-creating itself, the eternal return, and other things perceived as cycles that begin anew as soon as they end (compare with phoenix).]
Naga yang mengigit ekornya sendiri. Ia di panggil Naga yang abadi. Ia juga di gelar Ular infiniti. Kisahnya banyak dalam pelbagai mitos. Pada kisah islam, Iblis memasuki syurga dengan mengunakan laluan ular lalu mengoda Hawa untuk mengoda Adam. Akhirnya, keduanya turun ke dunia. Berlakulah kisah habil qabil, permulaan pada negatif positif, taat engkar, susah senang dan sebagainya. Ouroboros melambangkan keabadian sesuatu pergerakkan. Ia sentiasa berubah tapi sentiasa berulang. Kehidupan yang hidup. Hidup itu bila bergerak. Bila mati, ia tidak berganjak.
TAMBAHAN..KISAH DUNIA AKAN BERBALIK KEPADA SEJARAH AWAL TAMADUN ASAL MANUSIA. KISAH BAGINDA NABI ADAM ALAIHISSALAM. TERDAPAT HUJAH PARA AHLI SIRAH YANG MENGHURAIKAN BAHAWASANYA KISAH NABI ADAM  JATUH KE DUNIA ADALAH KHAYALAN. BAGINDA NABI SEBETULNYA TELAH DICIPTAKAN DARIPADA TANAH DI DUNIA DAN DI SITULAH BAGINDA MULA DIAJARKAN MAKNA KEHIDUPAN. BAGINDA BUKAN DICIPTA DI SYURGA. SYURGA MEMANG WUJUD TETAPI SELAGI BELUM DATANG HARI PERHIMPUNAN DI PADANG MAHSYAR MAKA SELAGI ITULAH SYURGA BELUM LAGI DIHUNI OLEH SESIAPA. IA TIDAK BERTEMBUNG DENGAN FAKTA APABILA BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W ,PABILA BAGINDA DIPERLIHATKAN SUASANA AHLI  SYURGA DAN SUASANA KEHIDUPAN AHLI NERAKA.BAGINDA HANYA DIBERIKAN PAS PRATONTON SEBELUM KEADAAAN YANG SEBENAR-BENAR BERLAKU PADA SUATU MASA YANG BELUM LAGI DIPUTUSKAN.SEHINGGA  HARI INI,MASA DEPAN HANYA WUJUD DI SEKITAR ALAM  BARZAKH. HANYA SEKADAR ITU. ITULAH MASA DEPAN YANG PALING JAUH. MASA DEPAN HARI KEBANGKITAN DI PADANG MAHSYAR ,BAKAL  MENYUSUL KEMUDIANNYA KELAK,DENGAN IZIN ALLAH.
MASA HANYA ATURAN YANGA RELATIF . DI DUNIA MASA TIDAK PERNAH WUJUD. IA HANYA ANGKA DAN NOMBOR. HIDUP BUKAN TENTANG USIA KITA. TETAPI HIDUP TENTANG APA DAN BAGAIMANA KITA MEMBENTUK DIRI KITA. .
KISAH NABI ADAM JUGA KUNCI DALAM MEMAHAMI HIDUP KITA HARI INI. PABILA BAGINDA DIHIDUPKAN DI DUNIA  DAN DITAKDIR MENJADI KHALIFAH,BAGINDA DIAJARKAN DENGAN NAMA-NAMA SEGALA YANG ADA. SEGALANYA. LALU DENGAN PENGETAHUAN BAGINDA MULA MENCIPTA KEMAHIRAN DENGAN MENGAPLIKASI SEGALA PENGETAHUAN BERKENAAN. NAMUN BUKAN UNTUK ITU
BAGINDA DITUGASKAN UNTUK MENCARI SEMULA JALAN UNTUK PULANG SEMULA. KEMBALIKAN SEMULA DUNIA KEPADA BENTUKNYA YANG ASAL. SEBELUM BAGINDA DICIPTA TAMADUN KEHIDUPAN TELAH BERMULA DENGAN MAKHLUK JIN YANG MEMBAWA SIKAP YANG BENCI  PERATURAN DAN INGIN BEBAS TANPA SEMPADAN. LALU DISEBABKAN SIKAP MELAMPAUI BATAS,MAKA MEREKA MEMPORAK PERANDAKAN DUNIA.  LALU ALLAH DENGAN RAHMATNYA MENCIPAT SATU PROTOTAIP BARU YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH SEMPURNA...
BERNAMA..
AL—INSAN...
MANUSIA...
IA DICIPTA DENGAN DUA SPESIMEN YAKNI ROH..
DAN JASAD..
TUGASAN ADAM ..MEMAKMURKAN SEMULA DUNIA YANG TELAH PORAK PERANDA SEBELUMNYA. DAN KEMBALIKAN IA KEPADA ASAL..
CARANYA..
KEMBALIKAN KESEIMBANGAN..
KEMBALIKAN SEMULA KEAMANAN..
MELALUI PERATURAN..
KERANA DUNIA PERLUKAN PERATURAN ...
AGAR IA KEMBALI KEPADA BENTUKNYA YANG ASAL..
PERATURAN INILAH YANG AKAN MENETAPKAN SEGALA STRUKTUR YANG ADA DAN WUJUD DI DUNIA INI.
PERATURANNYA ADALAH..
PERATURAN BAGAIMANA MAHU HIDUP DAN UNTUK APA KITA HIDUP..
MANUSIA SEBENARNYA-BENAR-BENAR-BENARNYA LEBIH MEMERLUKAN PERATURAN BERBANDING..NASI KANDAR DAN NASI AYAM..
PERSOALAN..
PERATURAN SIAPA...
SIAPA YANG MENANG AKAN  MENENTUKAN PERATURAN...
YANG KALAH AKAN MENGIKUT PERATURAN...
HANYA ALLAH YANG MENCIPTA MANUSIA MAKA PERATURAN DIALAH YANG LEBIH MULIA DAN UNGGUL UNTUK DILAKSANA UNTUK DIIKUTI..
BUKAN DENGAN HUKUM BERLANDASKAN LOGIKA DAN RASIONALITI..


