Sinar Kebangkitan Ummat ke-Dua

masa itu kian hampir,kebangkitan kini mula menjenguk tabir TAKDIR YANG TELAH DITETAPKAN

MASA UNTUK MEMPERBAHARUI /TAJDID AGAMA ITU AKAN BERJALAN

SALAH........................

BUKAN AGAMA YANG PERLU TETAPI

MANUSIALAH YANG PERLU DIPERBAHARUI


REVOLUSI SPIRITUAL AKAN TERCETUS
SATU FENOMENA BARU AKAN MUNCUL
TIBAKANLAH SAAT ITU YANG KIAN HAMPIR

DENGAN LAFAZ BISMILAHIRRAHMINIRRAHIM...KAMI INGIN LAUNGKAN

SELAMAT DATANG KE

" ERA REVOLUSI SPIRITUAL MANUSIA "

Khamis, 15 Oktober 2009

PERMAINAN TERHEBAT ABAD INI


Jika kita melihat kepada sebuah permainaan,pasti kita akan merasa kagum ,terpesona dan tertawan dengan cara ,strategi,kaedah, serta aksi yang wujud di dalam sesebuah permainan. Kepada peminat bola sepak terutamanya,gaya sepakan ,bagaimana gol dijaringkan ,cara through pass bola dan sebagainya,semuanya itu akan membuatkan anda tergamam dan membuatkan denyut jantung bertambah laju sehinggakan ada yang terkena stroke akibat terlalu tertekan dengan suasana permainan bola sepak.
Perhatian buat penduduk dunia,anda semua sedang berada di dalam permainan ciptaan Allah. Sebab itu terdapat ujian,cabaran,dugaan dan setiap kali datang ujian,anda akan diberi ganjaran dan balasan.

Jika dunia adalah permainan catur maka manusia adalah buahnya. Seluruh buah catur adalah manusia dan manusia hayalah milik Allah semata. Namun permainan ini bukanlah permainan catur ,bola sepak,ragbi dan sebagainya tetapi ia adalah permainan PERINTAH VS LARANGAN.
Di sini kita boleh melihat bagaimana hebatnya Allah Azzawajalla merancang,menyusun atur strategi, gerakan dan perancangan. Jika diamati tentang hadith –hadith Nabi mengenai yakjuj dan makjuj,Dajjal,Imam Mahdi,NAbi Isa dan sebagainya maka ianya adalah bersifat pemberitahuan semata dan tidak bersifat PASTI. Kerana Nabi Muhammmad hanyalah pernyampai semata-mata. “Penyampai khabar gembira dan pemberi peringatan. “



Justeru itulah siapakah ynag akan memastikan hadith ini benar. ALLAH YANG AKAN MENENTUKAN SEGALANYA. Jika diperhatikan hadith nabi berkenaan seolah-olah simbolik sahaja tetapi TIDAK MUSTAHIL SEANDAINYA IA BENAR-BENAR TERJADI.
Berbalik kepada permainan PERINTAH VS LARANGAN. Rujuk dalil “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”Surah Al-Insan ayat 2. “Tidaklah Kami jadikan Dunia ini hanyalah sebagai permainan dan senda gurau”. Setiap ayat Allah adalah perintah dan hukum Allah. Setiap hukum perlu ditegakkan. Bermakna 6666 atau 6000 lebih ayat Al-Quran adalah perintah Allah dan ia perlu dan wajib ditegakkan. Perintah ini adalah hak Allah. Perintah ini terbahagi kepada 2 iaitu Perintah atau suruhan dan Larangan atau Tegahan.
Jika setiap perintah ini dijaga maka in’syaallah Allah akan bersama dengan kita selamanya. Tetapi seandainya perintah ini ditentang,dicampur adukan,dipelekehkan maka secara tidak sedar kita akan dikawal oleh Tuhan yang satu lagi iaitu SYAITAN. Jika kita amati setiap perintah Allah ,kita akan faham bagaimana Allah berperanan di dalam hidup manusia. Contohnya Allah memerintahkan kita untuk tidak sombong,jangan buruk sangka, dirikan solat ,ingat Alah ketika berdiri,berbaring,duduk ,tegakkan makruf,cegah yang mungkar dan sebagainya maka setiap perintah itulah Allah akan berada dengan kita. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa; Kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Surah Al-Hadid ayat 4.