UNFINISHED PYRAMID [Piramid tidak siap]
Sering di gambarkan pola kepada freemason, illuminati dan sebagainya. Piramid tidak siap ini memang tidak boleh disiapkan kerana bahagian teratas itu terasing dari bahagian bawahnya.
Piramid ini di gambarkan dalam dolar Amerika terletak di atas air yakni punca kehidupan. Terletak suatu piramid yang punyai mata di kenali sebagai EYES OF HORUS





EYES OF HORUS

Di kenali sebagai mata horus yang boleh pandang segala. HORUS adalah dewa bersimbol HELANG/GARUDA. Ia adalah dewa bahagian atas, langit, atau di lebih kompleks; 'di luar lingkungan'.
HORUS memerhati KEHIDUPAN. Bertanggungjawab akan kehidupan yang di lihatnya dari atas/luar/langit/ganjil.





CROP CIRCLE OUROBOROS DAN TORUS 2D

Gambar menunjukkan di tengahnya adalah Torus (tidak kisah dari sudut mana kerana torus lengkap adalah bersifat sfera, melingkungi, meliputi). Di 'atas'nya itu adalah Ouroboros, naga infiniti yang di bawanya kehidupan yang sentiasa hidup, di cipta mencipta dan mempunyai masa.
Kedua-duanya dalam 1 bulatan besar. Berhampiran dengannya, satu bulatan kecil sebagai titik yang 'di luar' dari kehidupan Ouroboros dan Lingkungan TORUS.

----------------------




Apa yang NUSANAGA mahu beritahu sebenarnya?
Torus adalah geometri yang menunjukkan ianya sentiasa ada bahkan telah di rekodkan dalam pelbagai ketamadunan. Begitu juga dengan Ouroboros.
Definisinya begini:-
Torus = gegelung tenaga yang sentiasa meliputi, tidak di ketahui tapi ia ada. Tiap TORUS pasti ada dua paksi, ke atas dan ke bawah. Ia membentuk Piramid atas dan piramid terbalik ke bawah. Dan kedua-duanya tidak akan lengkap kerana piramid ini memerlukan 1 MATA yang sama.
Lambang STAR OF DAVID menyaksikan kedua piramid bergabung serentak dan MATAnya adalah keseluruhan praimid itu sendiri. Begitu juga dengan PIRAMID TORUS.
Unfinished Pyramid memerlukan EYES OF HORUS untuk menyempurnakan pembinaannya.
MATA TORUS = MATA HORUS

Mata Horus/Torus adalah 'mata' suatu penyaksian kepada kehidupan (Horus dewa bertanggungjawab ke atas kehidupan). Maka, unfinished pyramid memerlukan MATA HORUS/PENYAKSI kepada circulation/putaran pergerakkan OUROBOROS/naga/ular abadi.

Unfinished pyramid mason adalah piramid yang menguasai rakyat bawahan. Bila tiba pada suatu tahap tertinggi, piramid itu akan terbalik dengan sendiri. Berpunca dari MATA PENYAKSIAN SAKSI KEHIDUPAN YANG ABADI (akhirat), maka piramid itu akan terbalik, bermula dari ELITE, ia akan merebak ke atas yakni golongan rakyat untuk menguasai kehidupan sebagaimana tiap seseorang itu hendakkan.

Pola kehidupan ini masih di dalam 1 pusingan infiniti (ouroboros). Di luar dari lingkungan ini, ada satu titik solid, penyaksi kepada suatu penyaksian.

Akhir kata,
artikel ini hanya untuk mereka yang faham. Andai yang faham memahami, pola perubahan sedang berubah. Obeboros tidak selamanya tetap pada satu titik. Piramid tidak siap itu kini hampir siap bila ia menyentuh mata horus/torus dan akan terbalikkan paksi yang sedia ada. Dari ketidakadilan kepada adil, ketidaksenangan kepada senang. Tapi, untuk capai itu, mata horus berada pada sang penyaksi saksian ini. Siapa menyaksi siapa? Pola perubahan bermula dari diri. QURAN ITU HEBAT BILA SI PEMBACA HEBAT, JIKA TIDAK, IA HANYA SEBUAH KITAB YANG USANG.

WASSALAM


nota:
1- UFO bukan saja mengunakan anti-graviti, tetapi juga pandai untuk memanipulasi vortex pada TORUS. Ia jadikan UFO itu mempunyai 2 hemisfera berlawan arah.
2- ARTIKEL INI SEBENARNYA BERKISAHKAN TENTANG MAKSUD SYAHADAH (SIMBOLIK) YANG SENTIASA DI BACA OLEH PEMBACA, TETAPI BERAPA RAMAI MEMAHAMI APA YANG DI BACANYA? KETAMADUNAN DAHULU TIDAK MENULIS SESUATU YANG DI FAHAMI MEREKA SEBAGAIMANA KITA PADA HARI INI. MEREKA MENULISNYA DALAM BENTUK DIAGRAM, PETA, LUKISAN DAN SEBAGAINYA.
3- Freemason dan seumpanya berkisarkan memanipulasi kehidupan atas kehendak mereka dalam memahami siapa diri mereka. Inilah yang di hapuskan dari 'hamba' mereka. Tapi, kawalan ini masih berlegar dalam pola pergerakkan dunia. Ia tidak akan kekal. Tiada yang kekal di dunia ini. Tapi, kewujudan dan penciptaan sentiasa kekal abadi. Itulah maksud torus di dalam ouroboros.

MEMPERMUDAHKAN KEFAHAMAN. 

Bagi ahli tetap Freemason dan Iluminati,mereka sentiasa tidak mahu dan tidak langsung ingin diketahui umum diri mereka adalah sebahagian daripada anggota pertubuhan gelap tersebut. Ingat-ingat baik..
Freemason,Iluminati mahupun zionis bukanlah  pertubuhan berdaftar dengan agensi pendaftaran negara,dengan yuran yang diwajibkan ke atas sebahagian ahli,menghantar laporan dan minit  mesyuarat agung tahunan setiap 3 tahun sekali,mengadakan majlis doa tahlil sempena hari sukan,bergaduh untuk membeli undi dalam pemilihan  dan sebagainya..
Ia tiada kaitan sama sekali..


Ia bukan persatuan pengakap atau kelab golf shah alam..
Ia hanyalah  gelaran dan nama yang diletakkan oleh sebilangan manusia yang mahu ia dikenali sebagai demikian. Hakikatnya nama sebenar atau nama original yang dimaksudkan bukan sebagaimana yang diketahui umum. Ahli zionis dan ahli freemason tidak mahu sama sekali nama atau identiti mereka didedahkan kepada umum. Dan bahkan mereka sendiri tidak mengetahui kelab yang disertai itu bernama Freemason atau Iluminati. 


SILA INGAT BAIK-BAIK..


Sehingga hari ini,mana-mana pihak yang membongkar konspirasi bukan bertujuan untuk mempromosi nama dan simbol freemason,iluminati etc..
Tetapi objektifnya adalah untuk mendedahkan kepada umum,terdapat satu gerakan bawah tanah,atau kerajaan di sisi gelap(tidak dilihat umum) yang sedang dan telah mempengaruhi hampir keseluruhan pola dan corak hidup masyarakat zaman berzaman. Hukum Pertama jangan langsung mempercayai media melainkan setelah anda menimbang setiap maklumat dan bahan yang disampaikan dengan neraca iman dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya. Sila berfikir berlandaskan disiplin ilmu yang cermat tanpa didasari sikap terjah dan agresif.
Media adalah alat untuk mempengaruhi apa yang dilihat manusia,apa yang didengari ,apa yang diucapkan. Apa yang disumbat ke dalam fikiran manusia. Kesemua ramuan  diadun supaya ia mengikut kehendak pihak yang mengawal dunia. 


BOLEH FAHAM....

BAGUS....

SEKARANG ..

BOLEH BANGKIT.....


SALAM SEMUANYA....

Sabtu, 29 September 2012

TO the TOP : A HEAVEN'S WAY



GO ..GO AND KEEP  GOING...


KITA PATUT BERUSAHA GIGIH UNTUK MENCARI BEKALAN KE AKHIRAT..

DAN BERSEDERHANA DI DUNIA...

BUKAN BERMATI-MATIAN DI DUNIA...

SEHINGGA PAPA KEDANA DI AKHIRAT...


Tidak  ramai dalam kalangan manusia hari ini yang ingat dan benar-benar ingat akan tujuan mereka berada di dunia. Majoriti  adalah lupa akan tujuan sebenar ini. Bagi mereka yang sedang berada di puncak dunia,mereka akan mula merasai betapa,DUNIA INI SEGALA-GALANYA SEMENTARA. TIADA YANG BERTAHAN LAMA. ADA KALA DI ATAS ADAKALA KITA PULA DIPIJAK. BOLEH JADI MENJADI PERDANA MENTERI SELAMA 21 TAHUN ,DAN KELIHATAN KITA  AKAL KEKAL DI TAMPUK INI SELAMANYA-LAMANYA. NAMUN AKHIRNYA KITA LUPA..
KEINGINAN KITA  BUKANLAH PENYEBAB MENGAPA KITA BERADA DI SINI. RAMAI YANG MENGATAKAN SAYA MENJADI DOKTOR KERANA SAYA INGIN MENJADI DOKTOR. KEMAHUAN BUKANLAH PENGGERAK BAGI BERMULANYA PERJALANAN HIDUP KITA.
TETAPI YANG MEMPENGARUHI KITA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENJADI SESUATU ADALAH..