Berbeza pula sebaliknya,jika larangan ini diceoboh maka secara mudahnya kita akan masuk ke dalam wilayah berkiblatkan Syaitan. Syaitan adalah Raja penderhaka, raja yang lalai,raja yang sombong,raja yang ingkar,raja yang keras kepala,raja yang suka melanggar perintah dan suruhan. Maka apabila 1 sahaja perintah Allah ini dilanggar maka kita akan termasuk ke dalam wilayah taklukan syaitan dan Syaitan akan menjadikan kita sebagai hamba sama ada secara kita sedar atau tidak. Bagi yang tidak sedar mereka hanya akan menganggap artikel ini sekadar pendapat semata-mata dan mereka akan menyerahkan nafsu,semangat,harta,jiwa,roh dan sebagainya untuk syaitan. Bagi yang sedar maka mereka akan mebuat perubahan pada diri insya’Allah. Secara mudahnya,lihat kembali sirah Nabi Adam dan Siti Hawa ketika berada di syurga. Syaitan telah memujuk Siti hawa untuk agar meyeru Nabi Adam supaya melanggar perintah Allah iaitu pada ketika itu Pokok Zaqqum. Perhatikan bagaimana bisikan itu dilaksanakan dan peranan Siti Hawa dalam kisah ini. Di dalam artikel ana Permata bernama Wanita,ana menceritakan tentang kedudukan wanita di sisi Allah. Tetapi kedudukan itu telah dipesongkan oleh syaitan dalam mencetuskan konflik dunia hari ini. Beberapa perintah lagi adalah jangan berpecah dan berbeza sama ada pengurusan,jemaah,kaedah,kasta,politik, bangsa dan sebagainya. Kerana apa perintah Allah sedemikian.?
Di setiap lapangan larangan,Syaitanlah Tuhan. Beerti lapangan perbezaan ini jangan diwujudkan sama sekali. Hanya 1 sahaja jurang yang tidak perlu dirapatkan iaitu jurang antara lelaki dan wanita. Itu sahaja. Apabila ia dirapatkan maka kesannya boleh dilihat disekeliling. Bagi setiap lapangan perbezaaan ini bila-bila masa sahaja akan dimanipulasikan oleh Syaitan.
Pada pendapat ana sila perhatikan semula gerak kerja antum dan gerakan Islam seluruhnya,satukan sistem yang terbaik,fokus pada masalah asal kita iaitu menyeru manusia kepada Allah semata-mata. Setiap seruan,langkah,jiwa,akal yang menyeru manusia kepada Allah adalah Islam. Pada sisi Allah,Islam adalah agama tetapi pada manusia ianya adalah ruang,dimensi,tempat,alam atau suasana yang tenang dan damai di bawah tajaan Allah.
Permainan Perintah VS Larangan ini hanya terdapat 2 pemain iaitu Allah dan Syaitan sahaja. Tiada lagi watak lain insya’Allah. Manusia hanyalah pelakon tambahan dan watak sampingan sahaja. Dalam permainan bola sepak,manusia hanyalah bola yang akan dimasukkan ke dalam jaring. Dalam permainan catur manusia hanyalah buah.”Sesungguhnya Kami menciptakan manusia ini lemah”. Tolnglah sedar akan hakikat ini. Pilihlah unutuk menjadi pelakon sampingan Allah atau pelakon pembantu Syaitan.



Harapan ana kepada sesiapa yang membaca artikel ini ,senyum dan ketawalah sepuas-puasnya kerana antum semua telah diperdaya oleh permainan Dunia ini. Wah …ha..ha..afwan jika kelihatan kasar tetapi hakikatnya mudah dan ringkas. Segala-galanya berakar umbi pada Allah. Jiwa,nyawa,jasad,akal,nikmat dan kehidupan ini adalah milik Allah secara mutlak. Segala-galanya milik Allah. Ayuh katakan tidak kepada SYAITAN.
Ana sudahi artikel ini dengan surah An-Nas….JZK n SALAM



Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.

Raja manusia

Sembahan manusia

dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi

yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia

Selasa, 13 Oktober 2009

LOGARITMA NILAI (6)

“DAN JANGANLAH KAMU MENCAMPUR-ADUKKAN YANG HAK DAN BATHIL”


Ayat di atas menceritakan tentang larangan percampuran antara hak dan bathil,atau dalam kata lain,yang benar dengan yang salah,buruk dengan baik,mukmin dengan kafir

Di dalam bahasa matematik mudah,pasti anda pernah terdengar dengan istilah positif dan negatif. Bagaimana dengan persamaan keseimbangan seperti :


3x + 4y = 0

Jika diolah di dalam bentuk persamaan nombor bulat.