BERGANTUNG KEPADA SIAPA IBU BAPA KITA..
SIAPA RAKAN KITA..

SIAPA PENOLONG KITA.

SIAPA KABEL KITA..

SIAPA PENYOKONG DAN PENDOKONG KITA..
SIAPA ..

PERSOALANNYA  SIAPAKAH YANG BERADA DI SISI KITA UNTUK MEMBUATKAN KITA MENJADI DIRI KITA HARI INI.
WHO..

SIAPA  YANG MEMBERI 
.....TAHU ....
 KEPADA KITA..
APABILA MEREKA MEMBERI TAHU SESUATU ITU..LANTAS MEMBUATKAN KITA ...
LUPA..

PADA DIRI SEBENAR KITA HARI INI...

DIRI SEBENAR BERMAKSUD DIRI KITA DI SISI..

PENCIPTA  KITA DAN SEKALIAN ALAM ...

KAMI BERITAHU SESUATU YANG ANDA  TERLUPA DAN SELALU MELUPAKAN..

ANDA SEMUA ADALAH ROH..

ANDA TERMASUKLAH  LIM KIT SIANG,BARACK OBAMA,AVRIL LEVIGNE,LINKIN PARK,AYUMI HAMASAKI,KAREENA KAPOOR DAN MEREKA SEANGKATAN DENGANNYA..

DI SISI ALLAH..

ALLAH MELETAKKAN DIRI ANDA SEMUA MAKHLUK YANG JAUH LEBIH MULIA BERBANDING MALAIKAT. MALAIKAT HANYALAH MAKHLUK TAAT TANPA AKAL DAN HAWA NAFSU.

BEZA MANUSIA DAN MALAIKAT HANYALAH AKAL DAN HAWA NAFSU. 50 % DARIPADA MANUSIA ADALAH SPESIMEN MALAIKAT. SPESIMEN ROH (CAHAYA ) DAN DILETAKKAN  BEKAS BAGI SPESIMEN INI YAKNI FITRAH. BEKAS BERNAMA FITRAH.

FITRAH BERMAKSUD KETETAPAN YANG TELAH DTETAPKAN DI ATAS SETIAP LIMITASI PENCIPTAAN MAKHLUK. SEBAGAI CONTOH FITRAH BAGI SUNNAH PEMAKANAN SIHAT UNTUK SEORANG MANUSIA NORMAL ADALAH 3 KALI MAKAN DAN 6 JAM TIDUR MAKSIMUM. INI ADALAH LIMIT YANG DITETAPKAN. 6 JAM ADALAH BATAS DAN 
SEMPADAN DAN 3 KALI MAKAN JUGA DIKIRA SEBAGAI SEMPADAN. 

APABILA DISEBUT BATAS DAN SEMPADAN. 


MAKA TIDAK BOLEH ADA PENGURANGAN..

TIDAK BOLEH ADA PENAMBAHAN...

JIKA SUNNAH NABI ITU BERSOLAT 5 KALI SEHARI ,SUBUH 2, ZOHOR 4,ASAR 4,MAGHRIB 3 DAN ISYAK 4 MAKA ITULAH SEMPADAN DAN BATAS.. JANGAN SEKALI-KALI DIKURANG DAN DITAMBAH..

KETETAPAN ADALAH SETTING YANG TELAH DIAUTORUN SEMASA ANDA MULA  MEJEJAKI  KE ALAM DUNIA.

KETETAPAN DI DALAM BAHASA ARAB JUGA DISEBUT SEBAGAI TAKDIR ATAU QADA’. JADI BAGAIMANAKAH TAKDIR KITA SEBENARNYA ???

SAHABAT ..NABI MUHAMMAD DAN PARA RASUL TELAH DATANG BERSAMA WAHYU YANG TELAH LENGKAP. 

ZAMAN UMAT PERTAMA WAHYU ITU DATANG SECARA BERKALA DAN BERPERINGKAT..
MANAKALA UMAT KEDUA INI WAHYU ITU DATANG DALAM KEADAAN SEDEBIK DAN SEJIBIK. 

PELAKSANAAN UMAT PERTAMA LEBIH MUDAH BERBANDING UMAT KEDUA..
DAN PELAKSANAAN UMAT KEDUA LEBIH SUKAR KERANA WAHYU INI TELAH SEMPURNA DAN LENGKAP .. 

JADI APAKAH HIPOTESIS INI BENAR ???

JANGAN MEMBANDING DIRI DENGAN ORANG LAIN KECUALI MEMBANDING DIRI DENGAN MEREKA YANG LEBIH BAIK AGAR KITA TAHU DI MANA LETAK DUDUK KELEMAHAN DAN KEDHAIFAN DIRI KITA..
BANDING DENGAN GENERASI UNGGUL YAKNI GENERASI PERTAMA ..
SUPAYA RASA CEMBURU DAN IRI HATI UNTUK BERLUMBA KE ARAH KEBAIKAN DAN KEBENARAN,
AKAN MENINGKATKAN AMAL DAN TINDAKAN KITA..
JANGAN MEMBANDING DIRI DENGAN AHLI POLITIK ATAU SESIAPA  YANG ANDA SENDIRI CURIGA..