2 - 5 = - 3

Berbalik semula kepada larangan percampuran antara hak dan bathil. Katakan hak = POSITIF dan BATHIL = NEGATIF. Maka oleh itu, kesimpulan berdasarkan rumus matematik adalah seperti berikut.

i) + . - = - ii) - . - = + iii) - . + = - iv) +.+ = +

Keterangan:
Apabila negatif bertemu dengan positif maka hasilnya adalah negatif,negatif dengan negatif sama dengan positif dan seterusnya. Rumusnya sangat mudah dan ringkas.
Di dalam persamaan kehidupan yang lain.

( +) ( -) (-) BAPA YANG BAIK . ANAK YG JAHAT = MANUSIA YG JAHAT (+) (-) (-) IBU PENYAYANG . ISTERI YG DERHAKA = MANUSIA YG JAHAT (+) (-) (-) PELAJAR CEMERLANG . KAWAN YG SOMBONG = MANUSIA YG TERUK (+) (-) (-) PEKERJA BERHEMAH . BAPA YG TERUK = MANUSIA YG JAHAT
Untuk persamaan yg ideal atau seimbang mestilah begini:
(+) (+) (-) IBU PENYAYANG . PEKERJA YG BAIK . ISTERI YG BAIK = MANUSIA YG BAIK (+) (+) (+) GURU BERHEMAH . ISTERI SOLEHAH. ANAK YG TAAT = MANUSIA YG BAIK (+) (+) (+) BAPA CEMERLANG . PEKERJA BERJAYA = MANUSIA YG BAIK (+) (+) (+) MENTERI AMANAH . AYAH PENYAYANG = MANUSIA YG BAIK (+) (+) (+) SAHABAT YG SETIA . SUAMI ROMANTIK = MANUSIA YG BAIK


PERSAMAAN YG PALING IDEAL

ANAK SOLEH . REMAJA BERTANGGUNGJAWAB . SUAMI ROMANTIK . BAPA YG BERTANGGUNGJAWAB . PEKERJA YG RAJIN . ORANG TUA YG SOPAN
= MANUSIA YG BAIK = MUSLIM YG BAIK = MUKMIN YG TAAT = MUTTAQIN YG HEBAT.


Mungkin banyak persoalan yg timbul daripada teori di atas. Bagi mengelakkan kekeliruan maka sila baca artikel berikut berdasarkan turutan , yg turut disediakan antaranya .:

1. POHON KRISIS
2. SELAMAT DATANG KE ALAM MANUSIA
3. TEKNOLOLGI TARBIYYAH TUHAN

4. SISTEM TARBIYYAH MAHA TERHEBAT

5. MISTERI TAQWA TERDEDAH

6. LOGARITMA NILAI


Semoga manfaaat yang anda dapat daripada artikel ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yg lain. ASSALAMULAIKUM BUAT SELURUH PEDUDUK ALAM.DARI TUHAN YG SANGAT CINTAKAN HAMBA-HAMBANYA. TIDAK KIRA SAMA ADA ANDA PERCAYA ATAU TIDAK,MASIH ADA MASA UNTUK KEMBALI KEPADA-NYA……….

MISTERI TAQWA TERDEDAH (5)


-Bagaimana jika seseorang takut terhadap air.. Fenomena tersebut dinamakan sebagai Hidrophobia. Gejala ini menyaksikan sseorang itu takut untuk berada dengan air,lihat air,mendengar bunyi air dan segala yang berkaitan dengan air.

-Gejala fobia ini selalunya melibatkan pesakit mental yang kronik. Mereka takut untuk berada dengan realiti. Takut dengan masyarakat sekeliling.
-Sifat takut ini membuatkan seseorang itu lari atau menjauhkan diri dari perkara atau sebarang objek atau tanda yang ditakutinya.
-Contoh yang mudah ialah apabila anda takut dengan hantu,anda pasti takut tidur dalam gelap,gementar apabila terdengar bunyi petir dan kilat dll.
-Apabila seseorang takut terhadap sesuatu,pasti akan datang sesuatu perasaan yang dikenali sebagai HARAPAN

Contoh :

1. Jika beg anda diragut,bagi yang normal nescaya pasti mereka akan menjerit meminta .“Tolong!”. Bagi yang tidak,mereka akan senyum dan memandang sahaja kepada peragut.