INGATAN KHAS..


BERJALAN DI ATAS TAKDIR BERMAKSUD MEMENUHI FITRAH AZALI KITA.  SIAPA YANG PATUT KITA JADI DI SISI ..

PENCIPTA KITA..

RAJA BAGI SEKALIAN RAJA...

INGAT BAIK-BAIK.. ALLAH TELAH MENETAPKAN DENGAN SETEGUH-TEGUH KETETAPAN.

MANUSIA  AKAN KEMBALI SEBAGAI HAMBA DI SISINYA..

PADA ALLAH SEMUA MANUSIA ADALAH NAIF DAN LEMAH
..MESKIPUN ANDA ADALAH BILL GATES SEKALIPUN ATAU PEMENANG ANUGERAH NOBEL KEAMANAN...

DAN SATU LAGI ALLAH TELAH MENYEDIAKAN SYURGA UNTUK KITA..

SYURGA HANYA UNTUK MEREKA YANG MENIKMATI KESENGSARAAN MENJADI PENGIKUT NABI DENGAN SETULUS HATI ,DENGAN IMAN SETEGUH MUNGKIN, DAN KEPERIBADIAN SERTA KESABARAN YANG AMPUH,REDHA MENERIMA SEGALA UJIAN DENGAN SEIKHLAS MUNGKIN,MELALUI ONAK DURI DAN TRIBULASI,MEHNAH SERTA CABARAN  MENDATANG..

DENGAN PENUH CEKAL DAN TABAH,TEGUH BERDIRI DAN UTUH MELAWAN SEGALA BADAI YANG MELANDA...

DEMI DAN UNTUK MEMPERTAHANKAN PERSAKSIAN..
YAKNI  KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN...

TIADA TUHAN  DI SEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH MU YA ALLAH...
DI DUNIA INI..

TIADA ISTILAH BEBAS MEMILIH..BEBAS MEMILIH HANYA BUDAYA  AHLI SYURGA. MEREKA BEBAS MEMILIH  MAKANAN TANPA SYAK DAN RAGU-RAGU TENTANG HUKUM DAN MAQASID SESUATU URUSAN. TIDAK  PERLU BERHATI-HATI DAN  TANPA RASA TAKUT MAHUPUN BIMBANG. 

MEREKA  BEBAS DALAM ERTI  KATA SEWENANG-WENANGNYA  TANPA SEBARANG IKATAN DAN PERATURAN. TIDAK PERLU MENURUT DAN MENDENGAR APA JUA  ARAHAN DAN LARANGAN. SEGALA-GALANYA  PERCUMA. DAN TANPA BATASAN ...
NAMUN APABILA INFRASTRUKTUR INI TELAH DIBAWA UNTUK DILAKSANAKAN DI DUNIA YANG SERBA TERBATAS ,MAKA NANTIKANLAH  PENDERITAANNYA. KETIDAK UPAYAAN DUNIA UNTUK MENAMPUNG KEHENDAK  ATAU KEINGINAN NAFSU MANUSIA MENYEBABKAN DUNIA YANG SERBA SERBI TIDAK SEMPURNA DAN LEMAH INI AKHIRNYA AKAN MEMBALIKKAN   SEMULA KESENGSARAAN  BUATAN  MANUSIA ITU SENDIRI..

HARI INI KITA MENYAKSIKAN BAGAIMANA MANUSIA SEDANG BERTARUNG SESAMA MANUSIA..

MEREKA BERMATI-MATIAN DI DALAM  PERMAINAN BOLA SEPAK..
BERMATI-MATIAN  MENCARI  KEDUDUKAN DI PUTRAJAYA..
BERMATI-MATIAN  MENCARI STATUS DAN GELARAN PROF ATAU DATO’..

BERMATI-MATIAN UNTUK MENCARI BERITA HANGAT DAN SENSASI.
INGAT..PERATURAN ASAS DUNIA INI..TIDAK KIRA APA JUA BIDANG....
HUKUM PEPERANGAN...

SELAGI  ADA PEMENANG... 

SELAGI  ITU ADA YANG KALAH..

SELAGI ITULAH DENDAM DAN IRI HATI  AKAN  TERUS MENERUS BERJALAN DALAM KITARAN KEBENCIAN....

A  CYCLE OF HATRED...


MEREKA BERPERANG SESAMA SENDIRI ..ADA SEBAHAGIAN BERAKHIR DENGAN DENDAM DAN ADA SEBAHAGIAN BERAKHIR DENGAN PUTUS ASA...

YANG MENANG AKAN BERBANGGA DENGAN PUNCAK DUNIA YANG DIGAPAI..

YANG KALAH AKAN TERUS BERDENDAM DAN IRI HATI..MEREKA MENYIMPAN JAUH DI LUBUK SEHINGGA PADA SATU SAAT DENDAM ITU MELETUS..

DAN ..
PASTINYA ..

MEREKA SENDIRI TERLUPA TANPA PERLU DIBRAINWASH...
BAHAWA MEREKA MEMILIKI CAHAYA YAKNI HARAPAN UNTUK KEMBALI SEDAR..

MENJADI MANUSIA BERSAMA ROH YANG SEDAR UNTUK MENGABDIKAN DIRI MENJADI MANUSIA SEMPURNA  DI ATAS PERATURAN YANG DITETAPKAN  OLEH-NYA..
NABI TELAH MEMBERI UBAT BAGAIMANA UNTUK MELARIKAN DIRI DARIPADA VIRUS  ‘ CYCLE OF HATRED’ INI..
MUDAH SAHAJA..

BERHATI -HATI DAN  BERTENANG..
JANGAN TERGOPOH GAPAH..

JANGAN TERGESA-GESA...

SEDERHANA ANTARA TERLALU CEPAT DAN TERLALU LAMBAT...
TAKUT  YAKNI BERHATI-HATI DALAM MENITI..
JANGAN TERUS SERKAP JARANG...
TAQWA..
IKUT MANUAL  GUIDE YANG DIBERIKAN....

KITABULLAH WA SUNNATAN NABIYYIN...

KITABULLAH  DAN SUNNAHKU...

MELANGKAH DI ATAS SATU JALAN YANG BENAR...JALAN YANG LURUS...
 HANYA SATU JALAN...
ISLAM..
MENYERAH DENGAN SEBENAR-BENAR PERSAKSIAN...
DI SINILAH KEHEBATAN ISLAM..
ISLAM TIDAK JUGA PEMENANG..
ISLAM BUKAN JUGA YANG KALAH...
ISLAM YANG AKAN MENGADILI ..MENGHAKIMI...YANG MEMBERI KEPUTUSAN
SIAPA YANG SEPATUTNYA KALAH..DAN SIAPA YANG SEPATUTNYA MENANG...
YANG BERHAK MENANG..AKAN MENDAPAT KEMENANGAN..
YANG BERHAK KALAH..AKAN  MENDAPAT KEKALAHAN...
 DENGAN SEBAB  ITU... HADITH YANG BENAR OLEH BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W..
ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA....

HAYATI TULISAN DAN CORETAN IKHLAS MAKHLUK ALLAH INI...
PENA MAYA..baikiminda.blogspot.com


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Malu

Kadangkala diri yang hina ini merasa amat tidak layak untuk dirinya menulis di sini,memberi peringatan kepada orang lain.Dan ayat sebelum ini ditulis dalam keadaan yang penuh sedar dan insaf.

Astaghfirullahalazim.

TAPI,SETELAH DIFIKIR-FIKIR KEMBALI,TERNYATA DIRI YANG BANYAK BERBUAT DOSA INI - PERLU MENULIS.KENAPA?

UNTUK MENGINGATKAN ORANG LAIN.DAN,UNTUK MENGINGATKAN DIRINYA SENDIRI.DAN ITULAH YANG PALING PENTING SEBENARNYA - MENGINGATKAN DIRI SENDIRI SEBELUM ORANG LAIN.


*** *** ***

Kisah Semalam

Semalam,perkara pertama yang dicakapkan kepada saya oleh Rakan Russia saya selepas habis kelas adalah,
"Umar,kenapa Muslim - ramai yang macam ini,penuh kemarahan?"

Jangan terus marahkannya.Soalannya itu jujur pada pendapat saya.

Beliau bertanya soalan itu kerana membaca berita tentang Demonstrasi yang berlaku di Seluruh Dunia oleh Muslim.

Tapi,apa yang menjadi masalah adalah kerana - berita yang dibacanya penuh dengan putar-belit.

Di Barat,kebanyakan berita menggambarkan Demonstrasi itu dengan penuh keburukan.

Umat Islam yang menyertainya digambarkan 'menjerit-jerit dengan penuh kebencian/kemarahan'.

Ini menyebabkan orang seperti Rakan saya itu terpinga-pinga,lantas bertanyakan saya.

Saya baru hendak menjawab,tapi Rakan saya itu bertanya lagi,"Kenapa Muslim suka bertindak buruk seperti Rasuah etc?".

Ya.Soalan itu sangat mengguris hati saya.

And it still hurts.

Saya hendak menjawab panjang - tapi tiada guna juga kerana dalam waktu yang sama - sesetengah Pelajar Muslim di tempat kami belajar ini turut tidak menunjukkan Akhlak yang baik.

Ponteng Kelas dengan penuh Konsisten - itu merupakan Tabiat kebanyakan Pelajar Muslim kita di Luar Negara.

In fact,ada yang sedang ponteng ketika Soalan itu ditanya.

Jadi,apabila difikirkan kembali - memang logik untuk Rakan saya ini yang tidak mengenal Islam - bertindak salah dalam mengadili Islam.

Ini kerana - Beliau mengadili Islam melalui Peribadi Muslim yang ada di sekelilingnya.

"Allah",saya berbisik dalam hati saya - "Kita sendiri yang menjadi Punca Fitnah kepada Islam sebenarnya".