2. Apabila anda kehilangan sesuatu,anda meminta agar ada yang akan memulangkannya kepada anda.

-Meminta pertolongan ini dinamakan sebagai berharap. Semakin takut,semakin sukar keadaan yang di alami akan meyebabkan kita semakin mengharap dan semakin besar pengharapan kita. Jika entiti atau elemen tempat kita berharap itu tipis maka sangat tipislah harapan kita dan sebaliknya pula jika tempat kita berharap itu besar maka semakin besarlah harapan kita sehinggalah kita tidak akan terlintas untuk berputus asa. Bagi orang muttaqin,disebabkan itulah apabila mereka mati dalam keadaan berharap pada Allah maka mereka tahu bahawasanya harapan mereka tidak pernah sia- sia. Oleh itu mati bukanlah alasan untuk mereka takut. Tetapi bagi orang biasa,mati adalah titik tamat yang sangat mereka ingin hindari kerana pada mereka mati tidak membawa apa-apa makna.
TAQWA

-Ianya bermaksud takut dan berharap. Berharap beerti lebih daripada percaya kerana anda yakin ia telah berada di tempatnya tetapi percaya masih lagi membuatkan anda anda ragu-ragu atau sangsi.
-Gejala taqwa membolehkan anda berasa Allah sentiasa berada di samping anda dan seterusnya memastikan anda menjaga akhlak dan tingkah laku anda tidak kira di mana jua anda berada.
-Anda tiada rasa takut dan ragu-ragu di hati. Segala amal anda penuh dengan ketenangan dan harmoni.
- Inilah golongan Muttaqin dan juga digelar Muqarrabin.
Sebaik-baik ketakutan adalah pada Allah dan ianya akan membuatkan anda semakin hebat dan unggul di hadapan manusia. Tidak kira walau siapa pun anda.





KESIMPULAN

Takutlah kepada Allah. Bukan kepada manusia yang tidak punya apa-apa meskipun mereka ini Tok Guru,ulama,PM,Menteri atau siapa jua.






SISTEM TARBIYYAH MAHA TERHEBAT(4)



-Tarbiyyah bererti pendidikan .
-Ianya berkait rapat tentang kaedah,cara,tertib dan sebagainya dalam mendidik manusia.
-Bercakap tentang mendidik -menasihat,menegur,memperingat,memberitahu dan segala macam lagi yang berkait dengan mendidik,maka kita boleh katakan ia sebagai proses.
-Adakah kita pernah terfikir kenapa mesti solat 5 x sehari,kenapa zakat,haji,mesti rendah diri,kenapa mesti ingat Allah selalu dan perintah-perintah Allah yang lain.
-Apabila bercakap tentang prsoses,ia mestilah istiqamah,konsisten,tetap,maintain dan yang setara dengannya.
-Contohnya kita ingin menghasilkan 500 buah buku. Pastinya kita tidak menghasilkannya dengan manual tetapi kita menghasilkan mesin yang berteraskan sistem yang sama digunakan untuk membuat buku tersebut supaya hasilnya sama. -Justeru sistem yang digunakan mestilah berterusan agak buku dapat disiapkan mengikut waktu,konsisten agar ciri dan sifat buku adalah seragam ,berkesan dan mantap agar kualitinya terjamin.
-Berbalik semula tentang input,proses,output ATAU :


SISTEM PEMBENTUK NILAI MANUSIA @ ISLAM




-Jika manusia adalah produknya maka proses yang dialami oleh manusia adalah selama manusia masih wujud dan bernyawa di dunia.

-Bijaknya sistem tarbiyyah Allah adalah kerana ia tidak mencipta akhlak dari sebahagian sudut tetapi seluruhnya (kaffah).

-Maksudnya ia tidak membentuk suami yang baik,guru yang istiqamah,isteri solehah,anak soleh dan sebagainya tetapi IA MENCIPTA MANUSIA YANG BAIK.







KESIMPULAN :

Perbetulkan diri anda dengan mengenali Allah. Cara yang paling mudah untuk kenal Allah adalah dengan kenali diri anda sendiri. Satu lagi soalan adakah anda kenal dengan diri anda sendiri ? “Did u know yourself”….




Followers