Saya kemudian menjawab ringkas kepada Rakan saya itu - "Perbuatan (Korupsi Peribadi etc) itu dilakukan oleh Muslim yang Jahil.Mereka tidak faham akan hakikat Islam".

Saya tidak mampu panjangkan jawapan kerana agak sedih dengan Realiti yang kita sendiri yang merosakkan Imej Islam di hadapan orang bukan Islam yang kadangkala seakan begitu berminat dengan Islam.

Tapi,tidak mengapa.Hidayah itu milik Allah SWT.

Saya doakan semoga Rakan saya ini diberi petunjuk oleh Allah SWT tentang hakikat kebenaran Islam yang sebenar.

*** *** ***

Mencari 'Abu Bakar' Dalam Kalangan Kita

Saya sebenarnya amat kurang Pengetahuan dalam Bidang Sirah Nabi SAW dan juga Sirah Para Sahabat RA.

Ini kerana saya kurang membaca tentangnya.Apatah lagi untuk hadir dalam Majlis Ilmu yang membincangkan tentang perkara ini - lagilah kurang.

Tapi Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT,sekarang ini saya sedang membaca satu Chapter tentang Sirah Kehidupan Abu Bakar As-Siddiq RA dalam buku Asas-Asas Islam (Modul Pembangunan Insan).

Sukacita saya meng-quote satu Perenggan yang saya rasakan dapat dimanfaat kita semua dalam Artikel ini.Agak panjang Quote ini,tapi bacalah.Insya-Allah berguna.
Pesanan Khalifah Abu Bakar RA Kepada Khalifah Umar RA

Ketika Khalifah Abu Bakar As-Siddiq hampir meninggal dunia,Beliau memanggil Umar Al-Khattob.Beliau berpesan kepada Umar : "Wahai Umar,bertakwalah kepada Allah.Ketahuilah bahawa di sisi Allah Azza Wa Jalla ada amalan pada waktu siang yang tidak diterima jika dilakukan pada waktu malam.Dia tidak menerima amalan sunat sehingga ditunaikan amalan fardhu.

Sesungguhnya neraca amal akan berat bagi mereka yang memberatkan neracanya pada hari kiamat dengan menuruti kebenaran ketika di dunia.Manakala neraca amalan menjadi ringan bagi mereka yang meringankan neracanya pada hari kiamat dengan mengikuti kebatilan ketika di dunia.Kelak neraca akan menjadi ringan disebabkan kebatilan yang diikuti.

Sesungguhnya tatkala Allah menyebut mengenai penghuni Syurga,Dia menyebut amalan terbaik mereka,dan mengenepikan keburukan mereka.Apabila saya teringatkan mengenai mereka,saya berkata : "Saya takut jika saya tidak menyertai mereka".

Tatkala Allah menyebut mengenai penghuni Neraka,Dia menyebut amalan terburuk mereka dan mengenepikan amalan baik mereka.Apabila saya teringatkan mengenai mereka,saya berkata : "Saya berharap saya bukan daripada kalangan mereka".

Saya menyatakan pesanan ini supaya seseorang menjadi hamba yang berharap dan takut,tidak berangan-angan terhadap Allah dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya Azza Wa Jalla.Oleh itu jika kamu menjaga pesanan saya,tiada perkara ghaib yang lebih kamu cintai berbanding mati.Dan dia akan datang kepada kamu.

Namun sebaliknya jika kamu mengabaikan pesanan saya,tiada perkara ghaib yang lebih kamu benci berbanding mati. [Al-Hilyah,Jilid 1,Mukasurat 36]

Sebelum saya meneruskan,elok diingatkan - tolong jangan buat kesimpulan sendiri dari ayat di atas jika anda kurang faham.Boleh jadi Terjemahan yang dilakukan Penerbit Buku itu kurang memuaskan.

Apa-apapun,selepas dibaca Quote di atas - apa yang anda simpulkan?

Masya-Allah - bagi saya itulah Peribadi Para Sahabat RA.

BUKAN HARTA YANG MEREKA TINGGALKAN UNTUK SAHABAT MEREKA KETIKA HAMPIR AJAL,TAPI MEREKA TINGGALKAN PESAN(PERINGATAN) AGAR SAHABAT MEREKA SENTIASA TETAP DALAM KEIMANAN.

BUKAN KEMISKINAN YANG MEREKA TAKUTI,TAPI MEREKA TAKUTKAN KEMURKAAN ALLAH SWT DI HARI AKHIRAT KELAK.

Apa yang disampaikan Abu Bakar RA sekaligus menunjukkan apa yang sentiasa bermain di dalam fikirannya - yakni mencari redha-Nya,menjauhi murka-Nya.

Dan semua ini tidak boleh dilakukan jika tiada Iman yang mantap.

DAN CIRI INI JUGALAH YANG MENJADIKAN UMAT ISLAM GENERASI TERDAHULU SANGAT KUAT,SANGAT DIGERUNI PARA MUSUH.

Musuh tidak akan takutkan kita jika kita turun berdemo,tapi selepas penat berdemo - kita menghisap rokok di satu sudut kembali bergelak ketawa akan perkara sia-sia.

Musuh tidak akan takutkan kita jika Subuh Berjemaah di Masjid masih kita tinggalkan.

Tapi,Musuh akan takutkan kita - jika kita kembali mengamalkan Islam - seperti mana yang diamalkan Para Sahabat RA.


Kita kena ingat,bila orang 'attack' kita - jangan terus beremosi.

Musuh-musuh ini,selamanya akan benci kepada 'kebenaran'.

Jangan sambut 'bola api' mereka dengan 'Emosi' kosong semata.

Sebaliknya,sambut dengan hikmah/counter-attack.

Di UK,sejak 'Isu Demo' ini berleluasa,Komuniti Islam di sana bijak mengambil peluang apabila meningkatkan Pengedaran Al-Quran Percuma dan dalam masa sama meningkatkan juga Penerangan kepada Bukan Islam tentang Persoalan 'Apa Itu Islam/Siapa Muhammad SAW'.

Natijahnya,lebih 300 orang sudah memasuki Islam (dengan izin Allah SWT,Alhamdulillah) dalam beberapa tempoh ini.

Inilah yang sepatutnya kita di Malaysia turut lakukan!

Tapi,dalam masa yang sama - perkara paling penting kita kena lakukan adalah memperbaiki Akhlak kita dalam Urusan Seharian.

Selagi mana Rempit yang 'Bertakbir' masih berkeliaran di Jalanan menimbulkan Fitnah kepada Islam,apakah anda expect Non-Muslim boleh tertarik dengan Islam?

Salahkan diri sendiri,baiki kesilapan diri - sebelum menuding jari kepada orang lain.

Kita perlu mencari dan membina semula Individu seperti Abu Bakar As-Siddiq RA dalam kalangan kita.

ATAU SEKURANG-KURANGNYA BINA CIRI-CIRI 'ABU BAKAR' INI,DI DALAM DIRI KITA SENDIRI.

BAGI YANG ADA ANAK,BOLEH DIDIK ANAK-ANAK DENGAN PERIBADI RASULULLAH SAW,AJARKAN ANAK KITA DENGAN KISAH PARA SAHABAT RA.

JANGAN KERANA ASYIK TERLALU GHAIRAH MENJADI DOKTOR FALSAFAH POLITIK FACEBOOK SETIAP HARI,ANAK KITA TERGADAI DAN TERABAI TIADA DIDIKAN.

THEN BILA ANAK GADIS DIROSAK JANTAN KHIANAT,KITA TERTANYA-TANYA DI MANA SILAPNYA.

JANGAN BEGITU.BERTINDAKLAH SEKARANG.

*** *** ***

Tingkatkan Amal

KEKUATAN SEORANG MUSLIM ITU TIDAK AKAN HADIR - SELAGI MANA BELIAU TIDAK MEMPERKUATKAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCIPTANYA.

KEKUATAN TIDAK AKAN HADIR - SELAGI MANA KITA 'JARANG-JARANG' MENGINGATI-NYA.

INI KERANA - 'KEKUATAN' ITU DATANG DARIPADA-NYA.DIKURNIA OLEH-NYA.

Jadi,menyedari hakikat ini,saya berminat kongsikan Check-list Amalan yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian.

Checklist ini saya dapat dari satu Edaran Percuma semasa Bulan Ramadhan yang lepas,tapi fikir saya masih boleh diguna sepanjang Tahun.Cuma ada beberapa Point seperti Tarawih yang boleh diganti dengan perkara lain.

Moga ada manfaatnya.

Cadangan : Anda mungkin boleh download Jadual di atas di Link Ini,Print-kannya - dan tampalkannya pada dinding Bilik anda untuk Rujukan Peribadi.

Amalan yang tertulis dalam Check-List di atas sebenarnya amalan-amalan Sunat yang biasa kita dengar,tapi mungkin jarang kita lakukan.

Jadi,mungkin bila ada Jadual ini yang ditampal pada satu sudut yang boleh kita 'alert' selalu,kita insya-Allah sentiasa ingat untuk melakukannya.

Kalau sehari kita dapat lakukan lebih dari 10 Point dalam Jadual itu pun sudah cukup nice bagi permulaan.

Kan?

Ayuh,sama-sama kita tingkatkan amal kita.

*** *** ***

Sekian

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebagai kesimpulan : Kalau orang lain Aktif hina Islam,kenapa tidak kita - sebagai Muslim yang beriman dengan Kebenaran ini - tingkatkan 'Usaha Memberi Penerangan' kepada Non-Muslim?

Ayuh sekali lagi,tingkatkan usaha kita - agar kita tidak menjadi orang yang hanya meng-kondem tanpa berusaha memberi tenaga.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Dana untuk Projek akan datang bagi Tujuan Giveaway Al-Quran/Buku Islamik Percuma boleh disumbang kepada Akaun CIMB Pena Maya Enterprise : 06080000393108.Sebarang kemusykilan,e-mailkan ke pospenamaya@gmail.com.

P/P/P/S : Hakikatnya,tidak sedikit Filem Melayu kita yang menghina Islam dengan lawak-lawak 'tidak berapa nak bijak'nya.Berhati-hati



SEKIAN .JAZAKALLAH..



Followers